Friday, December 04, 2020

Pasaran Automotif Turki Meningkat 72 Peratus

 


Jumlah pasaran Turki untuk kenderaan dan kenderaan komersial ringan, pada tempoh Januari-November, meningkat 72 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dan mencapai 668 ribu 495 unit.

Penjualan kenderaan meningkat 67.3 peratus berbanding tahun sebelumnya dan mencapai 529 ribu 388 unit, sementara pasaran kenderaan komersial ringan meningkat 92.8 peratus dan mencapai 139 ribu 107 unit.

Pasar kenderaan komersial dan ringan tumbuh 37.8 peratus, pasar kenderaan 34.6 peratus dan pasar kenderaan komersial ringan 52.2 peratus pada November 2020.

Penjualan kenderaan komersial dan ringan pada November 2020 meningkat 37.8 peratus berbanding November 2019 dan mencapai 80.141.


PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Kisah lelaki tua mengejar bot ronda Polis dengan sampan uzur..

 

Penduduk Bajau Laut perlu bantuan

MALAYSIA ditimpa gelombang ketiga COVID-19 berikutan peningkatan kes mendadak di Sabah, sekali gus mendorong Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah kecuali kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Susulan itu, ramai penduduk Sabah terkesan terutama komuniti Bajau Laut. Bajau Laut ialah etnik Bumiputera kedua terbesar di Sabah selepas Kadazan Dusun di perairan Sabah. Mereka juga dikenali sebagai Gipsi Laut atau Nomad Laut yang menetap di tepi pantai, malah ada membina perahu untuk dijadikan tempat penginapan.

Bagaimanapun disebabkan PKPB, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti perikanan seperti biasa untuk dijual di pasar. Akibatnya, pendapatan dan kehidupan nelayan terjejas. Secara tidak langsung, bekalan makanan mereka tidak mencukupi untuk menanggung keluarga ramai.

Baru-baru ini, tular kisah lelaki tua mengejar bot ronda Polis Marin dengan mendayung sampan uzurnya semata-mata ingin mendapatkan bantuan makanan. Pak Cik Ladja antara penduduk Bajau Laut Pala'u di Semporna, Sabah yang menjadi Kluster Bangau Bangau.

Difahamkan seramai 27 rumah tidak menerima bantuan makanan dan mereka terpaksa turun ke laut demi kelangsungan hidup. Usaha Pak Cik Ladja mendapatkan bantuan bagi penduduk kampungnya, mendapat perhatian ramai netizen.

Dalam kesempitan hidup Pak Cik Ladja, beliau sempat menitipkan doa buat petugas barisan hadapan untuk menangani pandemik COVID-19. Jelas di sini menunjukkan penduduk Bajau Laut amat memerlukan bantuan daripada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Melihatkan situasi COVID-19 di Sabah itu, pelakon, Ardell Aryana membuat keputusan untuk menyertai misi bantuan di Sabah. Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action terbang ke Tawau bersama dua lagi aktivitis kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan bagi mereka terjejas akibat COVID-19.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ardell meluahkan rasa sayu terhadap nasib menimpa penduduk kampung itu. Apa lebih menyayat hatinya, seorang ibu sanggup mengendong anaknya berusia lingkungan 1 hingga 3 tahun sambil mengambil bantuan.

Sesungguhnya penularan COVID-19 memberikan kesan mendalam buat penduduk Bajau Laut. Ramai terpaksa mengikat perut sementara menunggu bantuan tiba. Ada pula kehilangan pendapatan akibat PKPB ini.

Sebagai rakyat bertanggungjawab pula, kita sewajarnya berganding bahu untuk meringankan beban penduduk Bajau Laut dengan memberi sumbangan termasuk kepada NGO yang ingin menyampaikan bantuan.

Siti Auni Aqilah Md Isa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Thursday, December 03, 2020

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula 7 Disember


KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia sejajar kebenaran untuk membuka semula taman di bawah pengurusan Taman-Taman Sabah mulai hari yang sama.

"Kerajaan negeri melalui Taman-Taman Sabah sedang bersiap sedia untuk membuka semula pintu taman secara berperingkat kepada pelawat tempatan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat bermula 7 Disember ini.

"Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu juga akan dibuka secara berperingkat bermula pada hari yang sama.

"Sebagai permulaan, kapasiti pendaki yang dibenarkan adalah tidak melebihi 50 peratus berbanding kapasiti pendaki yang dibenarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini, malam ini.

Beliau berkata, kapasiti pendaki yang dibenarkan di gunung tertinggi Asia Tenggara itu juga mengambil kira jumlah bilik untuk penginapan pendaki di sepanjang pendakian.

Katanya, Taman-Taman Sabah akan membuat pengumuman lanjut berkaitan SOP yang perlu dipatuhi pendaki sebelum aktiviti pendakian bermula.

Sebelum ini, kerajaan negeri sudah membenarkan aktiviti menyelam dibuka semula kepada penggemar aktiviti itu dengan SOP ketat termasuk tidak melebihi 30 peratus kapasiti bot yang digunakan.

Sementara itu, mulai Isnin depan juga separuh daripada jumlah kakitangan awam negeri di Sabah akan mula bekerja di premis jabatan dan agensi masing-masing mulai Isnin depan.

Masidi berkata ia sejajar keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah yang memutuskan kehadiran 50 peratus kakitangan awam negeri mulai 7 Disember ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah pada hari ini memutuskan kehadiran 50 peratus penjawat awam negeri Sabah bermula 7 Disember, iaitu pada Isnin ini.

Sebelum ini kakitangan awam negeri dibenarkan bekerja dari rumah atau bekerja di pejabat secara bergilir sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19 di tempat kerja.

Bagaimanapun, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata, kehadiran 50 peratus kakitangan awam negeri masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan berkaitan operasi tempat kerja.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila baca artikal ini.. Merubah wabak Covid 19 menjadi peluang, menerima ...

Lihat bagaimana dalam suasana wabak Covid 19, Turki berjaya menstabilkan industri perlancungan untuk terus berkembang.

"Destinasi ski terkemuka di Turki, Palandöken di Erzurum, Erciyes di Kayseri dan Uludağ di Bursa bersiap untuk membuka musim pada bulan Disember.

Kemudahan yang menerima "Sijil Pelancongan Selamat" dan menerapkan semua langkah-langkah kesihatan dalam ruang lingkup memerangi jenis baru coronavirus (Covid-19), terus bekerja untuk mengubah kemelesetan dalam tempoh wabak menjadi peluang.

Ketika negara-negara yang mempunyai destinasi ski seperti Switzerland, Perancis dan Austria menutup lalu lintas syarikat penerbangan mereka bagi memerangi kes-kes Covid-19 yang meningkat pesat di Eropah, pengusaha pelancongan di Rusia dan Ukraine beralih arah ke Turki."

Sekian.

Hibur Hibur Sikit

Rezeki Anugerah Allah Tak Disangka, Rare Earth Element Dijumpai..

 

Kedah temui mineral baharu dianggar bernilai RM62 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM742.7 bilion seluruh negara di mana RM62 bilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, Majlis Tanah Negara telah bermesyuarat dua bulan dahulu telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan.

“Sebelum daripada itu, kita telah meluluskan usahasama sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan,” ujarnya memaklumkan REE itu selain di Sik, terdapat juga di Ulu Muda dan Baling, termasuk sedikit di Lenggong, Perak.

Beliau juga menyifatkan penemuan tersebut adalah rezeki anugerah Allah secara tidak disangka-sangka kerana melaksanakan tuntutan beriman dan bertakwa sebagaimana janji Allah yang terdapat pada ayat 2 dan 3 surah at-Thalaq.

Beliau berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli akan merangka dasar-dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan Dasar Mineral Negara supaya negara tidak lagi menjadi seperti sejarah lampau.

“Semua hasil bumi sumber-sumber asli kita diangkut untuk mempercepatkan revolusi industri Perancis di Britain di Barat menggunakan sumber asli negara-negara yang dijajah. Akhirnya mereka menjadi kaya raya, kita menjadi papa kedana terjajah.

“Anugerah-anugerah mineral yang baru ini pun kita harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat merangka supaya kekayaan itu menjadi milik penduduk di mana mineral itu ada. Kalau mineral itu timbul di Kedah, rakyat Kedah lebih dahulu yang rasai nikmatnya.

“Sama macam dasar percukaian dalam Islam. Di mana cukai itu dikutip, belanja daripada cukai itu patut diutamakan di tempat cukai itu dikutip. Kalau ada lebihan baru boleh bawa ke lain. Itu dasar Islam.

“Sama dengan mineral ini, kalau mineral ini digali ditemui di Kedah, nikmat daripada timbulnya mineral dan bahan berharga ini, patut diagihkan dulu di Kedah atau di mana sahaja tempat itu ditemui,” syarahnya mengenai dasar Islam itu.

Jelas Sanusi, REE yang ditemui itu adalah jenis yang tidak mengandungi radioaktif dan lebih mahal daripada emas di mana difahamkan sudah diketahui dalam kajian geosains sejak lebih 20 tahun dahulu, namun ketika itu belum dimajukan.

Namun kini kata beliau, penggunaan REE makin diperlukan dalam barang-barang teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, barang-barang digital dan lain-lain yang sesuai perkembangan zaman.

“Bila dunia makin berkembang ke arah itu, permintaan kepada itu makin tinggi. Dan alhamdulillah benda itu ada di Kedah. Cuma kita nak pastikan rakyat Kedah tak nganga lah. Ada orang duduk angkut pergi, kita nganga saja. Insya-Allah.

“Lepas ini banyaklah kerja-kerja kebajikan yang boleh dilaksanakan bila Rare Earth Element ini dapat diekstrak daripada bumi kita. Ada sebahagiannya dikatakan tersimpan di bawah bandar-bandar besar.

“Yang ini kita tak boleh buat apa, tak akan nak tebuk situ kan. Jadi kita explore tempat-tempat yang belum ada penghuni lah, contohnya di hutan, di bukit. Dan cara ekstrak daripada REE ini dia tidak melibatkan perlombongan, tidak melombong, dia hanya pakai paip 4 inci, tebuk boarding itu, dan dia keluar sikit-sikit.

Sudah diluluskan permit, orang itu pun dah masuk. Cuma permit teroka ini dia tak boleh pakai mesin, tak boleh pakai jentera, dia masuk pakai manual. Dan bila dia teroka, dia temu element itu, dia kena declare kepada kerajaan,” ujarnya teruja.

Menurutnya, syarikat yang diberi permit itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan akan bekerjasama syarikat antarabangsa serta syarikat kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 2/12/2020

PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 
Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Buat kerja bodoh demi 'content' YouTube

 

Houston: Demi mencari kelainan, seorang YouTuber lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) retak tulang tengkorak selepas terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan.

New York Post melaporkan kecederaan dialami Saa Fomba menyebabkan lelaki itu dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menerima rawatan.

Video aksinya itu tetap dimuat naik di saluran YouTube Fomba, pada Jumaat lalu.

Menerusi rakaman video itu, lelaki itu kelihatan memanjat struktur paling tinggi pada jambatan berkenaan.

Dia kemudiannya mengangkat kedua-dua belah tangan sebelum terjun ke dalam sungai, dan video itu dipercayai dirakam seorang wanita.

"Semoga video ini memberi motivasi untuk kamu mengejar impian.

"Bagi saya, tidak menyeronokkan jika menjalani hidup dengan cara normal," katanya kepada kamera sebelum terjun ke Sungai Colorado.

FOMBA dibawa ke hospital. FOTO YouTube

Selepas berada di dalam air, Fomba kemudian dilihat melambai-lambai ke arah bot dan kemudian dibantu untuk dibawa ke tebing.

Susulan kejadian, pasukan paramedik bergegas ke lokasi dan membawa mangsa ke hospital.

Dalam pada itu, Fomba menerusi video berasingan berkongsi perkembangan terkininya di hospital.

"Ini hari ketiga saya di hospital. Saya masih boleh berjalan walaupun retak pada bahagian tengkorak.

"Beberapa individu menghantar kiriman mesej bertanya adakah berbaloi melakukannya?

"Tiada siapa mahu cedera, tetapi saya berpuas hati kerana dapat merealisasikan impian sendiri," katanya.

Jurucakap pihak berkuasa memberitahu CBS yang Fomba dimasukkan ke Pusat Perubatan St David Austin Selatan.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Fomba berdepan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu atau sebaliknya. Agensi


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 
Hidup IHtv! Hidup IHtv!

Wednesday, December 02, 2020

Elakkan diri dari sindrom minda tertawan .. -Dr Kamarul Zaman

 

Slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ merbahaya kepada negara?

MENDAKWA penggunaan slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ (‘Palm Oil is God’s Gift’) bagi menggantikan slogan ‘Sayangi Sawitku’ (‘Love MY Palm Oil’) adalah ‘merbahaya kepada negara’ kerana adanya nama Tuhan akan menyebabkan orang-orang Barat menganggapnya sebagai ada kaitan dengan pematuhan syariah (‘syariah compliance’) adalah sesuatu yang sukar diterima.

Dakwaan begini mengandaikan bahawa orang-orang Barat adalah segolongan manusia yang takut bila mendengar sebutan nama Tuhan sehingga tidak mahu dengar pun kita menyebut nama Tuhan serta mengandaikan bahawa orang-orang Barat tidak boleh menerima produk-produk keluaran kita yang patuh syariah seterusnya mengakibatkan pasaran sawit kita di kalangan negara orang-orang Barat akan lebih merudum.

Hakikatnya, jika kita teliti dan fikirkan maka akan didapati bahawa:

(1) Slogan baharu ini akan lebih berjaya kerana sifat universalnya akan mendorong masyarakat seluruh dunia yang percaya kepada Tuhan mencintai sawit berbanding slogan lama yang hanya mampu mendorong rakyat Malaysia mencintai sawitnya.

(2) Istilah ‘Tuhan’ juga adalah istilah universal yang boleh diterima oleh masyarakat seluruh dunia yang percaya kepada Tuhan kerana istilah ‘Tuhan’ adalah merujuk kepada Tuhan untuk semua orang, bukannya Tuhan untuk penganut agama tertentu.

(3) Orang-orang Barat tidak diketahui takutkan sebutan ‘Tuhan’, malah mereka sendiri sejak sekian lama diketahui menggunakannya dalam kehidupan harian mereka seperti dalam lagu negara ‘God Save The Queen’ atau dalam motto ‘In God We Trust’.

(4) Produk-produk keluaran negara kita yang patuh syariah adalah tidak ditakuti malah mempunyai kualiti tinggi dan tidak menghadapi masalah untuk mendapat pasaran yang sangat baik di seluruh dunia, termasuk di kalangan negara orang-orang Barat.

Eloklah kita elakkan diri daripada sindrom minda tertawan (‘the captive mind’) yang menyebabkan kita merasa takut dengan reaksi negatif pihak-pihak tertentu jika melakukan sesuatu perkara sedangkan pihak-pihak itu sendiri tidak pun memberikan reaksi begitu.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/12/2020

Hibur Hibur Sikit

Album 3

Tarbiah SOP: Kerajaan Tidak Lagi Berlembut..

 

Kumpulan penunggang motosikal yang berkumpul akan diberi kompaun serta-merta. - Gambar hiasan

Geng motosikal, berkumpul tanpa sebab, tumpuan operasi pematuhan PKPB di Kelantan
KOTA BHARU: Individu yang berkumpul tanpa tujuan munasabah, termasuk kumpulan bermotosikal di sini, kini menjadi antara sasaran tindakan tegas pihak berkuasa.
Ia susulan keputusan kerajaan negeri yang tidak lagi berlembut terhadap golongan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terutama di kawasan zon merah.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bersetuju supaya polis bertindak lebih tegas.
"Polis akan menjalankan operasi dan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang melanggar SOP termasuk berkumpul tanpa sebab serta tidak memakai pelitup muka.
"Kali ini tiada amaran akan diberikan. Mereka akan terus dikompaun serta-merta.
"Selain itu, kedai makan dan premis perniagaan dalam zon merah di Kota Bharu dihadkan operasi perniagaan sehingga jam 10 malam," katanya kepada Astro AWANI.
Jelasnya, hanya Kota Bharu diisytiharkan sebagai zon merah, manakala Tanah Merah dan Machang zon jingga.
Kota Bharu mencatatkan 53 kes aktif, Tanah Merah (35) manakala Machang (32) semalam.
Kelantan masih dikenakan PKPB sehingga 6 Disember depan.

Hibur Hibur Sikit

Album 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails