Friday, January 08, 2021

4 Projek P.Pinang Terhenti Kerana Wee Ka Siong?

 

Wee Ka Siong jawab tuduhan L/Guan Eng

AWAL-awal tahun 2021 lagi Guan Eng sudah memulakan permainan politik dia. Kali ini, dia tuduh saya sebagai ‘senjata utama untuk memangsakan Pulau Pinang’ apabila empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah terhenti ketika kita berdepan pandemik COVID-19. Projek-projek tersebut ialah:

(1) Cadangan Projek Kereta Kabel Pulau Pinang

Projek ini bukan di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi saya tidak terlibat dan tiada kaitan.

(2) Feri lama Pulau Pinang

Isu ini sudahpun dijelaskan beberapa kali tetapi Guan Eng masih tidak faham atau mungkin sengaja buat-buat tak faham kerana mahu bermain politik. 10 kali ulang pun, saya tetap memberikan jawapan sama iaitu, usaha menggantikan feri lama dengan bot laju sebenarnya dicadang, diluluskan dan dimulakan oleh Kerajaan PH terdahulu.

Saya cuma meneruskannya kerana merasakan ia sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan, bukan seperti Guan Eng dan DAP yang dilihat hanya tahu bercakap tetapi gagal melaksanakannya.

Lagipun kita bukannya buang terus feri lama tersebut. Sebaliknya perkhidmatan feri lama tetap diteruskan. Jika Guan Eng tak percaya, saya jemput dia untuk sama-sama naik feri tersebut minggu depan. Harap Guan Eng dapat kosongkan jadual.

Kerajaan Persekutuan juga telah menawarkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk ambil alih operasi beberapa buah feri lama. Tetapi setakat ini, mereka belum lagi membalas tawaran tersebut.

(3) Projek LRT Pulau Pinang

Kelulusan yang diberikan Guan Eng kepada Asia Development Bank (ADB) bagi membolehkan Pulau Pinang meminjam sebanyak US$500 juta dalam matawang asing dengan jaminan Kerajaan Persekutuan telah dibatalkan Kementerian Kewangan Kerajaan PN. 

Ini kerana kadar faedah ADB adalah lebih tinggi memandangkan Negara Malaysia tidak lagi diklasifikasikan oleh ADB sebagai sebuah negara membangun. Pinjaman dalam matawang asing juga meningkatkan risiko kepada kerajaan sekiranya nilai Ringgit merosot.

Ini sama seperti bon Samurai yang dulunya Guan Eng pernah kata kadar faedahnya amat rendah tetapi akhirnya kadar faedah efektif susulan kenaikan nilai matawang Jepun adalah setinggi 7.7 peratus!

Walaupun Kerajaan Pulau Pinang telah beberapa kali mengumumkan mereka ada keupayaan untuk membiayai projek PTMP bernilai RM46 bilion dengan sepenuhnya, namun pintu rundingan masih terbuka untuk Guan Eng berbincang dengan Menteri Kewangan bagi mendapatkan pertolongan Kerajaan Persekutuan sekiranya Guan Eng benar-benar ada sumber pinjaman yang lebih rendah.

(4) Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan BN terdahulu dalam Belanjawan 2018. Malaysia Airports Berhad (MAHB) akan menanggung sepenuhnya kos projek ini. Erti kata lain, projek sudahpun berjalan sebelum PRU14 lagi.

Namun ianya tergendala apabila Guan Eng mengumumkan projek lapangan terbang – lapangan terbang di Malaysia akan dijalankan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) atau Private Financing Initiative. Guan Eng sendiri yang umumkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Susulan itu, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditangguhkan sekali lagi apabila Guan Eng suruh MAHB untuk berunding dengan syarikat Ideal Property yang merupakan kawan rapat Guan Eng (seperti surat yang saya lampirkan) yang banyak mendapat manfaat projek termasuk projek PTMP bernilai RM46 bilion semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Akibat penangguhan atas penangguhan semasa pemerintahan Kerajaan PH, maka MAHB tidak berpeluang untuk memulakan projek tersebut. Malangnya, projek tersebut terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila jumlah pengguna lapangan terbang menurun secara mendadak akibat COVID-19 dan keadaan ini menyebabkan MAHB menerima tekanan aliran wang tunai.

Namun, kerajaan dan saya secara peribadi tidak mempunyai apa-apa halangan jika MAHB ingin teruskan projek tersebut sekiranya sektor penerbangan kembali pulih. Ini adalah jaminan saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika mengadakan pertemuan di Parlimen pada tahun lepas.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 8/1/2021

IHtv

Salam Pertama dari Angkasa. -Türksat 5A Erdogen.

 

''InsyaAllah Türksat 5A akan memberi kita salam pertamanya dari luar angkasa. Semoga berjaya.'' Kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan.

Menerusi akaun Twitter, Presiden Erdoğan membuat kenyataan mengenai Türksat 5A, satelit komunikasi generasi kelima Turki, yang dilancarkan ke orbitnya di mana ia akan berfungsi, pada pukul 04.28 Waktu Turki.

''Türksat 5A akan memberi ucapan pertamanya kepada kami dari angkasa, esok (hari ini). Semoga berjaya. "Katanya.

Hari Ini, Satelit Turki Türksat 5A Berjaya Diluncurkan Dari Florida, AS

Satelit generasi ke-5 Turki, Türksat 5A dibawa oleh roket Falcon 9 milik syarikat roket Space X.08.01.2021 ~ 08.01.2021 

Satelit baharu Turki, Türksat 5A, berjaya diluncurkan dari Pangkalan Udara Cape Canaveral di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), 05.15 pagi Waktu Turki.

Satelit generasi ke-5 Turki, Türksat 5A dibawa oleh roket Falcon 9 milik syarikat roket Space X.

Waktu peluncuran satelit yang dijadualkan pada jam 4:28 Waktu Turki, ditunda sekitar 1 jam kerana keadaan cuaca dan ia dilancarkan pada jam 05:15.

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Adil Karaismailoğlu, pada pertemuan yang diadakan di Kampus Gölbaşı Türksat inc. di ibu negara Ankara, menyatakan bahawa satelit mula bergerak menuju orbitnya.

"Isyarat pertama datang dari satelit Türksat 5A kami selepas 35 minit. Satelit kami meneruskan perjalanannya. Perjalanan ini akan mengambil masa 4 bulan. Kemudian kami akan melakukan ujian kami dan satelit akan diaktifkan." Katanya.

Menteri Karaismailoğlu menyatakan bahawa satelit 5B dan 6A akan diluncurkan selepas satelit 5A, 

"Kami merancang untuk meluncurkan satelit Türksat 5B kami, yang kini telah dihasilkan dan diuji, pada bulan Jun."

Karaismailoğlu menyatakan bahawa kajian mengenai Türksat 6A domestik dan nasional juga terus berlanjut, dan bahawa Türksat 6A dirancang untuk diluncurkan pada bulan-bulan pertama tahun 2022.

Karaismailoğlu menunjukkan bahawa dalam kesinambungan perkembangan ini, usaha untuk mengirim manusia ke angkasa akan datang, dia menambah bahawa generasi baru sangat berminat dengan isu-isu ini dan ini akan dilihat pada tahun-tahun mendatang.

Satelit Türksat 5A akan menjamin frekuensi dan hak orbitnya dalam orbit selama 30 tahun dengan jangka masa manuvernya.

Dengan berkhidmatnya Türksat 5A, selain bidang penerbitan, ia juga akan mempunyai kawasan yang mengelilingi Turki, Timur Tengah, Eropah, Afrika Utara dan Afrika Selatan.

Perjalanan satelit untuk mencapai kedudukannya di orbit timur 31 darjah dijangka mengambil masa sekitar empat bulan dan memulakan perkhidmatan pada suku kedua tahun ini. (IH)


IHtv

Pejuang banjir: Terkorban dirinya, kerana berkorban untuk orang lain. As-Syahid..

 

Kita hilang insan yang sangat bernilai – MP Kuala Krai

KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan seorang anak muda yang begitu bernilai setelah pemergian Allahyarham Mohamad Hakimin Rahim, 20, baru-baru ini yang terkorban ketika membantu mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Krai, Kelantan.

Tragedi itu memberi suasana sedih dan pilu buat seluruh rakyat Kuala Krai terutamanya keluarga Allahyarham yang menetap di Kampung Manjor, Kuala Krai. Malah, rumah Allahyarham juga turut terkesan dengan bencana itu.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, ketika menziarahi keluarga Allahyarham, keluarganya menceritakan kepada beliau mengenai keperibadian Hakimin yang mempunyai cita-cita yang mulia.

Kata mereka, Hakimin giat membantu memindahkan mangsa banjir di Kuala Krai sejak kampung itu dilandan banjir bermula pada awal pagi, setiap hari menggunakan sampannya.

Hakimin hanya mengayuh botnya menggunakan pengayuh dan tidak menggunakan bot yang mempunyai enjin.

Malah, hari kejadian tersebut, Hakimin ada memaklumkan bahawa hari tersebut adalah hari terkahir beliau ingin membantu penduduk kampung dengan memastikan semua mangsa dapat dipindahkan sepenuhnya memandangkan paras air semakin tinggi.

Bagaimanapun, setelah berjam-jam membantu memindahkan orang kampung yang terkesan, beliau terjatuh ke dalam sungai ketika membantu memindahkan rakannya.

Dalam laporan lain, Allahyarham Hakimin dikatakan terlalu penat sebelum tiba-tiba pengsan pada jam lebih kurang 10 malam ketika berdayung perahu membawa dua penumpang ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwab Ar-Rafee Parsimin berkata, mangsa dipercayai terjatuh akibat kepenatan selain mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk ketika membantu penduduk kampung sejak awal pagi hingga malam.

Mengambil kesempatan itu, Abdul Latiff mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan supaya Allahyarham Hakimin dikurniakan pahala sebesar Syahid serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Beliau juga turut menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham Hakimin.

“Sesungguhnya kita kehilangan seorang insan dan anak muda yang sangat bernilai,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook pagi tadi.

Turut hadir dalam ziarahi bersama Ahli Parlimen Kuala Krai itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Tuan Kamarul. – HARAKAHDAILY 8/1/2021

Mohammad Hakimin insan istimewa yang dipilih Allah

DALAM misi Banjir Kuala Krai 2021 semalam, saya sempat berkunjung ke rumah Allahyarham Mohammad Hakimin Rahim 20 tahun yang meninggal ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir. Suasana sedih dan pilu menyelebungi keluarga Hakimin. Saya sempat bertemu dengan kakak beliau di rumah bapa saudara mereka di Kampung Manjor Baru kerana ibu dan ayahnya tiada di rumah ketika kehadiran saya. Rumah mereka sendiri di Kampung Manjor turut ditenggelami air.

Menurut kakaknya, Hakimi bermula seawal pagi membantu memindahkan mangsa banjir dengan botnya. Beliau hanya mengayuh botnya menggunakan pengayuh. Allahyarham Hakimin berkata hari ini adalah hari terakhir beliau menolong orang. Beliau akan menolong semua orang kampung berpindah kerana air semakin naik dan cita-cita beliau ialah ingin berkhidmat kepada kedua ibu-bapanya sehingga akhir hayat telah tercapai.

Malamnya, semasa sedang membantu memindahkan kawannya, beliau jatuh ke dalam sungai dan tenggelam. Mayat Hakimin dijumpai pagi kelmarin berdekatan kawasan beliau jatuh. Saya doakan semoga beliau diberi kurniaan pahala sebesar syahid dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kita kehilangan seorang insan dan anak muda yang sangat bernilai. 

Turut hadir bersama saya ialah Tuan Kamarul Zaman Harun Timbalan OCPD Kuala Krai, kami menaiki bot ke rumah keluarga arwah. Saya juga mengucapkan takziah dan menghulurkan sedikit sumbangan buat keluarga beliau.

YB ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai – HARAKAHDAILY 8/1/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mohamad Hakim seorang pejuang banjir, terkorban dirinya, kerana berkorban untuk orang lain. As-Syahid.. Amin!

IHtv

Pesiden UMNO Khianati Parti Sendiri Kerana DAP?

 

Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar-DAP

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati parti apabila membuat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggerakkan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama UMNO, PKR dan DAP.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara itu merupakan soal pokok yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Katanya, beliau tidak ada masalah untuk mempertahankan institusi Presiden, tetapi perkara itu agak sukar dilakukan kerana Presiden sendiri mengkhianati parti.

“Saya akan pertahankan institusi selagi tidak khianati parti. Masalahnya presiden sendiri khianati parti.

“Pendedahan Annuar semalam seperti mendedahkan salah laku seorang Presiden tentang wujudnya sokongan kepada Anwar secara sembunyi tanpa pengetahuan pemimpin UMNO/BN lain apatah lagi akar umbi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Ketereh mendedahkan antara punca dirinya digugurkan sebagai Setiausaha Agung BN disebabkan isu akuan bersumpah itu.

Dalam pada itu, Tun Faisal berkata, dalam menyelesaikan kemelut politik ketika ini, Ahmad Zahid perlu membuat akuan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Ini termasuk, katanya, menghentikan jajaran politik baharu sebagai istilah menyembunyikan sokongan secara rahsia beliau itu.

“Jika Presiden buat (akuan bersumpah) ini maka kita boleh sokong semula beliau.

“Selagi Presiden tak berani buat dan tak mahu arahkan untuk hentikan jajaran politik baharu ini, selagi itu takkan selesai,” katanya. UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu HasyimPesiden UMNO khianati parti sendiri.. Ini pun kerana DAP punya hal juge ke?

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 3

Perkembangan di AS, Kongres Mengesahkan Joe Biden Menang Pilihan Raya

 

Joe Biden menjadi Presiden untuk memerintah Amerika Syarikat (AS) selama empat tahun mulai 20 Januari.

Kongres, yang dipasang kembali setelah bangunan Kongres AS diserbu dan meneruskan proses penghitungan suara perwakilan, secara resmi mengesahkan bahawa Biden memenangi pemilihan presiden.

Dengan keputusan negara Vermont dicatat, Joe Biden melintasi ambang 270 perwakilan dan secara rasmi menjadi Presiden.

Kongres, yang berkumpul kembali selepas bangunan Kongres AS diserbu dan meneruskan proses penghitungan suara perwakilan, secara resmi mengesahkan bahawa Joe Biden memenangi pemilihan presiden.

Dengan keputusan negeri Vermont, Joe Biden melintasi ambang 270 perwakilan dan secara rasmi menjadi Presiden.

"Joe Biden akan memegang jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Januari," kata Naib Presiden AS Mike Pence selepas pengundian.

Sementara itu, dalam satu kenyataan selepas pengundian di Kongres, Donald Trump mengatakan, "Walaupun saya menentang sepenuhnya keputusan pilihan raya, saya akan menyerahkan tugas itu pada 20 Januari tanpa masalah." 

Dalam peristiwa yang berlaku di Washington, ibu negara AS, ekoran penyokong Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Kongres, 4 orang mati dan sekurang-kurangnya 52 orang ditahan.

Kecemasan selama 15 hari telah diisytiharkan di negara ini.

Dalam berita yang tercermin di media AS dilaporkan bahawa keadaan darurat akan berlanjutan hingga 21 Januari.

Sebilangan penyokong Trump, yang berdemonstrasi di ibu kota, menerobos sekatan polis dan memasuki bangunan Kongres.

Kemudian, sesi di Kongres, yang menyetujui terpilihnya Joe Biden sebagai presiden, ditangguhkan, dan Wakil Presiden Mike Pence, yang memimpin sesi itu, dibawa keluar dari bangunan.

Polis campur tangan dengan gas pemedih mata ke atas para demonstran yang memasuki bangunan Kongres.

Seorang wanita, yang cedera dalam pergaduhan di bangunan itu, mati.

Menerusi akaun media sosial, Presiden Donald Trump meminta para demonstran untuk "tetap damai".

Berikutan perkembangan tersebut, perintah berkurung diumumkan di ibu kota.

Ketua Polis Washington Robert Contee mengumumkan bahawa 3 orang lagi mati.

Satu daripada mereka yang kehilangan nyawa adalah lelaki dan 2 daripadanya adalah wanita dan orang-orang ini mati dalam perkhidmatan kecemasan hospital di mana mereka dipindahkan, ketua polis tidak mendedahkan identiti orang yang dimaksudkan.

Contee juga melaporkan bahawa 14 pegawai polis cedera ringan dan sekurang-kurangnya 52 orang ditahan dalam kejadian tersebut.

Pasukan keselamatan juga mengumumkan bahawa bahan letupan dijumpai berhampiran bangunan Kongres dan diletupkan.

Dalam kenyataan yang dibuat setelah beberapa saat, Mike Pence menyeru untuk "mengakhiri peristiwa di gedung Kongres", dengan menyatakan bahawa keganasan tidak akan ditoleransi.

Para senator kemudian dipindahkan dari bangunan.

Donald Trump melarang Marc Short, yang mengetuai pasukan kerja timbalannya Mike Pence, memasuki Rumah Putih.

Presiden terpilih Joe Biden mengadakan sidang media, menyeru untuk menghentikan serangan "terhadap demokrasi AS dan kedaulatan undang-undang."

Joe Biden menyeru Trump, "Dia mesti menghadap kamera, menghentikan pengepungan (di bangunan kongres)". Katanya.

Berikutan perkembangan itu, Trump mengarahkan Pengawal Nasional untuk "campur tangan dalam peristiwa di bangunan Kongres".

Setelah meningkatnya ketegangan, Donald Trump berkongsi rakaman video, "Mereka mencuri pilihan raya dari kami, tetapi sekarang anda harus pulang". Katanya.

Dalam satu kenyataan sebelum demonstrasi bermula, Trump mengatakan bahawa dia tidak akan menerima kekalahannya dalam pilihan raya presiden dan tidak akan berhenti berjuang.

Dari sebalik kaca kalis peluru, Trump mengarahkan penyokongnya, yang berkumpul di Washington untuk sesi Kongres yang diadakan untuk menyetujui keputusan pilihan raya presiden yang diadakan pada 3 November 2020, beliau meneruskan dakwaannya bahawa

"Demokrat melakukan penyelewengan dalam pilihan raya."

Trump berpendapat bahawa dia adalah pemenang sebenar dalam pilihan raya itu,

"Saya tidak akan pernah mengakui kekalahan, saya tidak akan menyerah." Katanya.

Biden mengeji tindakan Trump yang mendorong penyokongnya untuk tidak menerima kekalahan pada pilihan raya. 

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 3

'Ribut dalam cawan yang akan kembali pulih dan berakhir' -Pengarah P/raya PAS.

 

PRU15 tetap dua penjuru di sebalik isu politik

KUALA LUMPUR: Usaha memastikan hanya berlaku pertandingan dua penjuru di setiap kerusi dalam PRU15 akan datang diyakini tidak terjejas di sebalik isu politik membabitkan Umno dan BERSATU.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor optimis sedemikian dan menyatakan bahawa masalah tersebut ibarat ribut dalam cawan yang akan kembali pulih dan berakhir.

Menteri Besar Kedah itu percaya isu terbabit pasti akan berlalu dan akhirnya hanya gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bertanding untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH).

Beliau lapor Astro Awani mengulas hal itu selepas Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedah dan Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Sanusi juga menyatakan, rundingan kerusi MN sudah melebihi 50 peratus dengan persetujuan antara PAS dan Umno mengikut fomula yang dipersetujui bagi memastikan tiada pertandingan tiga penjuru dalam PRU tersebut.

“Kalau kerusi Umno menang, (maka) PAS tak letak calon (di situ), disiplin PAS sangat tinggi, tiada masalah. Kalau dia (Umno) menang (di kerusi) dia duduklah (bertanding). Itu formula yang pertama.

“(Bagi kes kerusi) lompat, itu ada rundingan lain, dia masuk bahagian lain pula, (guna syarat) lain. Itu terpulang kepada parti masing-masing,” katanya menjelaskan pembahagian kerusi dalam MN mengikut parti yang memenanginya dalam PRU sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terdahulu turut mengakui bahawa rundingan pembahagian kerusi MN mencapai tahap antara 60 hingga 70 peratus bersama sekutu rapatnya, Umno.

Malah tegas beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, rundingan berkaitan masih tetap diteruskan walau sebarang kemungkinan yang berlaku dalam menuju PRU15 dengan tekad memperkukuhkan MN dan PN.

“Insya-Allah kita akan terus berbincang dan berunding. Kita akan terus memperkukuhkan MN dan PN kerana itulah jalan terbaik untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat yang menjadi majoriti dalam negara,” katanya dilapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Terengganu FC Sdn Bhd (Terengganu FC) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam. – HARAKAHDAILY 7/1/2021

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 3

Surat Terbuka Kepada PM, Tiadakan PRU-15 Ketika Ini..

 

'Tidak wajar adakan PRU-15 ketika negara berdepan ancaman COVID-19'

KUALA LUMPUR: Seramai 46 pakar kesihatan kanan, persatuan perubatan dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.

Gesaan itu disuarakan mereka menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri sebagai maklum balas dan cadangan yang perlu kerajaan laksanakan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak itu.

Menurut surat itu, pandemik yang sedang mengancam negara ketika ini tidak harus dipolitikkan, sebaliknya satu jaminan melalui konsensus rentas parti perlu disegerakan bagi mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok.

"Pelaksanaan PRU-15 ketika negara masih bergelut dengan pandemik ini akan menjurus kepada bencana yang lebih teruk sama seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini," katanya.

Mereka turut mencadangkan satu pasukan khas diwakili kumpulan pakar dalam kalangan pelbagai sektor ditubuhkan bagi melancarkan lagi gerak kerja rentas kementerian dan agensi dalam menangani COVID-19.

Pasukan khas itu berupaya membantu negara menangani isu COVID-19 dengan menyampaikan cadangan dan audit mengenai impak ekonomi serta kesihatan kepada Kabinet dengan lebih kerap.

"Penggunaan Rapid Test Kid (RTK) Antigen juga perlu diperluaskan berbanding menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

"Penggunaan awal RTK Antigen terhadap kes dalam tempoh 24 jam membolehkan tindakan pantas diambil mengasingkan pesakit dan mengesan kontak rapat.

"Pengesanan kontak rapat menggunakan aplikasi digital juga mampu mempercepatkan proses pengesanan selain memanfaatkan data sains serta mengenal pasti kawasan panas penularan bagi tujuan penyaringan," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan perlu melindungi petugas kesihatan di hospital yang mengendalikan kes COVID-19 dengan menghantar pesakit yang hanya mengalami gejala ringan atau kes bukan berkaitan COVID-19 ke hospital kerajaan atau swasta yang tidak mengendalikan pesakit wabak itu.

Jelas mereka, ini membolehkan petugas terbabit memberi lebih tumpuan kepada kes COVID-19 yang lebih kronik.

"Kerajaan perlu mempercepatkan proses imunisasi sebaik sahaja menerima dos pertama vaksin COVID-19. Selain mengutamakan vaksin kepada golongan berisiko, kerajaan harus memastikan pekerja asing turut divaksin dalam melindungi sektor industri negara.

"Kos vaksin yang perlu dibayar pula tidak seharusnya melebihi RM100 setiap dos bagi individu yang mendapatkan vaksin itu daripada pihak swasta," katanya.

Selain bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, antara pakar kesihatan yang menandatangani surat terbabit adalah Profesor Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman; Timbalan Naib Canselor dan Konsultan Pakar Bedah Ortopedik Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Ahmad Hata Rasit serta bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee.

Hari ini, negara mencatatkan angka harian tertinggi dengan 3,027 jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif. (BH)


IHtv

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails