Friday, January 22, 2021

‘Bicara Negarawan’ bersama Presiden PAS, ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ amat dapat sambutan.

 

Sisi realistik, positif dan merendah diri Presiden PAS Menurut Dr Kamarul Zaman.

DAPAT sambutan hangat sekali nampaknya program ‘Bicara Negarawan’ siri kedua bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan tajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ yang bermula pada jam 3:00 petang semalam, 19 Januari 2021.

Hingga jam 9:00 pagi ini, video program ‘Bicara Negarawan’ siri kedua ini telah mendapat lebih 2,000 perkongsian dan lebih 58,000 tontonan berbanding video program ‘Bicara Negarawan’ siri pertama bersama Pengerusi Jamaah Penasihat Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, pada 24 Disember yang hanya mendapat 49 perkongsian dan lebih 3,800 tontonan sahaja.

Menarik juga soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dr Muhammad Asri Ali selaku moderator program, apa lagi bila beliau memberikan peluang kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, untuk bertanya.

Begitupun, semua penonton dapat saksikan bagaimana Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku seorang tokoh yang telah begitu lama berkecimpung dalam dunia politik tanah air begitu tenang dan fokus sekali menjawab soalan-soalan sukar yang dikemukakan kepada beliau.

Paling perlu dikagumi adalah sikap realistik, positif dan merendah diri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi di dalam menangani isu persefahaman politik antara PAS, Umno dan BERSATU di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15.

Sikap berpijak di bumi nyata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini jelas terpancar di dalam kenyataan beliau berbunyi ‘Kita memestikan dua-dua gabungan ini (Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional) bersatu, kerana pada kajian kita tidak ada parti yang boleh menang untuk memerintah sendiri pilihan raya akan datang, mesti bergabung dengan parti lain.’

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah bagi menjawab soalan Dr Muhammad Asri yang bertanya: ‘Sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, andai katalah kita kata COVID telah dapat diredakan bulan empat bulan lima nanti, menjadi persoalan di kalangan rakyat Malaysia, di antara dua gabungan yang PAS sertai sekarang ini, di antara Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional, boleh Tuan Guru jelaskan mana yang menjadi pilihan PAS atau PAS ada pendekatan yang lain daripada dua gabungan ini?’

Sikap positif Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai hubungan antara PAS, Umno dan BERSATU pula tertonjol di dalam kenyataan beliau berbunyi ‘Insya-Allah, menjelang PRU15 kita akan dapat atasi (pertembungan politik antara Umno dengan BERSATU).’

Kenyataan penuh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah berbunyi: 

‘Ya. Oleh kerana Umno parti yang pernah memerintah, yang pernah memerintah, jadi perasaan rasa nak memerintah itu ada lagi, itu masih ada lagi. Itu beberapa perkara yang kita hadapi. Dan kita telah berjaya mewujudkan satu piagam Muafakat Nasional, PAS dengan Umno. Dalam piagam ini kita bersetuju untuk memperkasakan kepimpinan Melayu Islam, kita setuju. Dan mengajak parti-parti dan NGO-NGO menyertai Muafakat Nasional, ini kita bersetuju. Malangnya sampai kita nak ajak, terdapat pertembungan politik antara Umno dengan BERSATU, terdapat ini. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, majoriti pimpinan Umno positif, positif, majoriti pimpinan Umno. Cuma bagaimana kita nak selesaikan negatif ini. Insya-Allah, menjelang PRU15 kita akan dapat atasi perkara ini. Insya-Allah.’

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah bagi menjawab soalan Prof Datuk Dr Raduan yang bertanya: 

‘Pertama sekali, ini perkara yang saya ingat strategik kepada politik negara, Tok Guru ya, kalau umpamanya kita amat menyedari bahawa ketiga-tiga parti politik ini perlu disatukan dan jangan biarkan perkara-perkara operational yang kecil-kecil ini mengganggu matlamat utama untuk nak menyatukan ketiga-tiga ini. Apa agaknya formula yang benar-benar boleh menyatukan ini sebab saya nampak sedang sedikit bercelaru dan hilang fokus kepada benar-benar nak wujudkan kesatuan ketiga-tiga ini? So kalau umpamanya serius, kita panggil balik berunding, mesti ada formula, saya rasa tidak ada perkara yang tidak boleh kita selesaikan, cumanya ada benda-benda yang operational yang mengatasi daripada matlamat yang sangat kudus itu. So itulah yang kita harapkan supaya ada peneraju ada jiwa besar yang boleh menuju ke arah itu, yang pandu kita sama-sama. Sebab rakyat saya rasa kalau bandar rakyat kebanyakan semuanya melonjak dalam hati melonjak gembira melihat kerajaan yang dipimpin yang boleh menunjukkan, apa, mewakili negara yang kita impi-impikan, yang lain-lain jugak datang, bangsa-bangsa lain pun jugak sama datang untuk bernaung dalam kesepaduan ini. Kalau itu dapat kita jelmakan satu perkara yang saya rasa diimpi-impikanlah oleh kebanyakan rakyat Malaysia, Tok Guru.’

Sikap merendah diri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula kelihatan di dalam kenyataan beliau berbunyi 

‘Sebenarnya saya bukan pemain utama… Kalau saya seorang bawa bola letih tak sampai ke gol, dengan sebab itu mesti passing passing dengan permain berpasukan.’

Kenyataan penuh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi ini adalah berbunyi: ‘Sebenarnya saya bukan pemain utama, kita pemain berpasukan, kita pemain berpasukan. Kalau saya seorang bawa bola letih tak sampai ke gol, dengan sebab itu mesti passing passing dengan permain berpasukan. Kita buat pasukan, pemain. Walaupun orang nampak saya pemain utama, tetapi pemain utama seorang tak boleh, mesti berpasukan. Alhamdulillah, dalam Umno ada pasukan kita, dalam BERSATU ada pasukan kita. Jadi kita manfaatkan pasukan ini. Mungkin dalam masa yang terdekat ini kalau ada yang tak boleh nak menjalan tugas kita tukar pemain itu. Terpulang kepada parti masing-masing tukar pemain dia.’

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah bagi menjawab soalan Prof Datuk Dr Raduan yang bertanya: 

So kita sedikit sebanyak memandang Tok Guru sebagai pemain utama peneraju kepada muafakat ini, Tok Guru, ya. So kita tak boleh nak jemu ataupun give up apabila sekali cuba mungkin tak berjaya, kita tak boleh putus asa, ya, untuk nak terus jadikan ini sebagai satu realiti yang benar-benar menjelang PRU15 nanti.”

Tahniah kita ucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku panelis, Dr Muhammad Asri selaku moderator dan Prof Datuk Dr Raduan selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) atas kejayaan program yang baik ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/1/2021

IHtv

Dilarang meniru gaya hidup rakyat Koea Selatan. Mengapa?

 

Budaya hidup remana Korea Selatan
HALAMAN HIBURAN

Dihukum penjara jika tonton program hiburan Korea Selatan

Pyongyang: Rakyat Korea Utara akan dihukum jika didapati didapati menonton program hiburan dari Korea Selatan termasuk drama bersiri.

Bukan itu saja, mereka juga dilarang meniru gaya rakyat negara jiran itu berbual, lapor media tempatan.

Peraturan itu diumumkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang melancarkan perang terhadap pengaruh luar dan menyeru kepada hiburan tempatan yang lebih baik.

Peraturan itu termaktub dalam satu undang-undang baru yang mula dikuatkuasakan akhir tahun lalu.

Perincian peraturan itu dimuat turun Daily NK, laman web yang berpengkalan di Korea Selatan yang melaporkan dari sumber di Pyongyang.

Jika didapati bersalah, rakyat Korea Utara akan berdepan hukuman 15 tahun penjara.

Hukuman itu juga terpakai kepada ibu bapa jika anak mereka di dapati melanggar peraturan berkenaan.

Perincian di dalam web itu menyatakan rakyat negara berkenaan dilarang membaca bahan dari media Korea Selatan, menerbitkan atau mengedarkan kandungan lucah, menggunakan televisyen tidak berdaftar, radio, komputer telefon bimbit dari luar serta peranti elektronik.

Sebuah majalah yang diterbitkan di Jepun, Rimjin-gang turut melaporkan perkara sama berdasarkan maklumat sumber di Korea Utara.

Laporan yang disiarkan awal bulan itu menyatakan undang-undang itu turut melarang rakyat Korea Utara berbual atau menulis seperti negara jiran. (Agensi)


Komen Weblog Ibnu HasyimGambar di atas adalah gambar gaya hidup remaja di Korea Selatan kononnya, walaupun tidak semua. Contohnya gadis di bawah ini tidak begitu, dia memilih Islam..

Kemunculan gadis cantik bertudung litup dan berjubah, sering kelihatan di media sosial. Namanya Ayana Moon Jihye ini berumur kira-kira awal tahun 20an dan berasal dari Seoul, Korea Selatan. Baru memeluk Islam beberpa tahun lalu, dan kini kerap berada di Malaysia kerana kerjaya sebagai seorang model muslimah bagi sebuah jenama pakaian muslimah di Malaysia.

Dikatakan, dalam tempoh beberapa tahun Korea Selatan menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh industri hiburan mereka turut menjadi kegilaan remaja-remaja kita. Drama Korea dan K-Pop antara penyumbang terbesar kepada situasi tidak sihat ini.


Mungkin histeria kegilaaan remaja ini jugalah yang ditakuti oleh Korea Utara..

IHtv

Covic-19: Ada ke menteri yang tak pernah turun jengok rakyat?

 

Menteri Agama temui pesakit COVID-19 di PKRC

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri meluahkan rasa sebak dan sayu ketika bertemu petugas barisan hadapan dan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.

Melalui perkongsian dimuat naik di Facebooknya, Zulkifli berkata, kelihatan jelas keletihan di raut wajah petugas barisan hadapan, namun terselit kegembiraan apabila pihaknya bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) menyampaikan sumbangan makanan.

Menerusi lawatan itu, beliau meluangkan masa berjumpa dengan pesakit dan menyampaikan kata-kata motivasi.

"Ujian paling besar kita adalah apabila kita ditimpa musibah seperti ini, perkara pertama sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa menginsafi diri dan meningkatkan kesabaran kepada Allah, kita menggunakan masa sebaik mungkin," katanya.

Berkongsi pengalaman ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, selepas disahkan positif pada 4 Oktober tahun lalu, beliau memaklumkan tempoh rawatan 11 hari itu dibahagikan dan dimanfaat dengan sebaik mungkin.

"Sepanjang dirawat di hospital saya sempat menyiapkan sebuah buku mengenai pengalaman diserang COVID-19 bertajuk 'Hari-Hari Tarbiah Dalam Hidupku', menjaga solat dan khatam Al-Quran sekali," katanya.

Ketika lawatan Zulkifli turut menyampaikan bantuan makanan berupa roti canai sejuk beku, biskut dan minuman kepada 1,629 petugas barisan hadapan serta buku 'Hari-Hari Tarbiah Hidupku' sebagai panduan kepada pesakit.

Zulkifli berkata, walaupun pertemuan itu singkat dan dipisahkan dinding kaca, namun beliau seronok dapat bertemu pesakit.

Katanya, kalau boleh beliau mahu berada lebih lama bersama mereka, namun disebabkan kekangan masa beliau terpaksa melupakan hasrat itu.

"Saya faham perasaan mereka kerana saya juga pernah berada dalam situasi ini dan berharap pesakit COVID-19 tidak berasa disisih dan tertekan.

"Sentiasa letakkan sangka baik kepada Allah SWT dan berfikiran positif.

"Saya akan terus menyumbang bahan bacaan untuk pesakit di sini. Saya sayang semua dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun berada di mana-mana," katanya.

Beliau kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan bacaan doa dan diaminkan pesakit. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada ke menteri yang tak pernah turun menziarahi rakyat di musim Covic-19 ini?

Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri bertemu petugas barisan hadapan dan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.


IHtv

Mati di lokap: "Tatakelakuan Polis (IPCC) yang jauh lebih lemah dan tiada kuasa.."?

'Lelaki mati dalam lokap akibat dipukul tahanan lain atas arahan polis' 

Seorang lelaki yang mati ketika dalam tahanan di lokap ibu pejabat polis daerah (IPD) Bentong, Pahang tahun lalu telah dipukul dua tahanan lain atas arahan seorang anggota polis, menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Menurut Suhakam, forensik mendapati G Jestus Kevin, yang ditahan kerana disyaki mencuri pada April tahun lalu, mati akibat kecederaan di otak disebabkan objek tumpul.

"Menerusi keterangan oleh doktor forensik, Suhakam mendapat pengesahan yang si mati mengalami banyak kecederaan, termasuk tulang rusuk patah.

"OKT (orang kena tuduh) lain di lokap memberi keterangan yang si mati telah diikat dengan selimut dan dipukul oleh OKT lain - (seperti) disahkan melalui rakaman CCTV," kata Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph ketika sidang media dalam talian hari ini.

Jerald berkata, seorang anggota polis mengarahkan tahanam lain untuk "menenteramkan" Jestus Kevin, dan melihat kejadian ketika dia dipukul.

Suhakam mendapati anggota polis itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan mangsa.

Tahanan yang memukul Jestus Kevin turut diberi rokok, dipercayai sebagai upah "menjaga" mangsa, katanya lagi.

Menurut Jerald, mangsa sepatutnya diberi rawatan sebelum kejadian kerana dia menunjukkan tanda keadaan mental yang tidak stabil, seperti percubaan membunuh diri, bercakap seorang diri serta memanjat dinding.

"Sebaliknya, mangsa terus ditahan dan kemudian dipukul tahanan lain di lokap," katanya lagi.

Menurut Suhakam lagi, pihaknya telah mengenal pasti tahanan dan anggota polis yang terlibat dan menggesa tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Suhakam turut mengesyorkan agar tindakan diambil terhadap anggota polis lin yang tidak menjamin keselamatan Jestus Kevin ketika dalam tahanan, walaupun dia menunjukkan kesihatan mental yang tidak baik.

Jestus Kevin, 30, ditahan pada 2 April 2020 kerana disyaki mencuri. Dia didapati mati tiga hari kemudian.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Yusof Unis, anggota polis yang bertugas mendapati mangsa mengalami kesukaran bernafas pada 5 April dan telah menghubungi ambulans.

Dia berkata apabila ambulans tiba di lokap, mangsa telah meninggal dunia.

Isu kematian dalam tahanan merupakan antara sebab utama aktivis menggesa penubuhan Suruhanjaya Pengaduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC).

Bagaimanapun, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menggantikannya dengan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang jauh lebih lemah dan tiada kuasa untuk menghukum anggota yang didapati bersalah. (Sumber M'kini)

Komen Weblog Ibnu Hasym: Bagaimana kalau diseru, kembalilah kepada sistem jenayah dan perundangan Islam yang terbukti kejayaannya dari sudut sejarah dan realiti masakini.

...Kerana Malaysia adalah negara umat Islam, dan Islam adalah Agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails