Saturday, January 30, 2021

Panik! Muncul Spesies Nyamuk Baru Di Ethiopia, Penyambung Covid-19?

 


KEMUNCULAN spesies nyamuk baru, yang tidak diperhatikan di benua Afrika, di bandar-bandar Ethiopia menyebabkan panik.

Sebagai hasil penyelidikan yang dilakukan bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Radboud di Belanda dan Armauer Hansen Research Institute di Ethiopia, diumumkan bahawa nyamuk yang muncul di Afrika mempunyai hasil yang membimbangkan untuk jangkitan malaria.

Dengan menyatakan bahawa spesies tersebut menargetkan makhluk hidup dengan pendekatan agresif, Dr. dari Universiti Addis Ababa di Ethiopia. Fitsum Tadesse mengatakan bahawa jika kita bertindak dengan cepat, penyebaran dapat dicegah, tetapi jika gagal, risiko malaria akan meningkat di sebahagian besar Afrika.

Pada tahun 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa spesies baru sukar dibendung kerana ketahanan genetik terhadap racun perosak.

Telah diketahui bahawa terdapat kira-kira 60 spesies nyamuk yang dapat menjangkiti manusia dengan malaria dan 400 ribu orang mati akibat malaria setahun.

(IH)

Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak. Atau juga zina.

KUCHING: Hampir semua atau 96% daripada 2,099 remaja mengandung tahun lepas merupakan pelajar cicir, kata kerajaan negeri. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Fatimah Abdullah berkata, kes turut melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun.  

Beliau berkata, faktor penyumbang kes termasuklah hubungan intim, rogol, pengaruh dadah dan penyalahgunaan bahan, kurang pendidikan seks dan pendedahan kepada media sosial.  Katanya, walaupun angka tersebut menurun daripada 3,401 pada 2014, kementerian kini menyusun panduan intervensi bersepadu pelajar cicir bagi menangani masalah yang dihadapi.

Ia akan memperkenalkan program bagi mengurangkan stigma terhadap ibu tidak berkahwin dan menyediakan pendidikan dan kaunseling seks untuk remaja.  

Fatimah berkata, stigma berkait ibu tidak berkahwin atau ibu muda serta kekurangan sokongan emosi daripada anggota keluarga juga merupakan punca perbuatan membuang bayi kerana perasaan malu.  Beliau berkata, 41 kes buang bayi dilaporkan dari 2014 hingga 2020. -FMT. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Rogol 1: Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak....

Sedikit mengenai jenayah rogol dan pencegahan menurut Islam.

Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Ulama berselisih pandangan mengenai hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak.

Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam. 

Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. 

Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul. Namun pengamalan Mahkamah di Malaysia adalah berbeza kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad diikat pada Akta 355 atau dikenali Akta 356. 

Jenayah rogol menerusi Mahkamah Sivil pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dalam hal ini, hukuman ke atas perogol sahaja dan mangsa tiada peruntukan apa-apa pampasan melainkan menanggung malu. 

Di sinilah, perlunya pihak kerajaan mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah terus dipertingkatkan bagi mengikuti seluruhnya hukum di dalam Islam. Tidak lagi hanya terhad pada bidangkuasa tertentu yang amat sempit. 

Dalam kes yang berlaku seperti yang dilaporkan di atas melibatkan kanak-kanak 10 tahun, ia tidak boleh diambil ringan walaupun atas alasan bawah 18 tahun. Ini kerana mangsa rogol yang akan menghadapi tekanan minda dan kesan fizikal. 

Solusi

Sebagai solusi dan jalan selesainya, jenayah rogol ini dinilai dari dua aspek: 

I. Aspek pendidikan.

a. Pihak kerajaan mesti memperkasakan silibus pengajian Islam di seluruh sekolah dan pelbagai tahap pendidikan sebagai subjek wajib, bukan selektif. 

b. Para ibu bapa dan guru mesti berganding bahu memantau kelakuan anak-anak dan memastikan sukatan pelajaran agama diberikan perhatian yang lebih dan serius. 

c. Mempergiatkan kempen yang sihat dalam membangunkan nilai moral dan jati diri syaksiah seperti kempen jaga pandangan dan memelihara kehormatan di seluruh peringkat sama ada agensi kerajaan, sekolah, masyarakat dan keluarga. 

d. Penekanan pemakaian patuh syariah yang menutupi aurat oleh semua umat Islam serta pemakaian sopan bagi yang bukan beragama Islam. Termasuk juga pengiklanan sama ada secara maya, digital serta di papan tanda.

II. Aspek Pencegahan.

a. Memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah agar diberikan kuasa penuh sebagaimana peruntukan dalam syariat Islam. 

b.Kementerian yang berkaitan seperti Penerangan, Komunikasi dan Multimedia untuk lebih agresif menyekat laman sesawang yang mempunyai unsur lucah dan seksi. 

c. Penetapan cara pemakaian yang bersesuaian dengan etika agar tidak seksi dan menjolok mata. Bagi umat Islam dengan menutupi aurat, bagi bukan beragama Islam ialah batasan sopan. 

d. Pihak berkuasa mesti menutup semua pusat maksiat sama ada yang berlesen atau tidak. Serta memantau pusat siber umum agar tidak menjadi tempat lepak remaja-remaja dengan aktiviti yang kurang sihat. 

Sekian.

Covid-19: Fatwa disembah-maklum kepada YDP Agong, selari di seluruh dunia.

 

COVID-19: Vaksin di Malaysia tiada unsur babi atau haiwan

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini juga tidak mempunyai unsur babi.

Katanya, penggunaan vaksin di negara ini dijelaskan dalam keputusan fatwa muzakarah kebangsaan yang disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan ia juga selari dengan fatwa sama di seluruh dunia.

"Vaksin-vaksin yang menjadi pilihan Malaysia adalah dalam kelompok yang paling tinggi kadar keberkesanan dan paling banyak dipercayai di seluruh dunia berdasarkan lebih 80 juta dos yang sudah disuntik kepada penduduk di lebih 57 negara seluruh dunia.

"Setiap hari, lebih 3.6 juta dos disuntik di merata tempat. Cuma ada peratus kecil laporan kes terpencil yang akhirnya ternyata tiada kaitan langsung dengan kesan vaksin.

"Tetapi kerana pelaporan yang mengelirukan, masyarakat jadi was-was dan takut," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam hantaran itu, Ahmad Amzad juga meminta media supaya berhati-hati dalam pemilihan tajuk berita khususnya berkaitan COVID-19 dan vaksin.

"Jangan kerana mahu tarik perhatian pembaca, guna perkataan yang mengelirukan dan menakutkan rakyat dan menggugat usaha kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai contoh berita daripada China mengenai kaedah swab dari dubur.

"Tajuk dibaca secara sekali imbas terus jadi viral dan ramai buat andaian kononnya kaedah itu di Malaysia sedangkan berita asal meyatakan China tidak bercadang menjadikan ia kaedah piawai. Pakar dari Malaysia juga menegaskan kaedah sekarang paling sesuai dan berkesan," katanya.

Beliau juga berkata, tajuk mengenai vaksin juga banyak mengelirukan contohnya mengenai ulama tersohor Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang menjelaskan hukum vaksin yang mengandungi bahan najis seperti babi.

"Lalu tajuk berita ditulis `Vaksin COVID-19 mengandungi babi hukumnya harus.' Habis jadi bahan percakapan bahawa dalam vaksin COVID-19 ada babi," katanya.

IHtv

Hubungan Antara Iran, Israel &Turki..

 

1. Menteri Luar Iran: ''Kami Sangat Mementingkan Hubungan dengan Turki''

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, mengatakan bahawa kerjasama adalah penting dalam hubungan antara negara-negara dan isu-isu serantau dengan Turki.

Menteri Luar Iran yang datang ke Turki dalam rangka lawatan rasmi, bercakap dengan televisyen negara Iran menjelang perbincangan dengan pihak berkuasa Turki.

Mohammad Javad Zarif menyatakan bahawa mereka sangat mementingkan hubungan dengan Turki,

"Hubungan kami memerlukan rundingan berterusan kerana hubungan dua hala dan kerjasama serantau dengan Turki adalah penting." Katanya.

Javad Zarif menyampaikan bahawa mereka akan membincangkan isu-isu dua hala dan serantau termasuk pembentukan perdamaian yang berkekalan di wilayah Kaukasus.

"Sangat penting bahawa syarat-syarat untuk perdamaian berkekalan di Kaukasus diciptakan melalui kerjasama." Katanya.

"Mekanisme ini sebelumnya dijadikan agenda oleh Mr. (Presiden Recep Tayyip) Erdoğan dan pegawai lain di rantau ini. Saya juga mengadakan perbincangan mengenai isu ini. Saya akan berkongsi hasil rundingan dengan pihak berkuasa Turki kerana ini isu penting, terutamanya dari segi kerjasama dalam bidang transit. " Kata Javad Zarif mengenai cadangan platform kerjasama 6 pihak mengenai Karabakh.


2. Israel Akan Senang Jika Turki Ingin Ambil Bahagian dalam Forum Gas Mediterranean Timur

Menteri Tenaga Israel Yuval Steinitz, mengatakan bahawa dia akan senang jika Turki ingin berpartisipasi dalam Forum Gas Mediterranean Timur (EMGF) dan mengatakan itu akan baik untuk hubungan perdagangan.

Yuval Steinitz membuat penilaian mengenai Forum Gas Mediterranean Timur dalam wawancara kepada saluran CNBC Amerika Syarikat (AS).

Steinitz menyatakan bahawa Israel bersedia untuk membincangkan projek gas yang akan dieksport ke Turki,

"Sekiranya Turki ingin bergabung dengan Forum Gas Mediterranean Timur sebagai bahagian daripada kerjasama serantau, saya akan senang." Katanya.

"Kami tak pernah menutup pintu Forum Gas Mediterranean Timur untuk Turki.'' Kata Menteri Israel yang menyatakan bahawa ini akan baik untuk hubungan komersial.

Forum Gas Mediterranean Timur ditubuhkan pada pertemuan yang diadakan di Mesir pada 16 Januari 2019 dengan penyertaan Menteri Tenaga Mesir, Israel, Yunani, Greek Cyprus, Itali dan Jordan.

(IH)


IHtv

Friday, January 29, 2021

Berpada-padalah dalam mengkritik, tak tahu kira? -Dr Kamarul Zaman.

 

70 Menteri: Mantan Timbalan Menteri, kartunis tak tahu kira?

SEORANG mantan Timbalan Menteri PAN dan seorang kartunis terkenal menyebut dalam portal berita MalaysiaKini mengenai Malaysia mempunyai 70 orang Menteri dan mengenai Kabinet Malaysia mempunyai 70 orang ahli.

Tidak tahukah mereka bahawa jawatan Menteri adalah berbeza dengan jawatan Timbalan Menteri serta bahawa Kabinet Malaysia hanyalah dianggotai oleh Menteri tetapi Timbalan Menteri bukan dikira anggota Kabinet Malaysia.

Jika Kabinet Malaysia mahu dibandingkan dengan Kabinet negara lain sekalipun adilkah jika yang dibandingkan adalah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia dengan bilangan Menteri (tetapi bukan Timbalan Menteri) negara lain?

Boleh sahaja disemak di laman web Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, mengenai bilangan dan identiti Menteri-menteri yang berjumlah 32 orang ini, iaitu:

(1) YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin: Perdana Menteri.
(2) YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
(3) YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob: Menteri Kanan Pertahanan.
(4) YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz: Menteri Kewangan.
(5) YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof: Menteri Kanan Kerja Raya.
(6) YB Senator Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin: Menteri Kanan Pendidikan.
(7) YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong: Menteri Pengangkutan.
(8) YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak).
(9) YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man: Menteri Alam Sekitar Dan Air.
(10) YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan: Menteri Sumber Manusia.
(11) YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun: Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
(12) YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad: Menteri Pengajian Tinggi.
(13) YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
(14) YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee: Menteri Pertanian Dan Industri Makanan.
(15) YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
(16) YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin: Menteri Dalam Negeri.
(17) YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah: Menteri Komunikasi Dan Multimedia.
(18) YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
(19) YB Datuk Dr. Hj Abdul Latiff Bin Ahmad: Menteri Pembangunan Luar Bandar.
(20) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa: Menteri Wilayah Persekutuan.
(21) YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican: Menteri Belia Dan Sukan.
(22) YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah: Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.
(23) YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein: Menteri Luar Negeri.
(24) YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi.
(25) YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique: Menteri Perpaduan Negara.
(26) YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba: Menteri Kesihatan.
(27) YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
(28) YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar: Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.
(29) YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya.
(30) YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang).
(31) YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali: Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.
(32) YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Berpada-padalah dalam mengkritik kerana takkanlah mantan Timbalan Menteri dan kartunis ini tidak tahu mengira?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 29/1/2021

Hadi Awang mohon batal saman berhubung kenyataan menghasut.

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan presiden PAS itu yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar, lima tahun lalu.

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Abdul Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Abdul Hadi berkata, mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan itu.

"Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April)," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian hari ini.

Abdul Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua antaranya atas alasan saman itu tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Abdul Hadi pada 9 Disember tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa Abdul Hadi telah melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Abdul Hadi mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang telah diterbitkan dalam sebuah akhbar pada 18 Januari 2016 dan kemudian dilaporkan oleh sebuah portal pada hari sama.– BERNAMA


IHtv

‘Negara lain tidak isytihar darurat’: MP DAP tak baca? -Dr Kamarul Zman.

 

SEAWAL 1 April 2020 lagi, sebuah badan hak asasi manusia berpusat di Geneva, Switzerland, bernama Centre for Civil and Political Rights (CCPR Centre) telah membuat satu ‘tracking tool’ bagi mengesan negara-negara yang telah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.

Data yang mereka kumpulkan pada waktu itu menunjukkan bahawa 79 negara telah pernah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik COVID-19, di mana negara-negara ini adalah:

1. Albania 2. Argentina 3. Armenia 4. Australia 5. Bahamas, The 6. Belgium 7. Belize 8. Bolivia 9. Bosnia and Herzegovina 10. Botswana 11. Brazil 12. Bulgaria 13. Burkina Faso 14. Cape Verde 15. Chile 16. Colombia 17. Congo, Democratic Republic 18. Costa Rica 19. Côte d’Ivoire 20. Dominica  21. East Timor 22. Ecuador 23. Egypt 24. El Salvador 25. Equatorial Guinea 26. Ethiopia 27. Finland 28. France 29. Gabon 30. Guatemala 31. Haiti 32. Honduras 33. Hungary 34. Iceland 35. Indonesia 36. Iraq 37. Israel 38. Italy 39. Jordan 40. Kazakhstan 41. Kyrgyzstan 42. Lebanon 43. Lesotho 44. Liberia 45. Libya 46. Lithuania 47. Luxembourg 48. Malawi 49. Mali 50. Mauritius 51. Mexico 52. Moldova 53. Montenegro 54. Morocco 55. Mozambique 56. Namibia 57. New Zealand 58. Niger 59. Palestine 60. Panama 61. Paraguay 62. Peru 63. Philippines 64. San Marino 65. Senegal 66. Sierra Leone 67. Slovakia 68. South Africa 69. Spain 70. Sudan 71. Switzerland 72. Thailand 73. Togo 74. Tunisia 75. United States 76. Uruguay 77. Vanuatu 78. Venezuela 79. Zimbabwe

Bilangan 79 negara yang telah pernah membuat pengisytiharan darurat ini seharusnya telah meningkat jauh lebih tinggi ekoran sela masa agak jauh antara tarikh ini dikumpulkan dan sekarang.

Malangnya, dalam Sinar Live bertajuk ‘Batal Darurat Ok Atau Tak?’ semalam, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh, dengan yakinnya menyebut ‘COVID ini bukan sahaja satu masalah yang unik untuk rakyat Malaysia, COVID ini berlaku di banyak negara yang lain dan kita lihat juga di negara lain mereka tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan COVID.’

Ahli Parlimen Segambut, yang berkelulusan undang-undang, ini ada baca atau tidak? Kalau mahu kelirukan rakyat Malaysia sekalipun, berpada-padalah wahai Yang Berhormat.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/1/2021

IHtv

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails