Friday, February 19, 2021

Hina mahkamah: Mkini Dotcom didenda RM500,000

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd membayar denda RM500,000 selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.

Bagaimanapun, mahkamah tidak berpuas hati kes telah dibuktikan melangkaui keraguan yang munasabah terhadap Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan, justeru berpendapat lelaki itu tidak bersalah menghina mahkamah.

Mahkamah memerintahkan Mkini Dotcom membayar denda itu dalam tempoh tiga hari bermula Isnin.

Keputusan Mkini Dotcom bersalah menghina mahkamah dicapai menerusi majoriti 6-1 yang disampaikan oleh panel tujuh hakim yang bersidang, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf.

Keputusan majoriti dibuat oleh Rohana, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli, manakala Datuk Nallini Pathmanathan menentang.

Rohana berkata mahkamah mendapati pertuduhan mempermudah penerbitan komen pembaca terhadap Mkini Dotcom telah dibuktikan, justeru memutuskan syarikat tersebut bersalah menghina mahkamah.

Jabatan Peguam Negara memohon kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan berkaitan lima komen pembaca mengenai sebuah artikel yang diterbitkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk CJ orders all courts to be fully operational from July 1 yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan.

Pada 17 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan ex-parte Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan.

Pada 2 Julai tahun lepas, Mkini Dotcom yang mengendalikan portal berita Malaysiakini, dan Gan gagal membatalkan kebenaran yang diperoleh Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka. – BERNAMA

Kes Rasuah Guan Eng &isteri, disebut semula 28 Mei

 

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas peguam RSN Rayer yang mewakili Lim dan isteri serta A. Ruben Kumar yang mewakili Phang, memohon masa selama tiga bulan kepada mahkamah bagi meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat sebelum menasihati anak guam masing-masing, ketika kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini.

Pada prosiding hari ini juga pihak tertuduh turut memaklumkan bercadang membuat permohonan interlokutori.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syafiq Hasim dan Ashrof Adrin Kamarul memberitahu mahkamah mereka tidak membantah permohonan tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah kerana mendapat pengecualian kehadiran.

Pada 11 Ogos lalu, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Chew melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Lim dituduh melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Chew secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar di George Town, Pulau Pinang mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Phang pula didakwa telah bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Lim dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama dan boleh dihukum di bawah seksyen dan hukuman serupa.

Chew didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh berbeza, antara 7 Okt 2013 dan 4 Ogos 2014; 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016 di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melaka Raya, Melaka.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lim, 60; Chew, 56; dan Phang, 48; masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teruskan jilat semoga tidak jatuh terlentang?

PAS tetap pertahan prinsip bantah industri judi

 

KANGAR: Biarpun sudah menjadi sebahagian daripada komponen Kerajaan Persekutuan sekarang, namun PAS tetap mempertahankan prinsip membantah industri judi dibenar beroperasi semula.

Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Idris Yaakob menegaskan pembukaan sektor judi akan memburukkan lagi keadaan dengan suasana wabak yang berlaku sekarang.

Katanya, di mana-mana negara umat Islam mereka bermuhasabah dan bermunajat kepada Allah SWT supaya diangkat bala wabak Covid-19.

“PAS sentiasa istiqamah membantu membetulkan kesilapan kerajaan tambahan pula dalam isu judi yang sudah terang lagi bersuluh haram di sisi agama Islam dan agama lain.

“Tindakan kerajaan membuka semula kasino walaupun terhad kepada ahli kumpulan tertentu sahaja jelas tidak memberikan apa-apa manfaat kepada ekonomi negara.

“Malah implikasi perjudian akan membawa kepada kecelakaan sosial seperti keganasan rumah tangga, pergaduhan dan masalah ekonomi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini syarikat pengendali kasino, Resort World Genting dan syarikat nombor ramalan mengumumkan akan memulakan operasi selepas mendapat kebenaran kerajaan setelah berakhir perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0.

Pengumuman itu dibuat Resort World bersama syarikat Sports Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) melalui media sosial serta laman sesawang masing-masing.

Sedangkan ketika PKP 2.0 yang bermula 13 Januari syarikat perjudian tidak dibenarkan menjalankan aktiviti masing-masing.

Oleh itu, Idris berharap kerajaan tidak membenarkan pembukaan semula sektor perjudian walaupun setelah pandemik berakhir. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

Apa peliknya polis/tentera bawa pistol/senapang? -Otak Lucu ADUN DAP.

 

Kenapa ADUN DAP Bilut berpemikiran sengal?

BENTONG: ADUN Bilut, Lee Chin Chen hanya menyerlahkan sikap dangkal, paranoid dan rasis apabila mengajukan pertikaian yang tidak wajar terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Bentong, Yusma Yusof membidas pemimpin muda DAP itu yang dilihat sengaja mengapi-apikan isu dan sentimen perkauman serta agama, sedangkan anggota berkenaan dalam penugasan.

“Apa yang peliknya polis dan tentera membawa pistol dan senapang? Semua orang tahu sejak lebih setahun lalu polis dan tentera menjadi sebahagian  ‘frontliners’.  Mereka jaga kita dan negara. Lagipun sekarang masih dalam tempoh PKP dan Darurat.

“Kenapa kamu berpemikiran senak dan sengal? Sebagai salah seorang ahli politik, pertikaian kamu itu bukan sahaja memalukan, tapi juga keterlaluan dan berunsur hasutan,” tempelaknya yang juga penduduk DUN Bilut.

Yusma turut kesal dakwaan ekstrem Lee Chin Chen yang merupakan Setiausaha DAP Negeri Pahang kononnya kehadiran pasukan keselamatan sedemikian mengganggu penganut untuk menjalankan kegiatan keagamaan.

Malah, turut dinyatanya polis dan tentera memeriksa rumah ibadah sebagai gambaran arahan dari Kerajaan Perikatan Nasional yang menjalankan politik diktator dan cuba menunjukkan kekuatan kepada awam.

“Apakah kamu dirasuk bayangan Komunis hingga anti dan benci melihat polis dan tentera? Siapa kamu hendak desak Ketua Polis Negara mohon maaf. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, laporkan ke pihak berkuasa.

“Tetapi dakwaan kamu terlalu skeptikal dan membayangkan ketakutan terhadap polis dan tentera, sedangkan tugas mereka memastikan keselamatan dan ketenteraman awam,” ujarnya mendesak Chin Chen memohon maaf.

Tegas Yusma, DAP seringkali menunjukkan sikap tidak hormat kepada penjawat awam termasuk terhadap agensi-agensi penting, sebaliknya lebih menzahirkan perseteruan kepada tulang belakang negara. – HARAKAHDAILY 17/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa peliknya polis/tentera bawa pistol/senapang? -Lihat bagaimana kepala otak lucu ADUN DAP berfikir, budak sekolah pun lagi pandai...

Gerakan 'Kereta Rosak' di Myanmar, Konflik di Chad &Ayam kokok Sangat Panjang.

 

1. Gerakan 'Kereta Rosak' Memprotes Rampasan Kuasa di Myanmar Dimulakan

Memprotes rampasan kuasa tentera di Myanmar, orang-orang mengisytiharkan "hari penutupan jalan" dan memulakan gerakan "kereta rosak" dengan membiarkan kenderaan mereka di jalan utama dengan kap mesin terbuka.

Setelah tentera Myanmar, yang mengambil alih pentadbiran, membenarkan akses internet, gerakan "kereta rosak" dimulakan di media sosial.

Ribuan orang di Yangon, bandar terpadat di negara ini, meninggalkan kereta mereka dengan kap mesin terbuka di jalan utama dan menutup jalan raya untuk lalu lintas.

Dianggarkan bahawa tujuan demonstrasi itu adalah untuk mengelakkan pasukan keselamatan dan penjawat awam pergi bekerja.

Sebaliknya, aktivis Maung Saung Kha menyatakan bahawa para penunjuk perasaan yang ingin pergi ke pusat bandar dari jalan yang tertutup juga terjejas, dan menuntut agar gerakan "kereta yang rosak" dihentikan agar para demonstran mencapai tindakan untuk diadakan di kawasan Sule.

Pertunjukan yang dirancang untuk diadakan di kawasan Sule dijangka akan berlangsung dengan penyertaan yang paling besar.

Tentera Myanmar merampas pemerintahan pada 1 Februari, setelah kumpulan politik yang berdekatan dengannya membuat tuduhan penipuan dalam pilihan raya 8 November 2020 dan ketegangan yang semakin meningkat di negara itu.

Walaupun tentera mengisytiharkan keadaan darurat selama setahun, banyak pegawai dan pemimpin parti pemerintah ditahan, terutama Suu Kyi, pemimpin de facto negara itu.

2. Konflik di Chad, 35 Orang Kehilangan Nyawa

35 orang kehilangan nyawa dalam pertempuran antara gembala nomad dan petani di selatan negara Afrika Tengah Chad kerana masalah padang rumput.

Pegawai Daerah Salamat Mara Maad melaporkan bahawa pertembungan antara kedua-dua pihak mengakibatkan kematian 35 orang, termasuk seorang tentera.

Dengan menyatakan bahawa pertempuran bermula pada 15 Februari, Maad mengatakan bahawa pasukan keselamatan telah dihantar ke wilayah tersebut untuk memastikan ketenteraman.

Pada bulan November, 22 orang mati dalam konflik serupa di wilayah Kabbia di selatan negara itu.

Selama bertahun-tahun, pertempuran berlaku antara petani dan gembala nomad di selatan Chad dengan alasan bahawa masalah padang rumput dan kawanan merosakkan ladang.

3. Ayam Jantan Denizli, Terkenal kerana Ia Berkokok Sangat Panjang, Pengsan Semasa Bertugas


2 hours ago — Ayam Jantan Denizli, Terkenal kerana Ia Berkokok Sangat Panjang, Pengsan Semasa Bertugas. Haber Giriş: 18 Şubat 2021 Perşembe 23:32.

Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook ditahan semula..

 

SHAH ALAM: Pengasas aplikasi Sugarbook yang ditolak permohonan reman ke atasnya pagi tadi, ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.

Beliau berkata, kejadian berkenaan dilaporkan kepada berlaku di Subang Jaya, pada 19 Februari 2019.

"Lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pelajar wanita berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pagi tadi, lelaki itu dibebaskan polis selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noorasyikin Sahat, selepas membuat aku janji bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan berkaitan aplikasi itu

Fadzil berkata, Pengarah Pendakwaan Selangor sudah membuat permohonan semakan ke atas keputusan penolakan permohonan reman itu.

"Permohonan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pada jam 9 pagi, esok," katanya.

Terdahulu media melaporkan usahawan tempatan dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.

Dia disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bersetuju dengan Muslimat PAS Negeri Pahang yang mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan kerana menawar kegiatan yang menjurus kepada persundalan elit.

Sehubungan itu, laporan polis telah digerakkan Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan negeri ini menggesa kegiatan tidak bermoral dan menggadai maruah wanita terutama anak muda remaja tersebut dapat dihentikan segera.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohammad berkata, aplikasi tersebut boleh menyebabkan kegiatan pelacuran mungkin terjadi semudah akses di hujung jari antara Sugar Daddy dan Sugar Baby.

“Pemilik dan seluruh aplikasi ini mesti disiasat dan diharamkan kerana menyedia ruang kepada rakyat Malaysia terlibat dalam perbuatan salah di sisi agama dan undang-undang,” ujarnya kelmarin.

Beliau yang menyuarakan kebimbangan terhadap keterlibatan anak-anak mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu diiringi Ketua Penerangan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusof membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Jerantut, Ustazah Norasmah Idris mahu aplikasi tersebut dihapuskan sama sekali dari terus menyebabkan golongan kesempitan wang terjebak ke dalam kegiatan ditawarkan Sugarbook.

Tegasnya, kecanggihan teknologi yang berkembang pesat era millenia ini mesti dipantau dari perkara merosakkan akhlak dan menjerumus ke kancah maksiat serta menyelamatkan negara dari kemurkaan Allah.

Norasmah bersama Ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Jerantut menyuarakan perkara tersebut ketika hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Jerantut, kelmarin. 

Tahniah Dewan Muslimat PAS Pahang!

Ikutilah siri-siri kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...

Thursday, February 18, 2021

Rasuah Pegawai Bekas Menteri PH Dari PKR Dibongkar...

 

Rasuah: Ambil tindakan tegas ke atas pembantu Xavier  -Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar iaitu MA Tinagaran.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, ia berikutan kes rasuah melibatkan jutaan ringgit yang dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

“Kita minta supaya kes yang melibatkan orang kanan kepada Xavier ini dibawa ke muka pengadilan dan buat penyiasatan terperinci terutama berkenaan sumber yang diperolehinya.

“Sebelum jadi orang kanan, berapa wang yang ada dan selepas jadi orang kanan, berapa pula wang yang ada,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Idris mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sering melaungkan kerajaan yang ditadbir mereka sebelum ini bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita tidak mahu menuduhlah kes ini sama ada salah atau tidak tapi pada saya ialah umumnya dalam kalangan puak-puak Pakatan Harapan ini boleh digelar ‘bom asap’.

“Cakap berdegar-degar berkenaan dengan soal rasuah, ketelusan, macam kononnya nak jadi hero rasuah tetapi ternyata dalam tempoh 22 bulan lalu yang mereka berkuasa membuktikan belang mereka yang sebenar,” katanya.

MA Tinagaran yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Rakyat (PKR) Perak, sebelum ini telah ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh pada Selasa berhubung kes rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran PH.

SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Sementara itu, bank akaun milik dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Dilaporkan, rasuah itu melibatkan penyerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.

Xavier yang juga Naib Presiden PKR dan Tinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Istana Kelantan pada 2019. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails