Thursday, March 18, 2021

Simbol, tumbangnya pokok penjajah British/Barat di Melaka..

 

Tumbangnya pokok ikonik di Bandar Melaka

MELAKA: Selepas 127 tahun, pokok ikonik yang menjadi lokasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk mengabadikan kenangan saat berada di Bangunan Stadthuys atau ‘bangunan merah’ di sini, akhirnya tumbang menyembah bumi pagi tadi.

Pokok jenis Batai Laut atau nama saintifiknya Peltophorum Pterocarpum berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter yang ditanam sejak zaman pemerintahan British itu tumbang sekitar 6.30 pagi tadi dipercayai akibat akarnya sudah mereput.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Mohd Nasruddin Rahman berkata pokok itu merupakan pokok warisan yang memang diwartakan di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya tidak ditebang dan hanya dipelihara dari segi landskap.

“Apa yang berlaku hari ini, perlu kita ambil pengajaran yang mana-mana kawasan bersejarah atau warisan ini, ia sangat sensitif. Dulu penduduk hanya menggunakan kereta kuda tetapi sekarang, pelbagai jenis kenderaan melalui kawasan tersebut.

“Jadi gegaran dan bebanan yang terhasil secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan kekuatan pokok malah bangunan berusia ratusan tahun di kawasan tersebut. Jadi sangat perlu kita kawal aliran trafik di kawasan bersejarah ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Nasruddin turut menjelaskan pada era penjajahan British sekitar 1824 terdapat banyak pokok jenis tersebut ditanam dan bagi pokok ikonik tersebut, bukti yang ada berdasarkan sekeping gambar pada tahun 1910.

“Pokok itu telah berada di situ dengan ketinggian 3.6 meter dan kami percaya ia telah mula ditanam sekitar lewat tahun 1890,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Landskap MBMB, Moahzam Shaari dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan faktor persekitaran seperti laluan trafik yang sibuk serta pembangunan sekeliling menyumbang kepada tumbangnya pokok yang penuh bersejarah tersebut.

“Pokok ini ditanam sejak tahun 1894, sekitar era pemerintahan British dan peredaran masa menyebabkan akarnya reput,” katanya.

Beliau juga menjelaskan pihaknya akan melakukan penanaman semula pokok baharu di kawasan terbabit bagi menjaga imej lokasi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kami akan menanam semula pokok baharu dalam masa terdekat, namun untuk mendapatkan pokok yang mampu bertahan lama seperti ini memang sangat susah.

“Apapun, kami akan cuba memikirkan spesies pokok lain yang sesuai ditanam di kawasan ini bagi menggantikan pokok yang sudah berusia lebih 120 tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama fitrah, dipersembahkan ke muka dunia, bagi membebaskan manusia dari cara hidup yang kacau-balau, berserabut kapada cara hidup indah, tenang lagi damai.

Asalnya 'fitrah', tetapi faktor-faktor sekeliling menyebabkan pemikiran manusia terjajah, lari dari ke'fitrah'an Islam. Maka menjadi tugas kita untuk membebaskan pemikiran kawan-kawan kita supaya kembali kepada Islam.

Ringkasnya, dipaparkan sedikit kisah penaklukan pemikiran ke atas rakyat negara ini oleh anasir-anasir penjajah dan sekitarnya. 

Melaka: Kg Serani, Mengapa Tidak Masjid Cina?  Sunday, March 13, 2011 CATATAN SANTAI MERLIMAU 5

JOM kita pi melawat kampung Serani di Melaka!
 
Seorang dari kami mencadangkan. Kerana ada sedikit ruang masa, selepas berkunjung ke markas PAS Pulau Pinang di Merlimau hari itu. Semua bersetuju, maka meluncurlah kereta kami menuju bandar Melaka. 

"Serani? Ya, lama sudah aku tak dengar perkataan ini.." Fikir saya.
"Ke mana arah jalan ke Kampung Serana atau Perkampungan Portugis (Portuguese Settlement)?"

Saya tanya kepada seorang gadis kedai petrol, sewaktu kereta kami berhenti mengisi minyak.

"O.. ikut sini!" Jawab gadis itu. Katanya, lebih kurang 5 Km, ke kawasan Ujong Pasir, Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat Bandar Melaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir itu...

"Terima kasih, gadis peramah!" Jawab saya.
"Pakcik nak tengok nyanyian dan tarian Portugis ke?"
"Ada ke?"
"Ada. Malam ini, malam minggu. Best!" Katanya, sambil menggayakan tarian Portugis. Membuat kami yang ada di situ tertawa.
Nyanyian & tarian Portugis di Melaka

Perkampungan ini terletak ditepi pantai. Pantainya landai dan menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di sini dan telah menjadikan laut sebagai sumber pendapatan mereka.

Kereta kami masuk ke kampung itu. Ramai yang berjual di kiri-kanan jalan. Di bawah payung, sekitar pentas, di gerai-gerai dan restoran-restoran hingga ke tepi laut. Keluar dari kereta, kami masuk ke gerai-gerai dan masuk ke muzium.

"Orang Portugis putih-putih, mengapa orang Portugis sini gelap?" tanya kawan kami yang mulut laser sikit kepada peniaga Portugis di gerai itu. Memang betul, hampir semuanya orang Portugis di sini gelap, rupanya tiada seperti Portugis asal. Cuma ada seorang antara penjual-penjual ditemui berkulit cerah, tapi bukan seperti bangsa Portugis.

"Suasana di sini yang membuat kami berwajah gelap tidak seperti wajah asal." Jawap seorang peniaga barangan kraf tangan.

Gambar gadis keturunan Portugis di Aceh

Teringat saya semasa mengiringi kepulangan pejuang Aceh Allahyarham Hasan Tiro beberapa tahun lalu. Ramai penduduk Negeri Aceh keluar menyambut pahlawan mereka, bersalaman berderetan di pinggir jalan, dan ada yang menyambutnya dengan menunggang gajah.

Dalam lawatan menjelajahi Aceh, saya antara yang turut ikut dan berkesempatan menyalami mereka. Terkejut saya apabila melihat, ramai juga anak gadis pelajar sekolah menengah berkulit putih bermata biru bagaikan gadis-gadis Eropah. Tetapi mereka memakai tudung beragama Islam dan berbudaya tempatan. Kenapa begitu? 

Berbeda dengan kaum turunan Portugis di sini, rupanya bagai rakyat tempatan, tetapi mencuba berbudaya hidup seperti orang barat. Beragama Kristian dan berbahasa bukan dengan bahasa tempatan. Orang tempatan menyebutnya sebagai 'Serani'.

'Serani' atau 'Nasrani' yang selalu disegandingkan dalam Al-Quran dengan 'Yahudi'. Tetapi Serani di sini, merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang berasal dari Portugis menganut agama Katolik Roman. Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang. Kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau pinang. Orang Serani, ada yang terkenal. Contohnya, Tony Fernandes ialah pemilik syarikat penerbangan AirAsia.

Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada keturunan kacukan darah Asia dan Eropah. Kebanyakan masyarakat serani di Melaka tinggal di Perkampungan Portugis ini. Masyarakat Portugis mula-mula datang ke sini di sekitar tahun 1511 selepas Portugis menawan Melaka.

Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2,000 penduduk sekarang. Keturunan Portugis kini ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial mereka adalah pada hari Ahad di sekitar gereja, termasuk pementasan nyanyian dan tarian Portugis malam minggu. Hampir keseluruhan kaum ini beragama Kristian. 

Terdapat juga beberapa keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cina dan memeluk agama Buddha. Ada juga yang masuk Islam dan berkahwin dengan wantia Melayu. Jalan-jalan yang terdapat di sini adalah Albuquerque Avenue, Sequeira Avenue, Eredia Avenue, Ruas Avenue. Perkataan Avenue sekarang telah ditukarkan kepada 'jalan'. Terdapat juga Canossa College, sekarang digelar Sek.Men. Canossa.

Nama-nama orang Portugis di sini adalah seperti Diogo Lopes de Squeira, Vasco deGama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de Paiva, Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis dan sebagainya. Kebanyakan nama mirip Latin Amerika. Pada asal mereka adalah nelayan bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu mereka tidak lagi mengikuti jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerja nelayan.

Tetapi kini ada yang telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektor swasta dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka, Tuan AnselmCharles Fernandis adalah Portugis berasal dari sini. Perkampungan mereka telah menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri, Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri.

Lagu Jingli Nona yang terkenal adalah dalam bahasa Postugis. Memandangkan sumbangan mereka kepada pembangunan industri pelancongan, masyarakat Portugis telah dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Malaysia. Ketua Kampung mereka di gelar 'regedor', wakil komuniti kepada Kerajaan Melaka. 

Di sebelah pejabat Regedor terdapat Medan Portugis (Praca Portuguesa), yang mempunyai kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kraftangan buatan kaum nelayan itu. Masih ramai lagi yang meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untuk menambahkan pendapatan. (Demikian menurut antara sumbernya: En. Bosco Lazaroo, Presiden Persatuan Portuguese Serani Malaysia, catatan Ibnu Hasyim di Aceh dll.)

Kesimpulan: Kalau kerajaan sanggup bangunkan Kampung Serani di Melaka, mengapa tidak diserlahkan juga sejarah budaya Cina Islam di sana? Yang kesan dan bukti sejarahnya begitu ketara dalam pembinaan masjid-masjid... seperti Masjid Tengkera dan lain-lain? 
Mengapa sejarah pengaruh Islam Cina ke atas Kerajaan Melayu Melaka seperti payung kuning, adat-adat raja, nama 'hang' (Hang Too Ah, Hang Li Po, Hang Le Ker, Hang Le Kiu) dipinggirkan? Sedangkan Islam adalah agama bagi Persekutuan menurut Fasal 3 Perlembagaan Malaysia..

Wallahu 'aklam. bersambung lagi....

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
13 Mac, 2011. KL

Lihat lagi kisah-kisah berkaitan..Friday, March 25,2011  

E-Buku IH-35: Cina Malaya &Malaysia..

BAB 1
CATATAN SANTAI MERLIMAU

BAB 2

Bab 3

    Akan terus bersambung..

    A/Saudi Ingin Beli UAV Bersenjata dari Turki. Al-hamdulillah!

     

    ARAB Saudi, ingin membeli kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata (UAV Bersenjata) dari Turki.


    Setelah mencapai kejayaan besar dalam industri pertahanan tempatan dan nasional, salah satu elemen penting Turki di bidang ini adalah kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata dan tidak bersenjata.


    Minat terhadap UAV, yang menonjol dengan kebolehan mereka di Syria, Libya, Azerbaijan dan kawasan konflik panas dalam memerangi keganasan, semakin meningkat dari hari ke hari.


    Presiden Recep Tayyip Erdoğan, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Arab Saudi ingin membeli UAV Bersenjata dari Turki.


    Tahniah dan Al-hamdulillah!

    (IH)

    Sidang parlimen, demokrasi M'sia, Al-hamdulillah! Bukan 'yang ditebuk otak'!

     

    Tiada lagi alasan tangguh sidang Parlimen  -Dr Kamarul Zaman

    KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempercepatkan sidang Parlimen bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan negara terutama selepas wakil rakyat diberi suntikan vaksin Covid-19, kata Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

    Mengulas lanjut kata Kamarul, berikutan penurunan kadar kes harian Covid-19 yang agak memberangsangkan, pelaksanaan sidang Parlimen tidak wajar ditangguhkan lagi.

    Malah sehingga kini tiada rekod menunjukkan terdapat kes jangkitan berpunca dari Parlimen, ujarnya dalam satu program wawancara Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di TV1, pada Isnin.

    “Kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pihak pembangkang dan masyarakat awam yang mahukan sistem demokrasi kembali berfungsi.

    “Hal ini sekali gus untuk menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa proklamasi darurat bertujuan politik, sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin seringkali menegaskan ianya hanya bertujuan mengekang penularan Covid-19 (darurat kesihatan).

    “Jadi, inilah kelebihan suasana demokrasi yang kita ada sekarang yang akan menjadikan sistem pemerintahan negara lebih  accountable  (bertanggungjawab) dan transparent (telus),” katanya.

    Beliau yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, persidangan boleh diadakan mengikut norma baharu seperti yang dilakukan sebelum ini.

    Menurutnya, beliau percaya semua wakil rakyat akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak akan membantah peraturan yang ditetapkan.

    Sehubungan itu katanya, melalui sidang Parlimen juga dapat mengaktifkan pelbagai akta dan ordinan tertentu bagi menangani pandemik Covid-19 seperti Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

    Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

    Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri. – HARAKAHDAILY 16/3/2021

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sidang parlimen, demokrasi di Malaysia, Al-hamdulillah! Kecuali mereka yang sudah 'ditebuk otak'.

    Kedah tuntut RM50 juta setahun, 'guna ayaq' tanpa izin, merompak?

     

    Saya akan ‘fight’ hingga ke mahkamah – Sanusi

    YAN: Kerajaan Kedah akan terus mempertahankan hak royalti air jika Pulau Pinang masih enggan memberi kerjasama walaupun terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah.

    Demikian ditegaskan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Pejabat Daerah Yan, hari ini.

    “Saya akan fight hingga ke mahkamah sekiranya Pulau Pinang masih enggan memberi kerjasama dalam hal itu,” ujar beliau.

    Walau bagaimanapun Sanusi berkata hal tersebut akan dibawa ke meja perundingan bersama Kerajaan Pusat untuk membincangkan timbang tara mengatasi masalah itu.

    Namun sekiranya, Pulau Pinang masih berdegil, beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke meja perundangan.

    Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air Sungai Muda kerana memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.

    “Kita ada beberapa projek yang belum diumum lagi dan akan memberi masalah kepada mereka (Pulau Pinang).

    “Mereka boleh terus guna dan sedut air hingga keluar air selut. Gunalah ayaq selut tu,” kata Sanusi.

    Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun yang digunakan sejak 2010 lagi.

    Namun tiada sebarang bayaran dibuat negeri itu sehingga kini. – HARAKAHDAILY 17/3/2021

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pulau Pinang guna air Kedah tanpa izin, tidakkah itu merompak namanya?


    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails