Saturday, April 10, 2021

Chan Tie, mempromosi Pulau Ketam kepada Harakahdaily..

 

Masyarakat Pulau Ketam mesra pengunjung  

SUNYI daripada deruan enjin kereta, begitulah suasana persekitaran kampung di Pulau Ketam yang berada tidak jauh dari pelabuhan Klang, Selangor.

Pulau Ketam majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina menjadikan pengunjung merasakan seolah-olah berada di luar China.

Mengambil masa selama 40 minit perjalanan menaiki bot untuk sampai ke sana, mata penulis disajikan dengan keindahan alam semula jadi nan indah pada waktu petang yang memaparkan pemandangan matahari terbenam.

Setibanya di sana, penulis terpegun dengan seni bina teratak di tengah pulau itu, hampir semuanya menggunakan kayu, suasana seolah-olah berada di dalam studio dengan terdapat paparan tulisan cina.

Dalam perjalanan menuju ke tempat rehat, keadaan jalan yang dilalui sangat sempit dan perlu berhati-hati kerana berkongsi laluan dengan basikal elektrik yang menggunakan jalan yang sama.

Buat pengetahuan umum, basikal elektrik adalah kenderaan utama masyarakat di sana. Malah ada juga yang menggunakan basikal biasa, namun tidak banyak.

Apa yang menariknya di sana mereka juga mesra dengan pengunjung, jadi orang Islam tidak perlu risau untuk datang bercuti ke Pulau Ketam.

Selain itu, di sana juga terdapat satu balai Islam yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung Islam untuk bersolat dan mendengar tazkirah.

Penulis kemudian dibawa ke Maahad Tahfiz Mandarin (MTM) Pulau Ketam, iaitu sebuah tahfiz yang menerapkan kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Mandarin kepada para pelajarnya.

Kalau di daratan, melihat pelajar tahfiz itu perkara biasa dan tidak ganjil, namun sebaliknya di Pulau Ketam apabila orang Islam menjadi minoriti di sana.

Penuh rasa ingin tahu, Harakahdaily menemubual beberapa penduduk Pulau Ketam mengenai pandangan mereka terhadap MTM Pulau Ketam.

Chua Chan Tie

Chua Chan Tie, 64, salah seorang ketua kampung di Pulau Ketam, katanya setakat penubuhan MTM, pelajar-pelajarnya dilihat berkelakuan baik dan tidak mendatangkan masalah penduduk kampung.

Katanya, sejak dua tahun beliau menjadi ketua kampung, beliau yakin pelajar-pelajar MTM semuanya baik dan diterima baik oleh penduduk.

“Sekolah tahfiz OK, orang kampung Pulau Ketam baik, kacau atau mencuri tak ada,” katanya.

Mempromosi Pulau Ketam kepada Harakahdaily, kata Chan Tie, Pulau Ketam terkenal dengan makanan laut. Namun kos untuk hidangan sayuran, daging ayam dan lembu agak tinggi memandangkan mereka perlu membawanya dari daratan.

“Barang basah semua beli di atas pasar borong. Harga mahal sikit kerana perlu menaiki bot. Apa-apa sayur mahal la. Di sini tak ada tanah,” kata beliau.

Sementara itu, Chua Chan Sheng, 67, berkata beliau amat gembira dan tiada masalah dengan kewujudan MTM.

“Saya juga ada kawan Muslim dan mereka OK saja,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga makanan, Saslinawati Jalil, 37 atau mesra disapa Kak Ngah berkata, dengan kewujudan MTM, amat memberi manfaat kepada beliau dan keluarga.

Katanya, sekurang-kurangnya beliau dapat mendengar azan berkumandang di Balai Islam tersebut berbanding sebelum ini yang jarang diimarahkan.

Beliau yang berasal dari Melaka berkata pembukaan tahfiz sekurang-kurangnya mengingatkan kepada solat lima waktu.

“Alhamdulillah ada azan di sini, kalau tidak terkontang-kanting surau. Kedai dekat dengan surau, senang la kalau ada orang nak makan ke apa,” katanya.

Kak Ngah membuka kedai makan berhadapan Balai Islam Pulau Ketam hampir enam tahun dengan menjual sate dan nasi lemak.

Tambah Kak Ngah, 80 peratus pembeli di kedainya terdiri daripada masyarakat Cina.

“Mereka sangat suka nasi lemak dan sate. Saya buka kedai hujung minggu sahaja, tapi kalau saya tak buka kedai mesti peniaga lain akan tanya kenapa tak buka.

“Tak sama dengan senario di daratan yang kebanyakannya takut untuk bersaing, dekat sini mereka suka bersaing walaupun berniaga benda yang sama,” katanya.

Beliau menguasai tiga bahasa membuatkan petah dan senang untuk tinggal di sana. Antara bahasa yang digunakan ialah Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Memandangkan Kak Ngah hanya membuka gerainya pada malam minggu, agak sukar untuk mencari makanan halal di Pulau Ketam pada waktu lain.

Mujur penulis dilayan baik oleh pihak pengurusan MTM dan tidak perlu risau mengenai makanan.

Namun, Kak Ngah juga ada menyediakan  catering  untuk sesiapa yang berminat dengan minimum tempahan 10 bungkusan.

Sementara itu, MTM juga masih membuka ruang untuk mereka yang berminat mendaftarkan anak-anak di MTM Pulau Ketam, Kepong dan Kulim. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman Facebook rasmi Maahad Tahfiz Mandarin. – HARAKAHDAILY 9/4/2021

Sila lihat:  Kisah perjalalan Ibnu Hasyim di Pulau Ketam -Wednesday, May 09, 2007

Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI

Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu

Friday, April 09, 2021

Tadbir urus perubahan iklim, Ini G/Eng X faham..

 


Tadbir urus perubahan iklim di Malaysia

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) mengalu-alukan keprihatinan pelbagai pihak terhadap dasar negara berkaitan perubahan iklim dan isu-isu antarabangsa, termasuklah yang melibatkan perdagangan plastik untuk kitar semula.

Kerajaan Malaysia menerusi KASA telah menetapkan arah tuju, dan sedang merangka dasar baru berkaitan urus tadbir perubahan iklim, termasuklah:

a. Rang Undang-Undang Perubahan Iklim;
b. Semakan semula Dasar Perubahan Iklim;
c. Dasar dan Urus Tadbir Mekanisme Pasaran Karbon;
d. Penubuhan Pusat Inventori Rumah Kaca; dan
e. Penetapan baharu Sumbangan Negara kepada Perjanjian, atau Nationally Determined Contributions (NDC).

KASA telah memulakan libat urus dengan pelbagai agensi termasuklah agensi awam, sektor swasta dan NGO untuk memastikan dasar baharu tersebut diterima pakai oleh semua pihak bagi membolehkan Malaysia mendapat manfaat dengan memaju agenda pembangunan rendah karbon, berpaksikan pembangunan mampan dan ekonomi hijau.

Selain itu, KASA juga ingin memberi penjelasan tentang isu jemputan ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim, anjuran kerajaan Amerika Syarikat pada 22-23 April 2021.

Ini perlu difahami bahawa objektif utama persidangan tersebut adalah untuk mengalakkan negara-negara ekonomi besar dunia yang secara kolektif menyumbang kepada 80% gas rumah kaca (GHG) untuk meningkatkan komitmen bagi mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius. Ini juga ada kaitan dengan negara-negara yang terdedah ketara kepada impak perubahan iklim (climate vulnerable countries) seperti Vietnam dan Indonesia. Malaysia tidak termasuk dalam kedua-dua kategori tersebut.

Perlu juga dijelaskan bahawa banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand juga tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut. Persidangan tersebut adalah bersifat one-off dan tidak menjejaskan rundingan dan ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim (UNFCCC).

Hal ini perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimportan sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari Amerika Syarikat.

Perlu dijelaskan bahawa dasar semasa industri plastik kitar semula adalah dibenarkan sebagaimana ketetapan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dari segi urus tadbir, MITI bertanggungjawab terhadap hala tuju dan dasar industri plastik kitar semula dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengawal selia dengan pengeluaran permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam (homogenous). Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan sebagai pihak berwibawa untuk memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.

Pemantauan dan penguatkuasaan pengimportan plastik untuk dikitar semula sentiasa diutamakan oleh JAS. Tindakan tegas telah diambil ke atas pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena sisa plastik import tersebut ke negara asal menggunakan peruntukan perenggan 31(1)(g) Akta 127.

Pada tahun 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport. Pada tahun 2020 sehingga Mac 2021, sebanyak 143 kontena. Pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi sedang dalam tindakan JAS untuk proses penghantaran balik.

Berdasarkan penguatkuasaan JAS ke atas 134 buah kilang haram pada tahun 2020, terdapat 38 kilang haram sisa plastik yang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Sehingga kini, jumlah denda bagi kes mahkamah ke atas pesalah-pesalah berhubung operasi kilang kitar semula sisa plastik haram yang telah selesai adalah sejumlah RM1,239,000.00.

Dasar kerajaan adalah untuk menjadikan industri kitar semula plastik selaras dengan pembangunan ekonomi kitaran (circular economy) sebagai salah satu pemangkin industri hijau selaras dengan Pelan Induk Teknologi Hijau (2017-2030).

YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
6 April 2021

Maklumat tambahan

Pergerakan sisa plastik di peringkat global, mulai pada 1 Januari 2021, Konvensyen Basel menetapkan supaya sisa plastik yang merentasi sempadan hendaklah melalui Prosedur Prior Informed Consent (PIC). Kebenaran negara pengimport perlu diperolehi sebelum ia dihantar ke negara berkenaan. Setiap aktiviti pengimportan plastik dikawal selia melalui syarat dan kriteria berikut:

a. sisa plastik yang disenaraikan di bawah Annex II dan Annex VIII hendaklah melalui Prosedur PIC. Pengimportan yang gagal mematuhi prosedur ini dikategorikan sebagai illegal shipment di bawah Artikel 9;

b. sisa plastik yang disenaraikan di bawah Annex IX (seperti kod HS3915 iaitu sisa plastik jenis Polyethylene) tidak memerlukan Prosedur PIC untuk diimport. Pengimport perlu mengemukakan laporan pemeriksaan oleh pihak ketiga di negara pengeksport.

Sebarang cubaan mana-mana agen, syarikat perkapalan yang berkompromi untuk mengimport sebarang sisa ke Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 43, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 akan berdepan dengan tindakan tegas jika mereka gagal mematuhi undang-undang dan prosedur pengimportan yang telah ditetapkan oleh Malaysia. – HARAKAHDAILY 6/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti yang Lim Guan Eng tak faham..

Kata Dr MohdZuhdi, Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air..

"Saya menyarankan DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, untuk menyelesaikan dahulu isu pencemaran sumber air bersih dari sungai-sungai di Pulau Pinang termasuk pencemaran yang disebabkan oleh kumbahan najis babi di Sungai Kereh, Kepala Batas, yang tidak nampak boleh selesai sehingga sekarang. Tidak perlu beliau bercakap berdegar-degar mengenai perubahan iklim dan pemanasan global sedangkan isu setempat di negeri yang DAP perintah, yang mudah untuk mereka selesaikan inipun, mereka tidak boleh menanganinya."


Kuasa Mahkamah Syariah dulu banyak kekangan -JAKIM

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah pada suatu ketika dahulu pernah berdepan masalah untuk melaksanakan keputusan yang dibuat dan perlu merujuk terlebih dahulu kepada Mahkamah Majistret untuk tindakan selanjutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, yang menyoroti pengalamannya menyifatkan, 'kuasa' yang ada pada Mahkamah Syariah sekitar1952 amat teruk sekali.

"Nak cakap mengenai pertembungan undang-undang terutamanya undang-undang berkaitan hukum syarak, kita kena tengok perlembagaan undang-undang itu sendiri. Kalau kita tak tengok undang-undang dilaksanakan di Tanah Melayu atau Malaya sebelum merdeka serta selepas merdeka, kemudian di tahapnya, sampai sekarang ini panjang cerita," katanya.

Menurut Sheikh Ghazali, asalnya, Mahkamah Syariah berada dalam satu mahkamah utama tetapi pada tahun 1948, kerajaan British yang memerintah ketika itu telah mengeluar atau memisahkan Mahkamah Syariah dari arus perdana.

"Jadi, kedudukan Mahkamah Syariah pada waktu itu berjalan, tak ada undang-undang. Kemudian, undang-undang pertama dibentuk dan dilaksanakan di negeri oleh Mahkamah Syariah yang ketika itu dipanggil Mahkamah Kadi.

"Pada tahun 1952, Selangor gubal undang-undang hukum syarak. Dalam undang-undang itu semua ada, dari segi pengurusan, pentadbiran, fatwa, acara, keterangan, kesalahan dan lain-lain.

"Ketika itu cukup teruk sebab Mahkamah Syariah boleh buat keputusan tetapi tak boleh melaksanakan keputusan dibuat. Apabila nak dilaksanakan keputusan atau hukuman dibuat, kena rujuk Mahkamah Majistret. Itu adalah keadaan ketika itu," katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Syariat Didaulat: Perpaduan Diangkat, malam tadi.

Katanya, selain terpaksa merujuk keputusan ke Mahkamah Majistret, pemohon juga perlu membawa keputusan ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat 'kebenaran' bagi memperolehi apa tindakan selanjutnya.

Memberi contoh, meskipun keputusan sudah dibuat mengenai pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah, beliau berkata terdapat kekangan urusan di agensi berkenaan seperti di pejabat tanah.

"Contohnya, Mahkamah Kadi Besar buat keputusan mengenai pembahagian harta sepencarian. Mudah sekarang ini tetapi nak dilaksanakan tak boleh sebab tiada kuasa nak daftar di pejabat tanah. Pejabat tanah tak mahu terima ketika itu. Jadi, macam mana dengan keputusan itu.

"Pemohon kena bawa ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah itu akan buat keputusan. Selepas diputuskan oleh Mahkamah Tinggi maka barulah pejabat pendaftar tanah akan terima. Ini berjalan sampai pindaan kanun tanah negara, kemudian barulah selepas itu mereka terima," katanya.

Sheikh Ghazali berkata, contoh lain apabila ada yang tak puas hati terhadap hukuman atau keputusan Mahkamah Kadi, walaupun rayuan boleh buat, dia tidak mahu berbuat demikian.

"Dia tinggal sahaja keputusan itu dan bawa kes baharu ke Mahkamah Sivil. Seterusnya, Mahkamah Sivil buat satu keputusan percanggahan dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Kadi. Maka keputusan Mahkamah Sivil adalah terpakai. Ini memang ada tertulis dalam undang-undang," katanya.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails