Saturday, April 17, 2021

Mana Suara DAP 'Potong gaji berkala' wakaf, untuk kebajikan di M'sia?

 

Potong gaji berkala perkasa peranan wakaf

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta penjawat awam diminta melibatkan diri dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji secara berkala dan sukarela bagi memperkasakan lagi peranan wakaf dalam pembangunan sosial serta ekonomi negara.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad, berkata pembabitan penjawat awam itu dapat mengukuhkan peranan wakaf sebagai salah satu elemen penting yang mampu membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Katanya, langkah kerajaan meluluskan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020 bagi tujuan itu bagi penjawat awam yang berkhidmat di Persekutuan dan Negeri menjadi kemudahan yang perlu dimanfaatkan oleh mereka.

Ujarnya, kempen wakaf juga boleh dilakukan secara berperingkat.

“Wakaf dalam bentuk wakaf tunai, kita boleh beli untuk selamatkan tanah orang-orang Islam daripada tergadai kepada pihak lain atau dapat membeli hartanah di tempat yang strategik.

“Ini satu tindakan yang baik kalau peranan wakaf memainkan peranannya,” ujarnya lagi.

Selain itu cadangnya, wakaf juga boleh membantu kepada pembangunan prasarana untuk kemudahan rakyat seperti kemudahan air, sekolah dan jalan raya.

“Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pendidikan yang dibiayai dengan harta wakaf serta yuran pengajiannya yang paling rendah di dunia.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sudah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam Yang Berkhidmat Di Wilayah Persekutuan Dan Negeri melalui kod 4474.

Justeru, beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian, ketua jabatan serta agensi di peringkat Persekutuan perlu merangka inisiatif bagi menggalakkan pegawai dan kakitangannya untuk berwakaf secara tunai, terutamanya secara berkala melalui potongan gaji. – HARAKAHDAILY 14/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak ada pun kita dengar pemimpin DAP tolong kempen 'Potong gaji berkala perkasa peranan wakaf' untuk kebajikan umat Islam Malaysia? Mana suara orang-orang Melayu mengaku Islam dalam DAP?

Lihat berita ini...March 13, 2017

Kejahilan Pemimpin DAP Tentang Islam Makin Terserlah

Saranan Naib Presiden DAP, Zairil Khir Johari supaya PAS meninggalkan dunia politik Malaysia dan menyertai jemaah tabligh, menyerlahkan kejahilannya tentang konsep politik dan dakwah dalam Islam. Ini amat menyedihkan kerana di dalam hiraki kepemimpinan DAP, Zairil adalah Melayu/Islam memegang jawatan tertinggi. Jika beliau tidak faham apa itu politik dan dakwah Islam, maka usah berharap DAP akan memahami Islam.

“Sekarang DAP sekali lagi menunjukkan sikap biadap, menyamakan PAS dengan jemaah tabligh sedangkan PAS dan jemaah tabligh umpama adik-beradik, walaupun wadahnya berbeza.

“(Kerana) PAS membawa politik dakwah, manakala jemaah tabligh pula fokus kepada (aktiviti) dakwah. Tetapi kita bersama-sama bekerja untuk dakwah Islam, melihat perkembangan Islam lebih baik dalam negara,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi.

Beliau menganggap sikap pemimpin Melayu DAP itu sebagai kenyataan konsisten daripada parti dominasi Cina yang sentiasa merendahkan perkara berkaitan Islam dan PAS.

“Jika sebelum ini kita lihat dalam isu Majlis Fatwa di Pulau Pinang, DAP masuk campur, begitu juga isu RUU 355 sedangkan ia berkait dengan hal orang Islam,” tegasnya.

Zairil seorang yang terpelajar. Justeru sebelum membuat kenyataan seumpama itu beliau seharusnya mendalami isu yang mahu dibawanya. Nampaknya tanpa persiapan munasabah, Zairil menunjukkan keangkuhan lazim seorang ahli politik. Adalah dikhuatiri sikap begini akan menjejaskan akidahnya sendiri. Ini kerana konsep politik dalam Islam dan apa sahaja amalan ialah mencari keredhaan Allah S.W.T. Dalam konteks pentadbiran umat, Allah memerintahkan supaya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung,” surah al Imran ayat 104.

Ini adalah perintah Allah. Sebab itu, pemimpin-pemimpin PAS sejak dahulu lagi bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk melaksanakan arahan Allah melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’.

PAS BERJUANG MENCARI REDHA ALLAH

PAS bermula dengan menganggotai Umno tetapi berpakat keluar kerana mendapati aktiviti politik untuk berkuasa dijadikan matlamat perjuangan dan bukan untuk melunaskan perintah Allah. Demi mencari keredhaan-Nya PAS pernah bekerjasama dengan parti-parti politik yang mempunyai matlamat untuk memerintah dengan adil; bukan sahaja dengan Umno, malah Semangat 46, dan komponen BN lain serta DAP.

Zairil minggu lalu menyarankan PAS meninggalkan arena politik negara selepas Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai agenda utamanya. Zairil mencadangkan ahli-ahli PAS menyertai jemaah tabligh sambil menuduh parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai hilang arah tuju dan tergelincir daripada matlamat asal perjuangan.

“Beliau (Hashim) sebut matlamat PAS bukan hendak menang pilihan raya tetapi mendapat redha Allah SWT.

“Saya beri contoh seseorang yang berniaga. Jika kita orang Islam dan berniaga, kita hendak redha Allah, namun dalam masa sama kita hendakkan untung.

“Begitu juga dalam PAS, kita masuk pilihan raya sebab nak redha Allah, namun tetap hendak menang.

“Jika DAP anggap kenyataan Hashim bermakna PAS tidak mahu menang dalam pilihan raya, itu tak betul. Kita mahu menang namun biarlah kemenangan itu yang boleh membawa, membela dan memberikan kekuatan kepada Islam dan umatnya,” kata Khalil.

DAP memang prejudis terhadap cara dan matlamat perjuangan PAS. Setelah beberapa kali usahasama dijalin di antara kedua parti itu gagal, kali ini PAS bersikap tegas – tiada lagi kerjasama dengan DAP.

DAP MULA REKRUT MELAYU UNTUK SELAMATKAN PARTINYA 

Kini muncul ahli politik muda beragama Islam ditonjolkan oleh DAP untuk merobek amalan dan pegangan politik PAS. DAP lebih selesa jika PAS berpolitik cara PKR dan Amanah – dengan menggula-gulakan pemimpin mereka dengan kemewahan material. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kini dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi ‘menguja’ pengundi Melayu-Islam terus menyokong DAP di negeri itu.

Sementara suatu ketika dahulu Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut menerima habuan DAP kerana ‘khidmatnya’ dalam pengurusan air serta hab halal Pulau Pinang. Namun PAS mahu terus berada dalam Jemaah yang diperintah Allah mendapatkan kuasa memerintah dengan cara yang ditentukanNya dan akhirnya mendapatkan keredhaanNya.

Allah telah mengizinkan PAS memerintah Kelantan sejak 1990. Meskipun disekat dengan pelbagai cara oleh bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, keredhaan Allah mengekalkan pemerintahan PAS hingga kini di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. DAP berusaha tidak mahu bergantung kepada PAS untuk meraih undi Melayu-Islam dengan merekrut bijak pandai Melayu-Islam seperti Dr Aziz Bari dan Dyana Sofea. Namun nampaknya pemikiran politik dan dakwah mereka tidak jauh berbeza dengan Zairil Khir Johari.

Setidak-tidaknya Dr Aziz harus berusaha membetulkan pandangan dangkal dan penuh muslihat politik Zairil itu tetapi apakan daya beliau dihadkan medan politik hanya di Selangor.

Sekian.

Friday, April 16, 2021

Dunia Perlu Tegas Terhadap Israel. Jahannam Israel!

 

1. Palestin Harap Antarabangsa Terutamanya Joe Biden Ambil Sikap Tegas Terhadap Israel


Palestin mengumumkan bahawa mereka mengharapkan semua komponen masyarakat antarabangsa, terutama pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, untuk mengambil sikap tegas dan kuat yang akan memaksa Israel menghentikan pembangunan penempatan.

"Pihak berkuasa mempercepat pembinaan penempatan, jalan besar dan terowong di Tebing Barat, terutama di Jerusalem Timur dan sekitarnya.'' Kata Kementrian Luar Palestin dalam satu kenyataan bertulis.

Kenyataan itu menekankan bahawa langkah-langkah ini akan menimbulkan kesulitan dan rintangan kepada peluang penyelesaian politik yang dirundingkan dan akan menutup pintu perdamaian berdasarkan rujukan antarabangsa yang dipersetujui.

Semua jenis kawasan perumahan adalah jenayah perang dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan undang-undang antarabangsa,

"Palestin mengharapkan masyarakat antarabangsa, dengan semua komponennya, terutama pentadbiran Presiden Joe Biden, untuk mengambil sikap tegas dan kuat yang akan memaksa Israel berhenti membangun permukiman." Kata kenyataan itu.

Presiden AS Joe Biden dan Wakil Kamala Harris, semasa kempen pilihan raya tahun lepas, mengatakan bahawa mereka akan mematuhi "penyelesaian dua negara" untuk mengakhiri konflik Arab-Israel dan menentang "aneksasi" dan kegiatan pembinaan dan pengembangan permukiman Yahudi di Tebing Barat.

Jerusalem Timur dan Tebing Barat berada di bawah penjajahan Israel sejak tahun 1967.

Memisahkan kedua wilayah ini dengan tembok yang telah dibangunnya, Israel mencegah orang Palestin yang tinggal di Tebing Barat melintasi Jerusalem Timur.

Dalam undang-undang antarabangsa, 18 penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang dijajah juga dianggap haram.

2. Lepas tarawih, gaduh polis Israel-Pemuda Palestin di Jerusalem Timur

Polis Israel campur tangan ke atas para pemuda Palestin di Pintu Damsyik di daerah Bandar Tua Jerusalem Timur yang diduduki.

Berlaku pergaduhan antara polis Israel dengan berpuluh-puluh pemuda Palestin, yang berkumpul di Pintu Damsyik setelah solat tarawih di Masjid al-Aqsa di Kota Lama.

Polis Israel campur tangan dan menahan pemuda Palestin, yang kadang-kadang melaungkan takbir dan slogan, dengan bom tangan.

Setakat ini tidak ada yang cedera dalam kejadian yang berlaku.

(IH)

‘Bodyguard’ dipukul mungkin ada kaitan geng kongsi gelap.

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengawal Keselamatan Bersatu Malaysia (MUSGA) menganggap kejadian bodyguard dipukul oleh majikan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap.

Presidennya, Mohd Nizam Hamzah mendakwa banyak syarikat kongsi gelap terlibat dalam bidang industri keselamatan.

“Banyak sebenarnya syarikat kongsi gelap terlibat dalam bidang keselamatan ini, bersembunyi. lebih baik tanya PIKM (Persatuan Industri Keselamatan Malaysia), depa lebih memahami pasal isu kongsi gelap dalam pengawal keselamatan ini,” ujarnya kepada Harakahdaily, semalam.

Pada pengamatan beliau sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri tersebut, dapat menghidunya memandangkan kes sedemikian jarang berlaku di antara majikan dan pekerja.

Beliau berkata, sekiranya majikan tidak gemar terhadap pekerja yang berpuasa, boleh sahaja menggajikan pekerja bukan Islam.

Tambahnya, majikan tidak sepatutnya bersikap sedemikian terhadap pekerjanya, apatah lagi mengugut pekerja dengan mengacukan pistol.

“Puasa bukan ganggu kerja, pengawal keselamatan berpuasa tidak ganggu kerja pun, dia tetap menjalankan tugas dia juga, kenapa dia hendak sakit hati dengan orang Islam yang nak berpuasa?

“Saya jadi marah, sebagai Presiden MUGSA, kenapa dia tak benarkan berpuasa?” ujarnya.

Menurutnya, setakat ini tidak ada majikan yang tidak membenarkan pekerja berpuasa.

“Setakat ini tidak ada lagi majikan yang tidak membenarkan kami berpuasa, banyak juga majikan yang bukan Islam tetapi tidak kisah pun sebenarnya (pekerja berpuasa),” ujarnya.

“Kenapa sekarang dia tak bagi puasa? Kalau tak nak pekerja puasa, jangan ambil bodyguard orang Islam, ambillah bodyguard bukan Islam. Kita faham, (perkara ini mungkin ada kaitan dengan) kongsi gelap.

“Banyak sebenarnya syarikat kongsi gelap terlibat dalam bidang keselamatan ini, bersembunyi. Lebih baik tanya PIKM, mereka lebih memahami pasal isu kongsi gelap dalam pengawal keselamatan ini,” ujarnya enggan mengulas lebih lanjut perihal isu itu.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuat keputusan yang adil dan tegas bagi membela nasib dua pengawal keselamatan itu.

Mohd Nizam turut berharap tidak berlaku situasi anggota PDRM diperkotak-katikkan oleh mana-mana kongsi gelap.

Ini, ujarnya seperti mana yang didakwa oleh majikan tersebut yang mengatakan dia mempunyai hubungan baik dengan PDRM dan tidak gentar dengan kuasa polis.

“Kita tahu rasuah ini banyak dan KPN (Ketua Polis Negara) pun sedang bertindak membanteras rasuah sekarang ini dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Jadi bila nama dia (KPN) dipetik dalam itu (report polis dua bodyguard), saya harap pihak polis ambil tindakan adil dan tegas terhadap kes ini,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai tindakan MUSGA selepas daripada kejadian itu, kata Mohd Nizam, pihaknya sedang mengadakan perbincangan bersama Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bagi mencegah perkara sama berulang. – HARAKAHDAILY 16/4/2021

Berita hangat

'Judi' lancar lagu raya? Paksa tonton gambar 9/10 bogel...

 

Syarikat judi lancar lagu raya promosi perkhidmatan?

Iklan berlatar belakang sambutan Aidilfitri turut guna khidmat pelakon Melayu

BANGI, 3 Ramadan 1442H, Khamis – Belum reda isu pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa, kesabaran umat Islam di negara ini diuji sekali lagi melalui iklan hari raya oleh sebuah syarikat perjudian terkenal.

Syarikat berkenaan melalui video bertemakan Hari Raya Aidilfitri mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka bagi meraih wang berganda.

Lebih mengejutkan, iklan menggunakan khidmat beberapa pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.

“Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya,” antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berdurasi 2 minit 1 saat itu.

Netizen nyata berang dan menyifatkan syarikat judi berkenaan sebagai tidak sensitif apabila menjadikan hari istimewa umat Islam sebagai ‘modal’ iklan.

Menambah amarah netizen bila mana iklan disiarkan pada ketika umat Islam baru menyambut hari ketiga Ramadan.

“Tangkap je semua yang terbabit dalam rakaman ini termasuk sekali pihak studio yang benarkan rakaman lagu,” kata Muhd Aamri.

“Penerbit, pelakon dan penyanyi kroni judi. Mereka tidak rasa mempersendakan agama Islam,” soal Hanu Man.

“Yang Melayu berlakon dalam lagu ini tak rasa bersalah ke? Puasa-puasa promote benda haram,” tulis Zulkhairi Zawawi.

Sehubungan itu, rata-rata netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan saperti yang disebut di atas itu saja, bahkan semasa kita sedang menonton, tiba-tiba 'terjun' gambar 9/10 bogel (bukan lagi 1/2 bogel) melompat-lompat, menari-nari, memaksa penonton menonton, tumpang-ganggu tontonan kita.

Apakah, kuasa sebuah kerajaan yang berdaulat seperti Malaysia tidak mampu buat apa-apa? 

Teringat semasa kerajaan PH (yang ghuyup setelah perintah 22 bulan) memerintah sebelum ini, blog ini telah menyiarkan gambar kartun Tun M kayuh beca Lim Kit Siang tersandar megah di dalamnya, banyak kali.. Tiba-tiba gambar itu hilang entah ke mana dari Google, sampai sekarang dicari-cari tidak berjumpa untuk disiarkan semula.

Itu aja. Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails