Saturday, May 01, 2021

Arab Saudi jadi hab import sawit M'sia -M/Azmin Ali,

 

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Arab Saudi akan menjadi hab Malaysia bagi import serta pengedaran minyak sawit dan produk berasaskannya ke pasaran besar Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Asia Barat serta Afrika Utara (MENA), sekali gus menandakan pencapaian bermakna untuk negara ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Arab Saudi yang juga negara kaya dengan hasil minyaknya, akan turut meningkatkan import minyak sawit serta produk berkaitan dari Malaysia.

Pada masa sama, Malaysia akan meneliti untuk mewujudkan kemudahan kilang pemprosesan dan penapisan minyak sawit di rantau berkenaan, kata Mohamed Azmin dalam catatannya di Twitter yang turut mengetengahkan kejayaan misi perdagangan dan pelaburan diketuai beliau ke Arab Saudi.

Menurutnya, delegasi itu turut mengadakan pertemuan produktif dengan Savola Group, salah satu syarikat pegangan pelaburan strategik terkemuka di MENA dengan portfolio membabitkan jenama utama dalam sektor makanan dan peruncitan.

"Kita turut membincangkan potensi besar yang boleh diterokai dengan mengembangkan eksport barangan pengguna cepat laris (FMCG) ke dalam Panda, rantaian runcit terbesar negara itu," katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Mohamed Azmin berkata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bercadang menganjurkan lawatan pihak Savola Group ke Malaysia, khususnya ketika acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), tahun ini.

Misi ke negara-negara terbabit pada 26 April hingga 4 Mei 2021, adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menggalakkan peluang perniagaan dan kerjasama strategik antara Malaysia serta wilayah Asia Barat.

Malah, misi itu juga bertujuan mengekalkan momentum hubungan ekonomi Malaysia dan kedua-dua negara susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mac lalu.

"Seiring dengan usaha kita untuk terus memperkukuh hubungan dagangan dua hala, MATRADE telah menyelaras satu mesyuarat dengan Makkah Healthcare Cluster (MHC), hab penjagaan kesihatan berkelas dunia dan menjadi pusat rujukan bagi penjagaan kesihatan mampan di negara itu," katanya.

Institut Penjagaan Kesihatan Onkologi Makkah selain institusi kejururawatan di Makkah juga merancang untuk bekerjasama dengan pembekal produk dan perkhidmatan perubatan Malaysia bagi kegunaan hospitalnya.

"Memandangkan pandemik COVID-19 masih terus berleluasa dan meragut nyawa, saya amat percaya bahawa penyedia penjagaan kesihatan ini perlu merebut peluang ini bagi menghasilkan manfaat bersama," katanya yang akan turut mengunjungi UAE selaku antara lokasi misi terbabit.

Mohamed Azmin yang turut mengadakan mesyuarat dua hala yang disifatkan sebagai berjaya dengan Menteri Kewangan dan Pemangku Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi, Mohammed al-Jadaan, turut berkongsi keyakinan beliau terhadap hubungan unik dan istimewa yang terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi sebagaimana dibuktikan menerusi kunjungan Muhyiddin ke negara itu.

"Saya menegaskan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama sedia ada yang harus dimantapkan lagi dengan kemungkinan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kedua-dua negara untuk saling meningkatkan aliran pelaburan silang sejajar dengan matlamat pembangunan negara masing-masing serta menumpukan bidang pertumbuhan baharu," katanya.

Dalam usaha menembusi pasaran serantau, beliau membangkitkan mengenai faedah strategik bagi Arab Saudi dengan memanfaatkan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menurutnya, ini turut membuka jalan bagi kalangan ahli perniagaan Arab Saudi untuk meninjau serta turut memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Besar (FTA) terbesar dunia itu.

"Saya juga berkongsi mengenai usaha terbaharu kita iaitu Aspirasi Pelaburan Nasional yang juga pembaharuan holistik agenda pelaburan bertumpukan aspek teknologi tinggi dan inovasi, menyeimbangkan kemampanan ekonomi dan alam sekitar yang sejajar dengan penanda aras Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

"Berlandaskan perkara itu, kita turut menyentuh aspek perubahan iklim dan bagaimana kita dapat menyumbang ke arah usaha seperti penggunaan semula serta melenyapkan jejak karbon di peringkat global," katanya.

Mohamed Azmin berkata, kedua-dua negara juga komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan memberi tumpuan terhadap tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan industri masa depan.

-BERNAMA

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

Biadap DAP? "Saya menjadi mangsa fitnah besar.." -Dr Kamarul Zaman 1.

 

I. Laporan Polis kerana dituduh pertikai Raja Muda Perlis

PADA kira-kira jam 6:00 petang, 28 April 2021, sewaktu berada di kediaman saya, saya mendapati telah diviralkan dalam pelbagai media sosial, khususnya Facebook dan WhatsApp, satu posting Facebook yang kononnya dibuat dan kemudiannya dipadamkan oleh saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ dan mengandungi ayat-ayat yang berbunyi:

‘Sebelum ini wayang tentang pembelian motosikal yang tak wujud sekarang wayang kononya berbasikal dengan Raja Muda Perlis.’

‘Lelaki di dalam gambar bertopeng sepanjang masa dan tiada bukti itu merupakan Raja Muda Perlis.’

‘Satu kebiadapan DAP terhadap institusi Raja-raja Melayu.’
Penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat antara lainnya melalui posting oleh individu-individu berikut bermula pada kira-kira jam 4:00 petang, 28 April 2021:

1. Posting Che Ibrahim Mohamed yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100001076378230/posts/4313044808741356/
2. Posting Saila Hadialuz Nazar yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1024801084590541&id=100011819768949
3. Posting Miqdad Zakaria yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1871004016410386&id=100005024160282
4. Posting Abu Muhammad Ibnu Ismail yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/1061861934/posts/10220502598529271/
5. Posting Zainal Nor yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100009739932239/posts/1386962138305104/
6. Posting Lensalog Aidi yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1589301727932735&id=100005587692577
7. Posting Taufik Ali yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=321641272895215&id=100051480331250
8. Posting Hussin Al Mala’al A’lam yang boleh diakses di pautan ini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=3842266089184531&id=100002035327920
9. Posting Muhammad Al Hanif Hassan yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100000634296229/posts/4352818401415927/
10. Posting Mohd Safuan MohdSafuan yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3997535496952344&id=100000877993870
11. Posting Abdul Manaf Shafie yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3823936327724294&id=100003238928446
12. Posting Muhammad Radzi Ismail yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10220472398340158&id=1238056360

Pada waktu penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat, akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting atau komen selama 24 jam kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya sebelum ini yang melanggar Community Standards Facebook.

Bila akaun Facebook saya dibebaskan dari hukuman ini, iaitu pada kira-kira jam 6:30 petang, 28 April 2021, saya telah memuatnaik satu posting bagi menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis, menyenaraikan 12 individu yang didapati membuat penyebaran posting Facebookpalsu ini dan menyebut saya akan menyaman mereka.

Begitupun, pada kira-kira jam 9:00 malam, 28 April 2021, sekali lagi akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang  posting  atau komen selama 3 hari kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya yang menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini melanggar  Community Standards Facebook.

Pada jam 1:00 pagi, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Zulhazmi Shariff, yang saya ketahui merupakan Naib Pengerusi DAP Kedah yang juga seorang peguam, telah memuatnaik satu posting bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas saya atas dakwaan membuat posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 [Akta 589]. PostingZulhazmi Shariff ini boleh diakses di pautan ini:

Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Azhar Ismail, yang saya ketahui merupakan Ketua PAN Bahagian Ledang, Johor, telah memuatnaik satu  posting bagi memaklumkan beliau telah membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini di samping mengongsi panduan tersebut. Posting Azhar Ismail ini boleh diakses di pautan ini:  https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1891293944371547&id=100004728797049
Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, juga saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Amar Abd Jalil, yang saya ketahui merupakan Ketua AMK Cabang Padang Besar, Perlis, telah memuatnaik dua  posting bagi memaklumkan beliau akan dan telah membuat laporan polis ke atas saya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini. Posting Amar Abd Jalil ini boleh diakses di pautan ini:

Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.

Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook  palsu saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius, termasuk jenayah memfitnah dan membuat laporan polis palsu.

Turut perlu disiasat ialah portal berita Malaysia Date Line yang menyiarkan berita fitnah sama pada 29 April 2021 berbunyi:

‘Kemuncak kepada kemarahan mereka adalah apabila pensyarah UUM itu membuat posting bertajuk  ‘Wayang Opera Cina DAP sekali lagi?’ yang menyerang kononnya Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menipu apabila berkata dia mengayuh basikal bersama Raja Muda Perlis.’ Laporan portal berita ini boleh diakses di sini:   https://malaysiadateline.com/pengerusi-uum-ucap-selamat-nuzul-al-quran-netizen-tanya-bila-nak-pecat-kamarul/

Sekianlah laporan saya.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 30/4/2021

(Bersambung)

Dakwaan ibu tunggal mohon kewangan gereja disiasat

 

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3 ibu tunggal mohon bantuan gereja selepas pihak zakat tolak permohonan mereka?

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam yang terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja susulan permohonan mereka ditolak oleh pusat zakat atau agensi berkaitan.

Zulkfili berkata beliau akan membantu individu berkenaan sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

“Kalau saya tahu, saya akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Lailatul Qadar dan Ramah Mesra Bersama Pengetua Tahfiz & Pondok Wilayah Persekutuan di Maahad Tahfiz Al Faridiyah di Taman Sri Rampai di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan tiga orang ibu tunggal terpaksa memohon bantuan daripada pihak gereja sejak beberapa tahun lepas selepas pihak institusi zakat dan agensi berkaitan menolak permohonan mereka.

Mengenai  Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah beliau berkata SOP itu  telah dilengkapkan bagaimanapun Arab Saudi masih belum membuat keputusan sama ada ibadah haji dan umrah dibenarkan pada musim ini.

“Kita doalah banyak-banyak kepada Allah agar wabak ini (Covid-19) pergi,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.

 Pada majlis berkenaan 41 maahad tahfiz dan pondok berdaftar dengan JAWI menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula dan minyak masak di majlis itu.

Pogram Semarak Lailatul Qadar Wilayah Persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan merancakkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan aktiviti dan pengisian kerohanian melibatkan 89 buah masjid di Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

Friday, April 30, 2021

Ajak isteri rakan lakukan seks, atau lawak seks, ini akibatnya...


Ajak isteri rakan lakukan seks, lelaki ditikam tombak sawit 

PETALING JAYA: Gara-gara mengganggu sehingga mengajak isteri rakannya melakukan hubungan seks, seorang lelaki warga Indonesia ditikam dengan tombak sawit sebelum mayatnya dibuang ke longkang dalam kawasan ladang sawit di Lawas, Sarawak. 

Ketua Polis Daerah Lawas, Roslan Leman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Imran, 40-an, ditemui orang awam dalam keadaan mayatnya dibalut dengan kanvas pada jam 9.30 pagi kelmarin.

“Siasatan lanjut berjaya mengesan dan menangkap suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia 32 tahun di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini, 12.10 tengah hari, hari yang sama mayat ditemui,” katanya, menurut laporan Harian Metro. 

Roslan berkata, hasil soal siasat suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin lalu berpunca daripada mangsa yang selalu mengganggu sehingga kali terakhir mengajak isterinya melakukan hubungan seks. 

“Suspek mengaku bertindak seorang diri dengan bersenjatakan tombak sawit untuk menikam mangsa sehingga mati, kemudian membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya ke lokasi penemuan mayat,” katanya. 

Beliau berkata, bagaimanapun lokasi sebenar pergaduhan sedang dikenal pasti dan pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati kesan tetakan di bahagian dahi, telinga, leher, belakang badan, lutut kiri dan pergelangan tangan putus. 

“Suspek dan mangsa juga pendatang asing tanpa izin (PATI), di mana suspek datang ke Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama dua anaknya berusia 2 dan 6 tahun serta isteri.” katanya. 

Beliau berkata, suspek yang kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu juga tidak bekerja selepas diberhentikan daripada Ladang Sawit di Jalan Trusan dan sedang mencari pekerjaan baru. (At 4/30/2021) 

Komen Weblog Ibnu HasyimSebuah badan bukan kerajaan (NGO), dilaporkan menggesa Kementerian Pendidikan menangani isu berkaitan gangguan seksual dan melindungi kanak-kanak di sekolah, beberapa hari lepas.

Jangan main-main, ini bukan bahan lawak. Gara-gara ajak isteri rakan lakukan seks, mungkin gurau-gurau, seorang lelaki ditikam dengan tombak sawit sebelum mayatnya dibuang ke longkang dalam kawasan ladang sawit di Lawas, Sarawak.

 

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

Dr Kamarul terbongkar lagi! ‘wayang opera Cina DAP’. 3 Pemimpin PH (DAP,Amanah,PKR) terlibat?

 

Kamarul senarai tiga pemimpin PH negeri, 12 pemilik akaun FB sebar ‘wayang opera Cina DAP’

PENSYARAH Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff akan membuat laporan polis secepat mungkin berhubung penyebaran hantaran di Facebook bertajuk, “Wayang opera Cina DAP sekali lagi?”.

Kolumnis bagi lidah rasmi Pas, Harakahdaily itu mendakwa penyebaran hantaran Facebook palsu itu berlaku ketika akaun media sosial sebenar miliknya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran atau komen selama 24 jam.

Walau bagaimanapun, pensyarah kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) UUM itu mendapati sebanyak 12 individu telah menyebarkan hantaran tersebut bermula kira-kira jam 4 petang semalam.

Mereka ialah Che Ibrahim Mohamed, Saila Hadialuz Nazar, Miqdad Zakaria, Abu Muhammad Ibnu Ismail, Zainal Nor, Lensalog Aidi, Taufik Ali, Hussin Al Mala’al A’lam, Muhammad Al Hanif Hassan, Mohd Safuan MohdSafuan, Abdul Manaf Shafie dan Muhammad Radzi Ismail.

Dalam masa sama, Kamarul menerusi kenyataan panjangnya hari ini turut mengenal pasti tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dari ketiga-tiga parti komponen iaitu DAP, AMANAH dan PKR.

Katanya, Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff pada jam 1 pagi tadi telah memuatnaik satu hantaran bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atasnya atas dakwaan membuat hantaran yang mempertikaikan Raja Muda Perlis di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589).

Kamarul juga berkata, Ketua AMANAH Bahagian Ledang, Azhar Ismail telah memuatnaik satu hantaran pada jam 2 petang tadi memaklumkan telah membuat laporan polis terhadapnya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi selain berkongsikan hantaran peguam itu.

Tambahnya, Ketua AMK Cabang Padang Besar, Amar Abd Jalil turut memuatnaik dua hantaran bagi memaklumkan akan dan telah membuat laporan polis terhadapnya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi.

“Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.

“Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook palsu saya yang bertajuk “Wayang opera Cina DAP sekali lagi?” serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius,” kata Kamarul lagi. MD
(Diangkat dari mykmu.net -Terima kasih)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perjuangan Dr Kamarul terbongkar lagi! Kes ‘wayang opera Cina DAP’, yang dikatakan 3 Pemimpin PH (DAP, Amanah, PKR) terlibat? Ya, sila lihat..    

 Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

PAS T'ganu Laksana 13 Manifesto PRU14 &20 janji. Ini bukan macam PH

 


Apa tak kena Kerajaan PN yang ada sekarang?

KERAJAAN PAS Terengganu telah dan sedang melaksanakan lebih daripada 13 Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), daripada 20 janji manifesto yang ditawarkan kepada rakyat Terengganu meskipun bukan ‘Kitab Suci’.

Malah, komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan terhadap pengundi Automatik Usia 18 Tahun masih jelas, cuma perlu diberi ruang dan masa yang secukupnya kepada pihak SPR.

Mengulas isu-isu politik semasa tanahair secara ringkasnya, Penolong Pengarang Berita Negeri Harakah, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD, berpeluang menemubual Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali di Pejabatnya, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Soalan: Secara kolektifnya, Terengganu antara negeri yang selalu menjadi perbualan rakyat dalam melunaskan janji Manifesto PRU14, walaupun ianya bukan ‘Kitab Suci’. Bolehkah Dato’ kongsi sedikit perkembangan manifesto Kerajaan PAS Terengganu yang terkini?

Dato’ Yahaya: Ini bukan soal isu ‘kitab suci’ tetapi kita orang Islam bila berjanji kena tunaikan. Kita tidak boleh main-main dalam perkara ini sebab manifesto yang ditawarkan adalah hasil kajian mendalam kita dari segi kebolehlaksanaannya.

Secara kebetulan saya turut menganggotai Jawatankuasa Pelaksanaan Manifesto yang dipengerusikan bersama oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan dan ahli Exco YB Dato’ Tengku Hassan. Kalau tidak salah ingatan saya hingga kini kerajaan telah melaksanakan 13 dari 20 janji manifesto kepada rakyat.

Saya fikir rakyat negeri ini tahu apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya tak nak sentuh satu persatu sebab ia akan memakan masa. Baki tujuh lagi janji manifesto yang sedang dalam proses pelaksanaan dan sebahagiannya menunggu masa pelancaran dalam waktu terdekat ialah;

a) Wad kelas ketiga ‘percuma’ di semua hospital kerajaan.

b) Mengadakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam milik negeri bagi menggantikan KUSZA.

c) Menubuhkan Pusat Pemulihan Dadah secara holistik.

d) Mengadakan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat (pinjaman tanpa faedah) dengan peruntukan RM50 juta setahun

e) Mewujudkan Bandar Baru Lestari di setiap daerah.

f) Pencen Rakyat RM50 sebulan (RM600 setahun) bagi warga emas yang layak

g) Menambah keluasan tanah rezab Melayu dari 118 hektar kepada 1,000 hektar.

Insya-Allah kerajaan akan berusaha melunaskan semua janji ‘manifesto’ ini sebelum pilihan raya umum akan datang. Tetapi tidak dinafikan, ada setengah-setengah manifesto yang telah dilaksanakan memerlukan masa yang lebih lama untuk disempurnakan secara sepenuhnya seperti isu tanah terkilan, rumah kediaman, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) setiap DUN, Sekolah Menengah Islam (SMIDI) setiap Parlimen dan pembinaan bandar lestari setiap Daerah.

Isu pengundi automatik berusia 18 kembali hangat setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Negara (Tan Sri Dr Rais Yatim) berkenaan negara kita masih belum bersedia untuk melaksanakan pindaan pengundi 18 tahun ini. Boleh Dato’ kongsikan pandangan sedikit berkenaan perkara ini?

Apabila kerajaan (sewaktu zaman PH) meluluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan di Parlimen iaitu umur mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun dan ke atas dengan majoriti dua pertiga dan turut disokong oleh parti-parti pembangkang ia menjadi tanggungjawab bersama. Oleh sebab itu, saya berpendapat isu sama ada umur 18 tahun matang atau tidak untuk menjadi pengundi tidak wajar lagi dijadikan ‘polemik’.

Banyak juga negara-negara luar yang memberi peluang kepada golongan muda berumur 18 tahun ini sebagai pengundi. Kita perlu menghormati hak mereka untuk mengundi dan membuat keputusan. Apa yang penting proses pendidikan yang berterusan perlu diberikan kepada golongan ini.

Yang pertamanya, sesuatu Rang Undang-Undang (RUU) menjadi undang-undang (Akta) di Parlimen selepas diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara, Yang di-Pertuan Agung dan digazetkan.

Pelaksanaan kepada perkara ini sudah tentu memerlukan masa dan persiapan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Saya difahamkan antara perkara yang menjadi kekangan SPR ialah untuk meminda Akta dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya, supaya dapat diselaraskan dengan pindaan terbaru dan juga melibatkan pendaftaran pengundi secara automatik bila berumur 18 tahun, yang memerlukan kerjasama dan komitmen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Saya fikir kita seharusnya memberi peluang dan masa yang secukupnya kepada pihak SPR.

Satu lagi isu yang ada kaitan dengan perkara ini ialah bila PRU15 akan diadakan? Kalau PRU diadakan dalam waktu terdekat, saya tak nampak pengundi muda 18 tahun boleh menggunakan hak mereka dengan kekangan yang saya sebutkan tadi.

Isu yang lebih besar ialah selamatkah rakyat negara ini dari penularan Covid-19, sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk mengadakan PRU dalam waktu terdekat mengikut amalan biasa. Pengalaman Pilihan Raya Neger (PRN) di Sabah sudah cukup memberikan pengajarannya.

Bagaimana Dato’ melihat senario politik pada hari ini terutama sikap Umno untuk tidak meneruskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pembubaran Parlimen nanti. Dan dalam konteks hubungan Umno dengan PAS di Terengganu dikatakan agak ‘dingin’ dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan PAS ‘digambarkan’ tidak jujur dengan Umno terutama dalam isu peruntukan dan agihan kerusi pilihan raya kelak. Komen Dato’ sendiri?

Ini soalan yang sepatutnya diajukan kepada kepimpinan PAS Pusat dan negeri (Terengganu). Mereka yang lebih ada maklumat. Kalau saya boleh jawab, saya cuma nak tanya apa yang tak kena kepada kerajaan PN yang ada sekarang?

Bukankah kuasa yang dimiliki oleh kerajaan yang ada sekarang iaitu di bawah wadah kerjasama parti-parti politik Islam-Melayu yang merupakan suatu anugerah dan rahmat dari Allah SWT. Lebih-lebih lagi dengan tidak bersusah payah melalui pilihan raya pun akibat masalah dalaman dan keruntuhan yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan membina asas yang lebih kuat untuk meneruskan kerjasama di kalangan parti-parti yang mendukung kerajaan PN sekarang. – HARAKAHDAILY 27/4/2021
(TEMUBUAL PENUH DISIARKAN DI DALAM AKHBAR HARAKAH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS Teregganu laksana 13 Manifesto PRU14 &20 janji. Ini bukan macam kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang lingkop setelah memerintah 22 bulan kerana beranggapan  Manifesto bukan ‘Kitab Suci’. Jika anda tidak mahu ditipu lagi, dalam PRU 15 ini undilah PAS dan parti-parti gengnya!

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

Arab Saudi Ingin Berdamai dengan Iran..

 

Mohammed bin Salman ditunjuk jadi putra Mahkota Arab Saudi (Foto:Hassan Ammar/AP)

Riyadh - Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman (MBS) memberikan nada yang lebih lembut ketika ditanya mengenai Iran.

Ini dia ungkapkan dalam wawancara televisyen yang disiarkan pada 27 April 2021, di mana dia juga mengatakan bahawa Arab Saudi dan pemerintah Biden menyetujui kebanyakan isu yang menjadi perhatian bersama.

"Iran adalah negara jiran, dan semua yang kita cita-citakan adalah hubungan istimewa dan baik dengan Iran," kata Putera Mahkota Saudi, Muhammad bin Salman.

"Kami tidak mahu keadaan Iran menjadi sukar. Sebaliknya, kami ingin Iran berkembang dan mendorong wilayah dan dunia menuju kemakmuran," katanya seperti dikutip di laman web AFP.

Riyadh telah bekerjasama dengan rakan serantau dan global untuk mencari penyelesaian terhadap "tingkah laku negatif" Teheran.

Kedua-dua negara memutuskan hubungan pada tahun 2016 setelah penunjuk perasaan Iran diserang oleh misi diplomatik Saudi berikutan pelaksanaan kerajaan seorang ulama Syiah yang dihormati.

Mereka juga mendukung pihak lawan dalam perang di Yaman, di mana gabungan yang dipimpin Arab Saudi memerangi pemberontak Houthi yang berpihak kepada Iran.

Komen MBS berbeza dari wawancara sebelumnya di mana dia mengecam Teheran, menuduhnya menimbulkan rasa tidak aman serantau.

Putera itu tidak menyebutkan adanya rundingan dengan Teheran, tetapi ada laporan mengenai rundingan rahsia langsung yang berlangsung bulan ini di Baghdad antara kedua negara.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails