Friday, June 04, 2021

Isu arak: Antara politik dan dakwah

 

Oleh DATUK AHMAD MARZUK SHAARY

PERTAMANYA, saya bersyukur dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob yang telah menghentikan operasi kilang minuman keras secara serta-merta.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira bahawa kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori perkhidmatan asas.

Mungkin ramai yang mempertikaikan kenapa menteri dan timbalan menteri PAS tidak vokal seperti ketika menjadi pembangkang, saya mengharapkan keputusan ini setidak-tidaknya menjadi bukti kepada proses advokasi dan dakwah yang PAS lakukan di peringkat dalaman bagi mempengaruhi polisi dan dasar kerajaan.

Secara peribadinya, saya melihat ia adalah permulaan yang baik bagi mengawal penjualan arak secara lebih serius dan tegas.

Prinsip Islam dalam isu ini adalah jelas, arak diharamkan kepada orang Islam dan orang bukan Islam dibenarkan menjual arak tetapi tidak boleh secara bebas dan terbuka kerana menghormati hak orang Islam.

Kerajaan Kelantan berjaya melaksanakan prinsip ini melalui pelaksanaan kawalan penjualan arak yang dilakukan secara berperingkat-peringkat dan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk dikuatkuasakan secara sepenuhnya.

Di Kelantan, pengurangan lesen premis yang menjual arak dikurangkan secara sedikit demi sedikit selepas PAS menjadi kerajaan. Kemudian, tiada lagi pembaharuan lesen yang dibenarkan di Negeri Kelantan dan sehingga hari ini, arak tidak lagi dibenarkan untuk dijual secara bebas dan terbuka.

Dalam hal ini, Kerajaan Kelantan hanya memberi lesen kepada orang bukan Islam sahaja. Jumlah pemberian lesen pula bergantung kepada kapasiti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat.

Selain itu, pemilik premis juga mestilah memberi amaran supaya tidak membenarkan orang Islam untuk masuk ke premis menjual arak dan meminum arak di situ. Kawalan penjualan arak di Kelantan berjaya dilaksanakan dengan menggunakan dakwah melalui undang-undang.

Namun begitu, ada satu perkara yang selalu orang terlepas pandang. Rata-rata orang bukan Islam di Kelantan juga sangat memahami keburukan arak.

Mereka tahu bahawa orang Islam tidak dibenarkan untuk minum arak dan hak orang Islam perlu dihormati dengan tidak menjual arak secara bebas kepada mereka.

Alhamdulillah, kesedaran ini adalah hasil daripada keberkesanan kuliah di Dataran Ilmu pada setiap hari Jumaat, melalui ceramah-ceramah agama dan dakwah daripada masyarakat Melayu Islam di Kelantan.

Hal ini menunjukkan bahawa pengawalan penggunaan arak memerlukan kepada nahi mungkar bukan sahaja di peringkat pihak berkuasa tetapi juga perlu disambut oleh para asatizah yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat, serta individu Muslim yang mempunyai kesedaran agama.

Oleh sebab itu juga, saya amat berterima kasih kepada desakan demi desakan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dalam parti PAS, pihak pembangkang serta masyarakat Islam yang sangat mengambil cakna akan isu ini sejak dari awal lagi.

Hakikatnya, semua pihak perlu sama-sama mengambil peranan dalam melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran ini sama ada melalui tangan (kuasa), mulut (nasihat) dan hati (membenci kemungkaran yang berlaku).

Bagi ahli-ahli PAS pula, di mana pun posisi kita berada, matlamat politik kita tidak akan berubah, iaitu mahu menyelamatkan manusia seramai mungkin dengan Islam. Iktiraf dan sokonglah kebaikan mana-mana pihak secara matang. Lawanlah keburukan dan kezaliman mana-mana pihak secara matang juga, insya-Allah. – HARAKAHDAILY 4/6/2021

Parti Arab Israel bentuk kerajaan. Apa kata Hamas?

 

Kawasan kejiranan Arab di Silwan, pinggir Bandar Lama timur Jerusalem yang ditakluk Israel, dan tanah perkuburan Yahudi, Gunung Zaiton. - Foto AFP

Parti Arab Israel sertai gabungan bentuk kerajaan.

BAITULMUQADDIS: Parti yang mewakili warga Arab Israel, menyertai gabungan Israel buat pertama kali untuk menubuhkan kerajaan, namun ramai pihak tidak yakin langkah itu mampu mengakhiri peminggiran politik, selama berdekad-dekad di Israel.

Ketua parti konservatif Islam Raam, Mansour Abbas, menandatangani perjanjian menyertai gabungan itu pada Rabu, dengan hasrat menyingkirkan Perdana Menteri Israel paling lama berkhidmat, Benjamin Netanyahu.

Gambar Mansour yang berketurunan Palestin di meja rundingan bersama pemimpin haluan tengah, Yair Lapid dan nasionalis haluan kanan, Naftali Bennett, menjadi saat bersejarah dan tersebar luas di media sosial.

Mansour yang menjadi Ahli Parlimen Israel sejak 2019, jelas gembira dengan perkara itu melalui ucapan pada Khamis, yang didengari menerusi radio tentera Israel.

"Kami memperoleh mandat untuk mempengaruhi sistem politik Israel dan bukan sekadar berada dalam Knesset (Parlimen Israel).

"Ini membuka ruang kepada kami untuk mempengaruhi dasar dan keputusan untuk manfaat rakyat negara ini, khususnya warga Arab," katanya.

Mansour (kanan) menandatangani perjanjian dengan Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid (kiri) dan pemimpin haluan kanan Naftali Bennett di Ramat Gan dekat Tel Aviv. - Foto AFP

Pada 1992, ketika rundingan damai dengan Palestin berjalan, Ahli Parlimen Arab Israel menyokong gabungan Parti Buruh dari luar, namun tidak terbabit dalam rundingan berkenaan.

Warga Arab Israel yang berketurunan Palestin, kekal di tanah masing-masing apabila Israel diwujudkan pada 1948, merangkumi 20 peratus daripada penduduk Israel.

Mereka kerap membangkitkan aduan berhubung diskriminasi dan dilayan seperti warga kelas kedua.

Ketika konflik terbaharu Palestin-Israel tercetus, warga Arab Israel turut mengadakan tunjuk perasaan buat pertama kali, sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung, dan Tebing Barat yang diceroboh. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita lihat apa kata Hamas. Sepatutnya pendapat mereka diutamakan! 


Mahkamah Rayuan tolak saman pusat terhadap K'tan

 

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai lokus standi (kedudukan sah) untuk mengemukakan tindakan undang-undang bagi pihak suku Orang Asli Temiar atas pertikaian tanah adat di Pos Simpor, Gua Musang.

Perkara itu diputuskan Mahkamah Rayuan hari ini dengan membenarkan rayuan dibuat kerajaan Kelantan bagi membatalkan tuntutan kerajaan Persekutuan.

Panel tiga hakim yang diketuai Dato’ Lau Bee Lan memutuskan sebulat suara dengan alasan tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang bertulis mengiktiraf locus standi pemerintah Persekutuan untuk menuntut bagi pihak Orang Asli.

Menurut laporan Bernama Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan tidak memiliki lokus standi menyaman Kelantan bagi pihak Orang Asli suku Temiar.

Malah secara jelas ia menggambarkan bidang kuasa berkaitan tanah adalah di bawah bidang kerajaan negeri.

Sebelum ini kerajaan Persekutuan bertindak bagi pihak Orang Asli menyaman kerajaan Kelantan berkaitan dakwaan berlaku pencerobohan tanah adat Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

Isu itu menarik perhatian ramai sebelum ini di mana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, kerajaan pusat menyamankan kerajaan negeri berkaitan isu masyarakat Orang Asli.

Perkara itu berlaku ketika Putrajaya di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Isu mulai muncul pada 18 Januari 2019 apabila Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas mengumum kerajaan Persekutuan mengemukakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan.

Alasan dikemukakan kerajaan PH untuk melindungi kebajikan Orang Asli, yang memprotes pencerobohan tanah adat mereka.

Malah pada 20 Ogos 2019 kerajaan Kelantan gagal mengetepikan saman tersebut yang difailkan berhubung tanah adat masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor.

Panel Mahkamah Rayuan turut dianggotai hakim P Ravinthran dan Mohd Sofian Abd Razak secara bulat suara membatalkan saman berkenaan.

Persidangan Mahkamah Rayuan tersebut berlangsung secara dalam talian melalui Zoom. Kerajaan Persekutuan peguam Gurdial Singh Nijar.

Manakala kerajaan Kelantan diwakili Peguam Khoo Guan Huat. Manakala peguam Elaine Gan menjadi pemerhati untuk Majlis Peguam. – HARAKAHDAILY 3/6/2021

Thursday, June 03, 2021

Tajuddin ditahan SPRM tuduhan salah guna kuasa

 

KL:Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dua tuduhan salah guna kuasa.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditahan setelah beliau hadir untuk disoal siasat di ibu pejabat SPRM Putrajaya petang semalam tetapi dibebaskan dengan jaminan lisan (jaminan mulut).

Memetik laporan The Vibes sebenarnya, Tajuddin seharusnya dituduh semalam. Bagaimanapun, SPRM masih menunggu arahan dari Jabatan Peguam Negara.

Perincian mengenai tuduhan tersebut tidak didedahkan tetapi Tajuddin sebelumnya telah didakwa mengganggu operasi dan perniagaan Prasarana, di mana tuduhan konflik kepentingan telah muncul.

Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Suara.Tv telah menghubungi SPRM namun, pengesahan dan maklumat lanjut akan diberikan kepada media melalui kenyataan rasmi pihak atasan. -S.tv.

Politik M'sia: Bangau, oh bangau..

 


Anonymous said...

Total lockdown onn ke tak onn.

Kes fitnah jijik 1MDB sudah di penghujung jalan. Jangan buat buat lupa kes DIEG.

Ketika isu 1MDB menjadi viral, rakyat Malaysia kesemua nya mahu menjadi hakim dan berlagak pandai dengan soalan soalan yang konon nya memerangkap orang lain sehingga tidak mampu menjawap, dan bangau mereka pun berhujah berlagak hebat2 mereka lah yang pandai belaka.

Nama Jho Low dijaja serata dunia, sebelum PRU14 ada yg berguling guling atas jalanraya mahu heret Jho Low. Allah maha kuasa hanya 22 bulan berkuasa (bukan 22 tahun menipu dan mengoreng acah acah Melayu ultra) Jho Low lansung tidak ditangkap malah lesap terus...!! Puuuiii..!!!

Angkara fitnah jijik si penguasa zalim melakukan apa saja demi kuasa, anak cucu dan kroni.

Jho Low mencermin kan betapa lemah nya pemimpin Melayu diperkotak katik kan oleh bangsa Jho Low...!!!!

Mungkin sekarang Jho Low sedang tepuk tangan melihat kebodohan pemimpin Melayu bercakaran dan londeh melondeh sesama sendiri sampai hujung nyawa. Tidak terkejut ada sesetengah pihak menjulang Jho Low sebagai wira pejuang bangsa nya.

Ia tidak sama dengan kes meliwat , walau pun petunjuk menuju ke arah itu dan video CCTV semua menunjukan kecenderongan kepada itu, mereka masih mencari jalan lain untuk menafikan nya.

Ada juga Bangau tua yang cuba menafikan sampai hujung nyawa dengan jawapan klise 'Bukan Salah Saya' begitu sinonim dengan lagu rakyat 'Bangau oh Bangau'.

Acah acah ultra Melayu akhirnya bangau tua menyungkur dipintu tokong besar kerajaan Singapura manakala adik tokong pula ada kerajaan negeri di Pulau Pinang.

Namun dalam isu 1MDB , walau pun sudah hampir 2 tahun , ia masih di peringkat soalan dan andaian yang masih tidak kelihatan bukti nya mereka sudah pun mempercayai dan menjatuh kan hukum.

Masih ingatkah lagi wahai bangau bangau sekelian berkenaan isu rompakan di siang hari di depan mata. Isu bekas MB Selangor merangkap Menteri Kanan dan kes DEIG.

http://semaremas.blogspot.com/2015/08/kisah-sedih-rakyat-selangor-kena-tipu.html?m=1

Dalam jumlah 30 billion yang jauh lebih besar dari 1MDB 2.6 billion isu dana dan juga 7.6 billion yang entah ke mana pergi nya, mereka yang berlagak hebat yang kuat mengejek ejek dan memperli Datuk Seri Najib sudah hilang tanpa dapat di kesan.

Wang yang konon difitnah mencuri sudah dipulangkan dan buat sumpah laknat lagi.
Pakar kewangan dan pakar menyoal isu 1MDB sudah bertukar menjadi dunggu dan bebal. Tanpa kelibat Jho Low, Nik Faisal Zety dan lain lain perbicaraan 1MDB adalah berat sebelah, pincang dan cacat.

Pakar FB dan whatsapp yang acap kali menghina 1MDB dan DS Najib sudah tidak terkata dan menjadi bodoh tahap gaban. Sekurang kurang nya sudah dijawab dengan baik dan tuntas dengan fakta dan bukti.

Atas nama tranperensi dan tanggung jawap tiba tiba DIEG dengan syarikat RM2.00 sahaja boleh ambil alih harta bernilai 30 billion di bawah bekas Menteri Besar Selangor Incorporation” dan sekarang Menteri Kanan PN. Total lockdown yang tidak total..!!

Masih ingatkah lagi wahai bangau sekelian harga mengecat pintu gerbang haramjadah zaman ex- MB hingg mencecah 10 juta.!!

http://jawaber6.blogspot.com/2015/12/cat-pintu-gerbang-rm97juta-harga-yang.html?m=1

Dalam isu DIEG ini sekurang kurang buat lah sumpah laknat untuk bersihkan nama. Jangan jadi prinsip bangau oh bangau 'Melayu Mudah Lupa'. Prinsip universal ini harus di amal kan oleh semua.

Bila bangau mengata orang lain sepatut nya perhati kan diri kau sendiri sekurang kurang nya fahamkan bait bait lagu " Bangau oh Bangau” itu.

Bukan Salah Saya sinonim dengan lagu rakyat 'Bangau oh Bangau'. Paku dulang paku serpih, ngata orang kau yang lebih.!!

#bangaudahpulangsuarasumbang

Lagi, RM100,000, bukan dari sumbangan parti kedekut!

 

Kutipan Tabung Bencana Covid cecah RM100,000

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah merasmikan Tabung Bencana Covid dengan sumbangan daripada peringkat parti yang mencecah hampIr RM100,000, malam tadi.

Menurutnya, tonggak utama perjuangan Islam yang dibawa PAS bukan hanya pada tarbiah, siasah dan dakwah tetapi kebajikan juga dapat membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.

“Kita kena ingat bahawa antara hikmah besar hubungan kita dengan Allah SWT ada tiga iaitu mengharapkan semua perkara kepada Allah, mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya dan melakukan sesuatu kebaikan lalu kita menyembunyikan dari pengetahuan orang.

“Allah SWT sebut bahawa sedekah itu sama ada waktu siang atau malam, waktu terang-terangan atau sembunyi, betapa sedekah yang kita sembunyi, ia adalah sedekah-sedekah sunat supaya kita takut akan menimbulkan riak dan sebagainya.

“Adapun sedekah yang kita sumbangkan tujuan menggalakkan orang lain supaya turut menyumbang, maka itu tidak salah kerana rezeki kita diuar-uarkan tujuannya bukan untuk riak, apatah lagi menyakiti hati orang lain yang kita turut memberi sumbangan, nauzubillah.

Beliau yang juga Penaung Sekretariat Tabung Bencana Covid PAS Pusat berkata demikian pada pelancaran tabung itu menerusi di laman Facebook rasmi PAS Pusat secara langsung.

Di samping itu, katanya hikmah bersedekah adalah boleh mengampunkan dosa, Allah SWT akan menggantikan sesuatu dengan perkara yang lebih baik dan Allah SWT juga mengangkat darjat di akhirat kelak.

Beliau juga menyeru agar semua menteri daripada PAS dapat menyumbang sebanyak RM10,000 seorang ke dalam tabung itu, timbalan menteri (RM5,000), Naib Presiden / Senator (RM2,000) dan ahli parlimen sekurang-kurangnya RM1,000 dan mereka juga telah menyediakan bakul makanan kepada mangsa Covid-19.

“Dan ini sedikit sumbangan dengan kita jangka hampir mencecah RM100,000, sumbangan-sumbangan di peringkat parti yang telah saya sebutkan tadi.

“Saya mengharapkan malam yang mulia ini agar Allah SWT memudahkan urusan kita dan bagi pihak parti, saya ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada urusetia sekretariat khas Tabung Bencana Covid-19 yang telah pun mengadakan program pada malam ini.

“Maka, dengan rasminya saya melancarkan tabung Bencana Covid-19 siru ala barakatilah, mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan memudahkan urusan dan menjadikan kita sebagai penolong-penolong kepada agama Allah SWT,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS ialah parti Islam. Tonggak utama perjuangan Islam bawaan PAS bukan hanya pada tarbiah, siasah dan dakwah... tetapi 'kebajikan juga dapat membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan'.

Parti DAP ialah parti bukan Islam. Ini 10 perkara bukti DAP anti Islam.

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Gadis Kreatif Benang Nanas, Buka 2 Galeri..

 

Asna Nabihah mempunyai lebih 20 jenis kraf dihasilkan daripada daun nanas.- Foto/Omar Ahmad

JOHOR BAHRU: Pasti ramai merasai kelazatan nanas, namun di sebalik sepohon tanaman itu ada pelbagai manfaat lain seperti daunnya yang berduri dan berserat boleh dijadikan fabrik.

Justeru, inovasi daun nanas inilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak jati Johor, Asna Nabihah Azmi, 30, untuk menghasilkan produk kraf.

Bermula mengusahakan produk kraf berasaskan serat daun nanas sejak 2007 untuk dijadikan penanda buku yang diletakkan benang daripada nanas sebagai produk pertamanya.

Kini Asna Nabihah mempunyai lebih 20 jenis kraf yang bernaung di bawah produk Palmy termasuk selendang, buku, 'keychain', beg, beg duit dan bingkai gambar daripada hasil daun nanas yang diproses.

Menetapkan 100 peratus penggunaan bahan semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia dalam setiap produknya.

Hasil inovasi itu, Asna Nabihah sudah membuka dua galeri, iaitu di Kampung Sinaran Baru, Johor dan Bukit Bintang Kuala Lumpur yang diuruskan kakak.

Topi, beg dan pelbagai lagi produk dihasilkan Asna Nabihah menggunakan daun nanas.- Foto/Omar Ahmad

"Sejak setahun lalu, banyak tempahan diterima menerusi media sosial berikutan pandemik COVID-19," katanya ketika ditemui di Galeri Palmy di Kampung Sinaran Baru, Kempas di sini.

Beliau berkata, daun nanas beliau ambil dari kawasan pertanian iaitu di Pontian dan Ulu Tiram. Proses pembuatan kertas nanas dan fabrik dari serat daun nanas adalah berbeza.

"Namun, material digunakan sama, iaitu daun nanas. Bagi penghasilan kertas daun nanas, ia digunting dan direndam semalaman, kemudian dikisar menggunakan mesin industri, sebelum diletak atas pencetak dicipta sendiri untuk dikeringkan.

"Proses pengeringan mengambil masa sehari jika cuaca panas dan tiga hari jika cuaca lembab," katanya anak bongsu empat beradik ini.

Beliau menjalankan kajian dan penyelidikan sendiri bagaimana mahu menghasilkan kertas nanas yang lebih halus.

Pada permulaan penghasilan kertas nanas agak kasar dan tidak boleh dihantar untuk dicetak.

Beliau cuba beberapa kali bagi menghasilkan kertas nanas yang lebih licin dan halus bagi memudahkan proses pencetakan atas kertas nanas.

"Mula-mula saya hantar ke syarikat pencetakan, mereka kata kertas nanas saya hasilkan kasar. Bila kasar, mesin cetak susah nak masuk dan menyebabkan mesin rosak dan berhabuk.

"Saya bawa pulang kertas nanas. Saya mula memikirkan bagaimana mahu menghasilkan kertas nanas lebih halus. Saya cuba cari maklumat dan tanya rakan atau agensi berkaitan.

"Kemudian saya cuba satu-persatu mengikut maklumat diperoleh. Sekarang kertas nanas saya sudah boleh dicetak. Bila sudah boleh dicetak, banyak produk kraf boleh dihasilkan", katanya.

Asna Nabihah melakukan proses menghasilkan benang daripada serat daun nanas.- Foto/Omar Ahmad

Bagi menghasilkan fabrik nanas, Asna Nabihah, berkata daun nanas akan diracik bagi mengeluarkan serat benangnya.

Walaupun proses itu sedikit sukar berbanding pembuatan kertas nanas, ia mendapat kepuasan saat melihat kraf dihasilkan.

"Kira-kira 100 kilogram (gm) sisa pertanian daun nanas boleh menghasilkan sekilogram benang. Dari benang satu kilogram itu boleh dapat hasil 10 meter kain.

"Fabrik benang nanas lebih tahan lama. Antaranya, saya produk fabrik nanas ini ialah hiasan dinding, selendang, beg duit, beg syiling dan tas tangan.

"Bagi mengekalkan keaslian fabrik, saya hanya guna warna semula jadi seperti daripada kayu bakau atau warna benang nanas, iaitu warna putih gading.

"Jika mahu buat selendang, benang nanas perlu diselang-selikan dengan benang kapas supaya fabrik lebih halus. Daun nanas tidak akan mudah busuk jika disimpan dengan betul," katanya.

Beliau menceburi bidang ini sejak berusia 17 tahun, pernah berhadapan dengan tomahan masyarakat sekeliling dengan apa yang diusahakan, namun tidak pernah mengubah pendiriannya untuk terus berkarya dengan sisa daun nanas.

Aktif selepas tamat pengajian sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan perniagaan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Masa itu banyak geran dan pertandingan yang kerajaan sediakan untuk membesarkan perusahaan.

Hiasan dinding menggunakan 100 peratus benang daripada daun nanas.- Foto/Omar Ahmad

"Ramai bangga dengan produk mesra alam yang saya hasilkan itu, tetapi apabila pertandingan akhir tidak menang.

"Mereka memberi alasan produk kita tidak cukup premium, tidak boleh pergi jauh, sebelum ini ada produk eko pernah sertai tetapi tidak berjaya dan hanya separuh jalan, ada yang cakap bahan mentah untuk material tidak cukup.

"Sedangkan, kita sudah buktikan bahan mentah cukup dan mempunyai kepakaran. Apabila buat permohonan pinjaman di bank juga tidak lepas. Mereka cakap produk eko ini tidak akan ke mana.

"Itu antara kata-kata pernah saya alami dalam usaha memajukan produk itu", katanya.

Sebagai rakyat Johor, beliau berbangga dapat mempromosikan hasil nanas dalam bentuk cenderahati yang mudah dibawa pelancong.

"Petani hanya ambil buah nanas dan jambul untuk benih ditanam semula. Daun akan bakar dan buang.

"Bukan mudah hendak memberi kesedaran mengenai kitar semula kepada masyarakat," katanya.

Ibunya, Zaleha Md Tahir, 69, antara insan menjadi tulang belakang beliau sejak dulu hingga kini.

Malah ibu juga pernah ditohmah kerana dikatakan merosakkan masa depan anak sendiri dengan penghasilan kraf nanas. 

Tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails