Friday, July 09, 2021

Remaja Perancis anti-Islam lawat masjid. M'sia pun ada?

 

Mila (kanan) diberi penerangan oleh Hafiz ketika melawat Masjid Besar Paris. - Foto AFP

PARIS: Seorang remaja Perancis yang kritikannya terhadap Islam menyaksikan dia menjadi sasaran penindasan secara dalam talian, bertemu imam masjid utama di Paris hari ini, kunjungan yang diharapnya akan 'meredakan keadaan untuk semua orang'.

Kunjungan itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah mensabitkan kesalahan ke atas 11 individu yang mengganggu gadis berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Mila itu, yang terpaksa menukar sekolah dan menerima perlindungan polis selepas videonya tular.

"Ini adalah petanda kedamaian yang amat penting untuk saya," kata Mila kepada wartawan, selepas menerima al-Quran dengan balutan berwarna merah jambu daripada imam, Chems-eddine Hafiz.

Hafiz memandu arah Mila pada kunjungan selama dua jam di masjid itu dan menaranya, yang dilakukan di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

"Masjid Paris terbuka untuk semua. Kami mahu menunjukkan kepadanya apa makna sebenar Islam.

"Islam jelas adalah agama yang harus dihormati," kata Hafiz, yang turut percaya 'kata-kata tajam' Mila dibuat dalam 'konteks tertentu' pembulian dalam talian.

Sejak videonya yang penuh dengan perkataan buruk terhadap Islam tular pada 2020, pelajar sekolah yang sebelumnya tidak dikenali menjadi figura perpecahan di Perancis, yang dilihat penyokong sebagai seorang pejuang berani bagi kebebasan bersuara dan oleh pengkritik sebagai sengaja melakukan tindakan provokatif dan Islamofobia.

Undang-undang tegas Perancis mengenai ucapan berunsur kebencian menghukum mereka yang menghasut kebencian terhadap kumpulan berdasarkan agama atau bangsa mereka, namun tidak menghalang tindakan mengkritik atau menghina kepercayaan agama.

Mila, yang berasal dari tenggara wilayah Isere, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku mengenai pengalamannya berjudul 'Saya ialah Harga Kebebasan Anda'. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia ada ke puak-puak anti Islam? Yang jelas, 'barua-barua' kepada yang anti Islam, atau parti anti Islam, ada ramai. Mungkin bukan takat 'lawat masjid', bahkan bersarang dalam masjid 'kempen sokong parti anti Islam' di negara ini, pun ada. Na 'au zubillahi min zalik.

Lihat ini.. Wahai saudaraku Se 'Melayu-Islam' dalam DAP, Ini p...

Bekas anggota Rabbani meninggal dunia

 

Bekas pemain perkusi Rabbani, Allahyarham Azizan Halid menghembuskan nafas terakhir selepas rebah mengadu sesak nafas, semalam.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Rabbani, Azizan Halid, 46, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jam 10 pagi semalam.

Berita pemergiannya itu disahkan Ketua Kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz ketika dihubungi BH Online.

Azadan berkata, setakat ini, punca kematian arwah Azizan masih belum diketahui kerana perlu melalui prosedur bedah siasat.

"Arwah Azizan rebah selepas mengadu sesak nafas ketika bersarapan pagi di rumahnya di Pantai Dalam, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

"Setahu saya, arwah tidak menghidap sebarang penyakit kronik, tetapi diserang demam sejak seminggu lalu. Arwah ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun selepas dimasukkan air, doktor memintanya pulang.

"Bimbang demam tidak kebah, arwah kemudiannya pergi semula ke klinik pada keesokannya untuk menjalankan ujian calitan COVID-19 dan dipakaikan gelang merah jambu," katanya.

Azadan berkata, keputusan ujian COVID-19 sepatutnya keluar hari ini atau esok. Namun, arwah mengalami sesak nafas dan terus rebah selepas bersarapan, semalam.

"Setakat hari ini, punca kematian arwah masih belum diketahui dan majlis pengebumian hanya akan dilakukan selepas keputusan bedah siasat keluar.

"Sekiranya arwah didapati positif, hospital akan menguruskan pengebumian, tetapi sekiranya negatif, barulah keluarga diberi kebenaran untuk menguruskan jenazah," kata Azadan.

Allahyarham Azizan Halid (kanan sekali) bersama Rabbani ketika kumpulan nasyid popular itu meledak menerusi lagu Intifada. - Foto Azadan Abdul Aziz

Allahyarham Azizan menyertai Rabbani antara 1997 hingga 2001 sebagai pemain perkusi. Azizan meninggalkan isteri dan seorang cahaya mata.

Namun, apa yang menyedihkan, kata Azadan, isteri dan anaknya kini sedang menjalani proses kuarantin kendiri di kediaman.

"Isteri arwah berasal dari Indonesia dan tinggal sebatang kara di Malaysia. Jadi, mungkin teman rapat arwah daripada kumpulan Anak Soleh akan menguruskan urusan pengebumian.

"Arwah bersama Rabbani tidak lama ketika sedang meletup dengan lagu Intifada. Arwah mengambil keputusan meninggalkan kami kerana ingin meneruskan minat sebagai pelakon teater.

"Namun, arwah seorang yang baik dan cukup disenangi kerana sikapnya suka berlawak. Pemergian arwah tetap menjadi satu kehilangan buat Rabbani," katanya.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halaman di Behrang, Perak.

Thursday, July 08, 2021

Kisah Sebatang Pen, KL-S'baya. Bila Islam Hanya Nama..

 


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim

Indokini: Kisah Sebatang Pen, KL-S'baya. Bila Islam Hanya Nama..

"PINJAM pen sebentar?" Wanita muda disebelahku minta padaku, apabila disuruh isi borang oleh paramugari dan akan berikan pada imigresyen apabila sampai di Surabaya kelak. Dia tiada pen, dia minta pinjam.

Kuberikan. Sambil dia mengisinya, aku bertanya, "Dari mana kamu, di mana Malaysia?"

"Teluk Intan."

"Melihat kepantasan kamu mengisi borang, melihat rupa dan lagak kamu, tentu kamu berkelulusan, bukan pekerja buruh atau pembantu rumah?"

"Aku kerja di saloon rambut wanita, menghias perkahwinan dan segala yang berkaitan dengan perhiasan. Orang Cina bos aku. Orang Cina ajar aku kerja sungguh-sungguh."

"Berapa hari kamu cuti?"

"Ngak cuti. Aku berhenti terus. Sudah 2 tahun aku di Malaysia. Aku rindu anak aku, baru berumur 5 tahun." Jawabnya.

"Mengapa ngak rindu suami? Kamu tinggal suami kamu?"

"Suami? Biar ngak punya suami kalau seperti dia itu, aku ditinggalkan bertahun-tahun. Anak aku pun terpaksa ibuku yang jaga. Dua tahun memberiku banyak pengalaman."

Ku korek lagi ceritanya, "Menarik tu, apa pengalaman yang boleh dikongsi bersama?"

"Kongsi? Begitu susahnya orang seperti kami, sehingga ada beberapa kawan aku terpaksa menjual diri... " Dia menceritakan pengalaman berkerja di Malaysia, bukan pengalaman rumahtangganya.

"Jual diri?, jual diri bagaimana?"

"Ada seorang temanku, dia menjual dirinya RM20,000 kepada seorang Cina. Jadi isteri dan pekerja di rumah Cina itu. Apa Cina itu suruh, dia buat. Sehingga ikut-ikutan suaminya menyembah berhala... "

"Kok, sampai begitu. Agama apa dia?" Aku terperanjat.

"Ya. Islam seperti aku.. bukan satu orang, ada lagi beberapa yang lain. Bahkan ada yang lari, bila sudah dapat wang dan tak sesuai lagi, dari suaminya itu. Kalau ada lelaki yang membuat perempuan begitu, perempuan pun bisa membuat lelaki begitu!" Jelasnya dengan bangga.

Termenung aku, ada manusia mengaku Islam begitu. Maksiat, menipu atau syirik kepada Allah.

"Kenapa? Kenapa bapak diam? Itu sebab kami sebut 'jual' atau 'beli'. Atau 'pinjam'." Katanya sambil memulangkan balik pen aku yang dia pinjam setelah habis guna. "Kenapa, apa pendapat bapak?"

"Pendapatku?" Dia mengangguk. 

Kataku, "Kalau suami diibaratkan barang seperti pen ini, takkan ku beri pinjam padamu lagi." Aku ambil pen itu balik.

Penerbangan sampai ke Surabaya.

'Pasti PAS!'. Ini bukan gambar di Malaysia, tetapi di Surabaya, Indonesia. Ibnu Hasyim (kanan), Hj Ramli Pembekal (tengah) dan Sdr Zulkifli (kiri). Kami bertemu di Surabaya. Apakah PAS sudah ada di Indonesia? Ikuti catatan perjalanan selanjutnya.




4 comments:

mr edz said...

apabila islam pada nama

ahmed said...

Suami? Biar ngak punya suami kalau seperti dia itu, aku ditinggalkan bertahun-tahun. Anak aku pun terpaksa ibuku yang jaga. Dua tahun memberiku banyak pengalaman."

ali said...

Pendapatku?" Dia mengangguk. Kataku, "Kalau suami diibaratkan barang seperti pen ini, takkan ku beri pinjam padamu lagi." Aku ambil pen itu balik.

zaid said...

Ya. Islam seperti aku.. bukan satu orang, ada lagi beberapa yang lain. Bahkan ada yang lari, bila sudah dapat wang dan tak sesuai lagi, dari suaminya itu. Kalau ada lelaki yang membuat perempuan begitu, perempuan pun bisa membuat lelaki begitu!" Jelasnya dengan bangga.

Tuan Ibrahim wakili negara bincang Artikel 6 Perjanjian Paris

 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyertai sesi konsultasi tidak rasmi menteri oleh ‘Incoming Presidency’ Persidangan Conference of Parties ke 26 (COP 26) membincangkan Artikel 6 Perjanjian Paris, secara maya, malam tadi. - Foto Kementerian Alam Sekitar dan Air

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili negara dalam sesi konsultasi tidak rasmi menteri oleh 'Incoming Presidency' Persidangan Conference of Parties ke 26 (COP 26) membincangkan Artikel 6 Perjanjian Paris, malam tadi.

Sesi konsulatasi yang dijalankan secara maya bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Zaini Ujang serta beberapa pegawai kanan lain.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini berkata sesi konsultasi itu bertujuan membincangkan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di bawah Perjanjian Paris.

Katanya, pada sesi konsultasi itu, Tuan Ibrahim menyampaikan intervensi Malaysia berkenaan Artikel 6 perjanjian terbabit.

"Beliau menekankan pendirian negara mengenai kepentingan perakaunan pasaran karbon yang telus bagi menyumbang kepada integriti persekitaran dan agenda pembangunan mampan serta memastikan matlamat Perjanjian Paris terpelihara.

"Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa semua negara ahli kepada Perjanjian Paris perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian yang tuntas bagi isu rundingan Artikel 6 mengenai penggunaan kredit karbon yang dijana di bawah tempoh Protokol Kyoto.

"Ini bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca negara di dalam 'nationally determined contributions' (NDC)," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, sesi konsultasi peringkat menteri mengenai Artikel 6 kepada Perjanjian Paris akan diteruskan pada 12 dan 25 Julai ini bagi membincangkan isu-isu rundingan lain berkaitan artikel terbabit.

Drone Wars: Siapa Bakal Pemimpin? Apa M'sia Boleh Tumpang?

 

1. Drone Wars: Siapa Akan Jadi Pemimpin Pasaran UAV Dunia?


Platform berita industri pertahanan yang berpangkalan di UK "Drone Wars" membincangkan kejayaan Turki dalam sektor kenderaan udara tanpa pemandu (UAV). Dalam analisis tersebut, dinyatakan bahawa "Turki kini dalam perjalanan untuk menjadi pemimpin dalam pasaran UAV".

Dalam analisis yang diterbitkan di platform berita, disebutkan "UAV buatan Turki telah membuktikan diri mereka di lapangan" dan "Turki kini dalam perjalanan untuk menjadi pemimpin dalam pasaran UAV".

Analisis itu juga merangkumi komen bahawa Turki menghancurkan monopoli Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalam industri UAV.

Bayraktar TB2 (Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Bersenjata buatan Turki) disebut sebagai contoh, kejayaannya yang luar biasa di Libya, Syria dan Nagorno-Karabakh digarisbawahi.

Dalam artikel tersebut, dinyatakan bahawa kejayaan Turki ini juga menarik perhatian UK.

Mengingatkan bahawa dalam laporan yang disiapkan oleh Menteri Pertahanan UK Ben Wallace, Bayraktar TB2 disebut sebagai contoh,

"Ketika Turki dalam perjalanan untuk menjadi kuasa besar di bidang drone, orang Eropah mesti malu kerana tertidur," katanya.

Contoh jual beli drone di Malaysia..


2. Perang Drone, apa Malaysia boleh tumpang?

Industri dron Malaysia mampu berkembang sebagaimana kemampuan negara ini mengemudi pasaran halal dan kewangan Islam di peringkat global.

Penolong Prof Jabatan Kejuruteraan Aeronautik Universiti Teknikal Istanbul, Dr Ismail Bayezit, (September 11, 2019 ) berkata, bagi mengembangkan kemampuan peserta dron Malaysia, Turki mempelawa pembangun teknologi mobiliti udara itu menerokai potensi pasaran negara terbabit.

“Syarikat Malaysia memiliki kemampuan untuk memasuki pasaran dron Turki yang menawarkan peluang besar untuk berkembang dalam industri dron komersial.

“Buat masa ini Aerodyne Group sudah menyatakan minat untuk meneroka pasaran Turki dan negara kami amat terbuka kepada mana-mana syarikat Malaysia yang lain,” katanya ketika ditemui selepas taklimat Industri Aeroangkasa dan Dron Turki: Teknologi dan Peluang.  

Dr Ismail menjelaskan, kerajaan Turki menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat luar untuk membangunkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk insentif pelepasan cukai.

“Di Turki terdapat pelbagai negara menjalankan R&D untuk dikomersialkan di negara kami. Syarikat Malaysia juga amat dialu-alukan untuk memasuki pasaran kami,” katanya.

PENOLONG Prof Jabatan Kejuruteraan Aeronautik Universiti Teknikal Istanbul, Dr Ismail Bayezit

Malaysia memiliki potensi untuk berkembang dalam industri dron. -Ibnu Hasyim.

Panduan, polisi pasaran karbon pula. -KASA

 

KASA rangka garis panduan, polisi pasaran karbon

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang menyediakan garis panduan pasaran karbon dan polisi harga karbon bagi memberi panduan jelas kepada pihak yang ingin terlibat dalam pasaran karbon sukarela.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan perlu memastikan aktiviti perdagangan karbon tidak menjejaskan pencapaian pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara, khusus bagi mencapai Nationally Determined Contribution (NDC).

Katanya adalah penting bagi Malaysia memuktamadkan NDC dan menyiapkan dokumen dasar yang berkaitan sebelum menetapkan hala tuju karbon dan mengumumkan sasaran baharu negara untuk mencapai sifar bersih.

Sifar bersih merujuk kepada pelepasan sifar karbon dioksida bagi kepentingan alam sekitar manakala NDC merangkumi pelan sesebuah negara berkaitan perubahan iklim yang digariskan di bawah Perjanjian Paris Mengenai Perubahan Iklim 2015.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika berucap secara maya pada majlis Pelancaran Buku The Tree, The Sky, The Sun: A Pathway towards Malaysia’s Carbon Neutral Future hari ini. Buku yang diusahakan oleh Shell Malaysia bersama pihak berkepentingan lain itu mengisahkan senario bagaimana Malaysia dapat mencapai pembangunan rendah karbon menjelang tahun 2065.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) akan dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan bidang pengangkutan antara sektor utama pelepasan GHG terbesar di Malaysia.

Melalui pelan itu, katanya pengurangan pelepasan GHG dianggarkan sebanyak 165 juta tan karbon dioksida dan akan menjimatkan perbelanjaan bahan api sebanyak RM150 bilion untuk tempoh 10 tahun.

“Beberapa strategi utama seperti penggunaan kereta, bas dan motosikal elektrik serta promosi mobiliti aktif adalah antara usaha mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG,” katanya.

Beliau berkata Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara juga akan dilaksanakan sebagai panduan asas dan hala tuju kepada Kerajaan Persekutuan, negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, KASA telah melancarkan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) bernilai RM35 juta untuk memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi dengan keutamaan diberikan kepada PBT yang telah melaksanakan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) dan menyertai Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) dalam kategori Kawasan Zon Rendah Karbon.

“Diharap geran tersebut menjadi pemangkin kepada agenda pertumbuhan hijau di peringkat akar umbi di samping menjana lebih banyak peluang ekonomi hijau tempatan, mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata komitmen Malaysia dalam agenda perubahan iklim diterjemahkan melalui penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang memperkenalkan mekanisme pasaran karbon dan membangunkan agenda Pelan Pemulihan Hijau seperti Perjanjian Baharu Hijau sekali gus menjadikan Malaysia hab dalam bidang ekonomi, perkhidmatan dan teknologi hijau. – BERNAMA

Sistem kesihatan KL, Labuan, S'gor, N.Sembilan berisiko lumpuh

 

Individu yang disahkan positif COVID-19 beratur panjang bagi menghadiri penilaian daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam.

PUTRAJAYA: Empat negeri menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital dan berkemungkinan sistem kesihatannya akan lumpuh, sekiranya tidak dikawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat negeri itu termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan.

Katanya, kes harian yang dilaporkan kini tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini.

"Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri berkenaan akan lumpuh dan seterusnya situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah purata kes baharu harian selama tujuh hari iaitu antara 30 Jun hingga 6 Julai lalu adalah sebanyak 6,539 kes dan jumlah itu dilihat masih tinggi berbanding nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk).

"Nilai ambang 4,000 kes baharu harian ini adalah ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital yang menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa.

"Negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk adalah Labuan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Putrajaya, Sarawak dan Pahang.

"Apa yang lebih membimbangkan, trend kemasukan kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berada pada tahap yang tinggi. Ia tidak menunjukkan penurunan yang ketara sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 Jun hingga 12 Jun) hingga kini.

"Jumlah penggunaan katil ICU masih di negara ini masih melebihi 90 peratus, dalam masa yang sama petugas barisan hadapan dalam sektor perubatan dan kesihatan) mengalami gelaja tekanan melampau atau 'burnout' kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan," katanya.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya juga membuat penukaran beberapa hospital di Lembah Klang sebagai hospital sepenuhnya untuk merawat pesakit COVID-19.

"Turut dipertimbangkan ialah untuk menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes-kes COVID-19; tambah kapasiti katil, menggalakkan penubuhan lebih banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian fasiliti kesihatan swasta.

"Selain itu, kita menggalakkan semua negeri untuk terus menjalin dan menggandakan kerjasama antara semua pihak dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negeri masing-masing," katanya.

Bagi negeri yang sudah beralih ke Fasa 2, mereka dinasihatkan untuk terus mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yangdigariskan bagi memastikan situasi di negeri berkenan terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi dan sosial.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails