Friday, July 23, 2021

Lagi, Dadah-Arak Punya Hal.. Isteri curang..

 

Dadah jenis heroin, syabu dan pil Eramin 5 dengan dianggarkan bernilai RM6,000,yang dirampas dari kedua-dua suspek.

Dadah termasuk kategori 'arak' adalah punca kejahatan, kencing syaitan.

Terpisah dengan suami akibat PKP, isteri curang dicekup edar dadah bersama kekasih

PETALING JAYA: Seorang wanita yang sudah lama terpisah dengan suaminya akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bukan sahaja bertindak curang, malah mengedar dadah bersama kekasihnya.

Kecurangan ibu beranak dua berusia 30 tahun itu terbongkar apabila dia diberkas bersama kekasih berumur 32 tahun di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Melaka, jam 11.10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Zulkiflee Rashid berkata, ketika serbuan, polis menemui lapan paket lutsinar mengandungi dadah bersama suspek.

“Kesemua peket dipercayai berisi dadah jenis heroin seberat 89.18g itu ditemui di dalam salah sebuah bilik di rumah suspek lelaki.

“Pasukan polis turut menemui tujuh peket plastik syabu seberat 12.15g, enam biji pil Eramin 5 dengan anggaran keseluruhan bernilai RM6,000,” katanya menurut laporan Kosmo.

Suspek wanita yang juga ibu dua anak berusia berusia 30 tahun dan kekasihnya berumur 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Melaka, jam 11.10 malam tadi.

Penerbitan kartun unsur komunis berlaku era PH

 

KOTA BHARU: Tentunya ramai lagi masih ingat penyebaran komik ideologi komunis dan sosialisme yang mana prakata komik tersebut turut membabitkan seorang pemimpin kanan DAP.

Lebih mengelirukan lagi komik tersebut juga dikatakan diterbitkan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan pejabat Ketua Menteri.

Berikutan itu Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilapor menyerbu Muzium Kebuayaan Komik di KOMTAR dan merampas naskhah komik tersebut.

Komik tersebut yang dinamakan ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ disebut KDN membawa ideologi komunis dan sosialisme yang jelas bertentangan dengan dasar negara ini.

Malah pada 23 Oktober 2019, KDN mengeluarkan perintah larangan penerbitan komik tersebut dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ahmad Fathan Mahmood berkata, tidak dapat dinafikan banyak berlaku perkara yang dianggap mencabar keharmonian kaum dan agama berlaku sepanjang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Begitu juga penerbitan buku kartun yang cuba menyebarkan fahaman komunis juga berlaku ketika PH menguasai pentadbiran negara sebelum ini ” katanya di sini.

Baru-baru ini ketika konvensyen penerangan PAS Kelantan, Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara sebelum ini.

Justeru, semua ahli dan penyokong PAS hendaklah bertindak sebagai agen penerangan bagi membolehkan isu yang diketengah di peringkat PAS Pusat dan negeri dapat disebar secara meluas di segenap lapisan masyarakat.– HARAKAHDAILY 19/7/2021

Thursday, July 22, 2021

K'jaan Pontianak bukan k'jaan sekular..

 

Masjid Jami Pontianak dipandang dari jembatan Kapuas

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

HANG di mana la nie? Dok buat apa?

"O maaf, aku takdan bagitau hang. La ni aku ada di sebuah masjid tua bersejarah, Masjid Kesultanan Pontianak, di Kota Pontianak Kalimantan Barat. Baru lepas sembahyang Magrib." Aku jawab telefon dari Encik Shukri kawanku di KL semalam.

Aku berada di komplek keraton tempat bertahta megah hingga kini, sebuah masjid Jami Kesultanan Pontianak. Masjid yang dibangunkan pertama kali oleh sultan pertama dan pengasas kesultanan. Iaitu Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie. Masjid awal mulanya sejarah kota Pontianak, yang setiap tahun diperingati sebagai hari lahir kota Pontianak, ibukota Propinsi Kalimantan Barat. Masjid Jami tua tersebut kini dinamai sesuai dengan namanya sebagai Masjid Sultan Abdurrahman Pontianak.


Jelas terasa kedinginan angin malam meniup lembut dari Sungai Kapuas, dari halaman masjid, yang berada di dalam lingkup Kampung Beting, Kelurahan Dalam Bugis Kecamatan Pontianak Timur. Berada di kawasan pemukiman padat penduduk dengan Pasar Ikan, begitu dekat ke bangunan masjid yang menghadap ke Sungai Kapuas.

Masjid Jami’ yang dapat di jangkau dengan menggunakan sampan dari pelabuhan Seng Hie atau dengan kendaraan darat melewati jembatan kapuas.

Tak cukup di dalam masjid, di padang dan di dalam sampan mereka tetap sholat berjamaah

Masjid Jami Pontianak dari arah Sungai Kapuas dengan latar depan perahu motor yang merupakan salah satu moda transportasi di kota Pontianak
Menyembul diantara rumah rumah penduduk kampung Beting

Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie adalah Pendiri dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak, melambangkan, seorang ulama adalah seorang kepala pemerintah yang juga pemimpin politik. Kerajaannya bukan kerajaan sekular yang memisahkan pemerintahan dengan agama dan hari akhirat.

Beliau dilahirkan pada tahun 1142 Hijriah1729/1730 M, putera Al Habib Husin, seorang penyebar ajaran Islam berasal dari tanah Arab. Tiga bulan setelah ayahnya wafat pada tahun 1184 Hijriah di Kerajaan Mempawah, Syarif Abdurrahman bersama dengan saudara-saudaranya bermufakat untuk mencari tempat kediaman baru. Mereka berangkat dengan 14 perahu kakap menyusuri Sungai Peniti.

Waktu dzuhur mereka sampai di sebuah tanjung, Syarif Abdurrahman bersama pengikutnya menetap di sana. Tempat itu sekarang dikenal dengan nama Kelapa Tinggi Segedong. Namun Syarif Abdurrahman berpendapat tempat itu tidak baik untuk tempat tinggal. Beliau terus mudik ke hulu sungai. Tempat mereka salat zuhur itu kini dikenal sebagai Tanjung Dhohor. Ketika menyusuri Sungai Kapuas, mereka temui sebuah pulau, dikenal dengan nama Batu Layang.

Di tempat itulah akhirnya beliau dan pengikutnya di maqamkan. Di pulau itu mereka mulai mendapat gangguan 'hantu Pontianak'. Beliau memerintahkan pengikutnya memerangi hantu-hantu itu. (Lihat Pontianak, Aku Cinta Kamu!) Setelah itu, rombongannya kembali melanjutkan perjalanan menyusuri Sungai Kapuas. Menjelang subuh 14 Rajab 1184 Hijriah atau 23 Oktober 1771, mereka sampai pada persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak.

Setelah lapan hari menebas pohon di daratan itu, maka Syarif Abdurrahman membangun sebuah rumah dan balai, dan kemudian tempat itu diberi nama Pontianak. Di tempat itu kini didirikan Mesjid Jami dan Keraton Kadariah. Akhirnya pada 8 bulan Sya'ban 1192 Hijriah, bertepatan dengan hari Senin dengan dihadiri oleh Raja Muda Riau, Raja Mempawah, Landak, Kubu dan Matan, Syarif Abdurrahman dinobatkan sebagai Sultan Pontianak dengan gelar Syarif Abdurrahman Ibnu Al Habib Alkadrie.

Syarif Abdurrahman Alkadrie mangkat tahun 1707. Dibawah kepemimpinannya kerajaan Pontianak berkembang sebagai kota pelabuhan dan perdagangan yang cukup disegani. Itulah tokoh agama sebenarnya..

Rujuk juga..
  1. ^ (Belanda) (1855) Tijdschrift voor Indische taal-, land- en volkenkunde3. hlm. 569.
  2. ^ (Inggris) Sir Henry Keppel, Sir James Brooke (1846). The expedition to Borneo of H.M.S. Dido for the suppression of piracy: with extracts from the journal of James Brooke, esq., of Sarāwak. Harper & Brothers. hlm. 387.
Bersambung, insya Allah.



Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

22 Feb 2012
Pontianak, Ind.



DAP peralat orang Melayu capai cita-cita politik

 

KUALA LUMPUR: Perhimpunan solidariti anjuran kumpulan aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (Black Malaysia) dan Himpunan #Undi18Now yang diadakan di Dataran Merdeka, di sini baru-baru ini jelas telah ‘membuka pekung di dada’ parti cauvunis DAP.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, perhimpunan itu dijadikan batu loncatan parti liberal tersebut dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui sokongan kumpulan aktivis berkenaan.

Malah di belakang kumpulan itu jelas kelihatan penglibatan pembangkang secara tidak langsung apabila DAP dikatakan sedia memberi khidmat kepada aktivis terbabit.

Ia dapat dilihat apabila pasukan guaman DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilapor sedia memberi khidmat pro bono kepada aktivis terbabit untuk mencabar kompaun itu di mahkamah.

Mereka juga membawa replika mayat dan 14 bendera hitam di samping mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur atas dakwaan bahawa kerajaan PN gagal membendung pandemik Covid-19.

Menurut beliau, tindakan itu jelas menunjukkan keterdesakan parti berkenaan bagi meraih kepercayaan awam melalui himpunan sedemikian demi kepentingan kepartian semata-mata.

“Kita tahu DAP dah tak mampu untuk nak ‘crowd‘ orang, DAP hanyalah mampu untuk nak mempergunakan orang-orang Melayu sahaja bagi mencapai cita-cita mereka.

“DAP hanyalah sebuah parti yang mementingkan parti perkauman mereka, parti cauvanis, mereka ini hanya nak meraih keuntungan dalam kalangan undi-undi orang bukan Melayu terutama di bandar-bandar sahaja.

“Tetapi mereka tak mampu sebab itu mereka cuba nak memperalatkan orang Melayu bagi mencapai cita-cita mereka di Putrajaya sebab itu ini yang mereka lakukan,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Ustaz Idris turut menyifatkan tindakan kumpulan serta pemimpin DAP yang menyokong anjuran berkenaan sebagai sesuatu yang tidak wajar, ekoran situasi negara ketika ini yang dilanda pelbagai krisis.

Katanya lagi, DAP seharusnya bertindak matang dengan tidak melibatkan diri dengan sebarang bentuk gerakan untuk menjatuhkan kerajaan, terutama melalui himpunan solidariti rakyat.

“Himpunan seperti ini tidak sepatutnya diadakan, DAP sepatutnya menjadi parti yang kononnya nak memperjuangkan soal ‘social justice‘  dan kononnya nak menegakkan demokrasi uruskanlah dengan matang dan janganlah dalam suasana macam ini masih nak berpolitiking lagi.

“Sepatutnya kita mesti bekerjasama bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini dan kalau nak berpolitik atau berlawan sekalipun biarlah selepas daripada Covid-19 ini landai nanti,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, sokongan yang diberikan terhadap perhimpunan itu juga jelas tidak menghargai jasa serta tidak prihatin akan nasib petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memutuskan penularan Covid-19 di negara ini.

“Jika Covid-19 dah landai lepas ini tidak ada masalah nak berhimpun tetapi suasana pada hari ini kita bimbang dan kita kasihan kepada pihak-pihak frontliners yang berada di hospital, jalan raya dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, berhubung dakwaan kerajaan gagal, Ustaz Idris berpandangan konsep gagal itu tidak seharusnya diberikan kepada kerajaan persekutuan yang memerintah, tetapi kepada kerajaan negeri yang memimpin negeri masing-masing.

“Kalau gagal atas persoalan kerana bilangan kes Covid-19 meningkat, negeri mana yang meningkat covid 19? Selangor siapa memerintah? Tolong beritahu.

“Di Wilayah Persekutuan, Parlimen yang banyak menang ialah DAP (PH). Kita tak nak berpolitiklah di atas kenapa Selangor yang diperintah oleh PH itu tinggi kes Covid 19, bab ini kita taknak berpolitik.

“Tapi kalau atas alasan kerajaan gagal itu, kita boleh menuding jari kenapa negeri yang diperintah oleh PH meningkat kes Covid-19,” katanya.

Menurut Ustaz Idris lagi, dakwaan kerajaan gagal sengaja dimainkan DAP bagi mensensasikan kontroversi supaya usaha mereka bagi menakluk Putrajaya tercapai.

Hakikatnya kata beliau, kerajaan sangat prihatin apabila program vaksinasi sedang giat dijalankan di Lembah Klang serta Selangor dan akan mencapai jumlah suntikan lebih 300,000 dalam sehari.

“Mereka bukan nak sangat bekerjasama dalam hal untuk menangani pandemik Covid-19 ini sebab itu apa tindakan yang mereka lakukan ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar dilakukan.

“Mereka runsing kejayaan ini akan menyebabkan mereka gagal, mereka memang nak supaya soal untuk nak lawan Covid-19 ini dilihat gagal untuk mereka nak capai cita-cita politik mereka, ini orang panggil politik bebal.

“Politik bebal yang nak menyusahkan rakyat untuk ambil kesempatan dari apa yang berlaku sebab itu ini parti yang kita kena tolak, rakyat malaysia kena tolak para pemimpin parti-parti politik yang seperti ini pada masa akan datang,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2021

Syria tembak Israel. China keretapi laju, banjir Jerman, &Ais Krim AS..

 

1. Syria tembak jatuh 7 peluru berpandu Israel

MOSCOW: Pasukan pertahanan udara Syria menembak jatuh tujuh daripada lapan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat perang Israel dalam serangan yang menyasarkan wilayah Syria di Aleppo.

Ketua Pusat Rekonsiliasi tentera Russia di Syria, Laksamana Muda Vadim Kulit, berkata empat jet pejuang F-16 Israel menyasarkan kemudahan di tenggara Aleppo dalam serangan Isnin lalu.

Kulit berkata, tujuh daripada lapan peluru berpandu yang dilancarkan oleh jet pejuang Israel berjaya dijatuhkan oleh unit pertahanan udara Syria yang menggunakan sistem pertahanan udara dibekalkan oleh Russia Pantsyr-S dan Buk-M2.

"Satu peluru berpandu merosakkan bangunan pusat penyelidikan saintifik di Safira," katanya

Memetik laporan agensi berita SANA, pegawai tentera Syria berkata, Israel melakukan serangan udara di wilayah Aleppo pada Isnin lalu.

Dia mengatakan bahawa pertahanan udara Syria menembak jatuh sebahagian besar peluru berpandu dalam serangan yang berlaku tepat sebelum tengah malam.

Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpusat di Britain iaitu pemantau perang yang mempunyai aktivis di Syria, menyatakan serangan Israel menyasarkan depot senjata yang dimiliki oleh militan disokong Iran dan beroperasi di wilayah Safira di Aleppo.

Kumpulan itu mengatakan bahawa serangan itu diikuti letupan kuat di mana depot senjata itu berada di dalam pos tentera Syria.

Israel sebelum ini melancarkan ratusan serangan terhadap sasaran ketenteraan yang berkaitan dengan Iran di Syria selama bertahun-tahun tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi itu.

Israel bimbang Iran akan menguasai di sempadan utara dan berkali-kali menyerang kemudahan yang berkaitan dengan Iran dan konvoi senjata yang ditujukan untuk Hizbullah.

Russia telah melakukan kempen ketenteraan di Syria sejak 2015, membantu rejim Presiden, Bashar Assad merebut kembali kawalan ke atas sebahagian besar negara itu setelah perang saudara yang dahsyat.

Moscow juga telah membantu memodenkan persenjataan tentera Syria dan melatih anggotanya. - AGENSI

2. China kenalkan keretapi Maglev baru mampu meluncur 600 Km sejam

Di China, yang memiliki kemajuan teknologi kereta api berkelajuan tinggi dalam beberapa tahun terakhir, kereta api maglev baharu yang bergerak dengan kecepatan 600 kilometer per jam telah diperkenalkan.

Menurut berita media negara China, kereta api, yang berfungsi dengan sistem elektromagnetik dan oleh itu berjalan di udara tanpa rel besi, akan dihasilkan di bandar pesisir China (Qingdao), di timur Beijing, ibu kota negara itu.

Kereta api maglev, yang akan menjadi "kenderaan pengangkutan awam terpantas di dunia" jika secara rasmi digunakan, bertujuan untuk mengurangkan jarak sekitar 2000 kilometer antara Shanghai, bandar terbesar di China, dan provinsi Chengdu, yang terletak di bahagian tengah negara, hingga 3.5 jam.

Sekiranya kereta api maglev digunakan pada jarak sekitar 1000 kilometer antara Beijing dan Shanghai, perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang biasanya memakan waktu 6 jam akan dikurangkan menjadi 2.5 jam.


3. Jumlah korban banjir di Jerman meningkat 171 orang


Di Jerman, jumlah kematian akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di negeri-negeri Rhineland-Palatinate, Rhine-Westphalia Utara dan Bavaria meningkat kepada 171 orang.

Dalam berita Agensi Berita Jerman (DPA) berdasarkan polis Koblenz, dinyatakan bahawa jumlah orang yang kehilangan nyawa dalam bencana banjir meningkat menjadi 122 di Rhineland-Palatinate.

Dalam berita tersebut, dikhabarkan bahawa 155 orang hilang dicari di wilayah Ahrweiler, dan jumlah yang cedera adalah 763 orang di negeri ini.

Dilaporkan bahawa jumlah orang yang kehilangan nyawa dalam banjir di negeri Rhine-Westphalia Utara meningkat kepada 48 orang.

Dalam pernyataan yang dibuat oleh Jabatan Polis Cologne, dinyatakan bahawa mayat yang tidak dikenali ditemui di bandar Bad Münstereifel dengan sokongan seekor anjing mencari dan menyelamat.

Dalam pernyataan itu, dinyatakan bahawa lebih daripada 850 orang yang sebelumnya dilaporkan hilang dihubungi melalui telefon, dan 14 orang sedang dicari di wilayah Bonn / Rhein-Sieg dan 2 orang di wilayah Euskirchen.

Di negara Bavaria, tidak ada peningkatan jumlah kematian yang dicatat sebagai 1 orang, jumlah orang yang terkorban dalam banjir di negara ini meningkat kepada 171 orang.

Sebaliknya, ada kekhawatiran bahawa kes jenis baru coronavirus (Covid-19) akan meningkat kerana usaha bantuan di wilayah di mana bencana banjir berlaku atau tempat perlindungan bersama mereka yang terjejas oleh banjir.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan negara Rhineland-Palatinate sedang bersiap untuk mengadakan kampanye vaksinasi di daerah-daerah yang dilanda banjir dengan alasan ini.

Pencarian dan penyelamatan, pembuangan sampah dan pembersihan terus dilakukan di kawasan yang dilanda banjir.


4. Syarikat aiskrim AS tidak jual produknya di penempatan Yahudi


Syarikat aiskrim Ben and Jerry, berpusat di Amerika Syarikat, mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penjualan produknya di penempatan Yahudi di Tepi Barat yang diduduki kerana masalah nilai-nilai.

Membuat pernyataan bertulis mengenai perkara ini, syarikat menyatakan bahawa dia akan menghentikan penjualan ais krim di wilayah Palestin yang dijajah dengan alasan bahawa ia melanggar nilai-nilai

Banyak negara dan syarikat Barat memboikot syarikat yang berkaitan dengan penempatan orang Yahudi di Tebing Barat dan Yerusalem Timur atau produk milik penempatan ini yang dibina di tanah Palestin.

Terdapat 13 penempatan Yahudi haram di Yerusalem Timur yang diduduki dan lebih dari 250 di Tebing Barat.

Lebih daripada 650 ribu peneroka Yahudi yang tinggal di tempat-tempat ini menjadikan kehidupan lebih sukar bagi penduduk Palestin yang tinggal di bawah penjajahan.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang dijajah dianggap tidak sah.

(IH)

Mampukah Zii Jia dan rakan-rakan atasi pencapaian Olimpik Rio?

 

SUKAN

KUALA LUMPUR: Sejak mula dipertandingkan di Barcelona pada 1992, badminton merupakan penyumbang utama pingat untuk Malaysia di Sukan Olimpik, kecuali Sydney 2000 dan Athens 2004.

Malah semasa edisi sebelumi ini, pada 2016 di Rio de Janeiro (Rio 2016), pemain badminton negara membawa pulang tiga pingat perak yang merupakan pencapain terbaik mereka di dalam temasya Sukan Olimpik.

Selain menyumbang pingat sulung buat Malaysia pada Sukan Olimpik menerusi beregu Datuk Razif Sidek-Datuk Seri Jalani Sidek di Sukan Olimpik Barcelona 1992, badminton telah menyumbang lapan daripada 11 pingat semenjak penyertaan Malaysia selama 65 tahun di temasya sukan itu.

Daripada lapan pingat itu, legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemain paling berjaya, memperoleh tiga perak berturut-turut pada edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 yang juga merupakan penampilan terakhir beliau dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Kini, cabaran untuk memenuhi impian dan harapan peminat  itu  terletak di bahu Lee Zii Jia dan rakan sepasukan

Pada Olimpik Tokyo, jaguh perseorangan lelaki negara Zii Jia yang mengetuai kem badminton akan diiringi tujuh pemain terdiri daripada Soniia Cheah dalam perseorangan wanita, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan  Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Semua mata sudah pasti akan tertumpu kepada Zia Jia, anak kelahiran Kedah itu sama ada beliau berupaya menyumbang pingat di Tokyo berikutan kejayaannya dalam kejohanan All-England 2021 selepas menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 pada final di Birmingham, Mac lepas.

Selain menewaskan Axelsen, Zee Jia yang diletakkan sebagai pilihan kesembilan di Olimpik Tokyo juga pernah menundukkan jaguh badminton dunia, Kento Momota dari Jepun 21-16, 21-19 dalam suku akhir All England 2021 dan melakukan kejutan ke atas juara bertahan Olimpik, Chen Long dari China pada suku akhir All England 2020 dengan keputusan 21-12 dan 21-18.

Bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa, tidak banyak dapat diperkatakan mengenai peluang pemain lain selain Zii Jia kerana tiada dalam kalangan mereka yang meraih kejayaan di dalam semua kejohanan disertai merekatahun ini  dan tambahan pula tiada penyertaan pertandingan sejak Mac lepas berikutan pandemik COVID-19.

Bukan itu sahaja, laluan sukar bakal dihadapi beberapa pemain seawal peringkat kumpulan di Olimpik Tokyo yang bakal bermula Jumaat ini.

Zii Jia diletakkan dalam Kumpulan M bersama Brice Leverdez dari Perancis yang mengejutkan Chong Wei pada pusingan pertama Kejohanan Dunia 2017 dan pemain Ukraine Artem Pochtarov.

Dalam kategori beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berhadapan tugas berat dalam Kumpulan D berhadapan pilihan kedua kejohanan Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dari Indonesia dan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae serta Jason Anthony Ho-Shue/Nyl Yakura dari Kanada.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Peng Soon-Liu Ying diundi dalam Kumpulan D atau kumpulan maut bersama pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2019 dan pilihan kedua kejohanan Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China, pasangan Jerman Mark Lamfuss-Isabel Hettrich juga wakil Hong Kong Tan Chun Man-Tse Ying Suet.

Dengan beberapa hari lagi tinggal sebelum gelanggang badminton di Plaza Sukan Musashino Forest dibuka kepada pemain Sabtu ini, debaran sudah pasti mula dirasai mereka.

Bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann memberitahu Bernama beliau telah menasihatkan pemain supaya terus berjuang dan menghayati semangat Sukan Olimpik tidak kira keputusan yang diperoleh semasa hari perlawanan.

“Pusingan akhir persiapan berjalan lancar dan kami sekarang lebih menumpukan kepada membina daya ketahanan mental untuk semua pemain sebelum perlawanan bermula,” katanya.

Persoalannya sekarang mampukah kem badminton negara mengatasi pencapaian Rio 2016? – BERNAMA

Ada pula 'Balai polis disko' wine, women &song. Tarbiah?

 

Gambar hiasan.

'Balai polis disko' kena serbu 

Kuala Lumpur: 'Balai polis disko.' Itu gelaran boleh diberikan kepada tindakan menjadikan bilik di sebuah balai polis di daerah Kajang sebagai lokasi berhibur.

 Susulan tindakan itu, seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan, semalam. Serbuan kira-kira 6 petang itu dibuat Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman susulan maklumat awam. 

Suspek ditahan ketika sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan. Suasana bilik berkenaan juga tidak ubah seperti disko kerana dipasang lampu berputar.  

Pasukan serbuan menahan OCS berpangkat Sub-Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun. Serbuan juga merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen. 

Selain itu, lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita turut dirampas. 

Sementara itu, Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, polis memandang serius salah laku yang dilakukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, serbuan dibuat bagi memastikan balai polis tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral. 

"Saya sahkan serbuan dan penahanan yang dijalankan JIPS Bukit Aman hasil maklumat awam. 

"Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan tindakan tegas akan diambil terhadap suspek yang terbabit," katanya kepada Harian Metro. at 7/21/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Ada pula 'Balai polis disko' dengan wine, women &song.. Harap pagar, pagar belasah padi. Tolong fikir-fikirlah, bagaimana nak tarbiah polis yang gaya begitu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails