Saturday, August 14, 2021

PH tolak tawaran Mahiaddin, beliau mesti letak jawatan

 

Oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa perutusan khas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin hari ini adalah pengakuan terbuka bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.


Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.


Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia.


Lebih dari itu, apabila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.

Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19. Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian.


Datuk Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Pertemuan Muhyiddin, Abdul Hadi berkaitan tugas

 

KUALA NERUS: Pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam adalah berkaitan tugas kedua-dua pemimpin.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata selain ingin menziarahi Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu, Muhyiddin pada pertemuan tersebut turut membincangkan kedudukan pelaburan Malaysia di Asia Barat.“Pada pertemuan itu, Tuan Guru Haji Hadi mengutarakan pandangan beliau berkaitan hal-hal tugasnya sebagai duta khas.

“Tuan Guru Haji Hadi ada bertemu dengan duta-duta Asia Barat sebelum ini, jadi beliau telah memaklumkan perkembangan mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri sendiri,” katanya dalam sidang media mengenai krisis gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Tangki Air Bukit Berangan hari ini.

Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden PAS, turut hadir dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu.

Ditanya sama ada pertemuan itu menyentuh isu politik semasa tanah air, Ahmad Samsuri berkata: “Kita berada dalam suasana politik, tentulah perkara biasa kalau sebut hal politik… termasuk Perikatan Nasional, Barisan Nasional, PAS, Bersatu. Semua politik belaka lah,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengunjungi Abdul Hadi di kediaman Ahli Parlimen Marang itu di Rusila selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu. – BERNAMA

Friday, August 13, 2021

Mahiaddin ajak pembangkang kerjasama. DAP sambut tawarah.

 

1. Mahiaddin ajak pembangkang kerjasama, pastikan kleptokrat tidak kembali berkuasa.

Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menawarkan kerjasama dengan pembangkang (yang dipercayai Pakatan Harapan) untuk membolehkan kerajaan yang ada mentadbir dengan majoriti yang cukup dan memastikan kumpulan kleptokrat tidak kembali berkuasa.

“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.
“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” kata beliau.

Pembangkang yang dimaksudkan beliau dipercayai Pakatan Harapan dan penyokong mereka kerana beliau juga menyebut “tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah” yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin Umno.

“Saya akan mengeluarkan jemputan rasmi kepada semua pimpinan parti politik untuk menghadiri perbincangan ini.
“Saya bersedia untuk mendengar pandangan mereka berhubung cadangan ini,” kata beliau.

Tujuan beliau kemukakan cadangan itu ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.
Jelas Mahiaddin, sekiranya cadangan kerjasama bi-partisan ini dipersetujui, beliau akan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Saya memberi jaminan bahawa saya akan mengambil tindakan yang terhormat dan berperlembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada masa ini.
“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” katanya dalam perutusan khas petang tadi.

Antara cadangan yang dikemukakan Mahiaddin iaitu membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion.
Sebelum ini, Pakatan Harapan menggesa agar dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion perlu diberikan khususnya kesihatan dan menambahbaik bantuan kepada rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

2. MP DAP minta parti politik bincang tawaran Mahiaddin
Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming mencadangkan agar semua parti politik duduk berbincang segera bagi mengkaji cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

“Saya fikir semua parti politik berbincang segera apakah segala syarat-syarat ini diterima atau tidak,” kata ahli parlimen Serdang itu menerusi twitternya.

Mahiaddin dalam ucapan khasnya jam 6 petang tadi menawarkan agar pembangkang menyokong kerajaan beliau dalam undi percaya dan beliau akan memastikan kleptokrat tidak kembali berkuasa.

Pembangkang yang dimaksudkan beliau dipercayai Pakatan Harapan dan penyokongnya kerana Mahiaddin menyebut “tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah” yang dipercayai ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan penyokong mereka yang kini berhadapan dengan dakwaan di mahkamah.

Sebelum ini, seorang lagi MP DAP, Tony Pua menyuarakan kebimbangan kalau-kalau kleptrokrat kembali berkuasa sebagaimana Perak dalam krisis yang berlaku sekarang.

“Sekiranya, mana-mana pemimpin Umno menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh kembali kuasa)?

“Masa depan negara tergantung pada keseimbangan. Apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang boleh membawa kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Masa untuk berfikir panjang dan berfikir betul-betul,” jelas Pua yang mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad pula sebelum ini mencadangkan agar Mahiaddin kembali menyokong Pakatan Harapan.

Khalid berkata, cadangan itu dikemukakan memandangkan Muhyiddin secara jelas sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen susulan keputusan Umno menarik sokongan terhadap beliau.

“Seruan kepada Muhyiddin setelah beliau menyebabkan seluruh negara porak-peranda selepas ‘Langkah Sheraton’, beliau perlu meletakkan PH menjadi kerajaan semula dengan kembali menyokong kami.

“Muhyiddin kena meletakkan jawatan sebagaimana dilakukan (bekas Perdana Menteri dua kali) Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu, serah kembali kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dengan Muhyiddin kembali ke pangkal jalan, PH sudah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan dan kami akan usahakan pula pembentukan kerajaan perpaduan dengan memujuk Umno menyertainya,” katanya kepada Sinar Premium hari ini.

(IH)

Israel disentuh riuh sedunia, Israel menceroboh diam membisu

 

HARI ini semakin terdedah sehingga menonjolkan diri sebenar betapa sikap double standard negara Barat dan sekutunya apabila diberitakan bahawa kapal yang membawa barangan Israel diserang di laut Oman sebelum ia dibuktikan. Lantas Amerika Syarikat dan Great Britain membuat kenyataan bersedia melakukan penyelarasan bersama bagi menyahut seruan Israel supaya diambil tindakan terhadap Iran yang dituduh melakukan serangan tersebut.

Adapun ketika Israel dengan nyata mengganas terhadap rakyat Palestin setiap hari sehingga mengorbankan banyak nyawa orang ramai, negara kuasa besar itu tidak pernah membuat kenyataan mengutuk. Walhal Israel juga bertindak merampas rumah kediaman, kebun dan ada juga yang dimusnahkan serta menyerang negara jirannya Syria dan Lubnan setiap minggu atau bulan.

Bahkan, negara kuasa besar itu sentiasa berada di belakang tindakan veto terhadap segala keputusan yang hanya mengutuk Israel. Walaupun belum lagi diambil sebarang tindakan. Langkah yang dilakukan hanyalah atas prinsip untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan Israel, langsung tidak mementingkan keselamatan Palestin dan negara Arab yang diceroboh tersebut.

Sejak tahun 1948, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima lebih daripada 3,000 pengaduan salah laku Israel terhadap rakyat Palestin dan negara jirannya. Namun begitu, PBB tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel, kerana pengaruh kuasa besar Barat yang dibayangi oleh gerakan Zionis.

Undang-undang antarabangsa akan digunakan, apabila Israel disentuh. Sebaliknya tidak mempedulikan undang-undang tersebut, apabila Israel menceroboh negara lain sehingga bersikap melampau. Walaupun sudah ada keputusan PBB yang tidak membenarkan tindakan terhadap Palestin, namun pendatang Yahudi terus mengganas dengan dilindungi oleh pasukan keselamatan Israel.

Negara Amerika Syarikat yang dikatakan bersahabat dengan negara Islam dan Arab itu lebih berkhidmat kepada negara haram Israel, menunjukkan peranan khadam kepada tuannya lebih diutamakan daripada peranan sahabat. Apakah rahsia di sebalik pendirian yang tidak bermoral ini?

Semua negara yang bersahabat dengan negara-negara Barat itu ditempatkan pangkalan tentera, yang menjadi tujuan yang lebih penting bagi menjamin keselamatan Israel daripada negeri yang mengizinkan pembinaan pangkalan itu.

Di samping itu, bertujuan menjaga kepentingan sumber ekonomi yang banyak di situ dan membantu bagi melakukan kekacauan di negara-negara Timur Tengah secara khusus, bahkan mereka juga mencatur dalam kalangan negara-negara tersebut. Termasuklah menukar kerajaan yang mereka mahu dan menjatuhkan pemimpin yang tidak disenangi tanpa mengikut lunas demokrasi yang kononnya menjadi perjuangan mereka.

Lebih nyata lagi adalah menjadi benteng pertahanan menghadapi ancaman negara Islam bukan Arab di sebelah timur bermula dari Indonesia sehingga Iran, dari Asia Tengah sehingga Turki di sebelah utaranya.

Negara haram Israel dibekalkan dengan segala persenjataan, termasuklah senjata pemusnah yang diharamkan. Tidak akan diizinkan sekali-kali negara setempat lebih kuat daripada Israel. Sebarang kemajuan sains dan teknologi yang mengatasi Israel diharamkan dengan berbagai-bagai helah, khususnya apabila ia dianggap menjadi ancaman kepada Israel. Negara-negara khadam itu pasti akan bertindak termasuklah menggunakan tentera bagi menakluknya demi menjaga keamanan Israel.

Umum mengetahui betapa pengaruh Zionis yang menjadi jentera gerakan pelampau Yahudi terhadap politik, ekonomi, media dan lain-lain. Sehingga mereka dapat mempengaruhi rakyat umum seluruh negara Barat dalam menentukan kemenangan parti dan pemimpin yang paling berpihak kepada negara haram Israel. Sekalipun negara-negara Barat itu dikatakan sangat bebas dan demokratik.

Media digunakan bagi menggambarkan Israel sebagai negara yang dizalimi dan diancam keselamatannya, walaupun Zionis adalah penggerak kepada segala kekacauan dan kezaliman yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini.

Semua pihak yang bermusuh dengan Israel akan dilabelkan dengan pelampau, sama ada negara, parti politik, NGO, atau individu. Sehingga ada negara yang menggubal undang-undang untuk bertindak terhadap golongan anti-semitik yang menjadi asalnya bangsa Yahudi.

Di manakah manfaat buat negara yang telah melaksanakan dasar normalisasi terhadap Israel atas tujuan menggalakkan perdamaian oleh negara Islam dan Arab terhadapnya? Sekiranya mereka terus melindungi keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan ke atas negara jirannya yang bersimpati kepada Palestin. 

Sejak negara haram Israel ditegakkan, bumi Palestin dirampas dan dipaksa penduduknya untuk meninggalkan tanah air dan kediaman, sehingga langkah Israel semakin agresif. Mereka terus meluaskan lagi jajahan takluknya dengan mendapat perlindungan daripada negara-negara kuasa besar tersebut. Begitu juga pendekatan melalui penyelesaian dua negara (two-state solution) tidak ditunaikan oleh Israel, bahkan mereka terus mengaktifkan penempatan baru kepada pendatang Yahudi yang dibawa masuk ke bumi Palestin. 

Seruan mereka yang mengajak kepada perdamaian, laksana telunjuk lurus kelengkeng berkait adalah satu penipuan syaitan besar yang nyata dan terang lagi bersuluh.

Negara besar yang menghantar misi perdamaian antara Palestin dan Israel tidak mampu menahan sikap syaitannya, apabila tindakan ganas Israel dibalas dengan tindakan yang sewajarnya. Maka, negara pendamai itu tetap bersama Israel. Hal ini juga menunjukkan betapa sikap mereka yang nyata berpihak kepada kezaliman Zionis itu.

Kini, berlaku kebangkitan rakyat Palestin yang dinamakan intifadah melibatkan semua lapisan rakyat terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita, sehinggalah orang-orang tua dan kanak kanak. Semua kumpulan Palestin juga menunjukkan kesedaran bersama bahawa mereka tidak boleh ditipu lagi. Kesedaran juga berlaku dalam kalangan negara Barat sendiri, apabila turut menunjukkan protes terhadap kezaliman Israel.

Perubahan yang berlaku menunjukkan hampirnya ajal Israel dan negara yang dipergunakan dengan agenda normalisasi akan dikecewakan. Ketika itu, ternyata perangai syaitan akan meninggalkan mereka yang ditipu dan syaitan itu tetap bersama dengan rakannya yang paling dimurkai oleh Allah SWT (iaitu Israel). Maka, benarlah firman Allah SWT yang menceritakan sikap Iblis, pemimpin syaitan sebagaimana berikut:

﴿وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَكُمْ فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكُمْ إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ٤٨﴾

“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka (yang salah itu), serta menghasut mereka dengan berkata: ‘Pada hari ini tiada sesiapa pun daripada kalangan umat manusia yang dapat mengalahkan kalian, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kalian.’ Maka, tatkala kedua-dua pasukan itu (angkatan tentera Islam dan kafir Musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: ‘Sesungguhnya aku berlepas diri dari kalian, kerana sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kalian tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan azab seksa-Nya sangatlah keras.’” (Surah al-Anfal: 48)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh:  4 Muharram 1443 / 13 Ogos 2021 – HARAKAHDAILY 13/8/2021

Jual bertih jagung, jana pendapatan RM8 juta.

Mohamad Shazarul bersama produk keluarannya, Eng’s Popcorn. - FOTO Eng’s Popcorn

MENGECAPI kejayaan di usia muda sememangnya impian semua.

Bagaimanapun, ia memerlukan tekad, usaha dan keberanian tinggi supaya dapat menempuh cabaran dan tidak patah semangat di pertengahan jalan.

Bagi pengasas dan pemilik jenama bertih jagung Eng's Popcorn, Mohamad Shazarul Ismail, 23, tiada yang mustahil baginya.

Mula berasa kecewa kerana banyak matlamat hidup belum dicapai terutamanya untuk  membantu keluarga, beliau mula bekerja di pasar pagi bersama bapa saudaranya dengan gaji RM900 pada tahun 2016.

Rutin hariannya bermula sebelum Subuh dengan mengupas bawang dan membantu bapa saudaranya menguruskan kedai selepas kematian arwah ayah.

Mohamad Shazarul (kiri) mengupas bawang bagi membantu bapa saudaranya di kedai. - FOTO Eng's Popcorn

Masih merasakan ia tidak mencukupi, beliau mengambil keputusan untuk berniaga bertih jagung pada tahun 2018.

Idea itu tercetus selepas beliau terlihat mesin pembuat bertih jagung milik kakaknya, lalu cuba menghasilkannya untuk makan sendiri.

Bau wangi bertih jagung dan rasanya yang enak mendapat sambutan serta menarik minat jiran untuk membelinya hari demi hari.

Dari situ beliau mula serius untuk menjual bertih jagung sehingga mampu mencapai jumlah jualan sehingga RM152,000 sepanjang enam bulan beliau memulakan perniagaan.

Kehidupan anak kelima daripada lapan adik-beradik yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini terus berubah selepas mengikuti kakaknya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.

Daripada niat hanya untuk menemani kakak, beliau menerima impak besar kepada dirinya hingga berjaya membuang semua perasaan negatif ketika itu.

Mohamad Shazarul berkata, beliau mula sedar dan dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT sejak menyertai IMKK.

"Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, Alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya mengenai bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan," katanya.

Kini, Mohamad Shazarul mempunyai kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor dengan bantuan 50 tenaga kerja.

Bukan itu saja, beliau juga berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mercedes Sport Model GLA 45 AMG. Kini, Mohamad Shazarul mempunyai kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor dengan bantuan 50 tenaga kerja.

Bukan itu saja, beliau juga berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mercedes Sport Model GLA 45 AMG.

Antara ejen Eng's Popcorn yang mencapai jumlah jualan tertinggi. - FOTO Eng's Popcorn

Malahan, Eng's Popcorn turut mencapai jualan sehingga RM8 juta pada tahun lalu biarpun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.


Mohamad Shazarul berkata, nama Eng's Popcorn berasal daripada moyangnya yang berketurunan Cina.

Akibat tidak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail, moyangnya itu hanya menyebut Eng's.

"Nama Eng's Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah yang ketika dia hidup, saya tak dapat balas jasanya," katanya.

Beliau berkata, ada pengguna khususnya mereka yang beragama Islam sering ragu-ragu untuk mencuba produk Eng's Popcorn.

"Perniagaan Eng's Popcorn 100 peratus milik Muslim Bumiputera dan dijamin halal," katanya.

Layari https://linktr.ee/engspopcorn_hq untuk mencuba produk Eng's Popcorn hari ini.

(BH)

Tidak lagi menjadi pembangkang yang rasional....

 

Memang meluat dengan orang gila kuasa…

TAK sabar. Seorang rakan penulis yang jelas sokongannya sebelum ini kepada pembangkang mulakan bicara pada Rabu lepas mengenai luah rasanya terhadap senario politik negara hari ini.

“Tak sabar, dan memang gila nak berkuasa belaka, rakyat penat berdepan tekanan ekonomi dan dibelenggu Covid-19, depa (mereka) suka-suka nak alih sokonganlah, nak bentuk jajaran baharulah. Yang seorang lagi tak habis-habis dengan impian nak jadi Perdana Menteri,” kata sahabat penulis yang berasal dari Alor Star, seorang rakan sejak di zaman kampus lagi yang cukup kritikal pemikiran dan susah untuk meletakkan jiwanya bersama kerajaan, tidak kira siapa memerintah. Jiwa kepembangkangan atau anti establishment itu amat menebal sejak di kampus.

Namun bicara kami Rabu lepas membungkam satu rasa yang beliau sendiri sedih dengan sikap pembangkang dan mereka yang dilihat cuba menjatuhkan kerajaan melalui pelbagai cara ketika ini.

“Aku pelik, ya memang pembangkang tugasnya membangkang, tapi Malaysia dalam situasi gawat bukan? Kita patut sama-sama bantu atasi kemelut ini, bukan pakat tekan kerajaan. Yang aku lebih pelik yang duduk bersama ketika setuju bentuk kerajaan, hari ini mereka buat onar ketika kerajaan fokus sepenuhnya mengatasi pandemik Covid-19 dan cuba beri bantuan yang terbaik’ buat rakyat. Yang kau duduk dalam kerajaan tapi tidak bantu idea atau pandangan kepada kerajaan kenapa?” bicara beliau semakin panas.

Benar itulah antara luah rasa, kalau penulis mahu nukilkan kesemua luahan beliau mahu rasanya banyak nama yang beliau sebutkan tertulis di sini. Tapi cukuplah sekadar yang umum.

Rakyat di luar sana memang sedang memerhati dan meneliti sikap serta tindakan pihak-pihak tertentu ketika ini yang terlalu ghairah menekan kerajaan PN hinggakan hari ini virus politik itu lebih gawat berbanding virus Covid-19.

Walhal pihak Istana Negara, Sultan Johor dalam Titah sempena Maal Hijrah secara jelas memberi peringatan agar semua pihak bersama menumpukan usaha menyekat penularan wabak Covid-19 dan melihat kepada kebajikan rakyat.

Namun apa yang berlaku ketika ini, fraksi politik dalam kalangan PH dan pembangkang yang lain serta mereka yang berkepentingan asyik benar dengan tujahan politik dengan doktrin ‘Kerajaan Gagal’.

“Aku nak tanya depa, masa depa perintah dulu depa buka laluan masuk ke negara ini yang menyebabkan kes jangkitan pertama Covid-19, dan yang duk pakat nak tubuh kerajaan bulan Februari 2020 tu lupakah mereka bersama dalam kerajaan? Kalau depa kata kerajaan ini gagal, apa tanggungjawab mereka pula?

“Paling aku tak boleh blah (terima), depa ini semuanya hanya nak kuasa, bagi kuasa depa buat onar, depa pakat bedak (bahagi-bahagi) kekayaan negara sesama depa, rakyat dapat apa? Kita tengok dah 22 bulan depa perintah, hasilnya sampai tahap Tabung Haji pun depa kacau, aku memang anti establishment, tapi la ni aku nilai sepenuhnya dan aku letak sepenuh keyakinan bahawa kerajaan Muhyiddin Yassin ni jauh lebih baik,” selepas 21 tahun pandangan seorang rakan yang dahulunya amat rigid kepada kerajaan berubah tatkala pandemik Covid-19 membadai hingga dia hilang pekerjaan dan kini menjalankan usaha perniagaan secara dalam talian.

“Aku dapat bantuan kerajaan, dan aku yakin ramai lagi seangkatan dan senasib dengan aku dapat manfaatnya. Benar Covid-19 mendatangkan kesan yang amat parah, tetapi kalau kerajaan ini terus diperintah PH, aku rasa RM30 tu sahajalah yang rakyat dapat, dan mereka akan kata, ikat perut bantu kerajaan depani krisis ekonomi. Bagi aku, kerajaan PN ini dah bantu banyak, adapun yang bising di luar sana (pembangkang), mereka rakus nak berkuasa,” tegas sahabat penulis yang semakin cerah sisi pandanganya terhadap pelaksanaan pelbagai bantuan yang dihulur kerajaan yang mana manfaatnya dirasai rakyat yang benar-benar terkesan.

Benar ini satu contoh luahan rakyat. Dan di luar sana ramai lagi yang meluat dengan pembangkang yang hingga ke saat ini langsung tidak memikirkan langkah terbaik bersama mendepani pandemik Covid-19.

Sultan Johor sendiri secara tegas menitahkan agar semua pihak berhenti berbalah, dan andainya masih berlaku lagi Baginda tidak teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Rakyat penat, penat melihat sengketa angkara kuasa, rakyat cukup meluat dengan pembangkang yang tidak lagi menjadi pembangkang yang rasional. – HARAKAHDAILY 13/8/2021

DAP sumbang bakul juga. Dah ikut cara PN? Pembangkang lain mana..

 

7. 8. 2021 Kami dimaklumkan bahawa 5 buah keluarga di Flat Temenggong yang sedang menjalani kuarantin memerlukan bantuan makanan.
接获通知有5户住在天猛公组屋的隔离家庭需要粮食援助。

Saya bersama YB Alan Tee Boon Tsong selaku ADUN Senai terus menghantarkan 5 set Bakul Harapan kepada keluarga tersebut.
我和士乃州议员郑凯聪立即将一些物资送去给他们应急。

.

MAKA berkata lagi Roketkini..

"[Covid-19 di negara ini semakin memburuk. Angka kes jangkitan baharu dan kematian baharu akibat wabak itu semakin meningkat saban hari. 

Sebanyak 20,780 kes jangkitan baharu dan 211 kes kematian baharu telah dicatatkan semalam. Banyak sektor ekonomi masih ditutup dan natijahnya; semakin ramai hilang mata pencarian.]


Bagus!

Lihat, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching antaranya mengambil tindakan pantas dan proaktif untuk menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada lima keluarga di Flat Temenggong yang terpaksa menjalani kuarantin.

Cakap saja tak buat apa, tak guna. Tinggalkan gaya tindak dan carafikir di bawah serkup tempurung kolot yang anti Islam. Selangor bawah PH yang jadi negeri gagal tangani Covic-19, pun boleh berrubah. Pemimpin DAP di Selangor yang lari masuk hutan Pahang bantu durian haram pun boleh dibetulkan. 

Begitu juga Pulau Pinang bawah PH DAP, jadi negeri busuk tahi babi, dan terowong bawah laut yang gagal berfungsi, pun boleh dirundingkan. Kes air bersih minta sedekah dengan negeri jiran pun boleh diselesaikan. 

Bagaimana kes bekas KM P.Pinang dan keluarga, terpalit rasuah? Itu kerja mahkamah. Mana suara-suara team anti rasuah yang dulu sebelum DAP dapat memerintah kerajaan berdegar-degar riuh rendah sebagai anti rasuah? Mana peguam-peguam itu sekarang? Kita yakin DAP boleh kumpulkan semula.


Akhirnya...

Kepada saudara-saudara kita yang beragama Islam, kita rasa bertuah kerana agama kita adalah agama yang hebat, terutama dalam memerangi rasuah. Kita ada parti poltik Islam. Parti Islam PAS, bukan parti sekular yang terpisah dengan hari Akhirat. 

Untuk jadi pemimpin parti Islam mesti 'bersih yang ada kaitan dengan akhirat'. Contohnya bersh dari dosa besar atau dosa yang berterusan, dari sudut Islam.  Tidak boleh ada perogol seperti yang tertuduh ADUN DAP Perak, jadi pimpinan. Tidak boleh kepada perasuah, seperti yang sekarang ini tertuduh di mahkamah. 

Maka dari segi praktikalnya, PAS sudah tunjuk contoh. Itu sebabnya negeri Kelantan berhasil wujudkan 'sifar (0)' rasuah. Tertuduh pun tiada, '0' juga. Soalnya, mampukah DAP wujudkan negeri sifar rasuah di Pulau Pinang dan Selangor? Apalagi kalau untuk persekutuan Malaysia yang PH perintah 22 bulan? 

Kita yakin PH tidak akan tumbang, kalau pemerintah DAP Pulau Pinang mampu menunjukkan Pulau Pinang '0' rasuah semasa pemerintahannya!


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails