Friday, August 27, 2021

Pelakon Oktovia, kini berhijab, Al-hamdulillah. Ini cabaran.

 

Oktovia mengharapkan terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu selepas berhijrah. - Foto IG Oktovia Manrose

KUALA LUMPUR: Dalam diam, pelakon Oktovia Manrose sudah berhijab sejak Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, kakak kepada Aprena Manrose itu memilih tidak berkongsi atau menggembar-gemburkan soal penghijrahannya itu.

"Sebenarnya, saya segan dan tidak terlalu terbuka berkongsi soal penghijrahan. Saya lakukannya kerana Allah SWT.

"Ya, saya mengesahkan sudah bertudung. Cukuplah komen ringkas, selebihnya saya harap terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu ini," katanya kepada BH Online.

Oktovia bersama adiknya, Aprena Manrose dan keluarga. - Foto IG Oktovia Manrose

Mengenai dunia lakonan, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman bersyukur, segala tuntutan kerjaya seni sudah diselesaikan sebelum membulatkan tekad bertudung.

"Semua tugasan lakonan sudah diselesaikan. Jadi, saya tidak berhutang lakonan lagi.

"Jika ada rezeki berlakon, saya terpaksa menangguhkan keinginan ini. Saya percaya rezeki Allah luas, insya-Allah.

"Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah. Saya mahu memberi tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari," katanya.

Pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta itu berkata, dia mahu menjadi Oktovia baharu, bukan seperti dahulu.

"Jika ada rezeki lakonan, saya juga akan mempertimbang watak bersesuaian selepas penghijrahan," katanya.

Pelakon Oktovia, kini berhijab, Al-hamdulillah. Bukan mudah hadapi cabaran, seperti yang disebutkan di atas.

Jazakillahu khairan kathira! Ertinya, "Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak.

Sekian.


Peluang jadi usahawan ternak siput..
Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

DAP, X ada parti Melayu untung.. &siasat Zetty Aziz

Komen rakyat dari blog ini..

(i).Belum ada parti parti melayu/bumiputera, mendapat keuntungan politik bila bekerjasama dengan Parti DAP..!!

(ii).Siasat Zetty Aziz samada dia bersekongkol dengan CEO 1MDB.


2 comments:

Anonymous said...

BELUM ada parti parti melayu/bumiputera, mendapat keuntungan politik bila bekerjasama dengan Parti DAP..!!

Nama Jho Low adalah lambang dan simbol kebodohan bangangan warlord Melayu.

Anwar hanya ada solid 88 undi sahaja di Parlimen. Nak tak nak Brader Mat Sabu Tokong kena lah tunjuk baik kerjasama dengan Perdana Menteri Ismail Sabri. Period

Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat masa ini PH di dominasi DAP PAN dan PKR sedia untuk berganding bahu.

Alasan mereka kerajaan terus wujudkan program-program bersifat pro-rakyat, serta polisi yang bersesuaian untuk membantu golongan miskin, serta mereka yang kehilangan pekerjaan.

Apa apa pun fakta dan buktinya belum ada lagi mana mana parti melayu/bumiputera, mendapat keuntungan politik bila mereka bekerjasama dengan DAP..!!

Apa yang berlaku, semakin berpecah lah kaum melayu/bumiputera, di lain pihak pula, bertambah kukuh lah kaum cina di bawah panji DAP.

Tanpa sokongan Dr Mahathir and Warisan di Parliment juga, Brader Anwar cuma ada solid 88 MPs majority kaum Cina undi di Parliment nanti.

Kalau Warisan and Dr Mahathir tarik sokongan pada Brader ini , his numbers will 88 MPs sahaja. No wonder Pejuang memilih jadi blok ke tiga.

Link bawah Kaum Cina mahu Anwar berundur dan beri laluan pada orang lain.

https://mykmu.net/2021/08/26/pengundi-kaum-cina-mahu-anwar-bersara/

“Anwar were solely belong to PH’s but in reality they had only 88 votes dominan by DAP. If they@PH working with other opposition parties, including Warisan or Pejuang braother still not enough to produce 105 votes only.

Kita beritahu (Perdana Menteri), kalau suasana kekal begini (aman), perbanyakkan program pro rakyat, kita tak akan persulitkan.

Siapa yang tengah sulit bila unconvincing formidable numbers sudah sah tidak ada majority sekarang ini.? Kena tak buat baik baik dengan PM Ismail Sabri nak cover malu dan ketulahan. Kalau tak lagi teruk Brader kena hantam dengan penyokong PKR sendiri, kaum Cina dan PH amnya.

Menjual idea penyatuan politik, menerusi agenda Keluarga Malaysia, belum tentu mungkin malah agenda ini berkemungkinan menghakis kedudukan politik melayu/bumiputera.

Pemimpin inj dijatuhkan kerana fitnah jijik hasad dengki yg kronik, nafsu dan kepentingan peribadi kroni dan adu domba 'hidden hand' bangsa DAP.

Contoh mudah Jho Low lesap tah ke mana sambil berjoli sakan tetapi pemimpin warlord Melayu ini berantakan sesama sendiri. Nama Jho Low dijaja guling guling atas jalanraya sebelum PRU 14 akhirnya kerajaan Islam BN runtuh.

Lepas 22 bulan berkuasa Jho Low lesap tidak dijumpai. Nik Faisal juga lesap Justo pun lesap depan hidung penguasa fitnah jijik yang zalim. Bangsa Jho Low tepuk tangan nonton kebodohan bangangan warlord2 Melayu ini.

Bukti bukti yg keluar di mahkamah sekarang ini bila saja dikaitkan nama Jho Low dalam kes 1 MDB menunjukkan betapa lemahnya pemimpin Melayu dipermainkan oleh seorang Jho Low dan kunco kunconya.

Pendek kata, sebarang kerjasama antara parti melayu/bumiputera dengan DAP hanya menjadi pendorong kepada melemahnya kaum Melayu.

Kepada rakyat negara ini, khususnya kaum melayu/bumiputera, apa kah kumpulan warlord dan pemimpin seperti ini perlu dikekalkan?

Jho Low adalah simbol betapa kronik nya tahap fitnah jijik hasad dengki orang Melayu dan permusuhan warlord2 Melayu.

Nama Jho Low lambang betapa mudahnya warlord2 Melayu dibodoh bangangkan sambil Jho Low tepuk tangan dan lesap tanpa dapat dikesan. Bangsa Jho Low bersorak sorak tengok kebodohan warlord2 Melayu ini.

Fakta dan buktinya BELUM ada satu pun parti parti melayu/bumiputera yang mendapat keuntungan politik bila mereka bekerjasama dengan bangsa Jho Low..!! Period

#kautepukdadatanyaselerakau.

Anonymous said...

Siasat Zetty samada dia bersekongkol dengan CEO 1MDB.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan untuk menyiasat kebenaran laporan berita dikeluarkan oleh sebuah media tempatan yang mengaitkan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sekeluarga dengan Ahli Perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Setiusaha Agung PERKASA, Syed Hasan Musa Ali berkata, laporan media ‘Zeti Aziz’s Family Received Millions From Jho Low’ mendakwa Zati membantu 2 syarikat yang mempunyai kaitan dengan Jho Low dan pecahan wang berkenaan telah diberikan kepada keluarganya.

Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi beliau menafikan terlibat salah laku memudahkan rancangan ahli perniagaan yg lesap dlm buruan Low Taek Jho menyelewengkan wang milik 1MDB.

Mohd Hazem, 49, bersekongkol dengan pegawai kanan 1MDB yang lain iaitu Azmi Tahir untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mohd Hazem juga bekerjasama dengan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Terence Geh Choh Heng dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low untuk mendapatkan pinjaman AS$975 juta dari Deutsche Bank.

Manakala Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abd Rahman perlu didakwa atas kesalahan pecah amanah (CBT) dana syarikat itu.

Adakah Hazem mendapat kebenaran BNM apabila memindah berjuta-juta wang daripada 1MDB kepada pelbagai entiti?

Mohd Hazem menjawab "Saya tidak pasti".
Muhammed Shafee menegaskan bahawa adalah satu kesalahan jika Hazem tidak mendapat kebenaran BNM?

Mohd Hazem "Saya tidak tahu" . Masakan seorang CEO tidak tahu peraturan Bank Negara..!?

Kami rasa terkejut kerana Zety seorang yang berintegriti tinggi, bekas Gabenor Bank Negara dan kini memegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Polis akan melengkapkan siasatan Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB. 30 Dis 2020 hingga 24 Ogos 2021 (hari ini) adalah 8 bulan dan 2 hari.

Adakah memerlukan masa sangat lama bagi rakyat mendapat pengesahan keluarga Zeti telah menerima lebih dari RM700 juta dari Jho Low dan menyembunyikan di akaun Singapura semasa beliau menjadi gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).!?

'Saya tak tahu, saya tak tahu' itu adalah reaksi Dr Mahathir tentang tuduhan 1MDB terhadap keluarga Zeti. Dr Mahathir mendedahkan dia memang ada berhubung dengan Zeti sejak Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi menjadi perdana menteri. Link bawah

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tak-tahu-saya-tak-tahu-reaksi-dr-mahathir-tentang-tuduhan-1mdb-terhadap-keluarga-zeti-293625

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa yang beliau tidak tahu-menahu dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adakah Jho Low , Zety bersama Tun memasang perangkap gunakan CEO 1MDB itu untuk menganiaya Datuk Seri Najib?

Namun, apa yang jelas, CEO 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman yang seharusnya dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan kes pecah amanah jenayah (CBT).!!

Zety adalah tokoh penting Bank Negara, bila ada berita tentangnya menerima wang yang begitu banyak melalui akaun suami dan anak beranak nya di bank Singapura.

“Saya tak tahu, saya tidak tahu berkenaan dengan suami Zety dan keluarganya apa semua itu. Itu hal dialah", kata Tun Mahathir Mohammad

Thursday, August 26, 2021

Hendak hak orang, hak sendiri digenggam. Perangai DAP..

DAP jangan hendak hak orang, hak sendiri digenggam

MELIHAT kepada beberapa kenyataan akhbar oleh pimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu jelas sekali Kerajaan Pulau Pinang dilihat cuba mencampuri hal ehwal Kedah.

Hal ini adalah berpunca daripada kepentingan sumber air dari Sungai Muda kepada Pulau Pinang iaitu dalam lingkungan 80 peratus daripada bekalan air untuk seluruh negeri.

Empangan Teluk Bahang, Empangan Air Itam, Pusat Tadahan Air Titi Kerawang dan sumber yang lain dibahagian pulau tidak dapat menampung permintaan air, bahkan bekalan air dibahagian pulau ditampung oleh saluran air dari sebelah Seberang Prai.

Kegunaan air di bahagian Seberang Prai pula sangat bergantung kepada sumber air dari Sungai Muda.

Apa yang kita lihat, sikap pimpinan kerajaan negeri daripada DAP itu lebih sibuk berpolitik daripada menjalankan tanggungjawab terhadap kebajikan rakyat iaitu menguruskan kepentingan sumber air.

Adalah sangat tidak bertanggungjawab pimpinan kerajaan dan agensi kerajaan negeri berterusan mencetuskan kontraversi dengan Kerajaan Negeri Kedah. Sikap keras kepala pemimpin Kerajaan DAP itu dilihat menimbulkan polemik yang semakin tegang.

Perundingan Kerajaan dengan kerajaan sepatutnya diadakan demi masa depan survival air untuk rakyat negeri ini. Perundingan perlu dilakukan supaya kepentingan dan kebajikan rakyat dapat dijaga.

Sepatutnya Kerajaan Pulau Pinang merasa terhutang budi dengan Kerajaan Kedah dalam hal bekalan air mentah ini dan meraikan tuntutan royalti dari Kerajaan Kedah sebagai balasannya.

Begitu juga isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dilihat begitu seakan memberikan ancaman kepada pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kesan masa hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas itu.

Sepatutnya isu ini dilihat secara positif dan bersiap untuk mengurus persaingan secara sihat dengan inovatif oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Selain itu, apa yang perlu dilihat ialah segala permasalahan yang dihadapi selama ini oleh pengguna atau pihak berkepentingan yang berurusan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas itu berhubung masalah kesesakkan jalan raya di dalam Pulau dan Seberang Prai terutamanya di Jambatan Pulau Pinang dan di kawasan Seberang Jaya. itu ditanganinya dengan kesungguhan.

Adalah sangat wajar KXP diwujudkan bagi memberikan khidmat kepada penduduk di selatan Kedah dan Perak. Begitu juga sektor perkilangan yang beroperasi di sebelah sana. Usah ada perasaan hasad dengki terhadap kewujudan KXP itu.

Kenyataan mengenai kewujudan sektor perkilangan dipinggir Sungai Muda itu dikatakan bakal mencemarkan sungai itu sepatutnya tindakan Kerajaan Pulau Pinang ialah berhubung dengan agensi kerajaan seumpama Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang bertanggungjawab, daripada terus menerus menyerang dan menimbulkan ketegangan.

Sikap Pemimpin DAP dilihat dalam kenyataan akhbar atau media terdahulu sering memperlekeh Kerajaan Kelantan kerana tidak maju dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, begitu juga mereka dengan sikap bongkak dengan kemajuaan yang sedia ada, sehingga memperkecilkan pihak lain.

Sikap tidak sedarkan diri itu seolah-olahnya menafikan bahawa selama ini, Pulau Pinang sangat bergantung harap ihsan bekalan air Sungai Muda yang berpunca dari negeri Kedah itu sangatlah dikesali. Sebab itu tak payahlah berdengki dengan pihak Kerajaan Negeri Kedah yang ingin membawa kemajuan kepada negeri mereka.

Bercakap tentang respon oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang terhadap kemungkinan berlaku implikasi buruk projek KXP itu, sepatutnya mereka perlu menoleh kepada negeri sendiri terlebih dahulu yang masih gagal sehingga kini iaitu mewartakan kawasan tadahan air.

Juga melihat kesan kerosakan penuh ekosistem laut seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap projek gajah putih PSR di selatan Pulau Pinang, isu pencemaran najis babi Sungai Kereh, di Tasik Gelugor yang belum diselesaikan dan kegagalan operator air Sungai Dua, Tasik Gelugor yang melakukan pencemaran iaitu dengan melepaskan sisa kelodak selut ke dalam sungai berhampiran.

Perpatah ada menyebut “Sebelum duduk janganlah berlunjur”, jadi sebelum kritik hal orang lain, tengoklah diri sendiri. Jangan jadi seperti pepatah “Dalam genggam tangan orang kita nak, sedangkan tangan sendiri genggam tak tirih”. Hak orang kita mahu tetapi royalti tetap tak mahu beri.

Hal inilah sebenarnya perlu diurus oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada terus menerus menyalah pihak lain. Sikap sebegitu sama sikapnya dengan golongan Kapitalis yang wajib ditolak demi keharmonian negeri dan negara kita.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang
26 Ogos 2021 – HARAKAHDAILY 26/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita dah kenal lama perangai DAP. Biar rebah punah, misai jangan mencecah tanah. Biar dada meleciaq, janggut jangan kena pasiaq. DAP kata belanga hitam, tak sedaq juboq lagi hitam!

Hukum Guna Siput Babi Dalam Hasil Produk Kosmetik -Mufti WP.

 



IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-188: HUKUM PENGGUNAAN SIPUT BABI DALAM PENGHASILAN PRODUK KOSMETIK


Soalan:

Apakah hukum menggunakan bahan atau produk kosmetik yang menggunakan siput babi?

Jawapan:

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari kesudahan.

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). 

Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. 

Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. 

Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan. Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_Babi.

Perbincangan Hukum

Dalam isu ini kami cuba untuk membezakan dua perkara yang utama, iaitu hukum pada memakan siput babi yang dikategorikan sebagai khabaith dan hukum menjadikan siput bagi sebagai bahan penghasilan produk kosmetik yang merupakan isu fiqh kontemporari.

PertamaSiput babi yang dikategorikan sebagai khabaith

Konsep uruf menghukumkan siput babi adalah merupakan haiwan khabaith dan kotor serta tidak halal untuk dimakan. Ini kerana masyarakat majmuk telah menganggapnya sebagai haiwan yang kotor dan menjijikkan. Maka ianya diharamkan berdasarkan konsep uruf yang menganggapnya sebagai khabaith. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

MaksudnyaDan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.

(Surah al-A’raf: 157)

Begitu juga semua yang buruk atau yang kotor itu dipandang jijik oleh naluri manusia dalam masyarakat majmuk, walaupun dapat diterima oleh sebahagian mereka.

Illah kepada pengharaman haiwan darat yang tidak mengalir darahnya seperti siput babi adalah kerana ianya terdiri daripada haiwan khabithah.

Sementara haiwan-haiwan yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadis Rasulullah SAW, maka jumhur fuqaha (Hanafiah, Syafieyyah, dan Hanabilah) mengembalikannya kepada uruf masyarakat Arab. Sehubungan itu, maka haiwan yang dianggap tayyib oleh masyarakat Arab ia adalah halal. Manakala haiwan yang dianggap khabaith oleh masyarakat Arab ia adalah haram. Maka siput babi hukumnya berdasarkan uruf masyarakat majmuk setempat.

Asas kepada tanggapan jijik dan kotor ini berdasarkan tanggapan masyarakat arab pada zaman Rasulullah SAW. Kami nukilkan di sini daripada al-Fiqh al-Manhaji:

Semua binatang yang dipandang jijik oleh orang arab pada zaman Rasulullah SAW seperti binatang yang melata di bumi dan sebagainya adalah haram kecuali yang dihalalkan oleh syara’ secara khusus. Contohnya, al-yarbu’ (اليَرْبُوْعُ) iaitu sejenis binatang seperti tikus yang ekor dan telinganya lebih panjang dan kakinya lebih panjang daripada tangan, dhab (الضَّبُّ) iaitu binatang padang pasir yang menyerupai biawak, musang turki (السَّمُّوْرُ), landak, wabar (الوَبْرُ), iaitu sejenis binatang kecil sedikit daripada kucing dan tidak berekor, ibn ‘arsin (ابْنُ عَرْسٍ), iaitu sejenis binatang yang bermusuh dengan tikus dan sebagainya.

Hadis yang khusus tentang hukum halal dhab pula ialah, daripada Daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

الضَّبُّ لَسْتُ آكُلُهُ ولا أُحَرِّمُهُ

Maksudnya: “Aku tidak makan dhab dan tidak pula mengharamkannya.”

Riwayat al-Bukhari (5536)

Penentuan halal atau haram binatang berdasarkan kebiasaan orang arab adalah kerana mereka yang mula-mula menerima syariat. Nabi Muhammad yang diutus oleh Allah untuk seluruh umat manusia dan jin pula adalah di kalangan mereka. Begitu juga al-Quran mula diturunkan kepada mereka.” Lihat al-Fiqh al-Manhaji (1/69).

Siput babi adalah jenis yang dikategorikan sebagai haiwan darat. Di sini kami bawakan pembahagian binatang darat yang halal dan haram dimakan daripada kitab al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh:

Haiwan darat, iaitu haiwan yang hidup di daratan. Ia terbahagi kepada tiga jenis antaranya:

  1. Haiwan yang yang langsung tidak mempunyai darah seperti lalat, lebah, semut dan seumpamanya. Haram kepada manusia memakan haiwan ini kerana ia tergolong dalam kategori al-khabaith iaitu haiwan yang dipandang jijik oleh masyarakat Arab.
  2. Haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, cicak, tikus, dan seumpamanya. Haiwan daripada jenis ini diharamkan kerana ia tergolong dalam kategori al-khabaith dan setengahnya mempunyai racun yang memudharatkan manusia.
  3. Haiwan yang mengalir darahnya. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu haiwan jinak dan haiwan buas. Haiwan jinak daripada kategori al-An’am adalah halal dimakan seperti unta, lembu, dan kambing. Begitu juga halal dimakan haiwan jinak dari kategori burung seumpama ayam dan itik. Manakala haiwan buas yang bertaring seumpama singa dan harimau serta burung yang menggunakan kuku sebagai pemangsa seperti helang dan kelawar, ia adalah haram dimakan.

Lihat al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh (4/2793)

Maka berdasarkan pembahagian di atas, siput babi termasuk pada jenis yang kedua iaitu jenis haiwan yang tidak mengalir darahnya dan ianya dikategorikan sebagai khabaith dan tidak halal untuk dimakan. Para fuqaha Syafieyyah menghukumnya haiwan sebegini sebagai najis kerana ianya termasuk daripada bangkai.

Kami nukilkan secara ringkas tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan daripada al-Fiqh al-Manhaji, antaranya:

Prinsip Pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang, dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal.

Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tesebut dianggap elok oleh orang arab.

Binatang ternakan (الأنعام) iaitu, unta, lembu, biri-biri, kambing, kuda, seladang, keldai liar, kijang, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh syara’.

Bagaimanapun, ada juga binatang yang dianggap elok oleh orang arab, tetapi diharamkan oleh syara’ dan tidak harus dimakan seperti baghal, iaitu binatang hasil daripada pengawanan antara keldai jantan dengan kuda betina dan keldai peliharaan (الحمر الأهليّة).

Prinsip Kedua: Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.

Binatang tersebut seperti anjing , babi , serigala, beruang, kucing, Ibn Awi (ابْنُ آوِي) iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang tetapi lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang, gajah, singa, harimau bintang, kera dan seumpamanya.

Prinsip Ketiga: Semua binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan. Contohnya, ular, kala jengking, gagak, helang sikap, tikus dan semua binatang yang memudharatkan.

Binatang tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan, sama ada dianggap elok oleh orang arab ataupun tidak. Hal ini adalah kerana hadis telah menghukumnya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula menjijikkan orang arab.

Kedua: Siput babi bagi sebagai bahan penghasilan produk

Hukum asal bagi siput babi adalah bukan najis. Ini kerana tidak ada dalil yang sarih dan sahih yang mengharamkannya. Maka hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus. Ini kerana terdapat padanya manfaat dan menghasilkan banyak manfaat yang lain daripadanya. Siput babi juga merupakan haiwan yang tidak diharamkan atau dihalalkan oleh nas secara jelas dan sahih. Haiwan ini merupakan haiwan yang disenyapkan status hukumnya oleh syara’ untuk dimakan atau digunakan atau dimanfaatkan.

Kami nukilkan di sini juga daripada buku al-Halal wa al-Haram oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

“Dasar pertama yang telah ditetapkan oleh Islam ialah membawa asal sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT, biar apa jua barangan atau manfaat, asalnya ialah halal dan boleh digunapakai. Tiada yang haram melainkan jika ada nas yang sahih dan jelas daripada syariat yang menetapkan pengharamannya. Jika tidak ada nas yang sahih, umpamanya ada sesetengah hadis yang dhaif, iaitu lemah ataupun tidak jelas dalam dalil tentang pengharamannya, maka tinggallah perkara itu seperti asalnya, iaitu mubah (diharuskan).

Ulama Islam menetapkan dasarnya bahawa semua barangan dan kemanfaatan ialah Mubah, iaitu membolehkan, berdasarkan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang jelas.

 

Firman Allah SWT:

وَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Maksudnya: Dialah (Allah SWT) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.

(Surah al-Baqarah: 29)

 

Firman Allah SWT lagi:

وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ

Maksudnya: Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.

(Surah al-Jathiah: 13)

 

Firman Allah SWT lagi:

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً

Maksudnya: Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin.

(Surah Luqman: 20)

 

Mustahil bagi Allah SWT untuk menciptakan semua barangan ini untuk memudahkan manusia serta dikurniakan-Nya buat mereka semua ini. Kemudian, diharamkan-Nya kepada manusia dari semua barangan itu dengan tetap menjadikannya haram pula kepada mereka. Jika demikian, apa hikmahnya ianya diciptakan untuk manusia menikmatinya? Tentulah ianya bertentangan sama sekali. 

Tetapi sebenarnya, Allah SWT hanya mengharamkan sebahagian dari barangan itu, dengan adanya sebab dan hikmah yang akan kami jelaskan selepas ini. Dengan itu juga, lingkungan pengharaman dalam syariat Islam itu sangat sempit. Malah lingkungan penghalalannya pula sangat luas. Ini kerana nas-nas yang sahih lagi jelas membawa tentang hukum pengharaman itu sangat sedikit. 

Di samping itu, mana yang tidak ada nas dari hal penghalalannya atau pengharamannya, maka dihukumkan tetap di atas hukum asalnya, iaitu Mubah (dibolehkan) atau dikategorikan dalam lingkungan yang dimaafkan oleh Allah SWT.

 

Di dalam hal ini telah dinyatakan dalam sebuah hadis Nabi SAW:

مَا أَحَلَّ اللهُ في كتابِهِ فَهُو حَلاَلٌ، وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ، وَمَا سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ عَفْوٌ، فَاقْبَلُوا مِنَ اللهِ عَافِيَتُهُ، فَإِنَّ اللهَ لَم يَكُن لِيَنْسَى شَيئًا، وَتَلاَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Maksudnya: “Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah SAW membaca daripada firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa.”

 (Surah Maryam: 64)

 

Riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya begitu juga dikeluarkan oleh al-Bazzar.

 

Menerusi sebuah riwayat daripada Salman al-Farisi RA, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya tentang hukum minyak sapi (samen), keju (susu keras) dan keldai liar, lalu Baginda SAW menjawab:

الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللهُ في كِتَابِهِ، وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا لَكُمْ

Maksudnya: “Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya dan yang haram itu sesuatu yang diharamkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya. Dan mana-mana yang didiamkan-Nya sahaja, maka ianya termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.”

Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah

 

Rasulullah SAW enggan menjawab persoalan tentang bahagian-bahagian yang kecil ini. Malah Baginda SAW menyerahkan perkara ini kepada mereka untuk menentukannya, sesuai dengan cara-cara yang dapat dirujuk tentang cara mengenal perkara yang halal dan haram. Oleh itu, memadailah mereka mengenal apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan yang lain bolehlah dianggap halal dan baik.

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلاَ تَعتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَن أَشيَاءَ رَحْمَةً بِكُم غَيرَ نِسيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya dan Allah SWT telah membataskan beberapa batasan, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia mengharamkan pula beberapa barangan, maka janganlah membuatnya, dan Dia berdiam atas beberapa barangan sebagai tanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu mengungkitnya.”

Riwayat al-Daraqutni dan dihasankan oleh al-Nawawi

 

Suka diingatkan di sini, sesungguhnya asal mubah atau membolehkan itu tidak terbatas kepada barangan dan harta benda, tetapi meliputi semua perbuatan dan pekerjaan, yang tidak termasuk urusan ibadat, iaitu yang biasa kita namakan sebagai adat kebiasaan dan muamalah.

Maka perkara yang asal pada semua ini ialah tidak haram dan tidak terikat dengan sesuatu hukum, kecuali jika memang sudah diharamkan oleh syariat dan ditetapkan hukumnya. Lihat al-Halal wa al-Haram (33).

Justeru itu, siput babi merupakan haiwan yang disenyapkan syara’ pada pengharamannya dan penghalalannya, serta ianya termasuk pada haiwan yang tidak mengalir darahnya yang mana ianya masih dalam kerangka ijtihadiyyah antara empat mazhab fiqh Islam pada pengharamannya dan penghalalannya.

Adapun haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti siput babi, para fuqaha telah berbeza pendapat tentang kesuciannya. Fuqaha Hanafiah dan Malikiah mengatakan haiwan jenis ini adalah suci. Sementara fuqaha Syafieyyah pula menghukumnya sebagai najis. Fuqaha Hanabilah berpendapat, haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir sekiranya lahir daripada sumber (makanan) yang suci maka dianggap suci, tetapi jika ia lahir dari sumber yang najis seperti ulat kebun dan lipas maka ia dianggap najis sama ada masih hidup atau mati. 

Berdasarkan pandangan di atas, siput babi boleh dianggap sebagai haiwan yang suci (tidak najis) walaupun tidak boleh dimakan. Oleh itu, penggunaan siput babi untuk tujuan perubatan (bukan untuk dimakan) dan untuk tujuan kosmetik adalah tidak menjadi haram.

Ini juga bertepatan dengan hadis Abu Hurairah tentang lalat yang jatuh ke dalam bekas minuman, bahawa hukum pemakanan lalat adalah haram berdasarkan dalil di bawah ini akan tetapi lalat merupakan haiwan yang suci begitu juga siput babi ianya adalah haram pada pemakanan tetapi tidak pada kesuciannya. Ini kerana ulama berbeza pandangan dalam menghukumkan kesucian haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti siput babi.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً

Maksudnya: “Jika seekor lalat memasuki tempat minum kamu, maka celuplah seluruh bahagian lalat tersebut. Lalu buanglah lalat tadi. Ini kerana pada salah satu sayapnya terdapat ubat dan sayap lainnya adalah racun.”

Riwayat al-Bukhari (5872)

Al-Ramli dalam Nihayah ada menyebut:

ويستثنى من النجس ميته لا دم لها سائل عن موضع جرحها، إما بأن لا يكون لها دم أصلاً، أو لها دم لا يجري

Maksudnya: “Dikecualikan daripada benda najis (tidak termasuk najis), bangkai binatang yang tidak memiliki darah yang mengalir ketika dilukakannya, sama ada kerana tidak memiliki darah sama sekali atau memiliki darah, tetapi tidak mengalir.”

(Lihat Nihayah al-Muhtaj, 1/237).

Menurut mazhab Imam Malik bahawa semua yang baik itu dihalalkan. Berdasarkan pendapat ini tidak ada kesan langsung daripada anggapan manusia (yang melihat ianya sebagai kotor) dalam pengharamannya. Yang menjadi kayu ukur adalah jika terdapatnya dalil yang menjelaskan pengharamannya. Jika tidak ada dalil yang mengharamkannya maka ia adalah halal.

Kami melihat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menguatkan pendapat ini. Beliau mengatakan pada tempat yang lain: ‘Tidak ada kesan dalam tanggapan jijik bagi orang Arab. Selama mana tidak diharamkan oleh syariat, ianya tetap halal. Ini adalah pendapat Imam Ahmad dan sahabatnya yang terdahulu. 

Beliau dengan pendapat ini melihat bahawa penghalalan yang mengikuti kebaikan dan kemaslahatan sedangkan pengharaman mengikuti kejijikkan dan kemudharatan yang terdapat pada zat sesuatu, bukan pada tanggapan manusia. Ini adalah pendapat yang kuat, kalau kita cermati.'” Lihat al-‘At’imah wa Ahkam al-Soid wa al-Zabah (76–80).

Di sini kami bawakan status hukum yang ada persamaan dengan isu yang dibahaskan pada kali ini, iaitu Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 di Negeri Sembilan telah membincangkan Hukum Menternak dan Menjual Lintah dan Cacing untuk Tujuan Perubatan dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus.”

 Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia hlm. 118.

Setelah meneliti muzakarah fatwa di atas, maka wujudnya persamaan antara hukum penggunaan cacing untuk penghasilan produk kosmetik dengan siput babi. Ini kerana kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, iaitu kedua-duanya ialah haiwan darat dan dipandang kotor oleh masyarakat majmuk setempat dari sudut dijadikannya sebagai makanan. 

Kedua-dua haiwan ini juga sudah dikenal pasti dapat mendatangkan manfaat dan maslahah kepada manusia sama ada maslahah dari sudut asliyyah atau tab’iyyah.

Kami berpandangan ianya harus berdasarkan satu kaedah dalam penentuan hukum berdasarkan illahnya, iaitu:

الحكم يدور مع عللها وجودا وعدما

Maksudnya: “Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.”

Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/260)

Illah pada pengharaman siput babi dan cacing ialah kerana keduanya merupakan haiwan yang khabaith mengikut mazhab Syafie dan uruf masyarakat setempat. Akan tetapi sekiranya illah itu tiada atau hilang maka hukumnya adalah harus.

Maka di sini, adakah terdapat illah khabithah pada penggunaan untuk pengunaan luaran (bukan untuk pemakanan) seperti pengunaan kosmetik. Sekiranya masyarakat sudah tidak lagi melihat sebagai khabithah pada penggunaan maka hukumnya adalah harus dan dihalalkan pengunaannya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, setelah mengkaji permasalahan ini daripada al-Quran, al-Sunnah dan kitab-kitab yang mu’tabar;

Bahawa hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah termasuk masalah ijtihadiyah kerana tidak ada nas al-Quran atau nas hadis yang secara sarih dan sahih (jelas dan sahih) menjelaskan hukum masalah ini. Hal ini dapat difahami kerana penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik merupakan masalah baru yang belum pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Bahawa menurut hasil analisa dan kajian pihak kami, bahawa hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah halal, kerana ia termasuk dalam perkara  tahsiniyyat  (iaitu perkara yang menjadi kesempurnaan dalam kehidupan) selagi mana ianya tidak memudaratkan dan mengdatangkan mafsadah. 

Ianya juga sama sekiranya penggunaan bahan yang masih dalam kerangka ijtihadiyyah akan pengharamannya digunakan untuk menghasilkan produk makanan.

Penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah termasuk masalah al-Maskut ‘anhu (yang disenyapkan dan tidak dijelaskan hukumnya secara jelas) oleh al-Quran atau al-Sunnah. Oleh itu selagi mana ianya tidak mengdatangkan mudarat dan mafsadah maka ianya adalah mubah harus. 

Ini kerana pada asasnyanya segala ciptaan Allah SWT yang ada di langit dan di bumi adalah dikhazanahkan kepada manusia, dan halal bagi manusia sehinggalah ada dalil yang mengharamkan segala jelas dan sabit. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

MaksudnyaDan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

(Surah al-Jathisah: 13)

Begitu juga sabda Rasullah SAW yang diriwayatkan Imam al-Daraqutni:

إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلاَ تَعتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَن أَشيَاءَ رَحْمَةً بِكُم غَيرَ نِسيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya dan Allah SWT telah membataskan beberapa batasan, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia mengharamkan pula beberapa barangan, maka janganlah membuatnya, dan Dia berdiam atas beberapa barangan sebagai tanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu mengungkitnya.”

Riwayat al-Daraqutni dan dihasankan oleh al-Nawawi

Maka berdasarkan firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW inilah para ulama usul telah merumuskan satu kaedah yang menyebut:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم عند الجمهور

Maksudnya: “Hukum asal segala sesuatu (yang bermanfaat) adalah mubah (halal) sehingga ada dalil yang menunjukkan ke atas pengharamannya. Inilah pandangan jumhur.”

Penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik adalah harus kerana manfaat yang diperolehi daripadanya daripada segi perubatan dan kecantikan. Justeru, hukum jual beli siput babi adalah sah kerana manfaat yang terhasil daripadanya. Hal ini bertepatan dengan prinsip-prinsip penetapan hukum Islam, dimana salah satu tujuan syari’at hukum Islam adalah untuk mewujudkan kemaslahatan. 

Jika kerana banyaknya manfaat dalam penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik, maka hal ini diharuskan bahkan sah diperdagangkan.

Semoga dengan pencerahan dan penjelasan ini memberikan kita ilmu dan kefahaman yang jelas tentang agama dan permasalahannya. Amiin.

Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

24 Mac 2017M bersamaan 25 Jamadil Akhir 1438H

Ibadah dijadikan ‘troll politik’ amat biadab

 


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan sikap segelintir pihak yang menjadikan ibadah solat sebagai bahan gurauan atau troll politik adalah satu tindakan yang sangat biadab.

Menurutnya, rukun Islam kedua itu perlu didirikan tanpa mengira sebarang situasi, sama ada di lautan, hutan, udara bahkan di angkasa lepas sekalipun.

“Solat didirikan setelah memenuhi syarat dan rukun walaupun ketika di lautan, di hutan, di udara hatta di angkasa lepas sekalipun. Paling penting adalah menjaga solat.

“Amat biadap jika ibadah solat yang diwajibkan dan diharuskan dalam keadaan tertentu dijadikan bahan gurauan atau troll politik oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam satu hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian sambil memetik potongan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, ‘Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad’, riwayat at-Tirmizi.

Baru-baru ini, tular beberapa keping foto Anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) menunaikan ibadah solat di atas hamparan batu di Gunung Jerai ketika membantu penduduk setempat mendapatkan sumber air bersih gara-gara banjir yang berlaku di Yan, Kedah. – HARAKAHDAILY 26/8/2021

Apa Rahsia Disebalik 'Solat atas batu' Ini?

 

Solat atas batu

SATU keping gambar tafsiran pelbagai. Cara mata melihat dan hati berbisik, lalu kata-kata atau tulisan terbit dengan pelbagai nada. Pertama kali saya lihat gambar tersebut, saya rasa sebak dan apa yang terlintas di hati.

Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.

Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nyawa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.

* Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. Insya-Allah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.

Tuan puan, solatnya jelas sah, cukup syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat. Allahu Akbar, sabda Nabi SAW:

أُعْطِيتُ خَمْسًا لَم يُعْطِهِنَّ أَحَدٌ قَبْلِي.. وَجُعِلَتْ لِي الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًاً فَإيما رجل مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةَ فَلْيُصَلِّ

Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku… (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat. [HR al-Bukhari: (438)]

Rasulullah SAW bersabda:

الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلّا المَقْبَرَةَ وَالحَمَّامَ

Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas. [HR al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)]

Saya rasa terkilan apabila ada pihak atau individu yang sinis dengan situasi solat atas batu ini hingga dituduh menunggang agama dan pelbagai sindiran tajam. Kenapa terus menerus menunggang politik, hingga dalam kerja kebajikan pun masih tidak boleh jadi asbab penyatuan ummah.

Saya sendiri dan kami NGO Sahabat Amal Care memang terlibat secara langsung dengan misi ini. SAC menyalurkan infaq orang ramai kepada projek waqaf paip ini. Kami menyaksikan perjalanan sukar mereka memakan masa yang berjam-jam berjalan kaki untuk sampai ke kawasan tepat di atas bukit.

Mengapa mereka perlu membahayakan diri untuk melakukan kerja-kerja pemasangan paip tersebut?

Berikutan tragedi kepala air yang berlaku dalam musibah banjir, beberapa perkampungan di sekitar kaki Gunung Jerai, telah terputus bekalan air berikutan paip utama pecah, jangka waktu baik pulih memang memakan masa, sedangkan mereka perlu mendapatkan bekalan air bukan hanya untuk keperluan harian, tapi untuk membersihkan lumpur tebal, jika tidak segera maka akan mengeras dan proses membersih berkali ganda sukar.

Keseluruhan sistem perpaipan bermula daripada takungan sehinggalah ke saluran paip telah rosak dan hanyut dibawa arus banjir. Dengan pantas dan cekap, para petugas disusun untuk membawa naik dan menarik paip PVC yang bersaiz 2 hingga 3 inci dan panjangnya 100 meter setiap satu gulungan ke sumber air bersih di puncak bukit.

Peringkat awal masih boleh melalui darat, satu masa mereka perlu melalui dan berada di dalam sungai. Bukan hanya pasang satu saluran paip atau untuk satu kampung, tapi untuk banyak kawasan.

Lebih mencabar lagi apabila cuaca di sini hujan lebat, jalan untuk menaiki bukit menjadi licin dan lecak. Ditambah dengan pokok-pokok dan batu-batu yang besar, perjalanan menjadi lebih sukar.

Mereka buat semua ini percuma, lillahita’ala, tanpa bayaran tanpa upah apa-apa. Siapa kenal mereka dengan nama apapun akan tahu siapakah tentera kebajikan ini. Unit Amal, Jabatan Amal atau Khidmat Malaysia.

Saya sendiri membesar dengan melihat bagaimana mereka memberi khidmat dengan hati dan iman. Sayap wanita mereka antaranya Ameerah, Briged Muslimat, Aalimat dan lain-lain.

Kerja kebajikan dalam misi ini bukan hanya dilakukan oleh umat Islam, kami juga jumpa NGO dan sukarelawan non-Muslim yang turun padang, kita boleh tolak tepi perbezaan agama dan bangsa, kenapa sesama umat Islam perlu begini.

Bila berlaku misi, kami sendiri suka bekerjasama dan mengutamakan pemimpin tempatan, kerana mereka terlebih dahulu yang sampai ke lokasi kejadian dan memulakan bantuan. Begitu juga dengan NGO lain, saling bekerjasama dan melengkapi. Ini bukan medan siapa lebih bagus, lebih cepat atau lebih banyak memberi. Nauzubillah, bimbang pahala yang dicari bertukar dosa dan saling membenci, ia sangatlah rugi.

Ya, saya terasa dengan isu ini. Mungkin kerana selama empat hari kami di sini kami melihat bagaimana mereka bekerja dan beramal. Solat jemaah jika dapat awal waktu memang menjadi keutamaan mereka.

Kami turun ke Kedah hari ke-3 selepas musibah banjir, dan sungguh kami kagum dengan para pemimpin tempatan, YB yang kami jumpa iaitu YB Ustaz Azam, YB Ustaz Sabri dan YB Ustaz Hanif, turun padang macam rakyat biasa tiada beza, tiada layanan istimewa. Mereka adalah YB kawasan banjir.

Sesampainya kami ke tempat kejadian, banyak bahagian dalam rumah yang sudah pulih, kami hanya perlu membantu mana-mana bahagian yang mereka tak mampu. Atas faktor keletihan dan kekurangan tenaga, terlalu banyak rumah, dan operasi banjir selut sangat jauh beza dengan banjir air sahaja.

Kami kagum dengan gerak kerja jentera mereka, daripada kalangan muslimin dan muslimat, daripada yang memasak, menyediakan dan menghantar makanan serta minuman untuk mangsa banjir setiap hari. Bahkan petugas yang membersih dan menyampaikan bantuan terdiri daripada kalangan anak muda hingga warga emas, malahan yang sudah mencecah usia 80 tahun ke atas pun ada.

Ada hikmah atas semua yang berlaku, mungkin dengan ini masyarakat lebih kenal siapa mereka.

Siapa Jabatan Amal Malaysia?

Jabatan Amal Malaysia sebelum ini pernah dikenali sebagai ‘Unit Amal’ dan telah ditubuhkan sejak 1991.

Di awal penubuhan jabatan ini, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, antaranya kekangan kewangan, tiada bantuan dan sokongan, tenaga kerja yang kurang dan bersilih ganti.

Namun, jabatan ini tetap terus melangkah dan semakin kukuh tahun demi tahun. Anggotanya tetap berintegriti dalam memberi dan membantu walau apa jua situasi. Bahkan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan apabila rakyat Malaysia dan negara jiran memerlukan.

Saya kongsikan beberapa fungsi bahagian di bawah Jabatan Amal Malaysia:

1) Bahagian operasi

Terdiri daripada Kor Medik dan Penyelamat yang berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan.

2) Bahagian latihan

Merancang latihan, pelaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat.

3) Bahagian kebajikan

Merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan bertujuan menyampaikan risalah dakwah menerusi kerja kebajikan. Di bawahnya terdapat Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan.

4) Bahagian pelapis

Bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal.

5) Bahagian staf

Sebagai sekretariat urus tadbir oleh Ketua Pegawai Tadbir dan Ketua Pegawai Kewangan.

Mereka bukan sahaja terlibat dalam misi banjir ini, bahkan pelbagai misi kebajikan lain yang turut dijayakan, antaranya:

1. Operasi pembersihan premis awam dan rumah penduduk akibat banjir di seluruh Malaysia.

2. Mengurus jenazah Covid-19.

3. Menyampaikan bantuan kemanusiaan di seluruh Malaysia dan luar negara.

4. Menyampaikan bantuan semasa bencana tsunami di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Aceh, Indonesia.

5. Menganjurkan program derma darah seperti program Amal Mega Blood Donation 2021 yang berjaya mengumpul sebanyak 5,135 penderma darah.

Dan pelbagai lagi yang tidak tertulis.

Subhanallah, Allahu akbar, jiwa mereka hidup dengan mewaqafkan diri dan tenaga untuk kebaikan ummah. Melakukan tugas tidak mengira waktu walau tanpa bayaran dan kadang kala tiada liputan media. Namun masing-masing tetap istiqomah memberikan yang terbaik. Benar, mereka juga antara hero yang jarang didendang.

Dalam menghulurkan bantuan dan misi kemanusiaan, tugas kita ialah untuk saling bekerjasama, bahu-membahu dan saling berganding kekuatan antara satu sama lain.

Alhamdulillah, dengan adanya waqaf paip ini, bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk setempat khususnya di kawasan kampung sekitar kaki Gunung Jerai.

Tanpa sumbangan tuan puan sekalian, waqaf ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga setiap air yang mengalir itu memberi manfaat dan pahala yang tidak putus juga buat semua penyumbang.

Semoga Allah menyatukan kita semua dalam jalan kebaikan. 

Terima kasih kepada para penyumbang yang dermawan kerana sentiasa menyokong kerja kebajikan dan dakwah yang sedang diusahakan.

Semoga segala kebaikan kalian diganjarkan syurga Allah SWT.

Kami hanya jentera kecil yang turut sama membantu mewakili rakyat Malaysia.

جزاكم الله خيرا

ASMA’ BINTI HARUN DAN NGO SAC
Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care – HARAKAHDAILY 26/8/2021

Tulisan ini diambil daripada laman Facebook Ustazah Asma’ Harun.

Peluang jadi usahawan, sila lihat siri-siri ini..
Siri 4:  bersambung...

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails