Thursday, September 23, 2021

Waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report. Ajar dia, padan muka..

 


Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kerana gagal hadir pada pertuduhan berkaitan kes mengeluarkan fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, yang berumur 62 tahun itu.

Nordiana kemudian menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli.

Rewcastle-Brown dijadual dituduh hari ini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report. Ajar dia, padan muka..

Pengalaman Nurmaisarah Leong, memeluk Islam. Al-hamdulillah.

 

Nurmaisarah bersama sijil diterima sebagai Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan 2021, baru-baru ini.- Foto/Ihsan Nurmaisarah Leong

Sapu tangan buat tutup rambut ketika memeluk Islam

KUALA LUMPUR: Bermula keinginan mahu selalu berdoa kepada Allah selepas bersolat sebagai tanda sokongan rakan sebiliknya yang menderita suatu penyakit, mengetuk pintu hati Tokoh Mualaf Wilayah Persekutuan 2021, Nurmaisarah Leong, memeluk Islam.

Nurmaisarah, 54, mula tertarik dan mendalami Islam ketika duduk sebilik dengan rakan beragama Islam sewaktu melanjutkan pengajian di sebuah pengajian di ibu kota.

Ketika itu, salah seorang rakan sebilik di asrama diganggu makhluk halus, yang kemudian berubat dengan ustaz sebagai salah satu ikhtiar untuk kesembuhan itu.

"Ketika membawa rakan berubat, seorang ustaz berpesan supaya kami rakan sebilik sentiasa menjaga amalan, berdoa dan tidak meninggalkan bersolat.

"Pesanan itu sering terngiang-ngiang dalam fikiran saya, bagaimana cara untuk berdoa dan bersolat serta menjaga amalan itu.

"Dari situ saya terfikir, bagaimana nak bantu sedangkan saya tidak ada 'amalan' dan bukan beragama Islam.

"Bermula detik itu secara perlahan-lahan saya belajar mengenai Islam. Saya diajar mengambil wuduk oleh rakan sebilik," katanya mengimbas memori mengenai keputusannya menukar agama daripada Buddha kepada Islam ketika berusia 39 tahun.

Pembantu Mubaligh S19 Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini, berkata semuanya berlaku pantas dan tidak mudah seperti yang disangkakan.

Mungkin ada yang beranggapan beliau memeluk Islam kerana pengaruh rakan Islam.

Nurmaisarah mendalami Islam sejak belajar di kolej.- Foto/Ihsan Nurmaisarah Leong

"Namun, saya sentiasa berfikiran terbuka dan menganggap ia takdir yang Allah sudah tetapkan.

"Selepas yakin dan bulat keputusan, saya nekad menunggang motosikal sejauh 15 kilometer seorang diri dari Taiping menuju ke Pejabat Agama Taiping, Perak untuk melafazkan syahadah.

"Tanpa kawan menemani di sisi, ketika lafaz pun saya hanya memakai sapu tangan untuk menutup rambut.

"Semuanya berjalan lancar. Selepas memeluk Islam mengambil masa hampir sembilan bulan untuk memakai tudung. Selama sembilan bulan itu juga saya hanya mempelajari Islam bersendirian tanpa kelas yang betul," katanya.

Nurmaisarah, berkata berkat kesabaran dan keikhlasannya memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam dengan mengikuti kelas agama di beberapa pusat Islamiah berdaftar.

"Alhamdulillah, saya merantau di beberapa tempat seperti Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) dan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) sebelum saya melanjutkan pengajian peringkat Diploma Kepimpinan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

"Saya bertuah walaupun perjalanan sehingga hari ini bukanlah mudah, tetapi ia dipermudahkan dengan izin Allah, " katanya.

Ditanya mengenai penerimaan ahli keluarga, Graduan Ijazah Sarjana Muda Ussuluddin di Universiti Malaya (UM) ini, berkata beliau terpaksa menyembunyikan sudah memeluk Islam daripada ahli keluarga agak lama sehingga beberapa tahun tidak balik ke kampung untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

"Tidak mudah untuk mereka menerima berita ini. Saya mengambil masa lama untuk membuat mereka menerima saya seadanya.

"Tetapi saya tidak pernah putus asa sebaliknya berdoa kesejahteraan mereka kerana air yang dicincang tidak akan putus," kata anak ke sebelas daripada 12 adik-beradik itu.

Beliau yang berasal dari Gerik, Perak, dan menetap di Putrajaya bersyukur atas perjalanan yang indah sejak memeluk Islam, sehingga mendapat pengiktirafan sebagai tokoh mualaf sekali gus sebagai pembakar semangat untuk terus berdakwah.

Nurmaisarah atau nama sebenarnya, Leong Yoke Keen aktif dalam pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH), berpendapat, pembangunan perkembangan golongan Mualaf di Malaysia bukan perkara asing.

Seni khat Jawi yang dikagumi Nurmaisarah.

"Saya melihat sekarang ramai mualaf yang berpendidikan tinggi dan golongan itu memberi balik dan ada menjadi guru agama di pelbagai agensi dan NGO.

"Perkembangan baik ini menunjukkan mualaf tidak hanya melafazkan syahadah semata-mata hanya untuk berkahwin tetapi keikhlasan untuk mendalami Islam seterusnya menjalankan fardu kifayah sebagai hamba-Nya," katanya yang mengajar bahasa Mandarin dengan sebahagian yuran disalurkan pembinaan Masjid Jamek Cina Muslim Klang. (BH)

Lihat sebelum ini..

Ini 8 Komen Agenda PH Mahu Kekal Berkuaasa.

 


8 comments: Suara rakyat dalam blog ini.

Anonymous said...

Syabas Bossku...!! Lawan dan lawan

Datuk Seri Najib Razak mengucapkan syukur kerana polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah membuka kertas siasatan berhubung aduannya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada minggu lalu.

Mantan Perdana Menteri itu dimaklumkan mengenai kenyataan dari Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din yang menegaskan polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan bagi maksud menipu.

“Maka, jawablah sesiapa yang arahkan untuk menghasilkan taksiran penalti cukai saya yang sengaja disalah kira untuk kenakan saya.

“Jawablah kenapa wang disebut sebagai RM2.6 bilion yang dikembalikan kepada penghantar empat bulan kemudian diambil kira sebagai pendapatan.

“Jawablah kenapa dana yang dipindah dari satu akaun atas nama saya ke akaun atas nama saya yang lain (dalam bank yang sama) turut diambil kira sebagai pendapatan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Pada 8 September lalu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan membuat laporan polis terhadap LHDN selepas menerima maklumat pegawai agensi itu menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Najib mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Anonymous said...

2 tahun Najib difitnah dan propaganda dikenakan atas bossku akibat isu ini.

Saya(Najib) nak tahu siapa haramjadah yang arahkan untuk kenakan cukai tambahan atas saya atas RM2.6b yang dikembalikan kepada penghantar selepas 4 bulan tanpa memberi saya sebarang peluang untuk mempertikaikan pengiraan taksiran cukai.

Arahan haramjadah siapakah sebenarnya yang penjawat awam dikerah ikut arahan si haramjadah itu..

Bongkar..!!!Lawan dan lawan

Anonymous said...

Pilih ph, nanti rakyat jadi lagi susah. Baru 22 bulan pun asyik rebut kerusi pm, bila masa nak jaga rakyat. Seluruh energy bertumpu pada kerusi pm. Mangkok2 dlm pkr dan pan pun berebut2 nak ghanimah. Caranya melalui kerusi pm. Maka bertembunglah kem semburit dan kem billionaire. Manifesto sebelum pru nampak mcm suci, berwawasan dan bertenaga, meleset rupanya. Akhirnya timbul istilah manifesto bukan kitab suci. Tahu pun.

Anonymous said...

Ph lebih berorientasikan materialisme berbanding aqidah. Buktinya mereka sangat benci golongan beragama. Macam2 sindiran dibuat. Lebih kurang macam sindiran puak kuffar dgn Nabi dan sahabatnya. Trend berulang. Semasa, masyarakat di msia ada ph yg ditunjang oleh pan dan pkr sebagai penyindir kpd golongan agama.

Anonymous said...

Nak PH jadi kerajaan mme nak melingkup hancuss....!!

aauuww lets twist againn.. yeahhaahh

Pencabulan etika antara cabang legalslatif dan executive. Klip video tular yang menunjukkan aksi Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Hakim Tan Sri Richard Malanjum dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menari twist di pentas pada majlis makan malam 'Opening of Legal Year 2019' anjuran Sabah Law Society di Kota Kinabalu Sabah.

link tu haah kat bawah tuhh siall..!!

https://m.malaysiakini.com/columns/461132

twist againn yeeahhahhhh..!! aawwuu pak maun moden.. yeehaahh..!!

Anonymous said...

Tak maen link kitee bagi fakta dan bukti lahh..

Kerajaan PH gagal senarai 123 Pengkhianatan PH Semasa Mereka Memerintah Negara Selama 22 Bulan Sahaja

1. Yang meletakkan kafir Harbi mengurus hal ehwal Islam spt T.Haji - PH
2. Yang laksanakan tender terbuka secara direct nego untuk kroni sahaja - PH
3. Yang kata untuk bayar hutang 1MDB , hutang negara 1 Trillion- PH
4. Yang hapuskan GST supaya peniaga proPH dapat melarikan cukai- PH
5. Yang janji hapus tol - PH
6. Yang konon stabilkan dan subsidi harga minyak ke RM1.50- PH
7. Yang kata hendak mansuh kilang arak - PH
8. Yang ciplak usaha BN iaitu BR1M melalui BS. Potongan BRIM kepada separuh - PH
9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah, 22 bulan tiada bayang - PH
10. Yang berjaya lelong aset Tabung Haji - PH
11. Yang membebas perasuah dan pesalah dalam kalangan MP sendiri ke muka pengadilan dengan bantuan Tommy Thomas - PH
12. Yang bawa balik dan lelong bahan bukti kapal pesiaran kes 1MDB - PH
13. Yang membawa masuk pendatang haram warga China masa KLIA blackout- PH
14. Yang sabotaj KLIA dan KLIA2 supaya pendatang haram warga China bolos - PH
15. Yang mesra LGBT Seksuality Merdeka dan arak - PH
16. Yang mengajar menghina institusi raja-raja, Islam dan Melayu - PH
17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara dengan lantang hanya media proPH/yang lain dilaporkan ke SKMM - PH
18. Yang tiada kebebasan media lagi seperti TV3 sehingga ramai pembaca berita letak jawatan - PH
19. Yang beri dana SK/SM Persendirian Cina - PH
20. Yang meletakkan level kasut sekolah putih-hitam - PH
21. Yang buang elaun kritikal kakitangan Awam- PH
22. Yang meminjam BON samurai sedangkan rezab BNM masa ada - PH
23. Yang hapuskan akta anti berita palsu gubalan zaman BN - PH
24. Yang membebaskan perasuah, perogol, pemabuk dan pengganas LTTE - PH
25. Yang lantik kononnya teknokrat dan pakar daripada kroni PH untuk ketuai GLC - PH
26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan seperti JASA, BTN dan MEIA - PH
27. Yang meletakkan T.Haji bawah kawalan MOF-LGEng - PH
28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz hanya RM250Ribu tapi SJKC RM21 juta- PH
29. Yang beri RM30 e- wallet utk kaburi rakyat tapi RM420 juta yang tidak dituntut masuk poket kroni DAP - PH
30. Yang pecat 12K kakitangan Awam - PH
31. Yang jual TRX kepada SPV - PH
32. Yang tiada langkah PKP dan memulakan kes Covid19 tanpa kawalan- PH
33. Yang meneruskan bantuan persekolahan RM100 idea BN - PH
34. Yang perkenal statut rome ICERD - PH
35. Yang kencing dan seleweng Tabung Harapan konon utk bayar hutang - PH
36. Yang turunkan gaji minimum dari RM1200 cadangan BN ke RM1000 - PH
37. Yang menyambung skim B40/M20 peninggalan BN- PH
38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim tanpa menangkap pelaku iaitu suami kepada Menteri DAP - PH
39. Yang gagal tangkap dan dakwa individu bukan islam menghina islam dan Raja - PH
40. Yang memusnahkan wawasan 2020 - PH
41. Yang menyebabkan kenaikan harga barang setelah perkenal semula SST- PH
42. Yang mengedar komik propaganda komunis - PH
43. Yang beri tumpuan menghidupkan E-hailing dan menipu pemandu Teksi dengan pelbagai janji - PH
44. Yang berjaya membantah Tulisan Jawi,mesra Dong Zhong, Dong Jiao Zong - PH

Sambung ---

Anonymous said...

Sambung ---

45. Yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia - PH
46. Yang yang janji mansuh AES,diskaun AES mansuh dan kamera ditambah- PH
47. Yang menyambung projek BN tanam buluh - PH
48. Yang jadi broker tanah untuk lelong Kampung Bahru, K.Lumpur oleh Menteri PAN - PH
49. Yang menyebabkan Negara India menolak pembelian Kelapa Sawit Malaysia - PH
50. Yang bawa Abu Chin Peng - PH
51. Yang DIAM isu rusuhan kuil tanpa pembelaan kematian anggota Bomba-PH
52. Yang menyebabkan saham ASB, LTAT dan TH jatuh merundum -PH
53.MP sendiri menjadi peguam bela terhadap jenayah IC Palsu menentang kerajaan sendiri-PH
54.Yang bermadah dengan warkah kakanda buat Adinda -PH
55.Yang kalah setiap kali PRK -PH
56.Yang buat Langkah Kajang dgn paksa ADUN sendiri letak jawatan-PH
57.Yang mengatakan pengacara bertudung menurunkan ranking penonton TV -PH
58.Yang mengatakan BRIM rasuah,tapi BSH adalah bantuan-PH
59. Yang menyebabkan ekonomi terus merosot-PH
60. Yang mansuhkan kad siswa RM250 -PH
61. Yang perkenalkan cukai minuman bergula-PH

62.Yang memansuhkan jawatan tetap dan berpencen kakitangan awam dimansuhkan-PH
63.Yang menaikan Caj taksiran PBT dinaikkan seluruh negara- PH
64.Yang menaikkan Caj Doktor dan Pergigian-PH
65.Yang menaikkan caj harga pos- PH
66. Yang menaikkan cukai petak di Selangor dan P.Pinang-PH
67.Yang menaikkan tarif elektrik -PH
68.Yang DIAM kes kematian Syed Daniyal dilebuhraya -PH
69.Yang menipu kelulusan sijil dan Ijazah-PH
70.Yang menipu memansuhkan/tangguh PTPTN bawah RM4K -PH
71.Yang tidak kisah bawa anjing naik troli di Pasaraya -PH
72. Yang hendak mengkaji dan penambahbaikan subjek Pend Islam oleh Bukan Islam -PH
73.Yang suruh nelayan tanam nenas -PH
74.Yang banyak lakonan menteri menangis -PH
75.Yang buat kempen minum sesudu sawit -PH
76.Yang bebaskan 2 ADUN yang terlibat LTTE-PH
77. Yang hendak agihkan zakat untuk Bukan Islam-PH
78.Yang menyatakan salah dan jenayah tatkala perempuan BERSUNAT-PH
79.Yang benarkan Transgender boleh masuk tandas perempuan-PH
80. Yang BEBAS kan kes mahkamah Tian Chua...L.G.Eng-PH
81.Yang GUGURkan peguam Adib-PH
82.Yang DIAM bila Jalur Gemilang diterbalikkan -PH
83. Yang DIAM bila perhimpunan kerabat komunis di Kajang-PH
84.Yang kata 'Apa hendak takut dengan Abu Mayat Chin Peng' dan Chin Peng pejuang kemerdekaan oleh (M.Sabu)-PH
85.Yang ponteng persidangan Parlimen sebab sejuk-PH
86.Yang DIAM bila ada majlis TATU bogel-PH
87.Yang anti kemasukan Dr Zakir Naik ke Malaysia-PH
88. Yang kena Menteri kena penampar dan lompat pagar -PH
89.Yang DIAM bila ditamatkan prosiding pendawaan 12 penyokong LTTE-PH
90.Yang ramai ahli keluarga adalah BEKAS komunis - PH
100. Jual 12 strategic assets worth RM25.6 including pada Singapura Hong Kong dll

sambungg

Anonymous said...

haah...

sambungg lgii

101 Jual assets IHH Berhad (RM8.42 billion) pada Singapura - PH
102. Jual Sapura Upstream (RM3.7 bililon) - PH
103. Jual Acibadem Sigort (RM1.25 billion) -PH
104. Jual Telco M1 (RM1.65 billion) - PH
105. Jual TNB shares (RM1.05 bililon) - PH
106. Jual Boustead Plantation (RM1.2 bililon) pada Singapura - PH
107. Jual Axiata Digital (RM0.579 bililon) - PH
108 Jual BDO Unibank (RM0.415 bililon) - PH
109. Jual CIMB (RM0.364 billion) - PH
110. Jual Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) pada Singapura - PH
111. Jual Bangunan Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion) - PH
112. Khazanah’s jual 16% of its stake in IHH Healthcare to Japan’s Mitsui & Co for a meagre RM8.42 billion, leaving Khazanah only 26% equity interests in the company, a share cut worth RM13.13 billion today...!! - PH
113. Yang perkenal Dosa Peribadi - PH
114. Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta - PH
115. Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan. 200 negara dunia termasuk Afganistan Nepal Mali Indon laksana GST- PH
116. Refund cukai pada pengelak cukai - PH
117. Pecat 45k kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt - PH
118. Menari 'Twist Again' sampai mabok antara Legalistatif, Pentadbiran ialah Tommy Thomas, Siti Kasim, and gangs - PH
119. Pecat kakitangan awam kontrak - PH
120. Keluarga Gabnor Bank Zety terima duit 1MDB dri Jho Low - PH
121. Jo Low bertukar jadi beruang - PH
122. Justo lesap depan hidung Tun - PH
123. Tun beri percuma selama lamanya Pulau Batu Putih pada Singapura sedangkan ada bukti bersurat milik negara - PH

https://m.facebook.com/isham.abdjalil/videos/sebab-mahathir-menyerahkan-pulau-batu-putih-kepada-singapuraoleh-isham-jalilbebe/2402559560066584/

Inilah agenda PH yg mahu kekal berkuasa di Malaysia.

Cara Ternak Siput di Rumah, pembenihan &bermodal kecil.

 

Peluang jadi usahawan ternak siput..


Cara Ternak Siput di Rumah, pembenihan &bermodal kecil.

Siput yang imaksudkan di sini, disebut juga siput gergasi, atau siput babi atau bekicot (Indonesia). Nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah sejenis haiwan moluska dari kelas Gastropoda (berjalan dengan perut). 

Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan  insang, siput babi menggunakan paru-paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan lingkaran. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10 cm sehingga 12 cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. 

Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hermafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. 


Sila lihatlah panduan yang dikumpulkan di bawah ini.

1. Penyediaan Media Ternak Siput.

Tahap awal, mesti sediakan terlebih dahulu media bahan atau sangkar yang akan digunakan untuk membiakkan siput kemudiannya. Yang penting sangkar itu mempunyai kelembapan dan teduhan yang tepat, iaitu pada 25 hingga 30 darjah Celsius. Dengan ketepatan suhu yang ideal, pembiakan siput dapat dimaksimumkan.

Ada 2 kaedah ternak siput dalam sangkar
(i) Campurkan semua siput dari kecil ke besar dalam satu sangkar.
(ii) Memisahkan kecil dan besar, dalam sangkar yang berbeza.

Jenis Sangkar Siput

(i) Sangkar kotak kayu. Kayunya, disarankan adalah jenis kasau dengan panjang 1 meter x 1 meter. Di dinding, anda boleh gunakan wire mesh, dan bahagian atasnya digunakan sebagai bumbung untuk membantu mengekalkan keteduhan dan kelembapan optimum di dalam sangkar.

(ii)Kandang tabung simen.
Lebih kurang sama dengan membuat sangkar kayu, bezanya ialah sangkar tabung simen dibuat kekal.
Di dalam sangkar ini dapat ditambah bahan atau media pendukung berupa tanah dan cacing. Fungsinya adalah untuk menjaga kelembapan. Cacing tanah juga secara bersamaan dapat memberi makan dan menyerap kotoran siput di dalam sangkar.

(iii) Kandang gempa
Proses membuat sangkar satu ini cukup mudah, hanya perlu menggali tanah hingga kedalaman 1 meter.
Anda boleh membuat sangkar tanah di bawah pokok.
Untuk dinding tanah, anda boleh menambah lapisan pasir atau simen.

(iv) Supaya sangkar
Sekiranya siput masih mempunyai naungan yang dijaga, anda boleh membuat penutup dari bahan tempat tidur.

2. Proses Pembiakan Siput

Hanya ada beberapa jenis yang boleh dijadikan spesies untuk tujuan ini. Antaranya terdapat 2 jenis siput.
(i) Achatina fulica dan
(ii) Achatina variegata.

Pilih mengikut keseuaian anda. Boleh mengambil siput yang ada di kawasan sekitar rumah, misalnya di kawasan perkebunan, sawah, semak, dan tempat lembap lainnya. Pastikan memilih benih unggul untuk mendapatkan hasil tuaian terbaik, yang mempunyai berat khas sekitar 75 hingga 100 gram per siput, dan tidak mempunyai kecacatan fizikal.

3. Pusingan Pembiakan Siput.

Teruskan ke peringkat penternakan siput yang paling penting, iaitu proses pembiakan. Tempoh kahwin untuk induk biasanya bermula pada usia 6-7 bulan. Secara umum, sebelum musim pembiakan, siput dewasa akan mencari tempat yang selamat untuk bertelur, dan tidak memerlukan kawasan khas.

Betina induk dapat menghasilkan telur antara 50, hingga 100 telur, dengan ukuran yang mencapai maksimum 2 mm.

4. Penjagaan Diperlukan dalam Pemeliharaan Siput.

Apabila telur siput menetas, anda boleh pisahkan brooders dari anak di sangkar yang berbeza.
Sementara itu, untuk perniagaan memberi makan siput, berikan lumut, buangan daun, dan tambahkan kapur.

Jangan lupa untuk selalu menjaga kebersihan kandang, dan periksa dengan kerap agar haiwan lain tidak masuk.

5. Proses Tuai.

Tiba di peringkat terakhir dalam penanaman siput, iaitu proses penuaian yang dapat dilakukan ketika usia 5-8 bulan. Anda boleh memilih dari pelbagai pengguna dan pasaran. Ada yang hanya mahukan daging, atau dengan tempurungnya sekali.

Sekian. Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails