Saturday, November 20, 2021

China kaya di dunia, ada peluang ke 'barua'nya naik taraf?

 

Anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion (RM29.27 trilion) pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion (RM501.78 trilion) pada tahun 2020. - Foto AFP

China kini negara paling kaya di dunia

WASHINGTON: China kini menjadi negara paling kaya di dunia mengatasi Amerika Syarikat (AS).

Ia berdasarkan satu laporan penyelidikan terbaharu yang dikeluarkan baru-baru ini.

Penyelidikan yang dilakukan oleh syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co itu mendapati anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion (RM29.27 trilion) pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion (RM501.78 trilion) pada tahun 2020.

Peningkatan itu mengatasi AS yang mencatatkan nilai kekayaannya meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$90 trilion (RM376.43 trilion).

Namun, AS gagal untuk mengatasi China disebabkan tiada lonjakan harga di pasaran hartanahnya.

Data itu dikumpulkan dari tahun 2000 hingga 2020.

China hanya menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001, sekali gus menyebabkan lonjakan kekayaannya.

Menurut penyelidikan itu, kekayaan dunia sudah meningkat tiga kali ganda sejak dua dekat lalu dari kira-kira AS$156 trilion (RM652.47 trilion) pada tahun 2000 kepada kira-kira AS$514 trilion (RM2,149 trilion) pada tahun 2020. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimChina kini adalah  negara paling kaya di dunia. Ada peluang ke 'barua'nya boleh naik taraf? Barua, talibarut, kuda kepang, balaci, hamba pecacai atau ejennya mungkin terdiri dari negara, syarikat, atau individu yang besar. 

Mereka juga boleh jadi penjajah yang mencatur dan melacur otak manusia di dunia. Mungkin mereka dari negara kapitalis, sosialis, komunis atau macam-macam lis lagi. Ini barua kelas tinggi. Di Malaysia ada barua kelas rendah sikit, yang bertopeng di balik parti demokratik, kebebasan, hak asasi manusia, liberal dan lain-lain. 

Mereka barua-barua kelas tempatan yang kadang-kadang berlagak lebih tuan dari tuan. Mereka adalah pengemis-pengemis penagih upah, melutut dan menjilat tak kira punggung siapa saja, asal dapat duit. Kerana China negara kaya, maka kepada golongan inilah ditanya, "ada peluang ke 'barua'nya naik taraf?"

Boleh jadi 'barua internasional' penggadai agama bangsa dan tanah air, kerana duit. Kesian mereka, di dunia pun sudah bangsat, apa lagi di akhirat. Kesian, kesian, kembalilah kepangkal jalan!

Kembali undi PAS dan gengnya (PN). 


Sila lihat siri PRN Melaka:

Friday, November 19, 2021

Sukan, Aifa membara beraksi di laman sendiri. Berpahala kalau...

 

Aifa tidak sabar beraksi di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia minggu depan.

SUKAN

Semangat Aifa membara beraksi di laman sendiri

KUALA LUMPUR: Bintang muda skuasy negara, Aifa Azman jelas sudah tidak sabar untuk membuat kemunculan di Kejohanan Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil dari 23 hingga 27 November ini.

Aifa yang memenangi 10 daripada 11 perlawanan disertainya tahun ini berkata, kejohanan yang berlangsung di laman sendiri ini pastinya memberikannya lebih suntikan semangat kepadanya.

"Ini adalah kejohanan AS$50,000 (RM209,000) pertama saya di Malaysia dan saya sangat teruja untuk bersaing menentang pemain pilihan yang ada," kata pemain berusia 19 tahun itu.

"Tentunya saya amat menanti-nantikan pengalaman ini dan saya fikir prestasi saya pada ketika ini berada di tahap yang sangat baik."

Untuk rekod, pemain yang berada di kedudukan ke-69 dunia itu sudah memenangi dua kejohanan berturut-turut, salah satunya di kejohanan SRAM PSA 5 dan 6, Oktober lalu.

Pemain dari Kedah itu turut hampir meraih gelaran ketiga namun tewas di pentas final SRAM PSA 7 kepada rakan senegara, Rachel Arnold, awal bulan ini.

"Saya tewas di tangan Rachel sebelum ini tetapi ia mungkin kerana saya sedikit keletihan selepas menyertai banyak kejohanan.

"Namun saya gembira kerana tahun ini mempunyai banyak kejohanan dan saya sudah kembali menjalani latihan dan sudah bersedia untuk beraksi," tambahnya.

Aifa yang tidak berada dalam senarai pemain pilihan dijadual bertemu pemain di ranking ke-47 dunia, Mayar Hany dari Mesir pada pusingan pertama dan kemenangan bakal menyaksikan dirinya bertemu pilihan ketiga, Yathreb Adel.

"Saya fikir ia satu peluang yang baik apabila diundi bertemu Mayar di pusingan pertama. Sekiranya saya meraih kemenangan, saya berpeluang bertemu Yathreb dan saya tidak sabar untuk pertarungan itu," kata Aifa.

Selain Aifa, antara pemain wanita negara yang bakal bersaing adalah pemain nombor dua negara, Rachel Arnold dan Chan Yiwen.

Rachel diundi bertemu pemain Hong Kong, Tong Tsz Wing di pusingan pertama manakala Yiwen menentang Hana Ramadan dari Mesir.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau mahu kegiatan sukan di Malaysia beraksi mengikut 'syariat Islam', bahkan menjadi sebahagian daripada kerja buat ibadat Agama yang berpahala, UNDI PAS, dan geng-gengnya dalam PN (Perikatan Nsional). Lihat contoh sukan di Kelantan dan Terengganu.

Sukan bersyariat berdaulat dalam negara sendiri, insya Allah!

Sila lihat siri PRN Melaka:

7 projek atasi banjir Melaka. K/Pusat cakap buat, PH manifesto bukan kitab suci..

 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kerajaan lulus 7 projek atasi banjir Melaka

MELAKA: Tujuh projek besar bagi mengatasi masalah banjir di Melaka, telah diluluskan pada peringkat kerajaan pusat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, ia termasuk projek menaik taraf kolam tebatan banjir di Krubong yang bernilai RM600 juta

"Selain itu, projek tebatan banjir di Alor Gajah Fasa 1 dengan peruntukan RM30 juta, RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Sungai Duyong (RM163 juta), RTB Jasin (RM60 juta) dan RTB Sungai Melaka Fasa 1 (RM40 juta).

"Ini tanggungjawab kita sebagai kerajaan pusat. Semua senarai projek itu telah kita sahkan dalam Parlimen.

"Sebahagiannya sedang berjalan, manakala yang lain dalam peringkat proses pelaksanaan yang lain," katanya pada rancangan ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama beliau sebagai Timbalan Presiden PAS yang disiarkan melalui Facebook Melaka Update, malam tadi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, lapan calon PAS yang dipilih untuk bertanding pada PRN Melaka, esok, sudah melalui tapisan ketat bagi memastikan integriti mereka sekiranya bergelar wakil rakyat kelak.

PRN Melaka kali ini menyaksikan PAS bertanding di lapan kerusi bawah Perikatan Nasional (PN) bersama BERSATU (15) dan GERAKAN (lima). – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim7 projek atasi banjir Melaka. Kerajaan Pusat cakap, dan terus buat. Kerajaan PH, manifesto bukan kitab suci, cuba bodohkan rakyat!

Esok, tolak PH yang menipu, tunggu apa lagi?


Sila lihat siri PRN Melaka:

Mujur PH tumbang. Tabung Haji akan diselamatkan. Tolak PH dalam PRU..

 

Tabung Haji: Penjualan aset diarah dihentikan

PUTRAJAYA: Segala bentuk penjualan aset milik Lembaga Tabung Haji diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV) yang dibentuk semasa pentadbiran kerajaan terdahulu telah diarah supaya dihentikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad memberitahu, tindakan tersebut sebagai jaminan kerajaan terhadap kepentingan aset-aset sedia ada yang belum lagi dijual.

“Saya telah mengarahkan dihenti sebarang bentuk penjualan baharu baru-baru ini terutama aset peladangan yang dimiliki oleh Tabung Haji,” katanya selepas majlis penyerahan derma oleh Kedutaan China di Malaysia kepada JAWI Food Bank, di sini.

Semasa di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan telah diputuskan penjualan beberapa aset bernilai dan strategik milik Tabung Haji kononnya mengalami kerugian hingga mencetuskan bantahan ramai.

Antaranya beberapa hotel yang dipindah milik dan ladang kelapa sawit milik anak syarikat institusi kewangan umat Islam itu di mana dikatakan jatuh pemilikan atau pembeliannya oleh syarikat diterajui bukan-Islam. – HARAKAHDAILY 18/11/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mujur PH tumbang. Tabung Haji akan diselamatkn. Tolak PH dalam PRU Melaka dan PRU 15 akan datang... Insya Allah.

Sila lihat siri PRN Melaka:

BERSATU, BN Melaka bakal bentuk kerajaan baharu, PH akan hilang 1 negeri lagi..

 

ADUN Paya Rumput daripada BERSATu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. - Foto NSTP

BERSATU, BN Melaka bakal bentuk kerajaan baharu

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka memutuskan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu bersama Barisan Nasional (BN).

Ia sekali gus bakal menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu lagi negeri selepas Johor susulan kemelut politik yang melanda negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata dua wakil rakyat BERSATU negeri itu termasuk dirinya, memutuskan untuk membentuk gabungan bersama wakil rakyat BN.

Beliau turut mendakwa ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis turut menyatakan hasrat menyertai BERSATU sekali gus menjadikan gabungan BERSATU dan BN memiliki 16 kerusi, membolehkan memperoleh cukup majoriti membentuk kerajaan negeri.

Ketika ini, situasi kerajaan Melaka dikatakan tergantung selepas BERSATU mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH) komposisi kerusi DUN antara PH dan BN Melaka terikat 13-13.

Dua ADUN BERSATU adalah Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Mohd Rafiq.

“Kita akan mengikut apa yang berlaku di Pusat. Untuk Melaka, BERSATU ada dua kerusi dan ADUN Rembia juga nyatakan hasrat kepada saya untuk sertai BERSATU.

“Jadi jika termasuk ADUN Rembia, BERSATU ada tiga kerusi dan akan kerjasama dengan 13 ADUN BN untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional di Melaka.

“Kalau nak dapat majoriti mudah di Melaka perlukan 15 kerusi. Sekarang kita ada 16 kerusi manakala PH ada 12 kerusi. Insya-Allah cukup kerusi untuk tubuh kerajaan Melaka,” katanya pada media ditemui di hadapan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, hari ini.

Turut mencetuskan persoalan apabila mesyuarat mingguan dipengerusikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Rabu lalu, berlangsung tanpa kelibat dua Exco, iaitu Mohd Rafiq selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Pelaburan negeri dan Muhammad Jailani selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata, pimpinan BERSATU dan BN Melaka dijangka menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sama ada esok atau lusa.

“Kita akan adakan perbincangan antara saya selaku pimpinan BERSATU dan pimpinan BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Idris Haron untuk tentukan hala tuju membina Kerajaan Melaka yang berwibawa dan lebih baik,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:PH mendakwa kononnya sudah memenangi 10 kerusi DUN. Sebaliknya, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menyifatkan kenyataan itu sekadar strategi politik melemahkan semangat lawan.

Awas jangan terpedaya!

Sila lihat siri PRN Melaka:

Thursday, November 18, 2021

Datuk Mas Ermieyati dipilih sebagai calon KM Melaka. Tahniah

 

Datuk Mas Ermieyati 

Pencalonan Mas Ermieyati, pengiktirafan untuk wanita

KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka satu pengiktirafan besar kepada wanita, kata pergerakan Wanita Perikatan Nasional (PN).

"Wanita PN menganggap ini satu pengiktirafan besar pada golongan wanita dan yang pastinya memberi suntikan semangat kepada seluruh jentera kami bagi memastikan kemenangan PN pada PRN kali ini," kata pergerakan itu dalam kenyataan bersama Ketua Wanita parti komponen dalam PN, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun;Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Saleh; Ketua Wiranita STAR, Flovia Ng; Ketua Wanita SAPP, Irene Vhan Kam Lan dan Ketua Wanita Nasional GERAKAN, Janice Wing Oi Foon.

Wanita PN juga menyatakan keyakinan dan kepercayaan penuh Mas Ermieyati dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, penuh dedikasi dan berintegriti.

Justeru itu, Wanita PN menyeru dan memohon pengundi Melaka memberi peluang kepada PN bersama membawa perubahan, sekali gus melakar sejarah melantik Ketua Menteri Wanita Pertama Negara.

"PN mampu membentuk sebuah kerajaan yang bersih,berintegriti, berwibawa dan prihatin rakyat," kata kenyataan itu.

Muhyiddin bersama barisan pemimpin tertinggi PN mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin brkata pada sidang media hari ini:

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri.

"Saya rasa belum pernah ada di negara kita (pencalonan wanita sebagai Ketua Menteri) tapi terbukti bahawa PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa saja, tidak kira jantina untuk memegang jawatan penting seperti ini," katanya 

Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai. 

PN bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka,      BERSATU 15 kerusi, PAS 8 dan Gerakan 5.

Mas Ermieyati, 45, kini adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Beliau juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Naib Ketua Srikandi BERSATU.

Selain Mas Ermieyati daripada PN, dua gabungan parti lain yang bertanding dalam PRN Melaka sudah menamakan calon masing-masing.

Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon ketua menteri, manakala Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan (PH) yang mana kedua-duanya pernah memegang jawatan Ketua Menteri.

Sekian.

Sila lihat siri PRN Melaka:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails