Friday, January 14, 2022

2 anak Jokowi didakwa terbabit rasuah

 

Gibran Rakabuming (kiri) dan Kaesang Pangarep. - Foto AGENSI

JAKARTA: Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo (Jokowi), iaitu Gibran Rakabuming dan Kaesang Pangarep menjadi perhatian pelbagai pihak di seluruh Indonesia selepas dilaporkan ke Komisi Pencegahan Rasuah (KPK).

Laporan itu dibuat oleh pensyarah Universiti Negeri Jakarta (UNJ), Ubedilah Badrun berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua anak Jokowi dengan kumpulan perniagaan yang terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan.

Katanya, pada 2015, ada sebuah syarikat besar iaitu PT SM yang didakwa terbabit dengan kegiatan pembakaran hutan secara haram dan disaman oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan sebanyak 7.9 trilion rupiah (RM2.31 bilion)

Namun, syarikat itu hanya perlu membayar saman sebanyak 78 bilion rupiah (RM22.9 juta) selepas diputuskan oleh mahkamah.

"Pada Februari 2019, dua anak Jokowi menggabungkan perniagaannya dengan perusahaan PT SM dan memperoleh suntikan dana yang besar sehingga mereka boleh membeli saham dalam syarikat masing-masing.

"Persoalannya, bagaimana anak muda yang baru menubuhkan syarikat dengan mudah mendapat dana modal dalam jumlah yang cukup besar iaitu kira-kira 99.3 bilion rupiah (RM29 juta) jika mereka bukan anak Presiden? Soal Ubedillah.

Sehubungan itu, beliau meminta KPK memanggil Jokowi untuk memberikan penjelasan berhubung hal terbabit.

Sementara itu, Gibran enggan mengulas lanjut mengenai laporan terbabit dan mengakui sudah dipanggil KPK untuk memberi keterangan.

Selain itu, KPK turut mengesahkan sudah menerima laporan tersebut dan akan melakukan siasatan. - AGENSI

Thursday, January 13, 2022

H/Kong kritik laporan berat sebelah.. periuk kata belanga hitam.

 

Kerajaan Hong Kong turut menyatakan terkejut dengan ‘laporan berat sebelah’ dan ‘tuduhan tidak berasas’ The Economist berikutan mengatakan pilihan raya negara itu ‘dikawal’. - Foto AGENSI

Hong Kong kritik laporan berat sebelah oleh The Economist

HONG KONG: Kerajaan Hong Kong mengkritik majalah The Economist berhubung laporan mengenai pilihan raya Majlis Perundangan bandar terbabit baru-baru ini.

Kerajaan turut menyatakan terkejut dengan 'laporan berat sebelah' dan 'tuduhan tidak berasas' berikutan mengatakan pilihan raya itu 'dikawal'.

Calon pilihan raya bagi pemilihan dewan undangan pada 19 Disember sudah dibuat tapisan dengan hanya 'patriot' dibenarkan bertanding.

Calon pro-Beijing meraih kemenangan walaupun peratusan keluar mengundi mencatatkan rekod rendah untuk undian yang dibuat kira-kira 18 bulan selepas Beijing bertindak keras terhadap gerakan prodemokrasi di bandar itu dengan undang-undang keselamatan negara baharu.

Pengkritik menyifatkan pilihan raya itu sebagai tidak demokratik, namun bagaimanapun, pihak berkuasa bandar bekas jajahan British itu berulang kali berkata, ia 'dijalankan secara terbuka, adil dan jujur'.

Pegawai kedua paling kanan Hong Kong, John Lee, mengecam apa yang dikatakannya sebagai tuduhan serius serta tidak berasas oleh majalah The Economist yang mendakwa pemilihan itu tidak dilakukan dengan betul.

"Jika ada apa-apa 'dikawal', ia adalah imej Hong Kong yang sengaja diputarbelitkan dan dimanipulasi daripada sisi gelap dalaman peribadi seseorang," kata Lee dalam surat bertarikh 11 Januari dan disiarkan di laman web kerajaan bandar.

Bagaimanapun, The Economist tidak segera memberi maklum balas terhadap kenyataan itu.

Majalah terbitan British menerbitkan sebuah editorial pada 8 Januari bertajuk 'Patriot yang teguh' dengan tajuk kecil tertera 'Badan perundangan baharu Hong Kong sudah angkat sumpah. Ia adalah satu penghinaan terhadap demokrasi'.

Beijing mengenakan undang-undang keselamatan negara pada pertengahan 2020 selepas beberapa bulan protes prodemokrasi yang ganas.

Sejak itu, lebih daripada 150 aktivis demokrasi, editor akhbar dan wartawan ditangkap dan tindakan tegas terhadap salah satu hab media paling rancak di Asia hingga menimbulkan keresahan melalui pusat kewangan global.

Pengkritik undang-undang itu mengatakan ia digunakan untuk menghancurkan perbezaan pendapat tetapi pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing menafikannya.

Pihak berkuasa Hong Kong juga menafikan media dijadikan sasaran. Pihak berkuasa juga mengkritik ulasan baru-baru ini oleh Wall Street Journal dan Bloomberg mengenai pilihan raya.

Pada November lalu, The Economist berkata Hong Kong sudah menolak untuk memperbaharui visa salah seorang wartawannya dan menggesa bandar itu mengekalkan akses media asing.

Jabatan kerajaan dan imigresen berkata pada masa itu mereka tidak boleh mengulas mengenai kes individu.

Apabila Hong Kong kembali ke pemerintahan China pada 1997, ia adalah dengan janji memberikan hak individu yang luas, termasuk akhbar bebas, akan dilindungi. 

Aktivis prodemokrasi dan kumpulan hak asasi manusia pula mengatakan kebebasan sudah terhakis, khususnya sejak Beijing mengenakan undang-undang keselamatan negara. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah tuduh menuduh antara negara blog demokrasi dengan lawannya. Seperti periuk mengata punggung belanga hitam, pada hal kedua-duanya pun sama hitam legam. Negara demokrasi pun bukan baik sangat.

Cuma di Malaysia ini, parti yang berkiblat ke komunis sepatutnya ambil perhatian, sama-sama Cina pun ada main belakang! Hitam dan selingkoh!

Jadi solusinya..

Prestasi Menteri Kabinet: Serahkan pada PM – Dato’ Amar

 

KUALA LUMPUR: Semua Menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sudah menunjukkan prestasi yang ditetapkan, demikian kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah. 

Jelas beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Perdana Menteri tentunya lebih tahu untuk menilai prestasi barisan Kabinet beliau dalam melaksanakan tugas di kementerian masing masing. 

“Kita serah kepada PM (Perdana Menteri), dia lebih kenal (Menteri) dan apa hasrat PM. Dia lebih tahu, mungkin kita tengok sudut ini, tapi PM tengok sudut lain, KPI berlainan.

“PM lantik seseorang ada KPI dia nak, nak tukar atau tidak (itu) kuasa PM. Saya tengok secara umumnya menteri-menteri kita sudah laksanakan tugas dia,” kata beliau lapor Astro Awani.

Beliau sebaliknya meminta pihak yang mempersoalkan prestasi Menteri Kabinet supaya menyatakan kayu pengukur prestasi yang digunakan terhadap dakwaan tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.

Mohd Amar turut berkata, sukar menentukan pencapaian dalam tempoh singkat kerana pentadbiran kerajaan pimpinan Ismail Sabri baru sahaja bermula ditambah setiap perancangan kebiasaannya mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk melihat hasilnya.

Justeru, tegas beliau, tidak adil untuk melihat sesuatu keberhasilan itu dalam tempoh masa singkat, selain pelbagai cabaran antaranya COVID-19, banjir dan lain-lain perlu diambil kira yang menyebabkan ruang untuk mereka berperanan sangat terhad. – HARAKAHDAILY 13/1/2022

Sawit RM3,800-1 tan. Nasib baik menteri 'buang sawit tanam buluh' tumbang!

 

Pengeluaran sawit dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini - Foto hiasan

Purata harga sawit diunjur RM3,800 satu tan

PUTRAJAYA: Prospek yang lebih cerah dijangkakan untuk industri minyak sawit pada 2022 dengan harga purata minyak sawit mentah (MSM) dijangka sekitar RM3,800 satu tan, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata prospek yang lebih baik itu berdasarkan semua petunjuk utama industri diunjur mencatatkan prestasi lebih baik.

Beliau berkata, unjuran purata harga MSM sekitar RM3,800 satu tan itu adalah berikutan pengeluaran minyak sawit yang bertambah baik, sejajar dengan prestasi minyak sayuran utama lain yang mencatat pemulihan pengeluaran dan stok.

Katanya, pengeluaran MSM dijangka meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada 19 juta tan pada 2022 berbanding 18.12 juta tan pada 2021, manakala stok simpanan diunjur meningkat 23.4 peratus kepada 1.95 juta tan berbanding 1.58 juta tan pada tahun lalu.

"Kami menjangkakan eksport meningkat 9.3 peratus kepada 17 juta tan pada tahun ini berbanding 15.56 juta tan sebelum ini. Namun, pendapatan eksport dijangka susut kepada RM95 bilion berbanding RM106.50 bilion.

"Pengeluaran sawit dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini dengan paras puncak menjelang Julai-September," katanya pada Seminar Tinjauan dan Prospek Ekonomi Minyak Sawit (R&O) 2022 anjuran MPOB di Putrajaya, semalam.

Ahmad Parveez berkata, walaupun mengalami pelbagai cabaran di peringkat domestik dan global, industri minyak sawit Malaysia berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Beliau berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, MPOB dan agensi berkaitan lain akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam menghadapi cabaran yang berterusan untuk kemampanan industri minyak sawit negara.

Pada 2021, Ahmad Parveez berkata, industri itu mencatatkan prestasi bercampur-campur apabila pengeluaran MSM yang lebih perlahan menjejaskan kapasiti eksport komoditi itu serta produk berasaskan sawit lain biarpun mendapat permintaan stabil dari negara pengimport.

Beliau berkata, tahun lalu juga memperlihatkan harga MSM mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan mencapai paras RM5,341 satu tan pada November 2021.

Katanya, rekod harga yang tinggi itu mempengaruhi jumlah pendapatan eksport mencapai tahap tertinggi walaupun eksport lebih rendah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kini purata harga sawit diunjur RM3,800 satu tan, dijangka sehingga pada 2022. Memang di luar jangkaan, lebih-lebih lagi bagi bekas menteri PH 'yang tak cerdik' mengandaikan supaya rakyat 'buang sawit tanam buluh', semasa pentadbiannya.

Rupanya, ada menteri yang tak secerdik itu.. Cakap berdegar-degar ekor bergelumang ...

Jadi solusinya..

Komen Unuk T'ganu &G/Eng ".. bukan shj parasit,.."

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

" ..bukan shj parasit, tp juga penabur fitnah yg guna konsep sama spt presiden parti liberal."

3 comments:

Anonymous said...

Semoga kerajaan tganu terus dgn amanah dlm mentadbir kjaan. Jangan lupa yg pembangkang ex pas yg jadi ahli pan ada dlm kalangan rakyat tganu. Mereka ni bukan shj parasit, tp juga penabur fitnah yg guna konsep sama spt presiden parti liberal. Semoga rakyat negeri lain mencontohi rakyat negeri tganu dlm memilih pemimpin. Pilih parti yg bebas rasuah dan sentiasa jaga amanah bila diberi kuasa utk memerintah. Inilah parti yg benar benar menjaga rakyat dan menjaga khazanah negara utk negara.

Anonymous said...

Presiden parti liberal masih anggap isu rasuah azam sebagai keutamaan. Tapi langsung tidak prihatin dgn isu nyawa dlm kes covid dan banjir. Hanya lebih bercita cita mahu pandangannya diutamakan. Kalau jadi pemimpin, banyak isu remeh diutamakan sedangkan yg lebih prioriti tertangguh atau tercancel. Inilah akan berlaku jika org yg gila kuasa kepingin jadi pemimpin.

Ingat lagi isu kasut hitam. Yg lebih utama ialah isu disiplin, isu silibus, isu masa depan pelajar sebagai guna tenaga masa akan datang. Yg dibincangkan hanya isu bersih yg kotorannya ditutup oleh warna hitam. Ini terapi yg dianjurkan oleh parti liberal. 

Tutup hipokrasi dgn janji yg molek molek. Cekap lidah presiden liberal melafazkan ucapan yg mencairkan hati tapi penuh dgn bisa yg menjalar perlahan lahan. Hati hati dgn presiden parti liberal dan sekutunya parti kuali yg menjalankan tugas bagi pihak parti legasi komunis.

Anonymous said...

Semakin kuat serangan Apek Tua dan barua Mahacai Tun terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. Rakyat tertanya-tanya adakah itu satu-satunya cara yang tinggal untuk Apek Tua sohai itu mahu selamatkan anaknya Lim Guan Eng?

Ketika perbicaraan kes Lim Guan Eng baru-baru ini, saksi utama kes memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta 10 peratus daripada keuntungan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.

Tokong Apek Tua Sohai@Barua Tun buat buat bodoh dlm Zety dan Torwong tokong tiba tiba jadi bisu pekak badak...!!

KHALAS... kah kah kah....!!

T'ganu realisasi 90%, bukan macam PH merudum 22 bulan..

 


Terengganu realisasi 90 peratus manifesto PRU14

KUALA TERENGGANU: Setelah tiga tahun lebih PAS kembali mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pencapaian kerajaan Terengganu begitu membanggakan. 

Sehingga kini kerajaan negeri yang diketuai Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merealisasikan hampir 90 peratus janji manifesto PRU14.

Pada persidangan Belanjawan Terengganu 2022, kerajaan negeri meluluskan bajet berjumlah RM1.657 bilion berbanding RM1.375 bilion pada 2021.

Bajet bertema ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ bajet itu dilulus pada persidangan Dun pada 15 November lepas.

Bajet Terengganu 2022 memperuntukkan program pembangunan sebanyak RM600 juta dan RM40 juta untuk projek bekalan air. Manakala anggaran hasil RM1.507 bilion iaitu RM61.02 juta hasil cukai, RM157.49 juta basil bukan Cukai dan RM1.28 bilion terimaan bukan hasil termasuk royalti petroleum.

Belanjawan 2022 turut memperuntukkan bantuan Dana Raya i-Fitri bagi isi rumah terjejas dalam kalangan B40 dan sebahagian M40 yang dapat dimanfaatkan 115,000 penerima.

Bantuan i-Fitri itu bernilai RM400 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Selain itu, bantuan one-off bernilai RM150 kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan.

Seramai 8,900 orang kelainan upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai one-off bernilai RM150 seorang.

Manakala bagi menghargai peranan 150 imam dan bilal di bawah Skim Mubaligh, bantuan tunai ‘one-off’ berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan.

Nasib 70 pelajar yang menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 sumbangan RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan.

Kerajaan negeri juga menganjur Festival Bulan dikenali sebagai Festival Mid-Autumn atau ‘Mooncake’ yang disambut masyarakat Cina pada September.

Program itu dikendalikan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat.

Sebanyak 500 kotak kuih bulan dan 200 nasi bungkus percuma diagihkan kepada penduduk di Dun Chukai.

PAS sejak awal lagi mengajak seluruh rakyat Malaysia menjaga dan memelihara serta menghormati kepelbagaian kaum yang ada di negara ini selaras konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Adun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula mengambil inisiatif bersama Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok membina rumah baharu kepada mangsa kebakaran bernilai RM50,000.

Mangsa yang merupakan ibu tunggal, Hasnah Yahya, 48, sebelum ini kehilangan tempat tinggal bersama lima anaknya, apabila rumah pusaka keluarga terbakar di Kampung Kuala Ibai Pantai.

Polemik politik

Bagaimanapun di sebalik kejayaan kerajaan negeri, desas-desus yang berlegar di media sosial kononnya, menteri besar akan ‘bertukar’.

Kemunculan Dr Ahmad Samsuri di majlis-majlis awam sekali gus ‘mematikan’ berita kosong itu yang disifatkan berupa fitnah.

Dalam isu yang sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pula membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, kerana laporan sebuah portal mengaitkan namanya sebagai orang ‘tengah’ dalam isu Menteri Besar Terengganu dengan pihak istana.

Kerajaan Terengganu juga serius menangani isu pencerobohan bot nelayan asing terutama daripada Vietnam. Sehingga sekarang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menenggelamkan sejumlah 108 bot nelayan asing dengan anggaran nilai RM162 juta, sebagai tukun di sepanjang perairan negeri itu.

Program pelupusan bot tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Taman Laut serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).

Kerajaan Terengganu menyalurkan bantuan geran ‘one off’ kepada 1,050 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu yang berjumlah RM4.2 juta.

Bantuan tersebut dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti kebajikan serta keperluan setempat di kampung masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berpuas hati dengan khidmat dan kepimpinan JPKK.

Pusat dadah holistik

Manifesto PRU14 untuk mewujudkan sebuah Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik kini menjadi kenyataan. Pusat pemulihan dadah terbabit dikendalikan di bawah Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan ditempatkan di perkampungan Darul Barakah (PDB).

Pusat pemulihan berkenaan mula beroperasi 15 Jun 2021 di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cenderawasih, Kampung Temala, Pengkalan Berangan.

Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.33 juta kepada Terengganu pada 2021 bagi pelaksanaan Program Kebuniti 2.0. Program Kebuniti mula diperkenalkan pada 2020, di mana Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM250,000.

Konsep program Kebuniti mengguna pakai kaedah penanaman konvensional, sistem hidroponik dan fertigasi. Peningkatan peruntukan sehingga 180 peratus menunjukkan kerajaan Persekutuan memberi sokongan dan galakan pengisytiharan Tahun Pertanian Terengganu 2021.

Golongan sasar program terbabit ialah belia, NGO, perumahan bandar dan pinggir bandar, institusi kerajaan, swasta dan komuniti luar bandar. Projek Kebuniti dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sempena Tahun Pertanian Terengganu 2021, seramai 2,500 pemohon dan 55 komuniti di seluruh negeri tersebut mendapat manfaat menerusi program Kebuniti 2.0 melalui pengagihan kit pertanian bandar.

Pasar raya Wakaf Ummah

Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS sedang giat memaju dan membangun projek hartanah wakaf yang pertama di Malaysia. Daerah di Dungun menjadi pilihan projek berkenaan.

Projek pembinaan Pasaraya Ummah dipengerusikan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Pasar raya Wakaf Ummah akan memberi banyak manfaat khususnya penduduk di Dungun, dijangka akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan serta melahirkan 100 usahawan.

Projek itu dilancarkan pada 11 September 2018 oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Dalam tempoh tiga tahun kutipan dana wakaf Pasaraya Ummah berjaya dikumpul sebanyak RM3.6 juta.

Kerajaan Terengganu juga akan membangunkan projek penanaman rumput napier bagi tujuan pengeluar pulpa dan bekas makanan di Dungun dan Kemaman, dengan keluasan 10,000 ekar dengan jumlah pelaburan RM400 juta.

Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Regu Yakin Sdn Bhd, bagi projek penanaman rumput napier.

Projek yang diusahakan itu dijangka mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 penduduk tempatan. Kilang yang akan dibina menggunakan teknologi China.

Kilang tersebut memproses napier untuk dijadikan pulpa dan juga bekas makanan. Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) dan Regu Yakin Sdn Bhd diadakan 13 Oktober lepas.

Lima projek RMK12

Lima projek berskala besar yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi di Terenggannu.

Antara projek tersebut ialah Taman Industri Polimer di Kertih di samping Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Kemaman, pemuliharaan muara sungai di Besut, Dungun dan Setiu serta projek tebatan banjir di Kuala Terengganu Utara.

Beberapa projek sedia ada pula akan diteruskan seperti projek menaik taraf jalan Persekutuan FT237 (dari susur keluar Chukai menuju ke FT003) di Lebuh Raya Pantai Timur II (LPT2) Kemaman dan projek jalan raya Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang.

Tidak ketinggalan juga komitmen kerajaan negeri menyelesai dan mengembalikan semula ribuan lot tanah pertanian dan perumahan terkilan kepada peserta atau waris terdekat selepas PRU14.

Antaranya seramai 44 pemohon Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian dan Perumahan Paroh/Padang Tapong di Dun Jerteh, menerima geran hak milik masing-masing.

Seramai 373 peserta dikembalikan semula hak tanah tersebut setelah hampir 20 tahun dalam penantian. Ketika kerajaan PAS mentadbir Terengganu 1999-2004, ribuan lot tanah RTB pertanian dan tapak rumah disediakan dan sebahagian diagihkan kepada peserta.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memohon maaf atas kelewatan mengagihkan geran tanah kerana pemilikan tanah yang dicadangkan ditukar status selepas PAS tewas pada PRU 2004.

Produk pelancongan komuniti

Kerajaan Terengganu akan mempergiatkan sektor pelancongan melalui produk tempatan berasaskan komuniti di 39 lokasi di seluruh negeri dengan peruntukan RM1 juta.

Kerajaan negeri mengagihkan peruntukan ke lokasi terpilih termasuk di Kampung Pulau Serai kerana menawarkan perkhidmatan teksi air oleh penduduk setempat bagi menelusuri Sungai Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri akan memastikan setiap lokasi menarik di Terengganu tidak akan terbiar.

Kerajaan negeri meluluskan RM35,000 kepada Pejabat Daerah Dungun bagi melaksanakan program pengindahan di lokasi pelancongan tersebut. Pulau Serai turut menjadi tumpuan di waktu petang dengan perkhidmatan teksi air.

Sejumlah RM70 juta setahun diperuntuk kerajaan Terengganu bagi menjaga kebersihan kawasan di seluruh negeri. Kerajaan negeri juga sentiasa menyokong sebarang usaha yang dijalankan NGO dan sukarelawan dalam melaksanakan tanggungjawab kebersihan persekitaran.

Ini selari dengan Dasar Kebersihan Negara yang dilancarkan pada 21 Februari 2019 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara bersih.

Sebanyak 13 NGO dan sukarelawan kebersihan menerima sumbangan insentif bagi menggalakkan aktiviti menjaga kebersihan.

Insentif itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak pada 3 November lalu. – HARAKAHDAILY 12/1/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terengganu realisasi 90% manifesto PRU14, bukti kepriprihainan rakyat.  Bukan macam PH merudum 22 bulan, pemimpinnya pun banyak lari tak ketahuan hala.. Porrah!

Kembalilah kepada Islam.. 

Sebatian ganja halang jangkitan COVID-19 - Kajian

 

Kajian mendapati sebatian ganja menghalang virus yang menyebabkan COVID-19 daripada menembusi sel manusia yang sihat. - Foto AGENSI

OREGON: Sebatian ganja menghalang virus yang menyebabkan COVID-19 daripada menembusi sel manusia yang sihat, menurut kajian makmal yang diterbitkan dalam Journal of Nature Products.

Kedua-dua sebatian yang biasa ditemui dalam hem - dipanggil asid cannabigerolic, atau CBGA, dan asid cannabidiolic, atau CBDA - dikenal pasti semasa usaha pemeriksaan kimia sebagai berpotensi untuk memerangi coronavirus, kata penyelidik dari Oregon State University.

Dalam kajian itu, ia berpotensi untuk meningkatkan protein yang terdapat pada virus dan menyekat langkah yang digunakan oleh patogen untuk menjangkiti orang.

Penyelidik menguji kesan sebatian terhadap varian alfa dan beta virus di makmal.

Kajian itu tidak membabitkan pemberian suplemen kepada orang ramai atau membandingkan kadar jangkitan pada mereka yang menggunakan sebatian dengan mereka yang tidak.

Hem ialah sumber serat, makanan dan makanan haiwan, dan ekstrak biasanya ditambah kepada kosmetik, losyen badan, makanan tambahan dan makanan.

"Kompaun ini boleh diambil secara diminum dan mempunyai sejarah panjang penggunaan selamat pada manusia," kata Richard van Breemen, seorang penyelidik dengan Pusat Inovasi Hemp Global Oregon State.

"Ia mempunyai potensi untuk mencegah serta merawat jangkitan oleh SARS-CoV-2," katanya dalam satu kenyataan. - BLOOMBERG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails