Friday, February 04, 2022

2,000 restoran mamak tutup, kurang tenaga kerja...

 

Restoran mamak sedia menawarkan peluang kerja dan insentif yang menarik kepada rakyat tempatan yang mahu bekerja bagi memastikan operasi restoran berjalan lancar. - NSTP/Hazreen Mohamad

'Kekurangan tenaga kerja yang membelenggu sektor perkhidmatan..'

KUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja yang membelenggu sektor perkhidmatan sajian dan restoran sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini, menyebabkan lebih 2,000 restoran mamak terpaksa menutup perniagaan sejak 2020.

Kekurangan tenaga kerja berlaku bukan saja disebabkan kebanyakan pekerja asing mereka yang sebelum ini terpaksa pulang kerana tamat permit kerja atau terkandas akibat pandemik ketika pulang bercuti di negara asal, tetapijuga disebabkan kesukaran mendapatkan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, menyifatkan kekurangan tenaga kerja kini menjadi isu besar yang semakin kritikal membelenggu ahlinya di seluruh negara.

Beliau berkata, kekurangan pekerja memberi kesan besar terhadap kelangsungan industri perkhidmatan sajian dan restoran sejak larangan kemasukan pekerja asing dikuatkuasakan susulan pandemik COVID-19.

Daripada 12,000 ahli yang berdaftar dengan PRESMA, kini lebih 2,000 ahli sudah menutup operasi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor, kebanyakannya disebabkan kekurangan tenaga kerja.

"Meskipun kami kini membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan, namun langkah ini 'bagaikan mencencang air' kerana tiada sambutan daripada rakyat Malaysia untuk bekerja di restoran mamak.

"Susulan isu ini, ahli persatuan kini sudah berkurangan kepada kira-kira 10,000 sahaja kerana sudah ramai yang terpaksa menutup sepenuhnya operasi restoran mereka kerana sukar mendapat pekerja," katanya.

Jawahar Ali berkata, ramai juga pekerja restoran sebelum ini menggunakan MyTravelPass pulang untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tetapi tidak dapat masuk semula akibat pandemik, sehingga menjejaskan operasi restoran mamak di seluruh negara.

Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

"Kini selepas PKP tidak lagi berkuat kuasa dan kita pun sudah bergerak ke arah yang lebih baik dalam tempoh pandemik ini serta keadaan ekonomi yang beransur pulih ini, namun isu pekerja terus menjejas operasi restoran.

"Hari ini, kami berdepan situasi kritikal sehingga ada restoran mamak yang terpaksa memaksimumkan operasi dengan sedikit pekerja sehingga memberi tekanan untuk perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Apabila membabitkan pelanggan ia memberi kesan langsung kepada kami," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, industri restoran mamak memerlukan sekurang-kurang 30,000 lagi pekerja untuk mengisi kekosongan di seluruh negara.

"Operasi restoran mamak hari ini juga berdepan keadaan 'kelam-kabut' ekoran sistem yang sudah ditetapkan sebelum ini sukar dilaksanakan disebabkan kekurangan pekerja.

"Biasanya setiap bahagian perkhidmatan di restoran mamak akan ada beberapa pekerja terlatih atau mahir untuk kendalikan bahagian itu. Contohnya pekerja di bahagian menyediakan air, tidak akan bertugas sebagai penghantar makanan atau tukang masak terpaksa menjadi penebar roti canai. Malah, ada petugas khusus untuk menjaga kebersihan premis, termasuk mencuci tandas.

"Jadi, apabila berlaku kekurangan pekerja ini, sistem itu amat sukar dipraktikkan lagi dan menjadi kelam-kabut. Perkara paling dibimbangi adalah soal kebersihan yang menjadi keutamaan PRESMA," katanya.

Jawahar Ali berkata, ahli PRESMA sentiasa sedia menyahut seruan kerajaan untuk menggaji pekerja tempatan, tetapi malangnya ia sukar dilaksanakan kerana bilangan rakyat Malaysia yang mahu berkhidmat di restoran begitu menyedihkan.

"Kita menghasilkan poster khas untuk pengambilan rakyat tempatan dan dipasang di setiap restoran ahli, namun sambutan amat dingin. Yang datang pun hanya warga emas yang kesempitan wang atau warga asing yang lari daripada majikan di sektor lain seperti buruh ladang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Kita tidak diskriminasi warga emas yang masih mampu bekerja walaupun sebenarnya kita memerlukan tenaga muda dalam perkhidmatan ini.

"Orang muda lebih suka bekerja dalam sektor ekonomi gig... mungkin kerana waktu kerja yang fleksibel," katanya.

Sebelum ini, Jawahar Ali dilaporkan berkata, kebanyakan pengusaha restoran mamak kehilangan hampir 50 peratus pekerja selepas mereka pulang ke negara asal sejak PKP dilaksanakan pada awal 2020. (BH)

Tolak pemimpin najis rasuah! -Amanat PAS Johor.

 

Rasuah mencabul hak: Tolak pemimpin rasuah

FIRMAN Allah S.W.T:

وَلا تَأكُلوا أَموالَكُم بَينَكُم بِٱلبَـٰطِلِ وَتُدلوا بِها إِلَى الحُكّامِ لِتَأكُلوا فَريقًا مِّن أَموالِ النّاسِ بِالإِثمِ وَأَنتُم تَعلَمونَ.


“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(al-Baqarah: 188)

Ayat di atas mengandungi larangan dan pengharaman rasuah kerana ianya boleh menimbulkan pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat. Ianya merupakan pencabulan dan pencerobohan ke atas hak orang lain.

Rasuah merujuk kepada sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran atau membenarkan kepalsuan.

Dalam sebuah Hadis, Sayyidina Abdullah ibn ‘Amr R.A meriwayatkan:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ.

 “Rasulullah S.A.W melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis daripada Thauban R.A :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ يَعْنِي الَّذِي يَمْشِي بَيْنَهُمَا.

“Rasulullah S.A.W melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya.”

(Riwayat Ahmad, At-Tabarani)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi :

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعنة الله على الراشى والمرتشى.

“Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Hadis-hadis di atas mengingatkan mengenai akibat rasuah kepada mereka yang terlibat dengannya sama ada pemberi, penerima atau sesiapa juga yang terlibat dengan urusan yang melibatkan rasuah. 

Peringatan daripada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W menunjukkan betapa besarnya kesalahan dan banyaknya keburukan rasuah. 

Pencabulan terhadap hak orang lain sama ada pada hartanya, tubuh badannya atau maruahnya adalah dilarang di dalam Islam.

Justeru PAS Johor menyeru semua pihak agak menolak amalan rasuah dan siapa juga yang pernah terpalit dengan isu rasuah yang merupakan sebahagian daripada kesalahan takzir (bukan hudud dan qisas) dan dosa yang besar.

Semoga negara kita akan bebas daripada kotoran dan najis rasuah pada masa akan datang. 

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 3/2/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/542437942521369/posts/4580857948679328/

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Amanat PAS Johor, tolak pemimpin najis rasuah!

RBA 8.54, Mana bukti ladang babi wujud di Mekah &Madinah?

 

1,864 babi ternakan di ladang komersial di Paya Mengkuang, Melaka positif ASF dimusnahkan. - Foto hiasan

Anonymous said...

RBA 8.54 ternakan puak ultra kiasu roket nak kencing orang Melayu dan membela babi pun agak-agaklah sebab orang Melayu tidak bodoh.

Inilah hasil projek ternakan babi yang dilaksanakan oleh kaum roket
----> 35 ladang babi di Melaka diwarta kawasan wabak Demam Babi Afrika ! Ladang babi juga menjadi sumber virus nipah.

Mana bukti ladang babi wujud di Mekah dan Madinah ?

RBA dan puak roket sembang lebat gunung everest pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak. Semuanya kaki kencing rakyat.

Anonymous said...

Orang Melayu tidak akan menyokong atau mengundi parti ultra kiasu roket dan khadam liberal-syiah mereka kerana mereka memuja dan mendewa-dewakan pengganas komunis PKM.

Sejarah telah membuktikan pengganas komunis PKM adalah musuh Islam dan kaum Melayu dari tahun 1930 hingga 1989 kerana PKM telah menyamun, menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu, memusnahkan harta benda orang Melayu seperti ladang dan kampung dan menghina agama Islam dan masjid.

Cukuplah 22 bulan orang Melayu dikencing hancing oleh penyokong pengganas komunis PKM.

Thursday, February 03, 2022

Pembiakan babi, untuk pemindahan jantung, apa kata DAP M'sia?

 

Babi yang diternak untuk pemindahan jantung kepada manusia diperiksa oleh penyelidik di Universiti Ludwig-Maximilians Munich, di ladang ujian Badersfeld di Oberschleissheim, Jerman. - Foto REUTERS

Jerman rancang pembiakan babi untuk pemindahan jantung

MUNICH: Kumpulan saintis Jerman merancang untuk mengklon dan kemudian merangsang pembiakan babi yang diubah suai secara genetik tahun ini untuk berfungsi sebagai penderma jantung manusia.

Ia berasaskan versi lebih mudah pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia, yang dilakukan pertama kali di dunia oleh pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

Saintis di Ludwig-Maximilians University (LMU), Eckhard Wolf, berkata kumpulan penyelidiknya menyasarkan untuk mewujudkan spesis baharu babi, yang diubah suai daripada baka dari Pulau Auckland dan sedia untuk ujian pemindahan menjelang 2025.

Dalam pembedahan pertama seumpamanya pada bulan lalu, pasukan dari Universiti Perubatan Maryland memindahkan jantung daripada babi dengan sepuluh pengubahsuaian kepada seorang lelaki yang sakit tenat.

Doktor yang merawatnya memberitahu, lelaki itu bertindak balas dengan baik walaupun masih wujud risiko jangkitan, penolakan organ atau tekanan darah tinggi.

"Konsep kami adalah untuk meneruskan model yang lebih mudah, iaitu dengan lima pengubahsuaian genetik," kata Wolf.

Hasil penyelidikannya mencetuskan perdebatan hangat di negara yang mempunyai salah satu kadar pendermaan organ terendah di Eropah dan pergerakan hak asasi haiwan yang kuat.

Wolf, yang menjalankan kajian berkaitan pemindahan organ haiwan kepada manusia selama 20 tahun dikenali sebagai xenotransplant, berkata pihaknya masih menggunakan teknologi pengklonan yang tidak cekap.

Kaedah yang digunakan akan menyediakan haiwan asas dan generasio seterusnya akan ditambah baik sehingga mencapai spesifikasi yang disasarkan, sebelum dibiakkan secara besar-besaran.

Menurut Wolf, generasi pertama seperti itu harus dilahirkan tahun ini dan pemindahan hati mereka akan diuji ke atas babun sebelum pasukan itu meminta kelulusan percubaan klinikal ke atas manusia dalam masa dua atau tiga tahun.

Pemindahan akan dilakukan untuk individu yang didiagnosis dengan kegagalan organ dan tidak mempunyai pilihan rawatan lain.

Menurut data Yayasan Pemindahan Organ pada penghujung 2021, kira-kira 8,500 orang di Jerman berada dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebut saja 'babi' di Malaysia teringat kepada kerenah DAP di Pulau Pinang, negeri busuk tahi babi.. Jerman rancang pembiakan babi untuk pemindahan jantung, apa kata DAP yang pengikut-pengikutnya masih kolot, jumud, ekstream, fanatik buta, tidak mahu atau tidak mampu mengadakan pembersihan tahi babi sewajarnya di negara ini?

Pergi belajar lagi bab kebersihan tahi babi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails