Saturday, March 05, 2022

PN tetap komited pastikan FELDA & TH terus cemerlang

 

PPN lonjakkan semula pemerkasaan FELDA dan TH

FELDA dan Tabung Haji (TH) adalah dua institusi yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia. Malah, tempoh 65 tahun sejak penubuhan FELDA, banyak kejayaan yang berjaya dicapai oleh agensi ini terutama dalam usaha untuk membangunkan tanah dan mengeluarkan peserta daripada kemiskinan. 

Tabung Haji juga telah berjaya memudahkan ramai rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah Haji sejak penubuhannya pada tahun 1963.

Namun, FELDA dan TH telah melalui fasa genting yang telah memperlihatkan banyak permasalahan terutama dan pentadbiran kedua institusi berikut. 

FELDA telah menghadapi beberapa masalah seperti model tanam semula yang tidak lestari, kelemahan dalam pengurusan serta penyenaraian FGV ke bursa Malaysia yang menyaksikan FELDA kehilangan 350,000 hektar tanah yang telak dipajakkan kepada FGV.

Prihatin akan situasi berkenaan, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat. 

Dalam masa yang sama, PN turut melaksanakan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd bernilai RM78 juta dan memperuntukkan RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan melaksanakan program pembangunan peneroka.

Tabung Haji turut tidak terlepas dengan permasalahan dalam pengurusan. Sepanjang 2014-2020, banyak isu berkenaan penjualan aset dan tindakan menyembunyikan maklumat. 

Bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan Tabung Haji, Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji yang diwujudkan bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.

Dalam zaman Perikatan Nasional juga, inisiatif-inisiatif baharu Tabung Haji seperti THijari Biz diperkenalkan bagi menambah baik perkhidmatan talian dan proses kerja automasi supaya perkhidmatan Tabung Haji menjadi lebih cekap. 

Dalam masa yang sama, usaha-usaha perolehan semula aset yang dijual dan pertukaran Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji turut diberikan fokus dalam usaha PN untuk mengembalikan kegemilangan Tabung Haji.

Kerajaan Perikatan Nasional tetap komited dalam memastikan kedua institusi ini terus cemerlang dan memanfaatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

PEMUDA PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 2/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  

Friday, March 04, 2022

Dukungan seluruh umat Islam bebaskan Palestin

 

KUALA LUMPUR: Perjuangan membebaskan Al-Quds kini bukan sahaja dapat dilihat dari kebangkitan rakyat Palestin, tetapi juga dukungan dari umat Islam seluruh dunia di mana bumi Anbiya’ itu bakal menjadi kubur besar bagi Yahudi.

Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perubahan dan semangat itu juga dapat dilihat pada ramai pemimpin, rakyat dan kerajaan umat Islam di mana ianya lahir dari kemanisan iman yang ada dalam diri mereka.

Beliau mengimbau sejarah antaranya melibatkan Presiden Algeria ketika mahu membantu Mesir dengan mendapatkan senjata dari Soviet Union dan Raja Arab Saudi yang tegas mengugut untuk memotong bekalan minyak kepada negara Barat.

“Alhamdulillah, kita akan saksikan bila berlaku sahaja kejutan, berlaku sahaja kezaliman, seluruh rakyat dunia Islam akan menunjuk perasaan dari Morocco hingga Indonesia, Malaysia akan beramai-ramai keluar ke jalan raya.

“Walaupun mereka tak ada kemampuan, semangat itu ada. Kalau semangat itu alhamdulillah yang pentingnya kita bina semangat itu dengan cara yang praktikal,” ujarnya pada Forum Perdana Ehwal Islam mengupas tajuk ‘Al-Quds, Satu Perjuangan’ di RTM TV1 sebentar tadi.

Jelasnya, kemanisan iman itu menjadi unsur kesedaran bahawa kewajipan membebaskan Palestin adalah tanggungjawab umat Islam di mana menjadi fardu ain kepada umat Islam bangkit mempertahan dan membebaskannya.

Manakala bagi umat Islam yang berada jauh ujarnya, menjadi fardu kifayah di mana boleh dipenuhi menerusi sumbangan harta, pengorbanan kebajikan dan termasuklah doa yang tidak putus-putus atau bermusim.

Program sempena Sambutan Minggu Al-Quds ini bersiaran secara langsung dengan dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Hariri Muhamad Daud dan perantara, Ustaz Rizal Ramli di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

“Apa yang penting ialah dukungan kita umat Islam seluruh dunia kepada perjuangan Palestin yang menjadi satu kewajipan yang besar. Dan Allah menjanjikan kemenangan di mana mengikut sejarahnya, bahawa Yahudi balik ke Palestin untuk dikuburkan di sana.

“Kerana mereka dilaknat oleh Allah membunuh Nabi-nabi dan Rasul-rasul A.S, membunuh ulamak-ulamak yang setia kepada Nabi dan Rasul. Di mana ajal mereka tamat di Palestin. Dan kita tengah melihat orang Yahudi di mana sahaja mereka berada, akan balik.

“Di sana ada satu mazhab Ortodok nama Naturi Karta, mazhab Ortodok Yahudi yang percaya haram tubuh negara Israel sekarang, tak boleh. Kalau tubuh negara Israel sekarang, cari maut, cari nahas,” terang beliau.

Katanya, kaum Yahudi ternanti-nanti pimpinan Dajal ke atas mereka dan beliau difahamkan perang antara Rusia dan Ukraine juga menyebabkan etnik Yahudi dijemput oleh Israel untuk pulang ke sana.

“Ada pimpinan Islam berkata, apa yang berlaku sekarang laksana wanita yang akan melahirkan anak. Sebelum lahirkan anak, dia keluar darah dulu. Dia sakit dulu.

“Jadi kesakitan ini akan menginsafkan orang Islam, akan bergantung kepada Allah Taala, akan melahirkan buah kemenangan,” ujarnya optimis. – HARAKAHDAILY 3/3/2022

Perak pula, X teruskan bekalan air mentah ke P/Pinang..

 

Keputusan henti salur air kepada Pulau Pinang bidang kuasa Perak

MUAR: Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang dibuat atas kapasiti bidang kuasa negeri berkenaan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hal itu disebabkan sumber air terletak di bawah urusan kerajaan negeri masing-masing, selain Perak juga telah menjelaskan berhubung keputusan itu.

"Menjelang 2035 dijangka dia (Perak) akan dapat lebih kurang tiga juta rakyat dan oleh itu dia melihat keperluan dalam negeri yang perlu diutamakan dulu," katanya selepas kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, malam tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, rundingan sudah dibuat dan kerajaan Perak memaklumkan yang negeri itu memerlukan Loji Rawatan Air (LRA) yang besar di utara Perak.

Beliau berkata, perjumpaan bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah diadakan bagi membincangkan mengenai sumber bekalan air.

Beliau berkata, Pulau Pinang mempunyai rizab simpanan air tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 30 peratus rizab margin berbanding negeri lain. Tuan Ibrahim berkata, terdapat alternatif lain yang boleh dilaksanakan Pulau Pinang, antaranya melakukan penerokaan baharu termasuk sumber air bawah tanah.

Semalam, Perak memuktamadkan tidak mampu membekalkan air mentah dari Sungai Perak seperti yang dicadangkan di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) kepada Pulau Pinang, kerana kajian menunjukkan kegunaan air bagi negeri itu tidak mencukupi sepenuhnya. – BERNAMA

Menjelang 2035 dijangka Perak akan dapat lebih kurang tiga juta rakyat dan oleh itu dia melihat keperluan dalam negeri yang perlu diutamakan dulu. - Foto hiasan

Siri Analisis PRN Johor

  

Tsunami Kaum Cina akan melanda PRN Bangsa Johor..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

Tsunami Kaum Cina akan melanda PRN Bangsa Johor.. Taikun Cina Vincent Tan kroni Tun guna 'Rules Of Law Kerala'.

Kaum Cina buka biji mata luas luas.. Cina miskin mati edar dihukum gantung sampai mati... anak taikun Cina kroni Tun lepas bebas...

lu fikir lah sindri..!!

Ada anak tauke bersalah ditangkap polis. Bukan sahaja hisap dadah, tetapi mengedar dadah.

“Kemudian, runding-runding lepas. Tetapi, saya kata sebab apa anak orang besar lepas. Kita tak mahu pertahan kerana ini ‘rule of law’. Ada hukum,” katanya ketika berucap dalam ceramah umum di Bilik Gerakan PKR Dewan Undangan Negeri Layang-Layang malam ini.

Kenyataan Anwar itu dipercayai merujuk satu kes yang didedahkan akaun Twitter pemberi maklumat, Edisi Siasat pada bulan lalu.

Akaun Twitter Edisi Siasat, yang baru-baru ini ditukar namanya kepada Edisi Khas, mendakwa walaupun anak lelaki seorang taikun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, tetapi Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

'Rules of Law Kerala' 2 negara sebut nama Zety kes AMLA 1 billion transfer dalam satu malam tiada tindakan diambil pada keluarga penyamun betina ini.. tapi ex CEO Astro dan Bossku dalam tempoh 1 malam sesudah subuh SPRM Pulis bekukan asset meteka... Undang undang apa yang mereka guna.. ooohh deme guna undeng undeng 'Rules Of Law Kerala'

Tsunami Cina PRN Bangsa Johor dan Pasca PRU 15...lingkup kan Boboi dan sekutu maka melingkupnlan Tun dan sekutu nya...

#lufikirlahsindrihaahtepokkk

Anonymous said...

Orang kampong nilai fakta secara relax dan sempoi. 1mdb bukti tempang dlm kerajaan bawah parti 60 tahun. Trowong p pinang bukti rakus kerajaan bawah pakatan hancing. Banduan liwat bukti presiden jelik pimpin sebuah pakatan. Rugi forex, rugi perwaja bukti kerajaan pimpinan firaun. Gagal jadi kerajaan yang baik, tapi harta peribadi semakin melimpah ruah.

Jom sokong parti yang dipimpin ulamak. Tegas pada ahli yang terkucil akhlaq buruk, diambil tindakan tegas. Walaupun prestasi kerja bagus, tapi ada masalah akhlaq, tetap dihukum. Boleh bertahan tanpa rasuah. Ekstrem tidak tinggal solat dan ekstrem jaga amanah. Menjaga institusi kesultanan. Jaga agama, bangsa dan negara.

Pesta Mulia, Tolong Rakyat Sungai Golok..

 

Komitmen wakil rakyat Lembangan Sungai Golok

HARI ini 2 Mac 2022 sudah masuk hari ke-6 Sungai Golok melimpah dan membadai kampung-kampung sepanjang jajarannya. Banjir kali ini agak unik kerana ia berlaku akhir bulan Februari serta awal Mac. Ya memang pelik. Selalunya banjir di Kelantan akan melanda pada Disember atau Januari sahaja. 

Tambah menghairankan untuk banjir kali ini, paras air adalah lebih tinggi berbanding Bah Kuning 2014. Kawasan yang terjejas teruk adalah semua kampung di lembangan Sungai Golok semata-mata, sedangkan daerah lain hanya mengalami kesan yang minimum. Bak kata orang tua yang saya temui semalam, “Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Kelantan semua tak mengamuk kali ini, Sungai Golok jah hok berona (membuat ‘onar’)”.

Apapun, banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas dan sebahagian Tumpat adalah lumrah biasa. Yang luar biasanya adalah komitmen ADUN serta Ahli Parlimen kawasan-kawasan ini yang kami lihat terus bersemangat membantu rakyat pagi dan petang sepanjang tempoh air bah naik serta surut.

Banyak ‘netizen’ yang nakal, mengatakan, “Mana lebai lebai PAS tak tolong rakyat ke?” atau “Lebai dok buat apa?”. Sedangkan mereka ini adalah golongan yang buta mata hati serta malas membaca laporan-laporan gerak kerja Pusat Khidmat DUN serta malas membuka FB Page pimpinan berkaitan!

Kalau pun anda ingin mengkritik atau menghentam pimpinan serta wakil rakyat kawasan ini, maka berlaku adillah terlebih dahulu dengan menyemak maklumat aktiviti mereka yang terbuka luas untuk diakses di semua media sosial rasmi masing-masing. Jangan jadi katak bawah tempurung.

Dato’ Panglima Perang ADUN Meranti

Pagi ini kelihatan YB Dato’ Ustaz Mohd Nassuruddin Daud kalut melawat rakyat di pusat pemindahan banjir di SMUA Rahmiah, Repek Pasir Mas. Kemudiannya menyertai pasukan bomba serta pihak polis meninjau lokasi mencari mangsa lemas yang juga seorang OKU berumur 20-an yang hilang sejak petang semalam di Kampung Tok Sangkut. 

Malam tadi dengan suluhan malap pacuan empat roda, Dato’ dan pasukannya turun menghantar nasi kepada rakyat yang masih terkepung dalam rumah masing-masing di Kampung Bongor. Mengemudi kenderaan dalam kegelapan malam melalui celah-celah pokok serta tiang elektrik, tiang telekom, pagar rumah orang yang tenggelam memerlukan ‘skills’ dan pengalaman. 

Maknanya, jalan dan lorong menuju ke rumah rakyat, sewaktu kering adalah sudah biasa dilazimi oleh Dato’, maka apabila semuanya kelihatan seperti ‘lautan’ pun, Dato’ tetap tahu mana lubangnya, mana longkangnya dan mana jalan yang betul. Tahniah Dato’ dan petugas Pusat Khidmat DUN. 

Kelmarin saya dan rakan-rakan sempat membantu Dato’ menyediakan masakan kepada mangsa banjir di perkarangan pejabat DUN. Ia menjadi satu pulau yang dikelilingi air namun meriah dengan petugas yang datang dari seluruh pelosok negara untuk turut sama menyediakan keperluan rakyat. 

Sempat kami siapkan dua kawah besar daging gulai yang kemudiannya dibawa ke Kampung Kubang Pak Hitam dan Kampung Bakong dengan menggunakan bot. Dato’ sendiri yang mengemudinya. Laju membelah arus air Sungai Golok demi memastikan perut rakyat terisi dan tidak kelaparan. Lebih manis apabila Datin isterinya sentiasa bersama-sama di atas bot, menemani suami menyantuni rakyat. 

YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff

Ramai memanggilnya ‘Wanita Besi Kelantan’ atas semangat dan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan rakyat. YB Kak Lah nama tempatannya cukup dekat dengan rakyat pada setiap masa. Khasnya sewaktu musim banjir yang sudah menjadi rutin tahunan dalam kawasan Parlimen dimenanginya sejak beberapa penggal.

Pekan Rantau Panjang dan kampung-kampung sekitar lembangan Sungai Golok amat mudah ditenggelami air terutamanya setelah Thailand menyiapkan benteng air sungai dahulu. Air banjir yang sepatutnya ‘dibahagi dua’ iaitu separuh melimpah ke Pekan Golok dan separuh lagi masuk ke Malaysia, setelah Siam siap membina tambak atau benteng, semua melimpah-ruah membanjiri Rantau Panjang. 

Kak Lah tidak kekal diam meriba tangan setiap kali rakyat ditimpa bencana bah. Lihat sahaja di Facebook beliau, dengan baju kotor, stoking berselut, wajah comot berminyak tanpa cukup rehat, semua daripada kita mampu menjadi saksi akan kehebatan wanita ini!

Apatah lagi telefon bimbitnya yang terus menerus bersambung dengan ‘powerbank’ menunjukkan kesibukan yang tidak terhenti berkomunikasi dengan semua agensi penyelamat, rakyat marhaen, Penghulu, Penggawa, NGO yang turun membantu dan siapa sahaja.

Pimpinan muslimat ini juga tidak kekok membantu mengangkat anak-anak kecil, wanita dan warga emas menaiki bot, pacuan empat roda serta lori penyelamat sewaktu air mula-mula naik kelmarin. Berkejar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kubang Kual dan bergegas pula ke kampung-kampung lain tanpa sempat menjamah makanan dan berehat.

Dalam kesibukan membantu rakyat, rumah ibunya sendiri dinaiki air banjir. Inilah dia nilai pengorbanan seorang anak yang juga wakil rakyat yang ingin mengekalkan komitmen membantu rakyat dalam menghadapi kesusahan. Tahniah Dato’!

YB Ahmad Fadhli Shaari

Ustaz Fadhli cukup terkenal dengan kelantangan berpidato dan berdebat di Parlimen. Kuat suaranya, ada getar keberanian dan bijak hujahnya. Bahkan beliau terus menyentuh isu banjir di Parlimen yang diwakilinya serta di Rantau Panjang yang mana satu penelitian serta kajian mendalam mengenai teknikaliti pembinaan benteng tebatan banjir termasuk risiko masa hadapan perlu dibentangkan segera. 

Turut diutarakan adalah bantuan khas yang sebelum ini diberikan kepada mangsa banjir sekitar Lembah Klang harus diperluaskan kepada rakyat yang terjejas di Kelantan serta Terengganu. Hasrat YB Fadhli agar YAB Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob turun ke Pasir Mas juga kelihatannya menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri dijadualkan turun ke Gelang Mas dan kawasan sekitar hari ini. 

Di sebalik wajah tegas, terselit kelembutan dan keprihatinan YB Fadhli dalam menyantuni mangsa banjir. Parlimen Pasir Mas memang tidak terkecuali daripada amukan Sungai Golok. Beliau sempat turun ke PPS Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Masjid Mukim Tasek Berangan, Kampung Kalor, Bakong, Tok Rusa, Jeram Perdah dan Pengkalan Pasir. Tahniah atas komitmen berterusan membela rakyat Kelantan di dalam Parlimen serta sewaktu turun ke lapangan YB!

YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat

Penerima akhir ‘anugerah’ air hujan kawasan pergunungan Jeli yang turun melalui Lembangan Sungai Golok adalah DUN Pengkalan Kubor. Semua air banjir yang sudah melimpahi kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang akan akhirnya tiba di beberapa buah kampung utama seperti Kampung Teluk Jering, Simpangan, Jejulok, Bendang Pak Yong, Kubang Sawa, Jubakar, Mentua, Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang. Rakyat di sini adalah mangsa terakhir Sungai Golok sebelum ia mengalir keluar melalui Kuala Tak Bai terus ke Laut China Selatan.

Biarpun sudah dua hari tidak hujan, namun kampung-kampung yang disebutkan tadi dinaiki air. Cuaca panas, tapi kampung dinaiki air, pelik bukan? Semalam 1 Mac adalah kemuncak air sampai ke sini namun maklumat yang diterima pada hari ini 2 Mac, air sudah pun surut sedikit. Alhamdulillah.

YB Ustaz Wan Roslan sebagai ‘pengurus akhir’ air bah Lembangan Sungai Golok ini juga amat pantas membantu rakyatnya. DUN yang dimenangi beliau bermula 2018 ini, sudah diketahui akan menerima ujian banjir saban tahun. Adakalanya dua kali setahun. Ia perkara biasa dalam fikiran rakyat tempatan. Bila keluar sahaja berita banjir berlaku di Pekan Rantau Panjang, maka tunggulah sehari atau dua, air dari sana akan turun ke DUN Pengkalan Kubor. 

Dalam beberapa hari ini, Ustaz Wan Lan turun ke PPS di SK Pengkalan Kubor (2) untuk ziarah dan bertanya khabar mangsa banjir. Sebelumnya beliau bersama pasukan membuat tinjauan di Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Kubang Sawa, Kajang Sebidang dan Kampung Teluk Jering. Ini rutin biasa YB Ustaz Wan Lan. 

Hari ini 2 Mac 2022, tim Pusat Khidmat DUN kelihatan sibuk menghubungi rakan-rakan penderma dan para budiman yang mana mereka memerlukan 3,000 pek makanan untuk diagihkan kepada semua rakyat yang terkesan. Semoga bekalan makanan yang disasarkan akan cukup dalam masa segera. Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh terus berhubung dengan pejabat Ustaz Haji Wan Roslan. 

Apapun sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan semua wakil rakyat Kelantan sentiasa cakna dan bersedia dalam menghadapi bencana banjir di negeri ini. Khasnya apabila bercakap mengenai kawasan-kawasan banjir sepanjang jajaran Lembangan Sungai Golok, semua wakil rakyatnya adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman, bersedia serta bersungguh-sungguh membantu rakyat pada setiap kalinya berlaku banjir. ‘Lebai-lebai’ di Kelantan sentiasa dekat di hati rakyat.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Presiden Kelantan Care – HARAKAHDAILY 2/3/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pesta mulia, tolong rakyat Sungai Golok, suatu iktibar kepada pekerja-pekerja PKN Johor dan PRU 15 akan datang. Insya Allah!

PRN Johor bersihkan 'Penjenayah Rasuah'.

Siri Analisis PRN Johor

  

32 tahun '0' rasuah, X 1 tahun KM dikait rasuah terowong besar..

 

32 tahun Kelantan bebas rasuah, negeri lain tidak mahu?

ANTARA sentimen yang sering bermain di minda rakyat adalah ketidakmampuan pemimpin dan figura PAS dalam mentadbir negeri ataupun menguruskan agensi-agensi kerajaan dengan cekap.

Pandangan ini tidak tepat sebenarnya melihatkan prestasi negeri di bawah pentadbiran PAS mampu mengekalkan rekod pengurusan kewangan yang amat cemerlang. Ini adalah bukti paling jelas bahawa PAS juga layak bahkan paling terkehadapan dari sudut amalan tadbir urus yang bersih.

Kegagalan menguruskan wang keluar masuk dan mengekang ketirisan wang rakyat dan kerajaan adalah bukti jelas ketidakmampuan mentadbir sesuatu pihak. Namun mungkin kesannya kurang terlihat apabila hasil negeri itu sudah banyak. Perkara ini tidak mustahil di sesebuah negeri yang sudah kaya ataupun dikurniakan infrastruktur asas yang mampu menjana ekonomi sejak awal merdeka lagi. 

Apabila menyentuh soal integriti dan bersih rasuah, apa yang paling utama adalah soal keberkatan dan mengelakkan pembaziran wang rakyat. Wang yang berjaya diselamatkan daripada menjadi ketirisan dapat digunakan untuk projek pembangunan dan usaha kebajikan untuk rakyat.

Maka, nak membuktikan sesebuah pentadbiran itu bersih dan berintegriti bukannya berasaskan rasa-rasa sedap di hati, apa yang kita nampak atau apa yang kita terima namun perlu berasaskan fakta dan rekod. Boleh jadi rakyat menerima RM100, namun sebanyak RM200 yang lain sudah pun dibazirkan akibat amalan tadbir urus yang tidak bersih. Apakah itu yang kita mahukan?

Berikut adalah antara rekod prestasi pengurusan Negeri Kelantan:

i. Rekod bertulis yang cemerlang. Bagi Negeri Kelantan yang sudah 32 tahun di bawah PAS, Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti dalam Laporan Ketua Audit pernah mencecah markah 99 peratus serta mengekalkan markah yang tinggi saban tahun dan mendapat pujian. 

ii. Sifar rasuah. Kelantan juga merekodkan 0 kes rasuah melibatkan pimpinan negeri sepanjang 32 tahun memerintah.

0 kes dalam 32 tahun adalah perkara yang amat sukar. Bahkan boleh dikatakan tidak ada negeri yang mampu menandingini rekod ini buat masa sekarang.

iii. Dasar pengurusan kewangan cemerlang. Kerajaan Kelantan juga kedudukan kewangan kerajaan Kelantan pada tahun 2021 kekal berdaya tahan walaupun beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang lebih mencabar akibat pandemik COVID-19.

Prestasi Akaun Semasa Kerajaan Negeri mencatat lebihan sebanyak RM47.61 juta menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.17 juta atau 4.77 peratus berbanding tahun 2020.

Prestasi ini adalah kali ke-lima tahun berturut–turut bermula tahun 2017. 

Lebihan wang inilah yang akan digunakan untuk rakyat. Contohnya, kerajaan negeri telah menguruskan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keperluan di Pusat Pemindahan Banjir di Kelantan. Banyak lagi usaha memulihkan ekonomi pasca COVID-19 dan projek kebajikan untuk rakyat yang bakal menjelang.

Siapa kata lebai tidak pandai mentabdir? Jangan pandang enteng isu integriti dan amalan tadbir urus yang bersih! Wang rakyat perlu kembali pada rakyat. Sekiranya Kelantan boleh mencapai kejayaan sebegini, negeri lain sudah tentu boleh. Tinggal kita memilih yang mana patut dipilih sahaja.

Rakyat Johor dah tahu nak pilih siapa?

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 3/3/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim32 tahun PAS perintah Kelantan hasilnya '0' rasuah. Tidak, 1 tahun jadi Ketua Menteri dikait rasuah terowong yang besar.. Ada bekas menteri yang masih terkait puluhan kes rasuah, 1MDB dan banyak lagi.

Yang penting, PRN Johor perlu dibersihkan dari 'Penjenayah Rasuah', walaupun bos-bosnya masih memegang jawaatan tinggi dalam parti masing-masing. 

PRN Johor bersihkan 'Penjenayah Rasuah'.

Siri Analisis PRN Johor

  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails