Friday, April 01, 2022

Cuti ihdad, bukti Islam membela wanita, X bawah DAP!

 

Laksanakan cuti ihdad wanita kematian suami

DALAM perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 peringkat Dewan Negara, saya berkesempatan untuk membahaskan beberapa perkara yang amat penting dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada pihak Kerajaan. 

Antara intipati yang perlu dipandang serius oleh pihak Kerajaan ialah Cuti Bergaji Penuh 30 Hari kepada wanita yang kematian suami dalam tempoh iddah, sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta. 

Cadangan ini saya kemukakan sebagai salah satu bentuk kebersamaan dan empati terhadap wanita agar waktu cuti yang diberikan sedikit sebanyak mampu membantu wanita yang baru kematian suami untuk menenangkan hati dan perasaan mereka.  

Selain itu, ia juga bertujuan memberi sedikit kelapangan kepada para wanita untuk menyelesaikan pelbagai urusan peribadi yang lainnya termasuklah penjagaan anak-anak, pusaka dan sebagainya. 

Peruntukan cuti sebulan bergaji penuh kepada wanita yang kematian suami telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2013, diikuti Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2019, bersekali dengan kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tiga hari bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat yang telah diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam. 

Sehubungan itu, saya berpendapat cuti 30 hari bergaji penuh dalam tempoh iddah ataupun cuti ihdad wanita kematian suami ini perlu dilaksanakan di peringkat pusat dengan melakukan pindaan terhadap Akta Kerja 1955. Hal ini bagi mewujudkan punca kuasa yang membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan cuti ihdad ini secara menyeluruh di setiap negeri. 

Akhirnya, saya amat berharap pihak kerajaan mengambil serius cadangan ini seterusnya lebih banyak inisiatif dilaksanakan bagi memastikan bukan hanya agensi-agensi mahupun jabatan-jabatan Kerajaan sahaja yang melaksanakan cuti ihdad ini, bahkan ia turut dipatuhi oleh majikan-majikan swasta.  

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 31/3/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimLaksanakan cuti ihdad wanita kematian suami.. Cuti ihdad, bukti Islam membela kaum wanita. Perkara begini tidak ada, kalau otak masih berfikir seperti di bawah tempurung kolot DAP!

Thursday, March 31, 2022

Jangan biarkan beliau ditunggangi.. bantu menerajui negara..

 

Ismail Sabri: Manmohan Singh versi Umno?

MARI kita berjalan-jalan ke negara India, bagi melihat apa persamaan yang saya nukilkan antara Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia dengan Manmohan Singh, bekas Perdana Menteri India sebelum Narendra Modi. 

Manmohan Singh

Secara ringkasnya, Manmohan adalah dari Parti Congress, iaitu sebuah parti yang begitu lama menerajui India. Nama-nama seperti Jawaharlal Nehru, Indra Ghandi, Rajiv Ghandi, mewarnai kanvas politik India, mewakili Parti Congress.

Manmohan adalah seorang pakar ekonomi yang diiktiraf dunia. Setelah Parti Congress menghadapi beberapa masalah dalaman dan sebagai kebiasaan parti, mereka inginkan legasi Ghandi diteruskan iaitu dengan menaikkan ketua Parti Congress pula ialah Sonia Ghandi, iaitu isteri kepada mendiang Rajiv. Beliau dilihat berkebolehan, tetapi dia seorang warga Itali. Sesuatu yang tidak boleh diterima di India.

Dicuba juga nama Rahul Ghandi, anak kepada Rajiv Ghandi. Malangnya ketika itu, Rahul dilihat kurang layak untuk jawatan tertinggi India itu kerana banyak perkara. Antaranya ialah dia sering berada di luar negara, kurang pandai berpidato. 

Maka, Manmohan adalah calon yang dilihat paling layak untuk menerajui India. Naiklah Manmohan, dinobatkan sebagai memanda Perdana Menteri India. Beliaupun menjalankan tugasnya. Namun, apa yang berlaku di belakang tabir, diketahui orang juga.

Beliau dikatakan banyak menjadi boneka kepada Sonia dan pimpinan Kongres yang lain. Beliau dilihat tidak berkemampuan untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri dengan kuasanya. Tali kekangan sentiasa ada di tengkuknya dan beliau dipacu oleh Sonia. Suka saya masukkan sedikit kisah mengenai bagaimana keluarga Nehru mendapat nama Ghandi, sedangkan mereka tiada tali kekeluargaan dengan Mahatma Ghandi.

Mereka menggunakan nama Ghandi melalui suami Indra yang juga bernama Feroz Ghandy. Kemudian ditukar kepada Ghandi. Kekal nama itu digunakan bagi tujuan politik kerana India dan Ghandi, tidak berpisah. Walaupun Kongres dilihat lebih baik dari segi kesederhanaan pemerintahan mereka berbanding BJP yang lebih pro kepada pelampau Hindu, namun, kesilapan mereka sendiri yang gagal memanafaatkan kuasa mereka dengan baik itulah yang mesti mereka salahkan. Mereka tidak mahu bersatu atas nama kebenaran, tetapi bersekongkol atas dasar dosa dan noda.

Dahulukan keluarga & rasuah. 

Sikap mendahulukan keluarga mereka dalam kepimpinan dan degil antara puncanya juga. Rasuah menjadi teruk di zaman mereka. Betapa ramai pakar-pakar IT mereka berpindah ke Amerika kerana mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Mereka mempunyai sumber alam dan manusia yang cukup banyak. Hanya perlu diuruskan mengikut peraturan. Bak kata Mahatma Ghandi, dunia ini cukup bagi mengisi keperluan manusia, tetapi tidak akan cukup bagi mengisi ketamakan manusia.

UMNO

Nah sekarang, bandingkan dengan Umno, parti memerintah paling lama. Bagaimana kita melihat sendiri, Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri kita semua rakyat Malaysia, dilayan oleh pimpinan Umno yang bermasalah dan sedang dibicarakan di mahkamah. Beliau bagaikan melukut di tepi gantang. Tidak diajak naik ke atas karpet. Jangan lupa juga, Presiden Umno sekarang ini asalnya ialah Ponorogo, Indonesia, bukan orang Malaysia, sebagaimana pengakuannya dalam siaran TV di Indonesia. Persis Sonia Ghandi?

Nun, di Johor. Dijanjikan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad sebelum PRN, tetapi kemudiannya diberikan kepada orang lain yang berketurunan Tan Sri Noah, anak beranak kepada beberapa Perdana Menteri sebelum ini. Nama keluarga diutamakan. Sebab itu rakyat perlu bertindak, mengajar Umno supaya sedar akan diri. Jika kuasa digabungkan dengan kumpulan yang betul seperti PN, maka insyaallah Malaysia akan lebih berjaya. 

Mahukah negara kita diserahkan kembali kepada PH? Insya-Allah hancur.

Kasihanilah Perdana Menteri kita. Jangan biarkan beliau ditunggangi oleh orang yang tidak betul. Mari kita bantu beliau menerajui negara.

MOHD NASIR ABDULLAH
30 Mac 2022 – HARAKAHDAILY 30/3/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDailymahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 

X denda Nikah Thai. Al-hamdulillah, tahniah & syabas Perlis.

 

Selatan Thailand seperti Narathiwat menjadi penempatan kebanyakan penduduk Islam dan tumpuan rakyat Malaysia yang ingin berpoligami di luar kariah. - Foto hiasan AFP

Perlis tak denda pasangan nikah di Thailand

KANGAR: Pasangan yang bernikah di Thailand dan ingin mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Perlis, tidak akan dikenakan denda, namun mereka perlu mengemuka dokumen lengkap.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perlis, Ruzaini Rais, berkata pasangan terbabit perlu mendapatkan sijil pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand, bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka di negeri ini.

Beliau berkata, sekiranya berlaku pernikahan di Thailand dan pasangan tidak mendapatkan sijil pengesahan berkenaan, permohonan bagi mendaftarkan pernikahan itu dianggap tidak lengkap dan menyukarkan proses selanjutnya.

"Ramai pasangan yang berkahwin di sana tidak mendapatkan sijil pengesahan ini kerana syarat ditetapkan kerajaan Thailand pihak terbabit perlu bermalam sehari di sana, sebelum diberikan dokumen itu.

"Bila pasangan itu tidak mendapatkan sijil pengesahan pernikahan, ia menyukarkan mereka untuk mendaftarkan pernikahan di Perlis," katanya kepada pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Terdahulu, sewaktu sesi soal jawab lisan, Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) bertanyakan Rozaimi mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi mempermudah proses untuk pasangan yang bernikah di Thailand, mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri ini.

Menurut Mohd Ridzuan, terdapat banyak kes pasangan tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini, sehingga menyebabkan anak-anak turut terkesan, antaranya tidak dapat mendaftar persekolahan.

Dalam pada itu, Rozaimi berkata mahkamah syariah di Perlis juga tidak mewajibkan pihak yang ingin berpoligami untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada isteri pertama, namun maklumat yang dikemuka itu seharusnya lengkap.

"Jika maklumat tidak lengkap dan meragukan, mahkamah syariah akan memanggil isteri pertama bagi mendapat pengesahan," katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tahniah dan syabas Perlis. Negeri-negeri lain dalam Malaysia pun patut buat begitu.

(i) Memudahkan proses perkahwinan di negara Thai seolah-olah bantu bina masjid yang digalakkan dalam Islam.

(ii) Beri sijil pengesahan perkahwinan.

(iii) Permudah proses pasangan bernikah di Thailand, mendaftarkan semula di negaraini.

(iv) Mahkamah syariah di Perlis juga tidak mewajibkan pihak yang ingin berpoligami untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada isteri pertama.

(v) Jika maklumat tidak lengkap dan meragukan, mahkamah syariah akan memanggil isteri pertama bagi mendapat pengesahan.

Sekian.

Yasin, gantung sampai mati. Bagaimana selamatkan artis?

 

YASIN ketika dibawa ke mahkamah hari ini. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati

PETALING JAYA: Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Kita didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram. Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim dan Asnawi Abu Hanipah manakala tertuduh diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tolong, selamatkan artis kita, jangka pendek atau jangka panjang, bagaimana? Hanya dengan panduan 'hiburan menurut syariah'. Terapkan dalam kehidupan artis! Akan selamat dunia akhirat.. bukan di dunia saja. Insya Allah!

Lihat juga: Tolong, selamatkan artis kita.. dengan 'hiburan me... terdapt juga nasihat artis Ameng..

Kita akan hilang semuanya: Ameng

Rokok pun saya sudah berhenti – Ameng Spring

Berita dari Aceh: Khalwat, sepasang muda-mudi disebat..

 

Pelanggar khalwat dicambuk oleh algojo di Taman Bustanussalatin (Taman Sari) Kota Banda Aceh, Rabu (30/3/2022) 

Terbukti Berkhalwat di Banda Aceh, Sepasang Muda-mudi Ini Dicambuk 23 Kali, Setelah Ditahan 3 Bulan   

SERAMBINEWS.COM, BANDA ACEH - Pihak Kejari Banda Aceh bersama Satuan Polisi Pamong Praja dan Wilayatul Hisbah (Satpol PP dan WH) Kota Banda Aceh melaksanakan hukuman uqubat cambuk

Uqubat cambuk ini dilakukan terhadap sepasang muda-mudi yang terbuki melanggar Syariat Islam. Tepatnya terbukti berkhalwat di Banda Aceh

Hukuman cambuk  di Taman Bustanussalatin (Taman Sari) Kota Banda Aceh, Rabu (30/3/2022) ini berlangsung sangat singkat, karena hanya satu pasangan yang dicambuk.


Adapun pasangan dicambuk ini, yakni pria berinisial 

YF dan wanita berinisial FL. Keduanya dicambuk masing-masing 25 kali, namun setelah dikurangi 

masa tahanan tiga bulan, maka sisa cambukan terhadap keduanya masing-masing 22 kali. Vonis ini sesuai putusan Mahkamah Syar'iyah Banda Aceh.

 

Kepala Bidang Penegakan Syariat Islam, Muhammad Syarif, SHI, MH, mewakili Kasatpol PP dan WH Banda Aceh, dalam sambutannya mengatakan agar semua pihak dapat menjadikan uqubat cambuk  itu sebagai pembelajaran


Selain itu, agar menjaga lingkungan sekitar dan keluarga agar dijauhkan dari kemungkinan-kemungkinan terjadinya pelanggaran syariat Islam.


“Mari kita bersama-sama mengambil pembelajaran dari pelaksanaan hukuman cambuk ini dan semoga kita serta keluarga kita dijauhi hal-hal tercela dan melanggar syariat Islam,” harapnya.

  

Syarif juga menyampaikan bahwa keduanya bukan warga Kota Banda Aceh, melainkan pendatang dari kabupaten lainnya dan melakukan hal-hal yang tidak pantas di Banda Aceh.


"Sesuai arahan dari pimpinan, kita tidak akan surut dan terus istiqamah dalam penegakan syariat Islam di Banda Aceh," ujarnya.


Syarif mengingatkan kepada masyarakat luar yang datang ke Kota Banda Aceh untuk menjunjung tinggi pelaksanaan syariat Islam yang dijalankan. Hal itu karena kebanyakan kasus pelanggaran syariat di ibu kota Provinsi Aceh ini idilakukan oleh para pendatang. 


"Jangan dianggap bahwa Banda Aceh ini bisa menjadi tempat untuk melanggar syariat Islam. Tolong hargai juga pelaksanaan syariat Islam di Kota Banda Aceh, khususnya," katanya.

VIDEO - Dua Mahasiswa Dicambuk Setelah Kedapatan Berduaan di Kamar Kos

PM di Dubai semalam selepas lawatan rasmi 3 hari ke Qatar..

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, menghadiri Persidangan Kerajaan Dunia 2022 di Dubai, hari ini. - Foto FACEBOOK ISMAIL SABRI YAAKOB

Ismail Sabri hadiri Persidangan Kerajaan Dunia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Persidangan Kerajaan Dunia 2022 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersempena Ekspo 2020 Dubai, petang ini waktu tempatan.

Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook berkata, persidangan yang mengangkat tema 'Shaping Future Governments' atau 'Membentuk Kerajaan Masa Hadapan' turut dihadiri Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, yang juga Pemerintah Dubai.

Ismail Sabri berkata, persidangan terbesar selama dua hari yang bermula semalam itu menghimpunkan ketua negara serta pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia.

Ia turut mengetengahkan pelbagai isu termasuk isu global, ekonomi dan pentadbiran menerusi lebih 100 sesi yang diadakan.

"Menerusi persidangan itu, ketua-ketua dunia dapat membincangkan kerjasama masa hadapan bagi mendepani cabaran luar jangka seperti pandemik COVID-19," katanya yang turut berkongsi gambar menghadiri persidangan itu.

Perdana Menteri singgah di Dubai semalam selepas lawatan rasmi tiga hari ke Qatar sejak Sabtu lalu. – BERNAMA

Wednesday, March 30, 2022

Maaf, Ini, 3 perkara mengenai Kelantan...

 

1. Adun BN puji Kelantan serius atasi bekalan air

KOTA BHARU: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas kesungguhan bagi mengatasi masalah bekalan air di Gua Musang.

Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkata, sebelum ini ada pihak menganggap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal mengatasi masalah bekalan air terutamanya di Gua Musang.

Katanya, berdasar kepada penjelasan kerajaan negeri pada penggulungan perbahasan hari ini, rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri yang berusaha mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di Gua Musang sekarang,” katanya pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, kerajaan negeri merancang membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Pulau Setelu Gua Musang.

Selain itu menaik taraf LRA di Panggung Lalat yang mampu mengeluarkan 2 juta liter padu sehari.

“Kerajaan negeri juga akan memasang paip agihan air yang melibatkan kos kira-kira RM6.4 juta,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan kerap berlaku terputus bekalan air di kawasan tersebut sejak Januari lepas. Masalah gangguan bekalan air dilaporkan turut melibatkan premis kerajaan termasuk hospital dan pejabat kesihatan daerah.

Media melaporkan gangguan bekalan air yang berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kerosakan boost pump di Bandar Utama Gua Musang Fasa 2 yang telah berlaku sejak awal tahun 2021. HARAKAHDAILY 30/3/2022

2. Kelantan: 100 dron perkasa pertanian & saranan. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila lihat tawaran ini..

Menurut BERNAMA semalam, Turki bersedia meneroka bidang kerjasama baharu dengan Malaysia dalam industri pertahanan. Walaupun disebutkan 'industri pertahanan' tetapi ia ada kaitan juga dengan sektor pertanian. 

Presiden Industri Pertahanan Turki (SSB) Prof Ismail Demir berkata ia termasuk platform udara generasi baharu, sistem kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), platform tentera laut dan keselamatan siber.

Katanya, antara lain..

“Syarikat pertahanan Turki telah menjadi pemain global menerusi sistem dan produk tempur mereka. Mereka terbuka bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menjalin hubungan jangka masa panjang, berdasarkan strategi menang-menang, termasuk pertukaran teknologi, pengeluaran dan pemasaran bersama.

“Kami menawarkan model kerjasama terbuka, mesra dan muhibah yang kebanyakan negara tidak tawarkan. Kami bersedia berkongsi pengalaman dengan rakan sejawatan di Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Tinjauan Bernama mendapati pavilion Turki memenuhi hampir separuh daripada ruang pameran yang disediakan, selain pavilion Malaysia dan 18 yang lain termasuk dari Amerika Syarikat, India, Jerman, Poland, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Thailand dan Austria.

Kelantan, al-hamdulillah

Sebanyak 100 unit dron digunakan bagi memperkasakan lagi sektor pertanian di Kelantan selaras perkembangan teknologi Revolusi Industri 4.0. Aplikasi dron sangat membantu petani yang melibatkan projek pertanian berskala besar, ia dapat membantu petani menjalankan aktiviti pertanian pembajaan meracun dan tabur benih.

Pengunaan teknologi dron dalam sektor pertanian dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, menjimatkan kos serta mengurangkan penggunaan baja dan meracun.

3. Kisah bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak. Berkreatiflah.

VAN DAO dan anak lelakinya menaiki kereta perisai kayu di wilayah Bac Ninh semalam. – AFP 

BAC NINH, Vietnam – Seorang bapa di Vietnam meluangkan masa beratus-ratus jam dan membelanjakan wang ribuan dolar untuk menukar sebuah bas mini lama menjadi kereta perisai kayu untuk anak lelakinya.

Setiap hujung minggu, Truong Van Dao memandu kereta perisai kayu itu di sekitar kejiranannya di wilayah Bac Ninh, timur Hanoi bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun di bahagian turet.

Kereta perisai  kayu  itu dibina berdasarkan model kereta perisai Perancis, EBR105 dan lengkap dengan replika meriam sepanjang 2.8 meter. Kos pengubahsuaian tersebut adalah sekitar AS$11,000 (RM46,447).

“Anak lelaki saya dan saya berasa lebih seronok menaiki kereta perisai. Saya menganggap ia sebagai kereta biasa. Saya melakukan pengubahsuaian supaya lebih seronok. Ia tiada kena mengena dengan senjata atau perang,”  kata Van Dao.

Lelaki berusia 33 tahun itu bekerja sebagai tukang kayu. Dia bersama dua rakan sekerjanya mengambil masa tiga bulan untuk menukar bas mini itu menjadi kereta perisai. – AFP

Walaupun Turki bersedia meneroka bidang kerjasama baru dengan Malaysia dalam industri pertahanan,  tetapi ia ada kaitan juga dengan sektor pertanian.  Begitu juga sebaliknya. Fikir-fikirlah secara kreatif! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails