Friday, April 22, 2022

Daif L/Raya K'tan. Tapi.. TH lakar kejayaan.

 

1. Daifnya jalan raya Persekutuan di Kelantan

STRUKTUR jalan raya Persekutuan di negeri ini yang berada dalam keadaan daif dari aspek kualiti dan fizikal pembinaannya menuntut satu perhatian kritikal dan serius pihak Kementerian Kerja Raya. Apatah lagi dalam realiti penggunaannya melibatkan densiti tinggi pelbagai jenis kenderaan, ia begitu mudah rosak dan memerlukan pengurusan penyelenggaraan yang kerap.

Pemerhatian khusus ke lokasi telah diadakan di jalan raya Persekutuan di Sungai Asap, Chiku, Sungai Sam, Renok Baru, Lepan Jaya di Gua Musang hingga ke sempadan Pahang (Mentara) serta Lebuhraya Timur-Barat di Jeli beberapa hari lalu dan semalam. Kami juga akan ke beberapa lokasi lagi bagi meninjau sendiri dan memaparkan keadaan semasa keadaan jalan raya. Khususnya yang menjadi pintu masuk atau laluan utama ke negeri ini.

Semasa kami di Sungai Asap, Gua Musang itu, sempat kami ke bengkel kenderaan berdekatan yang memberitahu sudah lebih 10 kenderaan pecah tayar angkara lubang di situ. Syukurlah tidak terjadi sesuatu lebih buruk dari itu, tetapi keadaan jalan demikian tetap mengundang risiko. Kalau tak pun pada keselamatan, poket juga melayang terbang ringgit untuk penggantian tayar atau kerosakan lain diakibatkan.

Kerana dalam masa seminggu sahaja lagi, anak perantau Kelantan yang berada di seluruh pelusuk negara ini akan pulang untuk berhari raya bersama keluarga. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri telah menjangkakan sekurang-kurangnya dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan menjelang Aidil Fitri.

Kebimbangan kami, jalan raya Persekutuan berkenaan melibatkan antaranya lagi adalah laluan di antara Hentian R&R Titiwangsa hingga ke Sempadan Kelantan-Perak, dan sebahagian besar juga dari Bandar Baharu Gua Musang ke Sungai Sam berada pada struktur yang tidak memenuhi standard keselamatan apatah lagi rosak untuk dilalui. Ia tentunya bakal mengundang risiko melibatkan kemampuan kenderaan termasuk keselamatan nyawa manusia.

Keadaan sedemikian telah berlaku sejak puluhan tahun dan walaupun ada pembaikan dilakukan, tetapi ia sekadar penurapan untuk jangka pendek. Agak tidak adil untuk dikatakan kerja kontraktor berkenaan menangani kerosakan yang berlaku itu ‘sekadar melepaskan batuk ditangga’. Kerana hakikatnya Kerajaan Persekutuan sendiri memberi ‘bajet ciput’.

Bagi tujuan berkenaan, untuk seluruh Malaysia seperti kami kemukakan sebelum ini, hanya diperuntukkan 5 peratus daripada jumlah yang diperlukan seperti yang berlaku pada 2019 iaitu RM100 juta untuk nilai sebenar penyelenggaraan RM2 bilion. Akibatnya, pembinaan dan penyelenggaraan sewajarnya tidak dapat diadakan atau ditangani. Kelantan sepertimana juga pada masa-masa lalu, terus diabaikan atau dikemudiankan.

Kekesalan kami juga sekiranya benar dakwaan beberapa pihak bahawa di Parlimen berkenaan, Ahli Dewan Rakyatnya tidak mengajukan permohonan berkaitan ke pihak berwajib secara serius. Kerana itu akhirnya kami mewakili suara rakyat terpaksa merayu dengan membangkitkan perkara ini di media. Harapan kami, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas semangat Keluarga Malaysia, sudilah kiranya membantu. Selesaikanlah jalan jalan utama, pintu masuk ke Kelantan demi keselamatan anak rantau kami.

Jalan raya Persekutuan di Kelantan teramat-amat memerlukan tindakan segera bagi menampung kepulangan dua juta kenderaan bergembira pada Aidil Fitri ini. Kami tidak rela mendengar dan berkongsi walau satupun kesedihan akibat tragedi berkaitan yang berpunca dari jalan raya daif seperti ini. Na’uzubillahiminzalik, kami mohon Allah melindungi keselamatan dan menjauhkan segala musibah.

Tetapi usaha mesti ada di sebalik pemanduan anak perantauan serta mereka yang perjalanannya memasuki Kelantan dengan mematuhi etika dan peraturan ditetapkan. Kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya masih punya kesempatan mengenali ‘hot spot‘ atau lokasi kritikal ini untuk segera ditangani. 

Dijangka seawalnya pada Khamis nanti anak perantau akan mula pulang. Nasihat kami juga agar masing-masing memanfaatkan teknologi bagi mencari laluan alternatif serta pilihan pengangkutan awam. MAS, AirAsia, ETS KTM dan bas ekspres Sany, Mutiara, Pantai Timur dan lain-lain juga sangat boleh dimanfaatkan.

Kekal tenang dan sabar sepanjang perjalanan, patuhi undang-undang keselamatan. Berdoa, saling bertolak ansur, hormat serta membantu dan mempermudahkan sesama pengguna. Kita ‘Kelantanese‘ adalah bersaudara, sama-sama gembira pulang berhari raya.

NAZMAN CHE IBERAHIM & MOHAMED HILMI CHE RAMLI
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 22/4/2022

2. Pengurusan TH lakar kejayaan demi kejayaan 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kejayaan demi kejayaan yang terlakar di dalam pengurusan Tabung Haji (TH).

Bagi beliau, Majlis Pelancaran Hijrah24 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam penting dan mengujakan.

Menurutnya, majlis yang cukup penting dan begitu mengujakan bagi TH sebagai salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyelusuri perjalanan strategik organisasi ini dari tahun 2022 sehingga 2024.

Katanya, kejayaan demi kejayaan yang terlakar di dalam pengurusan TH dengan perkembangan yang telah diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar dengan jumlah pendeposit yang paling tinggi dengan jumlah RM86.5 billion sehingga laporan kewangan Mac 2022.

Di samping itu, ujarnya pelbagai agenda telah ditransformasi dari masa ke masa bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada aset umat Islam terbesar di Malaysia yang diuruskan oleh TH.

“Menggariskan lima teras utama dan 24 insiatif bagi merealisasikan daripada keseluruhan aspek perjalanan pengoperasian TH, ia menjadi sasaran besar TH menjadi sebuah organisasi yang terunggul dengan kecemerlangan berterusan dan menjaga amanah lebih 8.4 juta pendeposit,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga TH yang berusaha keras siang dan malam, melalui saat sukar dan senang bersama bagi memastikan amanah yang dipikul digalas dengan kemas.

“Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Mulia dalam memandu hati-hati kita semua menjayakan agenda yang cukup murni bagi memastikan ibadah Rukun Islam kelima ini dapat disempurnakan dengan baik dan diterima oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu dan berbuka puasa bersama warga TH turut meraikan 30 anak yatim dari Darul Kifayah, Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 21/4/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat daifnya  Lebuh Raya Persekutuan di Kelantan. Sedangkan TH lakar kejayaan demi kajayaan di Malaysia. Al-hamdulillah..

“kartel mafia” dalam Bukit Aman sedang... Sila nilai sendiri..

 

gambar hiasan..
Komen Rakyat dalam blog ini...

7 comments:

Anonymous said...

bagus dah kena tuduh. nanti ada peguambela yang bela. kes aishah yang kena sosma tu apa hal. ni yang korang sokong sangat tu. pis leak betul la.

Anonymous said...

Setuju. Mcm kes adun bersatu dulu.

Anonymous said...

Mana yang dituduh mesti ada bicara. Tak boleh biarkan. Tambah pulak wakil rakyat. Nanti main langgar jer. Mana yang dah ada kes patut ada rasa malu dan berundur. Ni jenis wakil rakyat yang akan merosakkan politik jika dibiarkan. Jika wakil rakyat bersih dan clear, sistem akan terkawal. Wakil rakyat korup jadi virus dalam sistem.

Rakyat sudah lama mendambakan parti yang wakil rakyatnya bersih dan clear. Tak perlu wakil rakyat keluar masuk mahkamah atas hal peribadi. Masanya sudah tiba negara diurustadbir wakil rakyat dan parti yang bebas rasuah dan bebas mahkamah. Untuk terus maju.

Anonymous said...

Jika benar siasatan pihak berkuasa ke atas Nazlan Ghazali sudah selesai dan laporan telah mengesahkan bahawa segala dakwaan Raja Petra berkenaan salahlaku Nazlan yang sedang menjadi hakim kes Datuk Seri Najib benar belaka, mengapa pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang laporan berkenaan perkara tersebut?

Perkara ini menjadikan rakyat berada dalam keadaan yang sangat keliru. Mereka tertanya-tanya samada “kartel mafia” dalam Bukit Aman sedang menghalang laporan tersebut sampai ke pengetahuan umum kah?

Isu kartel mafia polis tersebut pernah didedahkan oleh Raja Petra dan Hamid Bador. Sejauh mana kebenarannya juga belum dapat dipastikan namun rakyat sedang memilih untuk percaya pada dakwaan tersebut.

Berat kes ni tapi PDRM...
Tidor

Anonymous said...

Kat singapura atau temasik, tiada melayu yang kaya raya. Kat malaysia ramai cina yang kaya raya. Tengok betapa zalimnya bila cina berkuasa. Betapa baiknya bangsa peribumi kat malaysia.

Anonymous said...

RAKYAT SINGAPURA ADALAH HAMBA ABDI PADA KELUARGA LEE KWAN YEW & PARTI PAP SUPER KRONI NEPOTISMA ULTRA KIASU.

Lapuran dari Taiwan News menyatakan gaji isteri Perdana Menteri sebanyak S$99 juta setahun sebagai Pengerusi Temasek Holdings.

Perlu di ingat Temasek holding pernah kerugian beberapa kali berbillion dollar dibawah kawalan isteri PM Singapura. Kalau di Malaysia dah kecoh kepoh satu dunia PH krjakan. Singapore need more young superhero like Amos Yee not like Budak Suman who come here buat menyemak saja...

Taiwan news melapurkan...

https://m.facebook.com/theonlinecitizen/videos/2684081375037574/?locale2=en_US

Taiwan news reports Ho Ching wife pf Prime Minister Lee Hsien Loong makes S$99 million as Executive Director and CEO of Temasek Holdings in one year

In a Taiwan news was reported that Mdm Ho Ching, wife of Prime Minister Lee Hsien Loong, earns about TWD2.1 billion (S$99 million) a year or about S$300,000 a day as Executive Director and Chief Executive Officer of Temasek Holdings.

Di Singapura tiada ruang untuk pemimpin Melayu dan ahli perniagaan Melayu diberi tempat dalam urusan rasmi kerajaan ultra kiasu Singapura..!? Tidak sama sekali..!!

Sebab mereka tak percaya kan orang Melayu yang tinggal di Singapura. Maka ini adakah kerajaan PN masih percayakan bangsa Jho Low ini bila berurusan secara rasmi dalam kerajaan.!?

Di mata bangsa Jho Low mereka menganggap Jho Low sebagai pejuang suci yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam.

Ada kah rakyat Malaysia kita ada kedengaran bangsa Jho Low di Malaysia dan Parti MCA, Parti DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua, Chin Tong, Teresa dll, mencemuh kerja kotor Jho Low.!?

PejWang PKR dan PAN gang Mat Sabu Mujahit Kalit Samat bersama gang oren masam yang tak tahu malu terkinja kinja mengharapkan sokongan DAP dan bangsa Jho Low ini.

Anonymous said...

"Alasan dadah, siapa tak kenal DAP? Ha Ha Ha.. Kita dengar pula apa kata barua tukang jilat juboq tak basuh..."

Kata2 kesat begini kah yg digunakan dlm bulan ramadan yg mulia, dan bagi org yg berpuasa?

Nampak sangat lah apa jenis perangai pemilik blog ini.

Alasan dadah, siapa tak kenal DAP? Ha Ha Ha

 

Masa ke tandas ada orang isi sesuatu dalam minuman, saya tak hisap dadah – Adun DAP
  
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang.

Sehubungan itu, ADUN DAP itu terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencingnya positif, kerana mendakwa merokok pun tidak.

Terence berkata, beliau diundang bertemu kawan-kawan yang juga pelanggannya, untuk perjumpaan dan makan Tahun Baharu Cina di lokasi di mana dia kemudiannya ditahan di Perai, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa dihidangkan minuman yang ‘aneh’ dan tidak meminumnya selepas merasa sedikit.

"Saya kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook miliknya hari ini.

Menurutnya, ekoran insiden itu, sebaik sahaja dibebaskan pada Jumaat, beliau telah membuat laporan polis menyatakan bahawa dia terdedah kepada anasir yang mencurigakan dan telah menamakan saksi terhadap kejadian terbabit.

Katanya, saksi tersebut telah pun memberi kenyataan kepada polis dan mengesahkan apa yang telah dilihatnya.

Berikutan itu, ujarnya, beliau telah memohon pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut dan orang ramai boleh menilai kenyataan beramarannya kepada pihak polis dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Walau bagaimanapun, saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

“Pun begitu, ramai yang telah membuat keputusan bahawa saya semestinya bersalah,” tambahnya.

Terence berkata, setelah lama terlibat dalam dunia politik dan setelah dua penggal sebagai ADUN, beliau amat menyedari tanggungjawab seorang wakil rakyat, yang salah satunya untuk mematuhi undang-undang.

“Tiada apa yang berubah dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap pengundi serta tetap berpendirian bahawa dadah adalah permasalahan sosial dan akan terus berjuang menentangnya,” katanya lagi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti di atas sokongan dan kepercayaan terhadapnya, Terence berkata, beliau akan memberi penjelasan seperti yang diminta DAP Perak.

Pada Jumaat, media melaporkan seorang ADUN dari Perak ditahan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang kerana didapati positif dadah. – Awani

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alasan dadah, siapa tak kenal DAP? Ha Ha Ha.. Kita dengar pula apa kata barua tukang jilat juboq tak basuh...

Busuk punya olang... 

Mohd Nazlan terima duit haram RM1.036,127.40 dari Jho Low..!?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Benarkah Hakim Mohd Nazlan terima duit haram RM1.036,127.40 dari Jho Low..!?

Ini baru benar-benar “National Embarrasment”. Wang tunai RM1,036,127.40 yang Nazlan masukkan ke dalam akaun Maybanknya adalah sebahagian daripada RM2 juta yang diterima daripada Jho Low untuk “perkhidmatan yang diberikan”

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazli perlu disiasat segra berkaitan ada sejumlah wang RM1.036,127.40 masuk kedalam akuan peribadinya bernombor 56401672#### di Maybank. (Maybank Nazlan bernombor 564016720433.)

Minit mesyuarat 1MDB mendedahkan cadangan untuk membentuk SRC datang daripada Maybank dan bukan daripada Najib.

Tarikh itu bertepatan dengan tarikh pinjaman RM6.17 bilion 1MDB dan keputusan yang dibuat 1MDB mengenai pengambilalihan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.

Sepatutnya Hakim mengistiharkan berundur dari kes ini bah kan boleh menjadi saksi kepada hal 1MDB dan bukan sebagai hakim.

Apa yang menarik , ada lah yang memberi wang itu ada lah orang yang mahkamah dihakimi Nazlan Ketika pembicaraan Datuk Seri Najib Razak. Jika apa yang dilaporkan ini benar , maka ia sudah ditakrifkan sebagai hakim mengendali kes dalam situasi “Conflict of interest’.

Kes 1MDB yang membabitkan Bossku semakin tidak dipercayai oleh rakyat sejak kebelakangan ini dan dengan pendedahan demi pendedahan termasuk yang baru ini, maka ia akan terus tidak dianggap sebagai kes benar selain Bossku telah dianayai.

Tun Mahathir sekadar menyatakan dia tidak tahu sebaik sahaja pendedahan keluar berkenaan kroni kesayangan nya Tan Seri Zeti Akhtar dan penyamun Taufiq Ayman juga telah memiliki wang AMLA sejumlah RM700 juta dari Jho Low.

Hal Zeti terima wang sogokan turut disahkan oleh Tim Leissner sebagai saksi di mahkamah Amerika Ketika memberi keterangan dan tiada pihak membangkang atau “dispute” dakwaan ini.

Hakim Nazlan adalah sebahagian besar daripada gerakan merompak wang 1MDB yang melibatkan Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner. Turut terlibat dalam perkara ini adalah Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner.

Apa yang boleh di rumuskan setakat ini ada lah hampir semua yang terbabit dalam isu 1MDB ada lah mereka mereka yang rapat dengn Tun Mahathir dan Tun Daim.

Adakah sebenar nya , mereka mencipta kes atas sebab Najib Razak mengambil alih TIA di mana TIA ada lah “vehicle’ mereka selama ini..?

Malaysia sedang alami defisit kpercayaan dari segi imej dan pelabur melarikan diri semenjak kerajaan Tun Mahathir ambil alih dan disambung pula oleh kerajaan proksi nya kemudian.

Kini rakyat mempersoalkan mengapa Nazlan tidak dipanggil oleh SPRM untuk menjelaskan RM2 juta yang diterima daripada Jho Low?

Kalau Lee Kwan Yew lansung tak percaya dan lansung tidak beri muka pada kaum Melayu Singapura, kenapa kita terhegeh hegeh beri muka pada kaum Lee Kwan Yew di negara ini..!?

Mungkin Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak dengan kaumnya dalam Parti DAP, MCA dan Gerakan dan mentor DAP@ PAP Lee Kwan Yew di Singapura melihat betapa bodoh 'vangang' nya barua Melayu belaan mereka di batu apikan dan bercakaran sesama Melayu.

Sesama Melayu bercakaran sampai tua renta tak pernah abis selagi ada 'batu api' disekeliling mereka..Tak ke bodoh namer nyer tuhh..!!

Thursday, April 21, 2022

Lawan secara ‘gentlemen’, penyatuan ummah terus..

 

1. Perlawanan berlaku biar secara ‘gentlemen’

KOTA BHARU: PAS menghormati pendirian Umno sekiranya parti itu mahu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perlawanan yang akan berlaku hendaklah secara gentlemen dengan bercakap tentang dasar parti dan tidak menyerang individu.

Bagaimanapun katanya, PAS sentiasa terbuka sekiranya Umno mahu turut serta bersama dalam muafakat yang terjalin sebelum ini untuk kepentingan negara pada masa akan datang.

“PAS juga menyambut baik kenyataan Pengerusi Umno Kelantan Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub yang meminta Umno cawangan tidak menggunakan kempen dan ceramah yang mengguris hati pemimpin dan ahli PAS.

“Pendekatan itu wajar disambut baik kerana ia memberi kebaikan terhadap hubungan kedua-dua parti berkenaan.

“Nasihat itu bagus dan selama ini pun kita tidak kata apa-apa pun kepada Umno, sebaliknya ada pemimpin Umno sebut dalam PAS ada tiga jahanam,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas wakil Umno Kelantan Zawawi Othman mendakwa terdapat tiga jahanam dalam PAS iaitu Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. – HARAKAHDAILY 20/4/2022

2. Agenda penyatuan ummah tetap diteruskan 

KUALA LUMPUR: PAS akan terus berusaha menjayakan agenda penyatuan ummah di negara ini walaupun pembangkang mengambil pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata pintu rundingan sentiasa terbuka untuk mana-mana pihak untuk jalin kerjasama bagi memperkukuh gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kalau dia nak bersatu, hal dia lah, memang kita buka pintu rundingan kepada semua pihak, kalau dia taknak tak apa, kita cari pada yang lain pula.

“Kita akan terus kerja untuk menyatukan ummah walaupun tidak dipersetujui oleh pembangkang,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, di sini, hari ini.

Mengulas berkaitan peluang PN dalam PRU15, sekiranya pendekatan diambil pembangkang itu memberi kesan terhadap gabungan parti itu dalam pilihan raya kelak jelas beliau, pihaknya mempunyai strategi tertentu bagi menyekat kemaraan parti pembangkang.

“Mana-mana parti ada peluang, tengok macam mana persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya.

“PAS mempunyai pengalaman menghadapi pilihan raya dan kita tahu peluang-peluang itu dan kita berharap dengan penyatuan ummah ini dapat menghalang kemaraan Pakatan Harapan (PH),” ujarnya.

Katanya, PAS meyakini kekuatan yang ada pada jenteranya bagi menghadapi PRU15 dan akan berusaha semaksima mungkin dalam misi penyatuan ummah di negara ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyatakan pembangkang akan mengambil pendekatan khemah besar bagi menghadapi PRU15.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pendekatan itu tidak akan merangkumi parti dalam kerajaan iaitu Umno, PAS dan Bersatu. – HARAKAHDAILY 20/4/2022

Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails