Friday, June 10, 2022

Sertai perayaan hantu lapar. Bon Odori & ROHM-Wako

 

1. Hukum menyertai perayaan hantu lapar -Fidaus Wong 

SETELAH meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.

Larangan ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

‎وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”

(al-Furqan: 72)

Maksud al-zur menurut Ibn Kathir adalah perayaan orang-orang kafir. Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 6/130. 

Perayaan hantu lapar Cina ke hantu Korea ke Jepun ke hantu raya ke atau apa jua hantu-hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau bekap mekap tebal seinci. Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama. 

Penganut Hindu yang warak tidak pula beriya-iya nak menyertai upacara korban kita sebagai Muslim dan kita sebagai Muslim pula tidak menyindir mereka yang tidak menyertai kerana kita faham itu prinsip agama mereka.

Tak pernah pula saya jumpa penganut Kristian yang warak beriya-iya menyertai upacara membawa Kavadhi dan berarak dalam Thaipusam dan tidak pula penganut Hindu yang alim menyindir penganut agama lain yang tidak sertai mereka. 

Mereka faham prinsip agama masing-masing dan tidak beriya-iya menyertai perayaan mahupun pesta agama lain.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 9/6/2022

2. Festival Kelantan-Jepun 2022: Antara Bon Odori dan ROHM-Wako 


ADA PIHAK stigma Wahabi seolah-olah lagi haram daripada Bon Odori. Manakala di Kelantan, Wahabi pun tidak, manakala dianjurkan Festival Kelantan Jepun tanpa ada Bon Odori pada tahun 2022. 

Barangkali setelah diberi teguran maka Kelantan dah buat perubahan. Tak degil mempertahankan benda tak betul. Bahkan kelihatan konsep Festival Kelantan-Jepun ini bersifat saling memperkenalkan budaya dua negara. 

Berlaku pendedahan bagi pertukaran budaya. Bukan hanya kebudayaan Jepun yang dipersembahkan. Dikir Barat ‘made in Klate’ juga dipertunjukkan bagi tatapan orang Jepun sebagai pendedahan. 

Di samping, meneruskan jalinan perhubungan Dasar Pandang ke Timur, seni budaya tempatan wau bulan contohnya turut dipamerkan di reruai pameran. Begitulah tertibnya bila faham apa yang Islam mahu. Meraikan pertukaran budaya tanpa mengabaikan panduan Islam. Kita ikut Islam, bukan-Islam nak kena ikut selera pragmatik kita. 

Ada pihak sibuk nak ungkit hal 2019 di Kelantan tapi bisu mengenai acara Bon Odori tetap diteruskan di negeri mereka walaupun dah ada teguran dengan hujah yang jelas.

Mereka hanya sebar kisah 2019 yang tak diteruskan lagi oleh Kelantan. Begitulah level cytro yang hanya tak jujur kepada kebenaran pun. Mereka seronok melaga-lagakan Menteri Agama yang jelas dengan pendirian atas prinsip dalam ruang lingkup bidang kuasa yang ada.

Mereka tak hirau Bon Odori diteruskan di negeri yang mereka ada kuasa. Itulah wajah sebenar Rahmatan Lil Alamin versi hawa nafsu politik mereka. Semoga yang polemik Bon Odori 2022 menjadi suatu ‘wake-up call’ penting untuk kita kembali kepada kebenaran. 

Untuk Kelantan yang disinonim dengan stigma tiada pelaburan semegah negeri lain, realitinya Kilang ROHM-Wako berasal dari Jepun itu telah membuka 3,000 peluang pekerjaan tambahan untuk rakyat Kelantan.

Orang boleh mencipta apa sahaja persepsi buruk mengenai potensi Kelantan. Namun hubungan Kelantan-Jepun tetap utuh dan 910 juta tambahan pelaburan ROHM Wako untuk Kelantan telah dilaporkan pada Mac lalu. Kelantan tetap boleh membangun dengan cara tersendiri, tanpa menggadaikan prinsip yang dipegang.

ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
9 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 9/6/2022

Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Ladang tanam cendawan di atas bangunan, di KL.

 

Tanam Sendiri Cendawan Tiram, 4 Hari Dah Boleh Tuai & Boleh Kutip Hasil Banyak Kali

KL/IH: Catatan santai. Beberapa hari lepas saya (Ibnu Hasym) ada mempamerkan dua artikel (1&2) dalam blog ini mengenai industri cendawan. Menjadikan seperti ini..

Kaitan Industri cendawan 


Maka semalam seseorang telah menghubungi saya ingin memperkenalkan kepada saya ladang tanaman cendawan di tingkat atas dalam bangunan kedai 3 tingkat, tengah bandar Kuala Lumpur. Ya, menarik tu.. jom kita pergi lihat. 

Mula

Bermula di Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.. di deretan kedai-kedai tempat perniagaan teratas satu lantai penuh. 

Sempat saya menemui bosnya. Seorang bergelar Dato', perempuan. Saya tidak sebut namanya, kerana masih belum minta izin darinya. Banyak nasihat-nasihat bernas diberikan dan cadangan membina dihamburkan. Beliau baru menyertai bidang ternak cendawan beberapa bulan. Tetapi al-hamdulillah perkembangannya begitu pesat.

Sudah membuka beberapa cawangan antaranya di Johor, dan Selangor atau di Rawang yang akan dijadikan tempat kursus, latihan dalam masa terdekat. Tempat tanaman di Wangsa Maju ini hasil gabungan dari beberapa rakan yang diketuai beliau bermodalkan RM5,000 tiap 1 lot tanaman. Dengan beberapa lot memenuhi lantai atas itu, maka projek ladang tanaman cendawan di atas bumbung bangunan pun dimulakan.

Dengan cara begitulah ladang industri cendawan di bandar akan berkembang dan diperluaskan.

Pasaran

Setakat ini semua hasil tuaian cendawan telah dipasarkan sendiri oleh ejen-ejennya di peringkat tempatan. Ejennya kebanyakan dari pemegang-pemegang lot yang baru meneroka bidang pemasaran.
 
Bahkan kini sudah mula mendapat tempahan dari negara jiran. Dilaporkan pemegang lot berkenaan (RM5,000 tiap 1 lot tanaman) sudah mula berolah keuntungan 15% se bulan sejak mula. Tidak termasuk komisyen sebagai ajen jualan.

Cukup setakat ini dulu, tulisan mengenai mengenai industri cendawan ini akan bersambung.
(IH)
Ini kebun kecil di atas bumbung, bukan ladang cendawan di atas bumbung. 
Ini pula semak atas bumbung..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Thursday, June 09, 2022

DAP Gagal faham tanggungjawab Muslim..

 


Shakir Ameer DAP keliru dan mengelirukan 

MENJAWAB kenyataan Saudara Shakir Ameer, Pemuda DAP Shah Alam merangkap Ahli Majlis MBSA berkenaan Festival Bon Odori, saya berpendapat bahawa beliau salah faham dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam terhadap kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pertamanya, Islam meletakkan satu asas yang kukuh dalam aspek akidah, di mana setiap orang Islam yang mengucapkan kalimah syahadah termasuk Saudara Shakir haruslah hanya mengesakan Allah serta tidak mempersekutukan-Nya dengan agama lain. Ini jelas menerusi firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Kafirun ayat 1-2:

قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ لَاۤ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah”.

Begitu juga Islam melarang umatnya meniru atau menyerupai perbuatan agama lain, terutama yang membawa kepada perbuatan syirik dan khurafat. Hadis daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

 “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” 

[Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]

Mempersekutukan Allah tidak hanya terhad kepada menyembah tuhan selain Allah secara terang, malah ia juga termasuk melakukan apa-apa ritual atau perbuatan yang membawa kepada penyembahan selain Allah. Ini termasuklah perbuatan tarian yang dilakukan dalam festival Bon Odori, yang mana menurut kepercayaan mereka adalah untuk menghiburkan roh atau hantu yang telah mati, berdasarkan kisah bertajuk ‘The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions’.

Atas sebab-sebab itu, perayaan Bon Odori adalah diharamkan untuk disambut oleh umat Islam. Malah, perkara sama turut disebut oleh SS Mufti Pulau Pinang yang menegaskan bahawa penyertaan orang Islam dalam Festival Bon Odori boleh membawa kepada syirik.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Menteri selaku orang yang dilantik menjaga hal ehwal Islam, bahkan juga kepada semua Muslim yang beriman termasuk Saudara Shakir untuk mengingatkan kepada umat Islam yang lain supaya tidak menyertai festival ini. Mengapa? Kerana ianya berunsur khurafat apabila terdapat penyembahan roh, malah terdapat unsur meniru agama lain yang jelas bertentangan dengan akidah umat Islam.

Tidak ada siapa yang menghalang festival ini dianjurkan untuk orang yang bukan beragama Islam seperti yang disebut Saudara Shakir. Kita menghormati kebebasan beragama semua pihak. Pada masa yang sama, kita juga diwajibkan mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan akidah. Dan inilah yang gagal difahami oleh Saudara Shakir Ameer dan DAP.

Saudara Shakir juga menyatakan bahawa kenyataan Menteri dan PAS adalah suatu tindakan yang menggugat perpaduan kaum yang dibina sejak sekian lama. Ingin kami tegaskan, menyemai perpaduan adalah amalan yang mulia dan amat dituntut dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk. Namun tidak bermakna atas nama menyemai perpaduan, kita perlu menggadaikan prinsip dan akidah yang menjadi teras pegangan kita, termasuk Saudara Shakir yang beragama Islam. Sekali lagi, inilah yang gagal difahami oleh Saudara Shakir dan DAP.

Nasihat saya kepada Saudara Shakir Ameer, berhentilah mengelirukan rakyat Malaysia untuk agenda politik murahan sebegini. Tiada salahnya seorang Muslim berpesan kepada Muslim yang lain berkenaan akidah. Dan hormatilah keputusan Mufti, serta pihak berkuasa agama yang mempunyai fakta dan maklumat yang tepat dalam isu ini sebelum mengeluarkan pendapat. Jangan gadaikan prinsip agama hanya kerana agenda politik. 

NAZIR HELMI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 9/6/2022

Undi PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Kami sambut Yakubu/Partey, Selamat datang kepada Islam..

 


Partey peluk Islam, tukar nama Yakubu 

LONDON: Thomas Partey menukar namanya kepada Yakubu selepas pemain bola sepak Arsenal itu memeluk agama Islam.

Pemain berasal dari Ghana itu membesar sebagai Kristian tetapi hidup dalam kalangan orang Islam di negara asalnya. Dia memeluk Islam berikutan perkahwinannya dengan Sara Bella yang berasal dari Maghribi.

Bagaimanapun namanya kekal sebagai Partey apabila beraksi untuk Arsenal dan pemain 28 tahun itu akan mengekalkan nama Thomas di belakang jersinya.

"Saya membesar bersama Muslim jadi pada akhirnya ia perkara yang sama. Saya sudah berkahwin dan nama Muslim saya Yakubu.

"Saya mempunyai wanita yang saya cintai, saya tahu kekasih-kekasih gelap akan meninggalkan saya, tetapi ia tidak akan menjadi masalah," kata Yakubu berjenaka.

Pertengahan Mac lalu, tular gambarnya bersama seorang Sheikh di London di mana mereka sedang memegang kitab suci al-Quran.

Partey hanya beraksi 26 kali untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu akibat kecederaan dan penggantungan.

Kecederaan hamstring ketika kekalahan 3-0 di Crystal Palace pada 4 April menyaksikan kempennya berakhir awal dengan The Gunners tercicir daripada saingan kelompok empat teratas kepada Tottenham Hotspur. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimPartey peluk Islam, tukar nama Yakubu. Kami sambut anda Yakubu/Partey, selamat datang kepada Islam. Kini kamu bersih saperti anak baru lahir bagai kain putih tiada corengan. Maka jelaslah kamu wajib masuk syurga, beruntunglah. Al-hamdulillah!

Lihat!

Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Rasuah Ahmad Zahid Terhadap 1 dari 33 pertuduhan.

 

Rasuah VLN: Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah 

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan semula kepada Ahmad Zahid, 69, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin untuk meminda pertuduhan kedua.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan pertukaran tarikh daripada April 2017 kepada 27 Mac 2018.

Sejurus pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa, Ahmad Zahid kemudian menjawab mengaku tidak bersalah.

“Faham, mengaku tidak bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri telah mendapat untuk dirinya, sesuatu benda berharga iaitu wang tunai RM3 juta tanpa balasan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang beliau mengetahui bahawa UKSB tersebut mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di No. 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Heights, Kajang pada 27 Mac 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid sedang berlangsung. – BERNAMA

Lihat!

Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Ikan puyu lompat dari air masuk mulut nelayan. Ini terjadi..

Nelayan hampir maut tercekik ikan puyu, yang tiba-tiba lompat keluar dari air.

KL/IH: Seorang nelayan hampir maut tercekik seekor ikan puyu yang melompat keluar dari air dan terus masuk ke mulutnya dalam satu kejadian di Thailand baru-baru ini, lapor Mirror.

Mangsa bergegas ke Hospital Wilayah Patthalung untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada pihak perubatan dan doktor terkejut apabila nelayan itu memberitahu perkara sebenar.

Menerusi imbasan x-ray mendapati ikan berduri sepanjang lima inci tersekat di keronkong mangsa dan pasukan medik, dua doktor dibantu tiga jururawat, berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 5 inci itu menerusi pembedahan selama satu jam.

Pegawai hospital Sermsri Pathompanichrat berkata, mereka berjaya melakukan tindakan kecemasan menyelamatkan mangsa terbabit.

 “Doktor kami bekerja keras untuk meminimumkan kerosakan pada organ pesakit kami. Mereka telah berjaya menyelamatkan pesakit itu.” jelasnya.

Walaubagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian tekak dan kerosakan kronik akibat terhiris dengan ketajaman sirip keras ikan puyu tersebut.

Jelas lelaki itu, ketika dia sedang menghirup udara secara tiba-tiba ikan puyu melompat keluar dari air dan terus masuk ke dalam mulut serta kerongkongnya.

Ketika kejadian itu berlaku orang ramai di sekeliling melihat mangsa tercungap-cungap sambil memegang kerongkong sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk tindakan kecemasan. Sumber: Mirror UK 

Masalah nelayan juga adalah masalah bagi negara yang prihatin rakyat. Kerajaan perlu menangani masalah rakyatnya. Itu yang dikehendaki oleh agama Islam, antara agama terbesar dan termulia di dunia.

(IH)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Wednesday, June 08, 2022

Berita gila. Batal beri tanah, lain parti. Dia pukul, dia menangis.

 


1. Lot tanah dibatal kerana berlainan parti

KOTA BHARU: “Jika tiada bantuan seperti ini, mungkin sampai ke tua saya akan hidup menyewa kerana keluarga tiada tanah pusaka.

“Tetapi dengan bantuan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan Pusat Khidmat Dun Salor, dapat juga kami akhirnya memiliki rumah dan tanah yang diberi kerajaan,” kata Nadzuha Che Mud, 55.

Beliau yang bertugas sebagai pegawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200 tidak mungkin mampu memiliki kediaman sendiri.

Lebih-lebih lagi keluarganya besar dengan bilangan 10 anak.

Bagaimnapun katanya hasil bantuan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar tanah kerajaan seluas kira-kira 4,000 kaki persegi di Kampung Tok Lebir ditukar status sebagai lot kediaman.

Nadzuha mendakwa beliau pernah memohon untuk mendapatkan bantuan rumah daripada wakil rakyat Umno sebelum ini, namun tidak menjadi kenyataan.

“Setelah beberapa orang wakil rakyat bertukar ganti, namun hasrat tersebut tidak tercapai. Sebelum ini pernah diberi tanah rizab Kada untuk bina rumah, tetapi dibatalkan kerana berlainan parti,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/6/2022

(Ikuti kisah lanjut keluarga Nadzuha dalam Harakah edisi cetak)

2. Ada pihak guna dokumen ‘sampah’ fitnah PAS 

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ada pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor menggunakan dokumen ‘sampah’ semata-mata untuk memfitnahkan PAS.

Katanya, apabila PAS menjawab balik apa yang mereka fitnah, pihak terbabit seperti melompat pula.

“Bila orang kepak balik kat dia, dia pulak melompat ghiau ghata-ghiti kata orang fitnah dia.

“Padahal dia memfitnah PAS menggunakan dokumen yang tiada kredibiliti sama sekali yang telah dinafikan PAS,” katanya pada kenyataan di media sosialnya semalam.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sanusi apabila mengaitkan namanya terbabit dengan dokumen ‘PASLeaks’.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa dokumen tersebut dibuat pasukan laskar siber pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepemimpinan Umno yang disebarkan secara terbuka.

Bagaimanapun laman berita hari ini melaporkan BN Selangor menamatkan khidmat Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor berkuat kuasa serta merta.

Sanusi juga berkata, isu terbabit sengaja diadakan untuk mengalih perhatian orang ramai kepada dirinya setelah dokumen PasLeaks diketahui umum hanya rekaan semata-mata.

“Inilah perangai huduh seperti pepatah Melayu ‘dia pukul orang dia yang menangis’. Dia alih perhatian konon saya fitnah dia,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam-macam berita gila.. 

(i) Lot tanah dibatal kerana berlainan parti, itu kerja puak-puak UMNO Kelantan. (ii) BN Selangor pula.. Inilah perangai huduh, ‘dia pukul orang dia yang menangis’. Kata Sanusi.

Lihat!

Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails