Friday, June 17, 2022

Apa DAP dalam kes Najib? Beli rantai dulu sebelum beruk..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

Soalan utama , apa kepentingan DAP jika tiada QC (Queen Counsel) dalam kes Najib?

Pihak pendakwa Gopal Sri Ram masih terhegeh hegeh mencari saksi. Baru terhegeh hegeh nak Cari saksi kes 1MDB , this is "national embarrasment" dan memalukan negara. Terlalu jelas kes dicipta terlebih dahulu untuk mengujudkan suasana bahawa Barisan Nasional banyak terpalit kes rasuah.

Umpama beli rantai terlebih dahulu sebelum beli beruk. Setelah beli rantai, baru terhegeh hegeh hendak cari beruk untuk di jerut lehernya. Akhirnya rantai beruk itu membelit semula tuannya si beruk tua renta sambil dijadikan barua DAP@ Lee KwanYew sejak PH berkuasa..!

Ada pulau digadai pada anak Lee Kwan Yew..!! Ada akidah anak cucu gadai dengan COMANGO Gereja. Ada iman digadai dengan pluralisma murtad dan pejuang LGBT..

Ketua pendakwa Gopal Sri Ram yg turut didakwa terima duit dari Jho Low meminta Arul kanda bekas CEO 1MDB menjadi saksi bagi pihak pendakwa..

Nampak nya puak puak yang tidak suka kehadiran QC hanya mereka yang suka melalak “justice” dan “rights” jika kena pada pihak mereka , namun bila pihak lain mahukan keadilan , banyak pula alasan untuk menghalang.

Kenyataan saksi pendakwa yang menyebut nama Jho Lo tidak dapat di’verify’ atas sebab tuan empunya badan Jho Lo tiada lansung dalam mahkamah.

Apa masalah nya.? Jho Low mungkin tengah terbahak bahak tepok tangan betapa bodoh bangang sesama pemimpin Melayu bercakaran akibat gula gula dan dibangang kan oleh Jho Low. Begitu juga Nik Feisal.

Sama ada kenyataan saksi terhadap Jho Lo dan Nik Feisal betul atau tidak siapa pun tidak dapat sahkan. Selagi Jho Low dan Nik Faisal tidak ditangkap dan didakwa selagi itu kes 1MDB nampak tidak lrngkap, jumud, korup dan membazir masa dan wang ringgit.

Kenapa wakil DAP , Teresa Kok pula bersuara berkenaan kemasukan QC dari U.K. Kenapa pihak DAP sangat takut hingga kita pun tidak faham jika konon nya bukti Najib bersalah tersangat kuat. Maka itu lah sebab dikata rumusan dikatakan sangat lemah.

Jika bukti tersangat kukuh dan ‘hard evidence’ begitu jelas, pasti pendakwa tidak perlu bimbang , waima peguam dari planet mana pun yang datang.

Namun, akibat kes terjadi atas rekaan dan agenda memenjarakan Najib telah siap lebih awal dari sebelum buka kes , seperti Sri Ram pergi ke rumah Tan Sri Appandi Ali, maka pendakwa agak kalam kabut dan mencari alasan remeh temeh untuk menafikan peguam dari Queen Counel dari hadir dalam mahkamah.

Majlis Peguam cuba mengalihkan isu hakim mendakwa Najib disiasat terima rasuah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah dengan mengalih kan isu rasuah menjadi isu “Separation of powers”.

Ini bertujuan untuk menakut nakut kan SPRM supaya jangan siasat lagi puak hakim dan peguam. Najib dinafikan banyak hak untuk membela.

Biarkan sahaja QC bawa laporan kes penuh kecacatan (tanpa watak utama Nik Fesal dan Jho Lo) ke mahkamah dunia ICJ.

Ramai saksi lain dalam kes 1MDB/SRC dimana kakitangan atasan 1MDB dan kerajaan disogok oleh Jho Low seperti perakuan Tim Leissner hampir billion ringgit untuk rasuah dan sogok pegawai di Asia Tenggara.

Besar punya celaka.!! 1.6 billion digunakan untuk peruntukkan rasuah PEGAWAI ASIA TENGGARA.... Elok paksa dan minta Peguam Negara lakukan ekstradisi terhadap Tim Leissner .

Perakuan Tim Leisnner bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Aziz telah di sogok untuk meluluskan bon.

Selagi Peguam Negara belum membuka kes Nazlan dan Zeti Akhtar banyak perkara belum terungkai, dan yang bakal terungkai ada lah pihak konspirator.

Sehingga kini , kerajaan sisa sisa Pakatan Harapan belum menginzinkan senarai penerima rasuah didedahkan demi untuk melemahkan hujah pihak pembela.

Ini lah yang terjadi dalam negara kita. Rantai yang membelit Beruk tua renta itu tadi kini sedang menjerut seluruh keturunan nya untuk dilenyapkan di PRU 15 nanti..

Rakyat dah menyampah dan sangat meluat kartel mafia memguasai negara 22 tahun 22 bulan. Cukup cukup beri muka dengan kartel mafia ini.

Anonymous said...

aun nak tanya je, macam mana 42 juta masuk akaun ko tak sedor lepas tu guna. tu je soalannya tak payah kaunsel kaunsel.komango la, ni dr dulu kata ph takde usaha nak buat undang mabuk 22 bulan sengaja tak buat. la ni mana ko punya suara kata yg kerajaan ko sokong ni buat. kes mabuk mati makin ramai. sembang lebey la ko ni. ko punahsihat pm kut. ko cakap je mesti undang tu boleh buat kalau ikut logik ko. dah tu napa tak suruh buat. sembang kari gulai boleh la..

Dr Kamarul Zaman: Penjawat awam kini. & Nasib T/Alam KS.

 

1. Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela -DR Kamarul Zaman.

DALAM Manifesto PRU14, Pakatan Harapan (PH) berjanji jika berjaya menjadi kerajaan ia akan akan memberi penghormatan kepada sektor perkhidmatan awam dan meletakkan sektor perkhidmatan awam kembali ke tempat yang sewajarnya.

Begitupun, selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan, pelbagai kenyataan dan tindakan pemimpin PH, terutamanya pemimpin DAP, menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan awam bukan dihormati tetapi sebaliknya dikenakan tekanan, kecaman dan ugutan. 

Masih kita ingat lagi betapa seorang Ahli Parlimen DAP menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan manakala seorang Ahli Parlimen DAP lain pula mendesak Kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara.

Seorang lagi Ahli Parlimen DAP pula mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen pegawai/kakitangan awam yang dikatakan membazirkan bagi mengutamakan penjimatan wang rakyat.

Seorang EXCO DAP pula menegaskan mengenai betapa Kerajaan PH tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam sementara seorang Timbalan Menteri DAP menegaskan mengenai keperluan untuk melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam.

Dituduh ‘deep state’

Bila sahaja timbul isu yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan PH maka penjawat awamlah juga yang dijadikan sebagai kambing hitam; timbul isu ICERD, “deep state”; timbul isu LTTE, “deep state”; timbul isu tender, “deep state”; timbul isu tatoo, “deep state”.

Yang menuduh penjawat awam mensabotaj Kerajaan PH, termasuk dikatakan sebagai punca mengapa agenda reformasi yang dirancang oleh Kerajaan PH lambat atau gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PH juga adalah pemimpin PH, baik dari DAP, PAN atau PKR.

Lebih teruk dari itu, Kerajaan PH juga memindah dan menyejukbekukan (cold storage) sesuka hati penjawat-penjawat awam utama kerajaan yang teguh mempertahankan etika perkhidmatan awam, termasuk Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

Pendekatan bercorak konfrontasi digunakan oleh Kerajaan PH juga jelas tergambar di dalam pemberhentian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri dan penjawat awam.

MAPPA terakhir ialah MAPPA XVI pada 4 April 2018 membabitkan pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kira-kira 10,000 penjawat awam dalam mana beliau mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Sejak PH mengambil-alih tampuk pemerintahan MAPPA tidak lagi diadakan sebaliknya yang ada hanyalah Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Mac 2019.

Diarah ikat perut

Perhimpunan Perdana ini paling diingati kerana kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta CUEPACS dan jentera kerajaan ‘mengikat perut’ supaya hutang negara yang menjangkau nilai trilion ringgit angkara pentadbiran terdahulu dapat dikurangkan.

Lebih teruk lagi ialah bila pengumuman Perdana Menteri di MAPPA XVI telah tidak dihormati dan tidak dilaksanakan oleh Kerajaan PH, iaitu:
(1) Kenaikan Gaji bersamaan 1 KGT secara khas kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018.
(2) Pemendekan kenaikan pangkat Time Based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2018.
(3) Penambahan Gred DG 56 bagi guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Selain itu, sesatunya pemberian geran tahunan oleh Kerajaan PH kepada CUEPACS ialah pada tahun 2019 dengan nilai sebanyak RM1 juta sahaja, selari dengan arahan ‘mengikat perut’ Kerajaan PH, jauh berkurang daripada pemberian Kerajaan BN sebelum ini.

Paling menyedihkan ialah mengenai permohonan pemberimilikan lot tanah kerajaan di Presint 18 bagi tujuan tapak rumah kelab CUEPACS yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 15 Februari 2018.

Bila PH memerintah surat kelulusan ke atas permohonan ini didapati ‘hilang’ secara tiba-tiba dan kini hanya setelah PH tidak lagi memerintah barulah ia ditemui semula sekali gus membolehkan CUEPACS memulakan kerja bagi membina bangunan pejabat barunya.

Disantuni Ismail Sabri

Sejak Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021, beliau mengambil pendekatan berbeza dari PH dengan bersikap amat mesra dengan penjawat awam malah telah beberapa kali menyantuni mereka secara terbuka atau tertutup.

Ketika menjawab soalan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat pada 1 Mac lalu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan memfokuskan usaha memberi wajah baharu kepada penjawat awam selain landskap baharu dalam organisasi awam.

Pada 8 April pula, Perdana Menteri meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para pegawai tertinggi kerajaan dan penjawat awam lainnya pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Terbaru, pada 13 Jun, Perdana Menteri meluangkan masa lebih sejam untuk menyantuni rombongan sembilan Ahli Jawatankuasa CUEPACS yang diketuai oleh Presiden dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Adnan Mat dan Abdul Rahman Mohd Nordin.

Dalam pertemuan tersebut, CUEPACS membangkitkan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam di zaman Kerajaan PH, dan ini disambut oleh beberapa komitmen Perdana Menteri untuk membantu penjawat awam amnya dan CUEPACS khasnya.

Turut dibangkitkan ialah cadangan gaji minimum baru penjawat awam RM1800 membabitkan kumpulan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi, Cadangan pemberian 2 Kenaikan Gaji Tahunan Khas untuk semua penjawat awam dan Sistem Saraan Baharu.

Perdana Menteri memberi jaminan akan mempertimbangkan kesemua cadangan CUEPACS ini tertakluk kepada perbincangan yang akan dibuat dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara mengenai kesesuaian perlaksanaan cadangan tersebut.

Selain itu Perdana Menteri juga meluluskan geran tahunan sebanyak RM4 juta kepada CUEPACS, akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Pejabat CUEPACS selain berjanji akan menghidupkan kembali MAPPA pada Ogos atau September depan.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
Pegawai Khas Perdana Menteri – HARAKAHDAILY 17/6/2022 


2. Apa nasib Taman Alam Kuala Selangor? 


KEMELUT Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang merupakan satu-satunya ‘tangki oksigen’ yang masih berbaki di kawasan hutan paya bakau banjar Selatan, kini menjadi tumpuan bicara dalam kalangan aktivis dan penduduk sejak akhir Mei lepas. Bagaikan telur di hujung tanduk, apakah masih ada harapan untuk KSNP bertahan? Bahagian pertama laporan khas ini mengupas persoalan itu. 

Semakin membimbangkan!

Hutan paya bakau di Kuala Selangor yang merupakan zon penampan semula jadi pesisiran pantai serta benteng tsunami, kini bukan sahaja diancam kemusnahan tetapi turut berisiko untuk lenyap ditelan kerakusan pembangunan di sekelilingnya. 

Terbaharu, Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang berkeluasan kira-kira 292 hektar dan terkenal sebagai lokasi transit burung migrasi menjadi sasaran seterusnya apabila ada pihak mengemukakan cadangan untuk meneroka dan membangunkan kawasan itu.

Cadangan membangunkan kawasan Taman Alam yang kaya dengan khazanah bakau serta flora dan fauna untuk dijadikan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu mengundang kerisauan pakar serta pencinta alam dan penduduk sekitar.

Walaupun belum ada ‘hitam putih’ daripada Kerajaan Negeri Selangor mengenai cadangan itu, pembangunan tersebut, jika direalisasikan, pasti memberi kesan jangka panjang kepada alam sekitar kerana KSNP merupakan satu-satunya ‘tangki oksigen’ yang masih wujud di kawasan hutan paya bakau banjar Selatan daerah berkenaan. 

Ini bukan kali pertama KSNP yang terletak di muara Sungai Selangor dan bersebelahan dengan Bukit Melawati itu ‘diusik’. Dalam tempoh 2007 hingga 2008, kawasan tersebut pernah menjadi ‘mangsa kerakusan’ pengusaha akuakultur yang meneroka secara haram sebahagian kawasan bakau di situ bagi mengusahakan projek kolam udang dan ikan.

Meskipun berjaya dihentikan hasil tindakan pantas Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) yang menguruskan KSNP sejak 35 tahun lalu, aktiviti guna tanah secara agresif di sepanjang kawasan hutan paya bakau yang dianggarkan melebihi 10 kilometer berdasarkan kiraan Google Earth itu, amat membimbangkan.

Justeru, ada keperluan mendesak agar ekosistem semula jadi Taman Alam Kuala Selangor ini terus dipertahan.

Bagaikan telur di hujung tanduk?

Semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2019, dimaklumkan KSNP dalam proses akhir untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi tujuan hutan lipur, hutan pelajaran dan hutan penyelidikan.

Namun dengan perkembangan yang berlaku ketika ini, 1,001 persoalan timbul mengenai status terkini KSNP yang dibuka kepada orang ramai sejak 1987, sama ada telah diwartakan sebagai HSK atau sebaliknya. Sekiranya telah diwartakan, bagaimana dengan ura-ura pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu?

Pengurus MNS KSNP Maichal Isthyben turut tertanya-tanya mengenai nasib Taman Alam yang sudah dianggap sebagai ‘rumah keduanya’ itu, terutama apabila ada pihak yang datang membuat tinjauan awal, dipercayai bagi menjayakan projek pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Kenapa tidak ada pemberitahuan daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada MNS selaku pihak yang bertanggungjawab mengurus kawasan ini selama lebih tiga dekad? Bahkan hingga ke hari ini langsung tidak ada wakil daripada kerajaan negeri turun menjelaskan mengenai cadangan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan kedatangan wakil syarikat yang merancang projek pembangunan itu pada akhir bulan lepas bertujuan menjalankan kerja ukur tanah dan penandaan sempadan di kawasan tersebut.

Katanya pihak berkenaan mendakwa telah mendapat kelulusan bagi kebenaran memasuki dan memulakan kerja daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Malah katanya wakil syarikat itu turut menunjukkan gambar surat kelulusan JPNS yang ditandatangani Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid, bertarikh 23 Mei 2022, kepada pengarah syarikat yang bergelar ‘Tan Sri’ berkenaan.

Persoalan status

“Kami memang terkejut apabila ada beberapa wakil pihak pemaju yang datang untuk ukur tanah dengan menunjukkan surat kebenaran tersebut yang jelas menyatakan cadangan pembangunan KSNP sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa,” kata Maichal.

Menurutnya, surat kebenaran itu memeranjatkan bukan kerana MNS telah lama melindungi, menjaga serta mempromosikan KSNP sebagai kawasan pendidikan paya bakau, penyelidikan dan ekopelancongan, tetapi juga atas dasar peranan Taman Alam berkenaan dalam menjaga kesejahteraan manusia dan alam sekitar. 

Sehubungan itu, beliau berharap JPNS serta kerajaan negeri lebih telus dan tampil memberi penerangan lanjut berkaitan cadangan tersebut kepada MNS dan penduduk sekitar termasuk menyatakan dengan jelas status sebenar hutan berkenaan. 

Hingga ke hari ini status KSNP masih menjadi polemik dalam kalangan ahli MNS serta penyelidik tempatan yang membuat kajian di situ kerana dikatakan tanah kerajaan negeri itu telahpun bertukar status kepada HSK apabila isu cadangan pembangunan berkenaan mula dibicarakan. 

Malah, beberapa penyelidik tempatan yang ditemukan sedang membuat kajian di situ tidak mahu ditanya lanjut oleh Bernama mengenai penyelidikan mereka di KSNP kerana bimbang kajian mereka terjejas sekiranya benar Taman Alam itu sudah berstatus HSK.

Ini kerana kemasukan ke HSK memerlukan permit daripada Pejabat Hutan Daerah. 

Memasuki HSK tanpa kebenaran adalah satu kesalahan menurut Seksyen 47 (1) dan (4) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993), dan jika sabit kesalahan, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi Negeri Selangor yang telah melakukan pindaan ke atas Seksyen 47 (4) Akta Perhutanan Negara 1984, kesalahan memasuki HSK tanpa kebenaran boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan hingga lima tahun atau kedua-duanya.

“Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lepas, seorang pegawai program MNS telah dipanggil berbincang dengan pegawai JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) dan JPNS mengenai usaha untuk jadikan KSNP sebagai hutan simpanan.

“Namun hingga ke hari ini MNS langsung tidak diberitahu perkembangan usaha tersebut sehinggalah baru-baru ini kecoh diperkatakan KSNP sudah menjadi HSK selepas tersebar cadangan pembangunan berkenaan.

“Kami yang mengurus KSNP sepatutnya tahu status kawasan ini kerana jika berlaku kejadian tidak diingini pastinya MNS akan dipersalahkan. Lagipun bukankah pertukaran status sesebuah kawasan kepada HSK akan diumumkan secara rasmi, tetapi kenapa tidak (kedengaran) dalam soal KSNP?” soalnya.  

Jadikan tapak Ramsar

Maichal berkata jika benar KSNP sudah bertukar menjadi HSK, hutan tersebut perlu dinyahwartakan terlebih dahulu sebelum boleh dibangunkan, dan proses penyahwartaan pula perlu melalui banyak peringkat termasuklah penyiasatan awam bagi mendapatkan maklum balas orang ramai.

Negeri Selangor merupakan negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan kaedah penyiasatan awam susulan penambahbaikan terhadap Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 yang dilakukan oleh kerajaan negeri pada 2011.

Menurut Maichal, bagi MNS, pewartaan KSNP sebagai HSK amat dialu-alukan kerana sudah sekian lama ia berusaha menjadikan kawasan itu sebagai hutan simpanan atau taman negeri seperti yang dilakukan oleh Johor menerusi Perbadanan Taman Negara Johor.

Malah, MNS juga sudah lama berusaha untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak Ramsar yang turut bertujuan melindungi khazanah alam, habitat dan hidupan liar. 

Ini kerana KSNP bukan hanya terkenal sebagai lokasi penting laluan ‘East Asian-Australian Flyway’ burung migrasi dalam tempoh Oktober hingga Mac, tetapi juga kaya dengan khazanah flora dan fauna endemik seperti burung upeh yang kini diancam kepupusan, rama-rama mangrove tiger butterfly dan juga lotong kelabu yang hanya boleh ditemukan di Kuala Selangor, dikenali Trachypithecus selangorensis. 

Selain itu, kawasan berkenaan turut menjadi habitat spesies memerang terancam seperti memerang licin (smooth-coated otter), memerang kecil (Asian small-clawed otter) dan memerang hidung berbulu (hairy-nosed otter).

MNS berharap dengan adanya status HSK atau tapak Ramsar, ekosistem hutan paya bakau di taman alam itu akan dapat dilindungi sepenuhnya kerana di situlah sahaja hutan paya bakau banjar Selatan daerah berkenaan masih wujud. 

Namun, perkhabaran mengenai cadangan pembangunan itu menimbulkan persoalan berhubung rasional pertukaran kepada status HSK tersebut yang sepatutnya bermatlamat utama melindungi dan memulihara kawasan hijau.

“Apa tujuan sebenarnya mereka jadikan KSNP sebagai hutan simpanan? Ini isu besar kerana hutan simpanan adalah untuk dilindungi, bukan dibangunkan, dan tidak kiralah pembangunan tersebut sebahagian sahaja, langkah itu tetap mengancam kelestarian alam.

“Kerajaan negeri sewajarnya menolak terus cadangan tersebut sekiranya benar-benar hendak menjaga khazanah alam ini biarpun (cadangan) masih dalam proses penelitian,” katanya. 

Resort mewah dalam hutan

Sambil menunjukkan cadangan pelan pembangunan KSNP yang diperolehnya kepada Bernama, Maichal berkata beliau difahamkan kawasan itu akan dibangunkan untuk kegiatan ekopelancongan dengan pembangunan resort mewah yang meliputi beberapa zon termasuk di kawasan bakau.

Antara fasiliti yang dicadangkan dalam projek itu ialah pusat jualan produk tempatan, pusat spa, yoga dan taici, kolam air panas serta beberapa jenis bilik penginapan termasuk chalet yang dianggarkan berjumlah 200 unit.

“Hutan Taman Alam terdiri daripada dua jenis iaitu hutan sekunder di bahagian depan manakala bahagian belakang merupakan hutan paya bakau. Kalau dilihat pada cadangan pelan, pembangunan turut melibatkan kawasan paya bakau. 

“MNS bukannya anti pembangunan kerana kami faham pembangunan memang tidak dapat dielakkan, namun kenapa tidak dilakukan di tanah negeri yang banyak terbiar berbanding merosakkan ekosistem alam bakau yang sangat penting bukan sahaja bagi penduduk di situ tetapi juga kita semua,” katanya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati seakan tidak tahu mengenai status sebenar KSNP ketika diajukan persoalan itu.

“Setakat yang saya tahu KSNP belum diwartakan (sebagai HSK) dan masih lagi dalam proses… kena ‘doublecheck’ (semak) dengan JPNS,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini. 

Bagaimanapun beliau mengakui kerajaan negeri ada menerima cadangan daripada sebuah syarikat pemaju yang mahu membangunkan sebahagian daripada KSNP menjadi sebuah ‘resort dalam hutan’, namun menurut Juwairiya hal itu belum lagi diputuskan.

“Memang ada pemaju nak cadang (pembangunan) tetapi kerajaan negeri belum setuju atau lulus… itu yang kita perlukan maklumat lebih terperinci bahagian mana dimaksudkan untuk dibangunkan, adakah kawasan itu menjejaskan hutan paya bakau, sejauh mana hendak dibangunkan. 

“… kita tidak akan setuju kalau pemaju hendak bangunkan semua dan saya juga ada mengusulkan kebimbangan KSNP merupakan lokasi penghijrahan burung dan kerana itu semua perkara ini perlu dibentangkan, perlu diusulkan kepada JPNS dan kena teliti betul-betul supaya tidak menjejaskan hutan kita,” katanya. 

Sah hutan simpan

Bagaimanapun maklumat terkini yang diperoleh Bernama menunjukkan KSNP dalam proses pewartaan sebagai HSK dan hal itu disahkan oleh Pengarah JPNS yang berjaya dihubungi baru-baru ini.

Menurut Ahmad Fadzil, KSNP telah diluluskan sebagai HSK seluas kira-kira 292.18 hektar oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2018 dengan nama Hutan Simpan Melawati.

“Proses pewartaan hutan simpan ini sedang dilaksanakan dan telah berada di fasa kedua iaitu penyediaan Pelan Warta oleh JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) Selangor.

“Fasa terakhir, JPNS akan mengambil tindakan untuk penyediaan Kenyataan Siar Warta melalui PTG (Pejabat Tanah dan Galian) Selangor yang dijangka selesai pada tahun ini juga,” jelasnya.

Pada masa yang sama, JPNS telah mengambil inisiatif awal dengan melantik jurukur berlesen pada penghujung 2021 untuk melaksanakan pengukuran halus dan penyediaan Pelan Akui (PA) bagi Hutan Simpan Melawati ini. Proses pengukuran telah dilaksanakan mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Setakat 12 April 2021, negeri Selangor mewartakan seluas 250,000 hektar HSK iaitu 31 peratus daripada keluasan darat negeri tersebut yang diuruskan di bawah prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Selangor sebelum ini menetapkan pewartaan 30 peratus atau lebih kawasan tanah negeri itu sebagai HSK, merangkumi 71 hutan simpanan yang melibatkan tiga jenis hutan utama, iaitu hutan darat seluas 142,156 hektar, hutan paya laut (18,998 hektar) dan hutan paya gambut (82,890 hektar).

Justeru, apakah perlu KSNP menjadi korban pembangunan yang bertentangan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan hutan secara berkekalan? – BERNAMA

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Keluhan Rakyat Kg Baru TT Wangsa lagi..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

Isu Kg Baru timbul lagi...

Kami buntu manakala Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun, yang mewakili kawasan ini tidak membantu penduduk.

40 keluarga yang mendiami Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, tekad mahu mendirikan khemah di pekarangan Pejabat Perbadanan Kampong Bharu (PKB).

Kami tiada rumah lain untuk didiami dan flat ini dibeli oleh orang tua kami satu ketika dahulu. Bukannya kami tinggal di rumah setinggan, wajarkah kami dilayan seperti ini?”

Setiap kali soalan berkaitan diajukan Menteri Wilayah hanya kata akan diajukan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tiada penyelesaian hingga kini, Saya pun belum dapat maklumat tepat mengenai perkara ini kerana urusan pengambilan tanah ini dibuat oleh PTG, bukannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).,” katanya.

Ikut lah cara Najib Tun Razak@ Bossku selesaikan projek Kerinci Residensi... jangan malu Menteri Wilayah.. Harap Rina Harun sah ke laut dalam..

Menteri Wilayah dinasihat kena guna cara Bossku selesai masalah Kg Sungai Baru di Kampung Baru seperti idea Bossku dalam Projek Kerinci Residensi untuk selesaikan masalah Sg Baru Kg Baru.

Pertemuan dijalankan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan. Jangan jadi mcm Kalit Samat dan Nurul Izzah dalam isu Kerinci Residensi.

https://youtu.be/VEvmx7EW950

pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat, yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL), pada sesi siasatan pengambilan tanah.

Mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

Hanya beberapa kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...

https://pakdin-my.cdn.ampproject.org/v/s/pakdin.my/residensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab/?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16416084484379&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fpakdin.my%2Fresidensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab%2F

Padan muko kelian yang termakan hasutan Nurul Izah semasa jadI MP Pantai Dalam dolu.

Nurul terkinja kinja di Istana Bukit Segambut yg terhasut ditinggal terkontang kanting.

KHALAS

Anonymous said...

Kuat belit juga si nurul ni. Macam daddy nya juga.

Thursday, June 16, 2022

Peguam Bangladesh hina Nabi, Nepal. Pakistan di PBB.

 

Umat Islam menyertai protes di Bangladesh minggu lalu bagi membantah kenyataan dua pegawai BJP yang menghina Nabi Muhammad SAW. - Foto fail AGENSI

1. Peguam Bangladesh dituduh hina Nabi Muhammad

DHAKA: Seorang peguam warga Bangladesh dilaporkan menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Rabu, menambahkan lagi ketegangan sedia ada di seluruh negara itu.

Hantaran di Facebook itu tular di media sosial ketika negara Asia Selatan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu berang terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.

Peguam lain yang mengadakan bantahan besar-besaran di Mahkamah Agung Bangladesh, tempat peguam itu bekerja, turut merosakkan pejabatnya.

Mereka turut mengadakan perhimpunan mendesak peguam itu segera dihukum, manakala Majlis Peguam Mahkamah Agung Bangladesh sudah pun menggantung keahlian peguam terbabit.

Satu kes sudah pun difailkan terhadap peguam terbabit di Balai Polis Shahbag, Dhaka pada malam Rabu.

"Kami sudah pun menerima kes yang diklasifikasikan sebagai diari aduan (GD) dan akan menyerahkan laporan itu kepada unit siber esok (Khamis) untuk siasatan," kata pegawai bertugas, Moudud Hawlader kepada Anadolu.

Kenyataan peguam itu amat mengguris sentimen Islam dan menggugat keharmonian penduduk, menurut laporan polis itu.

Seorang peguam kanan Mahkamah Agung, Md Jashim Uddin, menegaskan, tindakan yang dibuat peguam itu amat tidak dijangka.

"Kami menuntut hukuman teladan supaya tiada lagi yang berani melakukan perbuatan keji menghina Nabi bagi memusnahkan keharmonian penduduk negara ini," kata Uddin.

Sementara itu, parti Islam terbesar Bangladesh, Islami Andolan, mengumumkan ia akan mengadakan perarakan ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Dhaka pada Khamis bagi menyerahkan memorandum menuntut supaya hukuman dijatuhkan ke atas dua pegawai parti itu.

Tunjuk perasaan besar-besaran turut diadakan di Bangladesh selepas solat Jumaat minggu lalu berhubung perkara itu.

Kerajaan India sebelum ini menyatakan, kenyataan yang dibuat pegawai parti itu - seorang daripadanya digantung keahlian manakala seorang lagi sudah pun dipecat - tidak menggambarkan pendirian sebenar parti. – BERNAMA

2. Polis tahan 4 warga Nepal sokong kenyataan hina Nabi

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat warga Nepal dipercayai terbabit dalam penularan video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing di negara ini yang menyatakan sokongan tindakan seorang ahli politik negara India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 26 hingga 27 tahun ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini.

"Polis turut merampas peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan.

"Polis kini sedang berusaha untuk mengesan suspek yang masih bebas. polis menggesa individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abd Jalil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

"Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Terdahulu, video berkenaan dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menggunakan nama @ganggarammahto280.

Video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil dan menyatakan pendirian menyokong tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.

3. Pakistan gesa isu hina Nabi Muhammad didebat di Perhimpunan Agung PBB   

Penyokong parti Pakistan Tehreek-e-Labbaik (TLP) menyertai demonstrasi bagi membantah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad, SAW baru-baru ini. - Foto EPA

ISLAMABAD: Pakistan menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi perhatian serius terhadap kenyataan dua pemimpin dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad, SAW baru-baru ini.

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari yang bercakap dengan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Abdulla Shahid melalui telefon dan menyebut mengenai kenyataan menghina dan menyinggung yang dilakukan oleh ahli politik dari BJP terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Melihat kepada provokasi yang disengajakan itu, ia sudah menjejaskan sentimen berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia dan Menteri Luar menggesa (Presiden Perhimpunan Agung PBB) untuk memberi perhatian terhadap perkembangan yang menjijikkan ini ketika peningkatan ucapan kebencian dan peningkatan Islamofobia di India.

"Merujuk kepada tindak balas kepemimpinan India yang seolah-olah berdiam diri mengenai insiden itu, Menteri Luar menyatakan bahawa tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai bersubahat dan boleh membawa kepada hasutan lebih lanjut kepada keganasan, perselisihan kaum dan insiden kebencian agama," kata Kementerian Luar Pakistan, dalam satu kenyataan.

Zardari berkata, forum PBB adalah platfom terbaik digunakan untuk 'perdebatan yang membina di kalangan negara anggota serta bertujuan untuk membetulkan isu menyebabkan kebencian di kalangan umat Islam, lapor agensi berita Anadolu.

Minggu lalu, jurucakap pemerintah BJP, India Nupur Sharma dan ketua media Delhi parti, Naveen Kumar Jindal membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW seterusnya mencetuskan gelombang kecaman di dalam dan dari dunia Islam.

Pada hari Ahad, BJP menggantung keahlian Sharma dan memecat Jindal daripada parti kerana komen yang dibuatnya mengenai Islam di media sosial.

Beberapa rusuhan dilaporkan di serata India selepas komen menghina Nabi Muhammad SAW dibuat oleh jurucakap BJP, Nupur Sharma, ketika debat yang disiarkan di televisyen manakala Jindal membuat kenyataan sama terhadap Islam di media sosial.

Sehubungan itu, BJP sudah menggantung dua pemimpin berkenaan serta mengarahkan pemimpin parti itu supaya berhati-hati bercakap mengenai agama di platform awam selepas kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW mendapat bantahan daripada negara Islam.

Qatar, Arab Saudi, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Afghanistan, Pakistan dan Iran adalah antara negara yang membuat aduan kepada umum terhadap isu itu termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai 57 anggota. - AGENSI


 Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Kisah atlet gimnas wanita Indo cedera tapi.. tiada bajet.

 

(ANTARA FOTO/Zabur Karuru)

KL/IH: Jakarta - Aduan Rifda Irfanaluthfi tular di media sosial mengenai pengendalian kecederaan. Tidak mahu masalah ini bertambah sesak, PB Persani memohon maaf kepada kerajaan.

Pada hari Isnin (13/6) Rifda secara mengejutkan memuat naik luahan hatinya di akaun Instagramnya. Dalam muat naiknya, Rifda menyindir kurangnya sokongan kerajaan Indonesia terhadap atlet yang bergelut dalam acara antarabangsa termasuk Rifda.

Rifa kini menyertai Kejohanan Gimnastik Asia di Doha, Qatar dari 15-18 Jun. Kebetulan Rifda tidak membawa tukang urut, jadi dia terpaksa uruskan kecederaannya sendiri. Kerana Persani tiada bajet untuk pemergian terapis.

Hanya Rifa dan salah seorang rakan sekerja dan jurulatihnya telah dihantar. Muat naik ini kemudiannya menjadi viral kerana memuatkan nama Menteri Belia dan Sukan Zainudin Amali dan Presiden Joko Widodo.

Dua hari kemudian, Persani melalui Setiausaha Agung Sri Sundari Kencana Ayu memohon maaf kerana memuat naik dua pemenang pingat emas Sukan SEA 2021. Beliau cuba meluruskan masalah agar tidak berlaku salah faham.

Menurut Sri, ketiadaan tukang urut bukan salah kerajaan, dalam hal ini Kementerian Belia dan Sukan. Oleh kerana acara yang disertai Rifda tidak termasuk dalam program yang dicadangkan kepada pihak Kemenpora, maka tidak ada bantuan kewangan.

Pun begitu, kerajaan dikatakan masih menyokong penuh Persani sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik Paris 2024. Kerana menurut Pasukan Kajian Pecutan Pencapaian Sukan Kebangsaan (PPON) Kemenpora, Rifda berpotensi besar.

“PB Persani memohon maaf kerana memuat naik Rifda Irfanaluthfi melalui Instagramnya terutama menyasarkan Encik Menpora Amali dan Tuan Presiden Jokowi,” kata Sari dalam kenyataan kepada detikSport.

"Pada mulanya, Kejohanan Gimnastik Asia 2022 tidak termasuk dalam program yang dicadangkan. PB Persani hanya mencadangkan Kejohanan Dunia iaitu pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Liverpool, England pada Oktober," sambungnya.

Persani mengakui baru menerima maklumat mengenai kewajipan menyertai Kejohanan Asia 2022, sebagai syarat untuk muncul ke Kejohanan Dunia, pada Sukan SEA lalu, sehingga tidak sempat menyemak semula bajet.

“Jadi, PB Persani dengan sokongan Pengprov Persani Provinsi DKI Jakarta terpaksa menghantar Rifda atas perbelanjaan sendiri kerana kami sangat menyokong hasrat Rifda untuk dapat menyertai pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024. Justeru, dengan terhad. dana, Rifda tidak ditemani oleh ahli terapi."

"Berbeza dengan Sukan SEA 2021 Vietnam, Rifda ditemani pakar terapi dari kontinjen Indonesia semasa perlawanan. Dan kini, masalah Rifda telah diselesaikan dengan membayar jurupulih luar yang akan menemaninya semasa Kejohanan Gimnastik Asia 2022," kata Sari.

Secara khususnya, Sari turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memasukkan sukan gimnastik dalam senarai Reka Bentuk Sukan Negara (DBON) Hebat.

“Kami akan terus cuba membina komunikasi yang baik pada masa hadapan, kerana kami perlu menyahut cabaran DBON dengan mampu melepasi atlet gimnastik ke Sukan Olimpik,” akhirinya.

Untuk perhatian, Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia, tetapi tiada niat untuk laksanakan 'sukan patuh syariah' seperti di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.

Dan kalau seluruh Malaysia pula mahukan 'sukan patuh syariah', maka PRU 15 akan datang ini perlulah beri kemenangan kepada PAS (parti Islam) dan rakan-rakan partinya.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails