Friday, June 24, 2022

Britain petrol naik. M'sia ‘Pitih Emas’ pelaburan..


1. Rakyat Britain Rasai Tekanan, Harga Petrol Naik Kepada RM12.92 Seliter (£2.39/L)

KL/IH: LONDON. Inflasi dan krisis kos sara hidup yang semakin buruk menyebabkan penduduk dunia termasuk Britain mula merasai tekanan akibat kenaikan mendadak harga komoditi seperti petrol, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ramai pemandu berdepan kenaikan harga petrol dengan stesen-stesen minyak di London meletakkan harga £2.39 (RM12.92) untuk satu liter. Bagaimanapun, Britain tidak menduduki senarai 10 teratas untuk harga petrol paling tinggi, demikian menurut laporan terbaharu Global Petrol Prices.

Negara itu berada di tempat ke-12 dengan harga purata £1.869 (RM10.11) untuk seliter petrol di belakang Israel yang mencatat harga £1.879 (RM10.16) seliter. Petrol paling mahal di dunia adalah di Hong Kong dengan harga purata £2.449 (RM13.24) seliter. Petrol paling murah pada masa ini pula adalah di Venezuela dan berharga cuma £0.018 (RM0.097) seliter.

Global Petrol Prices menyatakan bahawa harga purata petrol di seluruh dunia ialah £1.19 (RM6.43) seliter. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dari segi harga antara negara-negara di dunia. Negara kaya cenderung mengenakan harga lebih tinggi, manakala negara miskin serta negara pengeluar dan pengeksport minyak mempunyai harga yang lebih rendah.

Pengecualian bagaimanapun berlaku pada Amerika Syarikat yang umumnya mempunyai harga petrol £1.120 (RM6.06) seliter. Harga petrol berbeza antara negara-negara disebabkan cukai dan subsidi yang dikenakan oleh kerajaan. – Agensi

2. ‘Pitih Emas’ pelaburan digital patuh syariah

KOTA BHARU: Koperasi Permodalan Kelantan Berhad dengan kerjasama Ace Innovate Asia Berhad menyasarkan sebanyak 20,000 akaun untuk melabur emas digital menerus platform ‘Pitih Emas’ sepanjang tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed berkata, pelaburan itu membolehkan semua masyarakat berpeluang membuat pelaburan emas terutama bagi membantu masyarakat mengukuhkan kewangan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Selain itu katanya memberi pulangan jangka panjang kepada pelabur.

Menurutnya, pelancaran aplikasi pelaburan emas secara digital patuh syariah yang dikenali sebagai ‘pitih emas’ merupakan pelaburan kali pertama diadakan di Kelantan.

“Pelaburan emas serendah RM10 membolehkan semua lapisan masyarakat untuk melabur dalam simpanan emas dan boleh mengeluarkan emas yang dibeli, namun harus meninggalkan baki RM10 dalam akaun Pitih Emas.

“Pitih Emas juga menawarkan pendapatan tambahan buat ejen yang berdaftar di bawah Koperasi Permodalan Kelantan Berhad dalam ‘Affiliates Program’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran pelaburan emas digital ‘Pitih Emas, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif ACE Innovate Asia Berhad, Go Yong Chang dan Yang Dipertua Koperasi Permodalan Kelantan Berhad, Ramilan Abdul Rahman.

Mengulas lanjut katanya, Koperasi Permodalan Kelantan Berhad memberi keutamaan kepada koperasi-koperasi di Pantai Timur semenanjung Malaysia untuk menjadi ‘affiliates’ mereka.

Selain itu, aplikasi ini turut memudahkan pelanggan membuat transaksi jual beli tanpa perlu ke premis yang menjual emas kerana ia boleh dibuat menerusi aplikasi sesawang www.pitihemas.com.my. HARAKAHDAILY 23/6/2022

Carian berkaitan

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Bukan Tak Lagi Wajib Hijab, walau wanita Saudi berambut pendek.

 

Lebih ramai wanita Saudi dari kalangan pekerja lebih suka potongan rambut pendek (Fayez Nureldine/AFP)

Hijab tak perlu lagi, wanita Arab Saudi sibuk dengan rambut pendek -AFP

KL/IH: Riyadh. Wanita Arab Saudi berpusu-pusu untuk memotong rambut panjang mereka menjadi sangat pendek. Trend rambut pendek ini mula dilihat pada wanita di jalanan ibu kota Riyadh, terutama selepas wanita Arab Saudi tidak lagi diwajibkan memakai tudung di khalayak ramai.

Salah satunya adalah Safi, yang seperti dilaporkan AFP, Jumaat (24/6/2022), bekerja sebagai doktor dan baru-baru ini mendapat pekerjaan di sebuah hospital di Riyadh. Dia memutuskan untuk memberikan dirinya wajah baru dan memotong rambut ikal panjangnya yang sangat pendek hingga ke lehernya.

Gaya rambut pendek, dikenali secara tempatan dengan perkataan Inggeris 'boy', semakin popular di kalangan wanita bekerja di Arab Saudi yang konservatif. (Sebenarnya tiada 'konservatif' atau dedah aurat dalam Islam, IH).

Bagi Safi, yang menggunakan nama samaran untuk melindungi identitinya, potongan rambut pendek itu juga berfungsi sebagai perlindungan daripada perhatian yang tidak diingini daripada lelaki, membolehkannya lebih fokus kepada pesakitnya.

"Orang ramai lebih suka melihat kewanitaan dalam penampilan wanita. Gaya ini menjadi semacam perisai yang melindungi saya daripada orang ramai dan memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Di sebuah salun di pusat bandar Riyadh, permintaan untuk potongan rambut 'budak' semakin meningkat, dengan tujuh atau lapan pengguna daripada 30 keseluruhan memilih potongan rambut untuknya.

"Pandangan ini menjadi sangat popular sekarang. Permintaan semakin meningkat terutama selepas wanita memasuki pasaran buruh," kata seorang pendandan rambut tempatan, Lamis.

"Hakikat bahawa ramai wanita tidak memakai tudung telah menyerlahkan penyebarannya," tambahnya, sambil menyatakan bahawa gaya rambut itu dipilih oleh ramai gadis dan wanita muda berusia 20-an.

Menanggalkan kewajipan memakai tudung hanyalah satu daripada banyak perubahan yang telah membentuk semula kehidupan harian wanita Saudi di bawah MBS, yang dilantik sebagai pewaris takhta Saudi oleh bapanya, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud, kira-kira lima tahun lalu.

Wanita Saudi tidak lagi dihalang daripada menghadiri konsert dan acara sukan, dan pada 2018, mereka mendapat hak untuk memandu. Kerajaan itu juga telah melonggarkan peraturan penjagaan, bermakna wanita kini boleh mendapatkan pasport dan melancong ke luar negara tanpa kebenaran saudara lelaki.

Bagaimanapun, pembaharuan sedemikian telah ditandai dengan tindakan keras terhadap aktivis hak wanita, sebahagian daripada kempen meluas terhadap penentang Saudi.

Mendapatkan lebih ramai wanita bekerja adalah komponen utama rancangan pembaharuan Wawasan 2030 MBS untuk menjadikan Arab Saudi kurang bergantung kepada minyak.
Sekian.
(IH)

Perhatian

Tercatat juga dalam: 'Putera Mahkota Saudi ke Turki, Pertama Sejak Khashoggi Dibunuh..'
Ramai wanita bekerjaya yang ditemu bual AFP memuji potongan rambut 'budak lelaki' itu sebagai cara untuk mengemudi kehidupan profesional baharu mereka.
"Saya seorang wanita praktikal dan saya tidak mempunyai masa untuk menjaga rambut saya," kata Abeer Mohammed, seorang ibu berusia 41 tahun yang mengusahakan kedai pakaian lelaki.

Bagi Nouf yang bekerja di kedai kosmetik, gaya rambut 'budak' memberi mesej tersendiri. "Kami ingin mengatakan bahawa kami wujud, dan peranan kami dalam masyarakat tidak jauh berbeza daripada lelaki."
Dia menambah bahawa rambut pendek adalah 'pertunjukan kuasa wanita'.

Lebih lanjut sila lihat artikel ini..

Antara penjelasan..

"Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki." -Dr Badlihisham

Dr Badlihisham pula berkata, Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki.

Oleh itu katanya perlu dicari kaedah bagaimana memastikan wujud kesinambungan pentadbiran Islam di Kelantan pada masa akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 1993. Kepimpinan ulama mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Oktober 1990.

Amin! 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Terima rasuah RM100,000 senyum.. Muka tak malu?

 

Guan Eng terima rasuah RM100,000 dengan senyuman – Saksi 
 
Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa Lim Guan Eng tersenyum apabila pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd menyerahkan wang rasuah RM100,000 kepada ketua menteri Pulau Pinang itu pada 2013.

Saksi pendakwaan ke-23 mendakwa tertuduh juga kelihatan gembira apabila dia menerima RM100,000 lagi sebagai rasuah pada 2014.

Zarul memberi keterangan semasa perbicaraan rasuah hari ini terhadap Lim yang juga adalah bekas menteri kewangan berhubung projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Semasa pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi itu mendakwa bayaran berkenaan dikaitkan dengan Lim yang kononnya meminta keuntungan 10 peratus sebagai balasan projek tersebut dianugerahkan kepada syarikatnya itu secara rundingan terus.

Zarul, 62 yang adalah pengarah di Zenith mendakwa kedua-dua sogokan itu itu dilakukan dengan dirinya menyerahkan wang berkenaan dalam sampul yang tertutup kepada Lim di pejabat ketua menteri di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 17 Dis tahun lalu, Zarul memberi keterangan dia "terkejut" apabila Lim didakwa meminta 10 peratus keuntungan masa depan daripada projek itu.

Saksi itu mendakwa tertuduh meminta wang tersebut daripadanya ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta di Kuala Lumpur pada malam Mac 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini Lim Guan Eng hanya tersenyum dan kelihatan gembira apabila menerima sampul surat berisi wang rasuah RM200,000 yang diserahkannya kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2013 dan 2014.

Zarul Ahmad, 62, berkata beliau menyerahkan wang RM100,000 kepada Lim pada 2013 sebagai tanda ‘milestone’ pembayaran perjanjian awal daripada keuntungan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 17 Dis tahun lalu, Zarul memberi keterangan dia "terkejut" apabila Lim didakwa meminta 10 peratus keuntungan masa depan daripada projek itu.

Saksi itu mendakwa tertuduh meminta wang tersebut daripadanya ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta di Kuala Lumpur pada malam Mac 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini Lim Guan Eng hanya tersenyum dan kelihatan gembira apabila menerima sampul surat berisi wang rasuah RM200,000 yang diserahkannya kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2013 dan 2014.

Zarul Ahmad, 62, berkata beliau menyerahkan wang RM100,000 kepada Lim pada 2013 sebagai tanda ‘milestone’ pembayaran perjanjian awal daripada keuntungan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
"Sumber wang tunai RM100,000 ini adalah dari wang syarikat ZCSB. Duit RM100,000 ini adalah sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh YB Lim Guan Eng," katanya.

Zarul Ahmad berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Menceritakan kejadian itu, Zarul Ahmad berkata beliau telah membuat temu janji dengan Lim pada Ogos 2013 melalui setiausaha sulit kanan Lim untuk memberi laporan berkenaan projek tersebut dan juga mendapat nasihat hala tuju daripada ahli politik itu.

“Selepas perbincangan yang diadakan di pejabat YB Lim di tingkat 28, Bangunan Komtar, saya telah mengeluarkan sampul bersaiz A4 yang mengandungi duit tersebut.

“Saya sendiri telah menyerahkan sampul kepada beliau dan mengatakan kepadanya “Ini untuk tuan”. YB Lim mengambil sampul itu dan cuma tersenyum ketika menerimanya,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu.

Berkenaan pembayaran kali kedua kepada Lim sebanyak RM100,000, Zarul Ahmad menjelaskan ia berlaku menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Januari 2014 di pejabat Lim di tingkat 28, Bangunan Komtar.

"Saya membawa wang tunai RM100,000 yang saya letakkan di dalam satu sampul putih. Sebelum menyerahkan wang itu, kami ada bercakap berkenaan perkembangan kajian ketersauran yang sedang saya lakukan berkaitan projek pembinaan tersebut.

“Pada peringkat ini, syarikat saya telah diberikan surat anugerah untuk melaksanakan projek tersebut. YB Lim menerima sampul putih itu setelah saya hulurkan kepadanya. Saya berada di pejabat YB Lim sekejap saja dan beliau kelihatan gembira setelah menerima sampul tersebut daripada saya,” katanya.

Zarul Ahmad memaklumkan wang itu juga sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh Lim daripada keuntungan syarikat.

Terdahulu, Zarul Ahmad menjelaskan Lim tidak meminta wang daripadanya tetapi beliau cuba menunaikan janji atas permintaan Lim yang menuntut 10 peratus daripada keuntungan daripada projek terowong dan jalan-jalan utama itu.

“Sebagai seorang ahli perniagaan, etika untuk mengotakan janji adalah penting. Semua sumber wang yang saya dapat pada waktu itu adalah daripada dana modal kerja.

“Dana tersebut saya peroleh daripada pelabur seperti Pengarah Urusan Ewien Zenith Sdn Bhd (EZCB) mendiang Datuk Ewe Swee Kheng. Saya menyimpan sebahagian daripada sumber tersebut dalam bentuk tunai untuk membuat sumbangan kepada YB Lim,” katanya.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung. – Mkini

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Guan Eng terima rasuah RM100,000 dengan senyuman – Saksi (cinca). Memang muka tak malu?


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Thursday, June 23, 2022

Pembinaan ibu negara baharu Indonesia sedang berjalan

 

Presiden Indonesia, Joko Widodo; Speaker Dewan Rakyat, Puan Maharani dan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam, Basuki Hadimuljono melawat Empangan Semoi Sepaku Dam di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, hari ini. - Foto REUTERS

JAKARTA: Kerja-kerja pembinaan awal ibu negara baharu Indonesia yang dirancang, Nusantara, kini sedang berjalan, kata Presidennya, Joko Widodo.

Pengumuman oleh beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi, menandakan beberapa kemajuan sudah dicapai dalam projek bernilai AS$32 bilion (RM141 bilion) itu, yang diragui ramai pakar akan menjadi kenyataan.

Projek mega itu, bahagian utama agenda ekonomi Jokowi, akan menyaksikan Indonesia memindahkan ibu negaranya dari Jakarta yang sesak teruk ke kawasan kurang membangun di pulau Borneo.

Jokowi melawat tapak empangan, hari ini dan berkata, pembinaan dijadualkan bermula bulan depan di jalan baharu ke Nusantara.

Tiada tempoh masa diumumkan bila ia akan menjadi ibu negara.

"Kewujudan empangan ini menunjukkan pembangunan infrastruktur asas sudah bermula," katanya dalam satu kenyataan.

Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang pada Januari lalu, yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi pembangunan ibu negara baharu itu, yang sehingga kini adalah kemajuan paling ketara daripada idea yang dipermainkan selama beberapa dekad.

Bagaimanapun, hasil tinjauan oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia (CSIS) pada bulan ini mendapati, hampir 59 peratus daripada 170 pakar yang ditemuramah tidak pasti sama ada Nusantara akan menjadi kenyataan, yang memetik ketidakpastian mengenai pembiayaan dan pengurusan.

Agensi Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia menyatakan, dianggarkan 19 peratus daripada pembiayaan pembangunan Nusantara itu akan dibiayai belanjawan negara, dengan baki dana daripada perkongsian awam-swasta dan pelaburan swasta. - REUTERS

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails