Saturday, September 17, 2022

Tolak PH, apa kaitan dengan rogol di India?

 


1. Mengapa PAS menolak Pakatan Harapan?

SEJAK awal lagi, PAS menolak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) apabila dijemput menyertainya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kerana PAS mempunyai pengalaman yang paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti yang ada bersamanya.

Secara tegasnya, PAS menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH dan lebih parah akibatnya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan ia boleh mematahkan cabang-cabangnya yang penting. Khususnya, hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh, dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara yang lebih banyak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

Keadaan sedemikian dapat dirasakan dalam tempoh PH memegang Kerajaan Pusat, walaupun terlalu singkat masanya jika dibandingkan dengan BN yang paling lama dan panjang masanya memegang Kerajaan Pusat sejak merdeka sehingga ditolak oleh rakyat dalam PRU-14 kerana salah laku dan rasuah.

Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga). Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman.

Malah, dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Bahkan, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi.

Islam yang menjadi aqidah perjuangan PAS menetapkan bahawa politik tidak berpisah daripada agama yang ada perhitungan dosa dan pahala serta dibawa ke alam akhirat. Maka, wawasan PAS tidak tamat sekadar melepaskan harapan di alam dunia.

PAS tetap mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan Islam, termasuklah bahasanya menjadi teras kepimpinan negara ini tanpa menghapuskan bangsa dan bahasa lain. Perkara ini adalah mengikut ketetapan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

﴿وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ٢٢﴾

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi serta berlainan bahasa dan warna kulit kalian. Sesungguhnya, pada hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22)

Walaupun begitu, Islam mengajar bangsa Melayu ini agar tidak bersikap fanatik perkauman yang dapat disaksikan dalam masyarakat Malaysia.

PAS menentang teori ‘Malaysian Malaysia’ dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia. PAS menegaskan kalau ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi.

Bersama dalam PH, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menegaskan ideologi sekularnya secara terbuka, sehinggakan mereka menolak prinsip agama dalam politik. Selain itu, ada dalam kalangan mereka yang bersikap pragmatik mahu berkuasa semata-mata tanpa ideologi yang ingin diperjuangkan, menyebabkan mereka menjadi hanyut dan mudah melompat.

PAS mengikat pemimpin dan mentarbiah ahli dengan baiah yang lebih kukuh daripada undang-undang lompat parti. Baiah tidak boleh dirungkai dengan mudah disebabkan perkara cabang dan pendekatan yang berbeza, selagi tidak melanggar perkara dasar yang menjadi aqidah perjuangan.

Hanya yang gagal ujian selepas baiah terlompat atau melompat dan masuk dalam bakul PH. Amaran Allah SWT yang menjadi ingatan yang sangat mengikat ialah sebagaimana firman-Nya:

﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا١٠﴾

“Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepadamu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka itu berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka; maka sesiapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat daripada melanggar janji itu akan menimpa ke atas dirinya sendiri. Dan sesiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya suatu pahala yang besar.” (Surah al-Fath: 10)

Ada juga yang lantang menentang usaha PAS dalam melaksanakan Islam secara demokrasi, sehingga mereka terus mempertahankan undang-undang warisan penjajah dan sistem kehakimannya yang rapuh. Maka, perlu dibatalkan perkara tersebut kerana menjadi penghalang kepada pelaksanaan hukum Islam yang adil kepada semua dan wajib ke atas umat Islam untuk menegakkannya.

Kemenangan PH melalui manifesto yang ditawarkan pelbagai janji yang tidak ditunaikan seperti janji menghapuskan tol, menangguh bayaran balik PTPTN dan lain-lain, adalah suatu penipuan dan pembohongan yang menghilangkan sifat ‘adalah (adil) yang menjadi syarat penting dalam ajaran Islam, sekali gus menghilangkan kelayakan berpolitik dan berdosa sebagaimana perbuatan rasuah juga.

Pengalaman PAS bertahaluf siyasi dengan beberapa parti komponen dalam PH, memberikan suatu pengalaman yang cukup matang kepada PAS untuk mengenalinya secara lebih dekat dan terang lagi bersuluh. Betapa mereka cuba menghalang perjuangan Islam yang menjadi pegangan PAS yang wajib beristiqamah.

PAS juga pernah bertahaluf dengan pihak lain sama ada berhaluan kanan mahupun kiri, sejak sebelum merdeka sehingga selepasnya. PAS tidak pernah sekali-kali melanggar perjanjian yang dimeteraikan dan tidak boleh diheret keluar daripada landasannya.

Namun, PAS tetap utuh melangsungkan bahtera perjuangannya, dan beberapa parti yang menjadi parti serpihannya hilang dalam lipatan sejarah. PAS tidak pernah rugi dari sudut ahli, pengikut dan pemimpinnya, walaupun beberapa kali kehilangan kerusi dan negeri yang pernah dimenangi. Firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ٢٤ تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۢ بِإِذۡنِ رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ٢٥﴾

“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah memberi perumpamaan kalimah yang baik itu seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (24); Pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah memberi perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (25)” (Surah Ibrahim: 24-25)

PH yang berdegar-degar menentang rasuah dan salah laku, namun sewaktu mereka memerintah dan berkuasa terlalu lemah dalam menanganinya kerana sikap pragmatik dan sekularnya menjadikan mereka lebih berkocak sesama sendiri. Hal ini disebabkan mereka lebih sibuk berebut jawatan Perdana Menteri dan lain-lain.

Bahkan, mereka mengambil tindakan secara terpilih, sehingga ada dalam kalangan mereka yang ditamatkan proses mahkamah di pertengahan jalan. Malah, ada juga tidak meneruskan pendakwaan yang sangat meragukan, begitu juga ada yang dipilih untuk diteruskan sehingga memakan masa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menerima bebanan selepasnya. Ada pula seolah-olah media juga menjadi hakim dan seterusnya.

Pengampunan terhadap pemimpin pilihan idaman kalbunya yang telah disabitkan di mahkamah, adakah mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan dengan sempurna? Hal itu sangat meragukan, walaupun dari segi moralnya, bahawa berusaha mendapatkan pengampunan itu bermakna mengaku salah secara nyata.

Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara (AG) ketika itu perlu memberikan penjelasan tentang perkara tersebut (saya membaca tulisan Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara yang banyak memberikan penjelasan).

Dalam konsep kehakiman, Islam menetapkan sifat dan keadaan yang benar-benar menyeluruh, agar proses keadilan terhadap semua pihak berlaku dalam keadaan tidak diganggu oleh perasaan yang negatif pada diri semua pihak yang terlibat dalam proses kehakiman, daripada hakim sehinggalah saksi yang tidak fasiq, termasuk yang fasiq itu penyumbang rasuah, sehingga Islam mengambil kira iman, akhlak, sehinggalah perasaan mereka yang terlibat dalam mengendalikan mahkamah itu, tidak dalam keadaan lapar, dahaga ketika marah, lebih-lebih lagi dendam dan sebagainya.

Allah yang membicarakan hamba-Nya di Padang Mahsyar tidak menjatuh hukuman dengan ilmu-Nya sahaja, sehingga dibawa suratan amal catatan para malaikat, segala saksi para malaikat yang mulia dan lain-lain, sehinggalah rakaman pada jasad manusia. Firman Allah:

﴿ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ٦٥﴾

“Pada hari ini, Kami paterikan mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Surah Yasin: 65)

Namun begitu, keampunan dan rahmat Allah SWT kepada mereka yang beriman mengatasi kemurkaan-Nya, bukanlah menjadi dendam-Nya. Amal baik yang pernah dilakukan seseorang itu membatalkan dosanya, sekiranya dia beriman dan bertaubat.

PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah pada jenamanya. PAS sentiasa memerhatikan sejak awal segala pendekatan PH yang tidak beradab terhadap jentera kerajaan dan rakyat sangat tidak sopan, melebihi kelemahan yang berlaku kepada BN yang menjadi sebab kejatuhannya.

PAS tidak bersedia untuk memasuki khemah besar PH kerana tidak boleh memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengubati penyakit salah laku dan rasuah yang membarah dalam BN sehingga menumbangkannya. Hal ini demikian kerana, tokoh-tokoh yang sama di dalamnya menjadi punca rasuah tersebut serta mencipta tokoh-tokoh muda yang diajar dengan amalan rasuah.

Bagaimana pengundi muda boleh mengangkat individu sepertinya menjadi penentang rasuah dan salah laku?

Penyelesaiannya laksana perhitungan dua campur dua dan dua kali dua, jawapannya sama iaitu empat (2 + 2 = 4 / 2 x 2=4).

Maka, PAS menolak PH kerana kerajaannya laksana pokok yang tidak berakar tunjang dengan teguh. Faktor itu menjadi sebab kuasanya boleh dicabut dengan mudah atau tumbang menghempap siapa sahaja. Firman Allah SWT:

﴿وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٖ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٖ٢٦﴾

“Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.” (Surah Ibrahim: 26)

PAS beristiqamah menentang segala dosa besar dan dosa kecil, termasuklah rasuah dan segala jenis salah laku yang berlaku di semua peringkat. PAS menanganinya dengan pendekatan Islam yang sempurna dan holistik, daripada pendidikan yang sempurna dari sudut roh dan jasad, individu dan masyarakat. Termasuklah melalui media yang berakhlak, bukan sahaja sistem kehakiman yang benar-benar sempurna dan hukuman yang adil, tegas dan mendidik berkonsepkan Hakimiyah Allah (tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang Allah). Rasulullah SAW sendiri mendedahkan dirinya agar dihukum sekiranya bersalah.

PAS dengan kemampuan mentadbir kerajaan negeri dan beberapa kementerian yang diamanahkan dengan bidang kuasa yang terhad tetap berusaha membuktikan Islam sahaja berjaya mencipta integriti yang sebenarnya, tidak palsu dan berpura-pura.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) tanpa dendam menjadi pegangan PAS, walaupun PAS merupakan parti yang paling ramai pemimpin dan ahlinya menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak zaman penjajah sehinggalah merdeka. Bahkan, ada yang mati terkorban bukan sahaja ditahan dan dibuang daerah.

Malah, ada yang dibuang kerja, bukan sahaja diturunkan pangkat dan ditukar ke tempat yang jauh. Sehinggalah, dirompak hak royalti petroleum Terengganu yang bersejarah dan dinafikan hak royalti petroleum Kelantan, hak rakyat biasa serta pelajar yang menyokong PAS. Apa yang tidak dilakukan kepada Singapura ketika berada dalam Malaysia dan Sabah ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah negeri itu.

Inilah petunjuk yang menjadi pegangan PAS daripada firman Allah SWT:

﴿وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ٣٦﴾

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: ‘Sesungguhnya, aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyerah diri (Islam)?’ (33); Dan tidaklah sama antara kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antaramu dan dengannya itu seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34); Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35); Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Tuhan yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33-36)

Inilah politik BPMS yang adil tanpa menaruh dendam kesumat. Rasulullah SAW telah membuktikan pelaksanaan petunjuk Allah SWT ini ketika Baginda mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai sewaktu berlakunya Fathu Makkah dalam keadaan dirinya berkuasa setelah mencapai kemenangan yang besar.

Apa yang ditunjukkan oleh Islam itu jauh bezanya dengan kemenangan Revolusi Perancis, Revolusi Komunis Soviet, China dan lain-lain. Termasuklah kemenangan dalam Perang Dunia yang menjadi kebanggaan dunia Barat.

Islam diterima kerana rahmat dan adilnya, bukan kerana takutkan kezalimannya. Fitnah yang mencipta Islamofobia akhirnya terdedah juga.

Firman Allah SWT:

﴿أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَالَتۡ أَوۡدِيَةُۢ بِقَدَرِهَا فَٱحۡتَمَلَ ٱلسَّيۡلُ زَبَدٗا رَّابِيٗاۖ وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيۡهِ فِي ٱلنَّارِ ٱبۡتِغَآءَ حِلۡيَةٍ أَوۡ مَتَٰعٖ زَبَدٞ مِّثۡلُهُۥۚ كَذَٰلِكَ يَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ وَٱلۡبَٰطِلَۚ فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذۡهَبُ جُفَآءٗۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمۡكُثُ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ كَذَٰلِكَ يَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ١٧﴾

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan daripada apa (logam) yang mereka leburkan dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah, Allah memberi perumpamaan (tentang) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tiada harganya; adapun yang memberikan manfaat kepada manusia, maka ia tetap ada di bumi. Demikianlah, Allah memberi pelbagai perumpamaan.” (Surah al-Ra‘d: 17)

Sabda Rasulullah SAW:

‌خِيَارُهُمْ ‌فِي ‌الجَاهِلِيَّةِ ‌خِيَارُهُمْ ‌فِي ‌الإِسْلَامِ، ‌إِذَا ‌فَقُهُوا.

“Tokoh pilihan ketika jahiliah tetap dipilih bersama Islam, sekiranya mereka faham.” (Riwayat al-Bukhari 3353 dan Muslim 2378)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Safar 1444 / 15 September 2022 – HARAKAHDAILY 15/9/2022


2. 6 ditahan rogol, bunuh dua remaja di India

Penunjuk perasaan di India memegang sepanduk ketika mengadakan protes jenayah rogol di New Delhi. - Foto AFP

MUMBAI: Polis di utara India menahan enam individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol dan membunuh dua remaja perempuan yang ditemui tergantung pada sebatang pokok.

Menurut polis tempatan, mayat dua remaja itu masing-masing berusia 15 dan 17 tahun ditemui di daerah Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh.

Pegawai polis tempatan, Sanjeev Suman, berkata empat tertuduh mengumpan kedua-dua mangsa ke sebuah padang dan merogol mereka.

Siasatan terperinci berhubung kejadian itu masih belum diketahui, namun tambahnya siasatan awal mendapati gadis-gadis itu dijerut dengan selendang dan digantung pada sebatang pokok selepas dirogol.

Keganasan terhadap wanita terutama dari golongan bawahan adalah endemik di India, di mana segelintir masih mengguna pakai sistem kasta kuno.

Keluarga mangsa memberitahu polis bahawa dua gadis perempuan itu diculik oleh lelaki bermotosikal, sebelum dirogol dan kemudiannya dibunuh.

Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak, berkata kerajaan akan bertindak bagi memastikan keluarga mangsa mendapat keadilan.

"Kerajaan kita memandang serius kejadian seperti ini. Kami akan mengambil tindakan paling tegas mengikut undang-undang," katanya. - REUTERS

BERITA BERKAITAN

Panduan masa banjir dan turun hujan... Doa.

 

Foto: Andhika Prasetia/detikcom/Ilustrasi Doa Hujan

Kumpulan Doa saat Turun Hujan Lengkap dengan Artinya

KL/IH: Jakarta - Doa saat turun hujan bisa diamalkan umat muslim seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW dalam sejumlah hadits. Tuntunan doa-doa turun hujan bahkan lengkap mulai dari doa ketika hujan turun, doa hujan dan petir, juga ketika hujan sedang berhenti.

Bahkan dalam hadist, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ada tiga kondisi untuk berdoa yang paling mustajab, termasuk doa turun hujan.

Tiga kondisi tersebut saat bertemu dua pasukan, jelang sholat, dan doa turun hujan.


اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ

Artinya:

"Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: bertemunya dua pasukan, menjelang sholat dilaksanakan, dan saat hujan turun." (H.R. Baihaqi)

Baca juga:
Doa Saat Turun Hujan agar Menjadi Berkah
Kumpulan Doa Hujan

1. Doa ketika Hujan Turun
Diriwayatkan dalam hadits Bukhari nomor 1032, dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu 'anha mengatakan:

اللَّهُمَّصَيِّباًنَافِعاً


Arab-latin: 'Allahumma shoyyiban nafi'an'."

Artinya: Ya Allah, turunkan lah pada kami hujan yang bermanfaat.

2. Doa ketika Hujan Lebat
Berdasarkan Hadist Riwayat Bukhari, berikut ini doa ketika turun hujan lebat yang pernah dibaca Rasulullah SAW:

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Arab-latin: Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.

Artinya: Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merusak kami. Ya Allah, turunkan lah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.

3. Doa Ketika Hujan dan Angin Kencang
Imam Muslim dalam salah satu hadits meriwayatkan bahwa saat hujan disertai angin kencang Rasulullah SAW membaca sebuah doa angin kencang berikut ini:

اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَمَا اُرْسِلَتْ بِهِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّمَا فِيْهَا وَشَرِّمَا اُرْسِلَتْ بِهِ

Arab-Latin: Allaahumma innii as-aluka khoirohaa wa khoiro maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih. Wa-a'uudzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih


Artinya: Ya Allah, saya memohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan yang Engkau kirim bersamanya. Dan saya berlindung kepada-Mu dari kejahatan angin ini, kejahatan yang ada di dalamnya, dan kejahatan yang Engkau kirim bersamanya.

4. Doa ketika Hujan dan Petir
Diriwayatkan dalam hadits Imam Malik, Nabi Muhammad SAW membaca doa ketika hujan diawali atau disertai petir berikut ini:


سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ


Arab-latin: Subhaanalladzii yusabbihur ro'du bihamdihi wal malaaikatu min khiifatih.

Artinya: Mahasuci Allah yang dengan memuji-Nya bertasbihlah halilintar dan juga para malaikat karena takut kepada-Nya.

5. Doa Meminta Hujan Berhenti
Di zaman Rasulullah SAW juga pernah terjadi hujan deras selama beberapa hari. Akibatnya, banyak akses jalan terputus, stok makanan membusuk, dan aktivitas umat terhambat.

Nabi kemudian memanjatkan doa pada Allah SWT untuk menolong umatnya:

اللَّهُمّحَوَالَيْنَاوَلَاعَلَيْنَا,اللَّهُمَّعَلَىالْآكَامِوَالْجِبَالِوَالظِّرَابِوَبُطُونِالْأَوْدِيَةِوَمَنَابِتِالشَّجَر


Arab-latin: Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari

Artinya: Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merusak kami. Ya Allah, turunkan lah hujan ke dataran tinggi, sebagian anak bukit, perut lembah, dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan. (HR Bukhari).

Nah, itulah kumpulan doa-doa saat turun hujan yang bisa diamalkan oleh detikers.
(IH)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Friday, September 16, 2022

346 entiti/individu terima RM307 juta wang 1MDB...

 

Komen rakyat dalam blog ini..

Rahsia DAP menyembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB.

1 Anonymous said...

Bongkar Sardin Cap Ayam
Najib Razak bukan calang2 , DSNR respon dengan fakta, maka ini membuat Rafizi jem otak.
Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
Setelah DSNR dimasukkan kedalam penjara melalui kerja kotor dan konspirasi , maka jika Rafizi serang DSNR , dia akan kena balun oleh netizen atas dasar ‘pengecut’ dan “pondan” seperti Tun Mahathir kerana menyerang musuh yang tidak boleh menjawap dan membalas serangan.
Apa yang elok dan patut Rafizi lalukan adalah mendedahkan rasuah terbesar bekas Gabenor Bank Negara dan juga kes rasuah Hakim Nazlan yang cuba di ‘cover up” oleh pihak tertentu

2 Anonymous said...

Caller :Operator please call PDRM..
Operator : Sorry Sir PDRM not in servis
Caller : Ok please call SPRM now
Operator : Sorry Sir SPRM not in servis
Caller : Call AG lahhh..
Operator : Sorry Sir AG out of servis
Caller : OMG no wonder i call +603 No wonder this Malaysia Goverment
Operator : Kikikikiki...
#SelamatHariMalaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails