Saturday, October 22, 2022

Pecah DAP parah! Tambah X tanding PRU 15.. & Tommy kapal layar

 


1. Beberapa muka lama DAP tak bertanding PRU15?  -1Media.My

Sebilangan ahli Parlimen DAP yang sudah dikenali di kawasan mereka sejak beberapa penggal kini mungkin tidak akan menjadi calon pada pilihan raya akan datang, MalaysiaNow difahamkan daripada sumber dalaman parti.

Nama-nama pemimpin yang disebut termasuk Pang Hok Liong (Labis), Tony Pua (Damansara), Charles Santiago (Klang) dan Wong Ling Biu (Sarikei).

Mereka akan menyertai veteran parti Lim Kit Siang (Iskandar Puteri), yang menyuarakan persaraannya daripada politik pada Mac lalu, selain Ong Kian Ming (Bangi), yang berkata pada Mei beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mahu berehat daripada berada di barisan hadapan politik.

Satu sumber yang tidak mahu dinamakan berkata, "sekurang-kurangnya beberapa” akan digugurkan atau tidak akan menawarkan diri mereka sebagai calon pada PRU15 yang akan diadakan pada 19 November.

“Ada yang membuat keputusan dengan rela hati, dan ada yang diputuskan oleh parti,” kata sumber itu.

Perkara itu menjadi perbahasan apabila ahli Parlimen Batu Kawan selama dua penggal, Kasthuri Patto mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU15.

Beliau berkata ia adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin baru dalam DAP, menepis khabar angin yang mengatakan akan digugurkan sebagai calon.

"Kepimpinan parti memujuk saya untuk memikirkan semula keputusan ini, tetapi selepas berfikir panjang, saya berpegang dengan keputusan saya dan mendapat sokongan penuh serta restu pimpinan parti yang benar-benar saya hargai," katanya.

"Terdapat khabar angin mengatakan saya digugurkan, namun ini tidak berlaku kerana saya sendiri berundur atas kerelaan sendiri."

Cakap-cakap mengenai perubahan dalam barisan calon turut hangat diperkatakan awal bulan ini, di mana laporan mengatakan DAP Selangor mahu menggantikan Santiago dengan Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

Santiago, yang menjadi ahli Parlimen Klang sejak Mac 2008, tidak pernah memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan tersebut, walaupun berkata tidak merancang untuk mengosongkan kerusi itu.

Sementara itu, Pua yang memenangi kerusi Damansara pada PRU 2018, menyingkirkan Ho Kwok Xheng dari MCA dengan majoriti 106,903 undi.

Sebelumnya, beliau merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, dari Mac 2008 hingga Mei 2018.

Manakala Wong memenangi kerusi Parlimen Sarikei pada PRU14, menewaskan Huang Tiong Sii dari Barisan Nasional-SUPP.

Bagaimanapun, menurut sumber parti itu, beliau juga turut berada dalam "senarai yang tidak akan bertanding".

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebelum ini membayangkan tidak semua ahli Parlimen partinya di negeri itu akan dipilih untuk mempertahankan kerusi, sambil berkata mereka yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang semasa memegang jawatan itu akan "digugurkan".

Terdapat enam ahli Parlimen DAP di Sarawak: Chong (Stampin), Wong (Sarikei), Kelvin Yii (Bandar Kuching), Alice Lau (Lanang), Oscar Ling (Sibu) dan Mordi Bimol (Mas Gading).

Sementara itu, kerusi Labis, dianggap sebagai kubu kuat BN-MCA sejak 1986.

Ia dimenangi dua kali oleh Chua Tee Yong dari MCA pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Chua kemudiannya dikalahkan oleh Pang pada 2018 dengan majoriti tipis sebanyak 3,408 undi.


2. Pasukan petugas persoal peranan Tommy Thomas dalam penjualan kapal layar mewah Equanimity 

Kapal layar mewah Equanimity. - Foto fail NSTP

PETALING JAYA: Keputusan menerima tawaran AS$126 juta daripada Genting Malaysia Bhd bagi pembelian kapal layar mewah Equanimity dilihat dibuat 'secara sepihak' oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Ia terkandung dalam laporan pasukan petugas khas yang menyiasat memoir Tommy bertajuk "My Story: Justice in the Wilderness" berkata, bekas Peguam Negara itu "dengan segera menerima" tawaran Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk kapal layar yang sebelum ini dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Laporan itu berkata, perkara berkenaan dilakukan tanpa merujuk kepada pemilik sah kapal ketika itu, Kumpulan 1MDB dan pemegang saham utamanya, Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

"Tiada juga rujukan dibuat kepada Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), badan yang mengendalikan harta dirampas berhubung jenayah kewangan.

"Secara signifikan, penerimaan tawaran Genting itu tidak dibuat dengan syarat apabila diluluskan oleh Mahkamah Laksamana kerana ia penjualan kehakiman yang memerlukan pengesahan mahkamah itu.

"Berdasarkan apa yang tertulis, nampaknya penerimaan tawaran Genting sebanyak AS$126 juta itu ialah keputusan sepihak yang dibuat oleh Thomas sendiri," kata pasukan petugas itu dalam laporannya.

Sehubungan itu, pasukan petugas berkenaan menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada Tommy, sebagai Peguam Negara, mempunyai kuasa untuk menerima tawaran Genting tanpa merujuk perkara itu kepada 1MDB dan MOF Inc untuk kelulusan, atau NFCC.

NFCC, katanya, ditubuhkan untuk menguruskan pengembalian aset 1MDB.

Laporan pasukan petugas itu mulai malam tadi boleh diakses orang awam melalui laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Orang ramai boleh mengakses laporan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi 225 muka surat itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Oktober lalu mengumumkan kerajaan menyahklasifikasikan dan akan mendedahkan laporan siasatan ke atas dakwaan dalam buku berkenaan.

Pihak berkuasa juga dicadangkan agar menyiasat jika terdapat kaitan antara penjualan Equanimity kepada Genting dengan penarikan balik permohonan semakan kehakiman terhadap Menteri Kewangan berhubung pembatalan insentif cukai bagi syarikat itu.

Pasukan petugas itu berkata, Genting sedang berusaha untuk membatalkan keputusan Menteri Kewangan (sebelum ini) yang memansuhkan insentif cukai dalam surat bertarikh 17 Disember 2014, dan deklarasi bahawa insentif itu hendaklah dikembalikan.

"Menteri kewangan, melalui Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Genting dan telah menyediakan afidavit membangkang.

"Bagaimanapun, apabila penjualan Equanimity kepada Genting diluluskan oleh mahkamah, permohonan (semakan kehakiman) oleh Genting ditarik balik.

"(Sementara itu,) menteri kewangan dalam surat bertarikh 4 Julai 2019, bersetuju untuk mengembalikan keputusan asal menteri kewangan (sebelum ini), di mana insentif pelaburan boleh dituntut atas semua pendapatan Genting yang dinyatakan diperoleh daripada satu sumber."

Pasukan petugas itu berkata, pengembalian semula insentif cukai kepada Genting akan mengakibatkan Putrajaya kehilangan hasil dan syarikat itu memperoleh keuntungan kewangan yang sepadan. (BH)


3. Ribuan rakyat Kelantan solat hajat pertahan kerajaan PAS 

KOTA BHARU: Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sendat dengan ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat bagi mempertahankam kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama.

Solat hajat diimamkan Penasihat Persatuan Pondok Kelantan Sheikh Wazir Che Awang dan bacaan doa diketuai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Program itu diadakan sempena sambutan 32 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang diadakan bermula Rabu sehingga esok.

Sheikh Wazir berkata, umat Islam hendaklah bersatu padu dan melupakan perpecahan hanya kerana kepentingan peribadi.

“Perpecahan umat Islam dibimbangi akan diambil kesempatan pihak lain yang sudah lama mahu memecahkan perpaduan umat Islam.

“Oleh itu kami meminta parti-parti orang Islam hendaklah bersatu bagi mempertahankan Islam,” katanya ketika berucap pada Himpunan Penyatuan sempena program tersebut malam ini.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Lebih 10,000 rakyat Kelantan hadir pada program biarpun dalam keadaan hujan lebat sebaik sahaja selesai solat hajat. – HARAKAHDAILY 21/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimPecah DAP semakin parah! Tambah X tanding PRU 15.. & masalah Tommy kapal layar.

Maka kembalilah kita kepada perjuangan menyuruh buat baik dan meolak mungkar. Menolak parti pembawa mungkar dengan mengundi PAS. 

Mari bersama-sama ribuan rakyat Kelantan 'solat hajat' pertahan kerajaan PAS, walaupun kita solat di tempat kita sendiri.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Lim Sian See: PAS vs DAP -Analisis orang Cina.



Krisis PAS Vs DAP, kenapa terjadi mari kita belajar daripada analisis orang Cina -1Media.My

Walaupun penulis (Lim Sian See) ialah non muslim tetapi demi kebenaran beliau menulis dgn fakta yang telus dan benar.. PAS  tidak pernah nak menipu rakan bersama...tapi PAS selalu ditipu dan dibuli... PAS dah banyak berlembut hati... sudah sampai masa nya... perjuangan harus diteruskan sendirian walau apa pun terjadi... .

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)
https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....

LSS
Via-Lim Sian See


Penyokong dan anggota PAS terus berkumpul sokong Hadi | Utusan Borneo Online

Penyokong dan anggota PAS terus berkumpul sokong Hadi | Utusan Borneo Online
Penyokong dan anggota PAS terus berkumpul sokong Hadi | Utusan Borneo Online
utusanborneo.com.my

DAP MEMANG DAH LAMA MAIN ISU PERKAUMAN DAN RASISNYA TAPI ORANG MELAYU SAJA BUTA HATI....

DAP MEMANG DAH LAMA MAIN ISU PERKAUMAN DAN RASISNYA TAPI ORANG MELAYU SAJA  BUTA HATI....
DAP MEMANG DAH LAMA MAIN ISU PERKAUMAN DAN RASISNYA TAPI ORANG MELAYU SAJA BUTA HATI....
siemens-melayumaju.blogspot.com

Pemuda PAS Malaysia - DAP Terdesak?? Dapatkan Harakah terbaru edisi Jumaat. #JomBeliHarakah #MediaRasmiPAS | Facebook

Pemuda PAS Malaysia - DAP Terdesak?? Dapatkan Harakah terbaru edisi Jumaat.  #JomBeliHarakah #MediaRasmiPAS | Facebook
Pemuda PAS Malaysia - DAP Terdesak?? Dapatkan Harakah terbaru edisi Jumaat. #JomBeliHarakah #MediaRasmiPAS | Facebook
facebook.com

Kerjasama PAS-DAP sebagai pelengkap menuju Putrajaya | DUP Pahang Weblog

Kerjasama PAS-DAP sebagai pelengkap menuju Putrajaya | DUP Pahang Weblog
Kerjasama PAS-DAP sebagai pelengkap menuju Putrajaya | DUP Pahang Weblog
dupahang.wordpress.com

Bersama dengan PAS: dulu, kini, dan selama-lamanya – Malaysia Today

Bersama dengan PAS: dulu, kini, dan selama-lamanya – Malaysia Today
Bersama dengan PAS: dulu, kini, dan selama-lamanya – Malaysia Today
malaysia-today.net

PAS tak pinggir kaum Cina, India

PAS tak pinggir kaum Cina, India
PAS tak pinggir kaum Cina, India
hmetro.com.my

PAS dan Hudud – Muhammad Nazreen | roketkini.com

PAS dan Hudud – Muhammad Nazreen | roketkini.com
PAS dan Hudud – Muhammad Nazreen | roketkini.com
roketkini.com

Pergaduhan PAS dan DAP jadikan PR makin 'busuk' - Zainal Rafique | Astro Awani

Pergaduhan PAS dan DAP jadikan PR makin 'busuk' - Zainal Rafique | Astro  Awani
Pergaduhan PAS dan DAP jadikan PR makin 'busuk' - Zainal Rafique | Astro Awani
astroawani.com

PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN | roketkini.com

PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN | roketkini.com
PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN | roketkini.com
roketkini.com

PAS officially cuts ties with DAP | The Star

PAS officially cuts ties with DAP | The Star
PAS officially cuts ties with DAP | The Star


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails