Thursday, March 16, 2023

Sebab apa? Bila perintah jadi ganas. & menu rahmah tak laku..

 


1. Sebab apa setelah berkuasa menjadi ganas?

IGAUAN ngeri. Sebab apa dia jadi macam ganas sangat bila tiba giliran dia perintah? 

Dia macam ni, kena faham maksud trauma atau igauan ngeri.

Dulu dia dibesarkan dalam keadaan ganas, bertumbuk sampai lebam mata. Kena kejar dengan polis, FRU sembur air kencing dengan air kimia katanya. Kena angkat tilam.

Masuk keluar penjara dia dah lali, bukan sekali, bukan sebulan. Dah banyak kali bertahun-tahun dah.

Sejak kena tangkap di Baling masa belajar dulu, lepas itu kena buang pula dari jawatan, polis cari dia sampai rumah, tengah bagi ucapan, kena tangkap.

Jadi hidup dia dapat kita gambarkan, sentiasa dalam keadaan berperang, ganas, menipu sana, menipu sini, berjoget dengan perempuan itu, perempuan ini, kadang-kadang dikelilingi Yahudi. 

Itu belum lagi cerita pasal kena racun arsenik. Kena karate kat tengkuk, sampai kena pakai kolar tengkuk. Pernah sampai tulang pinggang sakit. Anak bini dia selalu menangis depan orang. Sedih. Macam-macam lagilah.

Jarang-jarang sekali adalah juga dia duduk dengan ulamak dunia, selawat ke apa atau pergi solat Jumaat. Tapi nampak dalam gambar, yang lebih banyak aktivitinya, menari dengan hero Tamil. Sesekali dia dijemput tengok tarian separuh bogel.

Jadi maafkanlah dia, jika dia masih terbawa-bawa kisah silam dia yang ganas itu. Macam budak-budak yang datang dari jalanan, gelandangan, keluarga yang bermasalah, biasanya begitulah juga bila mereka membesar, ada perasaan memberontak dalam diri.

Membawa kisah lama bersama hidup masa depan. Payah dia nak lepas bebas zaman muda dia dulu. Banyak sangat kekejaman.

Dia jadi ganas itu sebab atuk dia dululah yang selalu mendera fizikal dan mentalnya. Silap atuk juga. Jadi sekarang, dia mahu membalas dendam kepada sesiapa sahaja yang dia suka.

Kena lagi, tengah ada kuasa, lagilah dia nak menunjuk kat orang.

Maafkanlah dia, sejarah hitam dia terlalu kuat menghantui hidupnya, tiada jalan untuk dihapuskan kenangan itu.

Jadi ingat semua, jangan kita besarkan anak-anak kita dalam persekitaran yang ganas. Nanti bila dia besar, pengaruh ganas tu akan mempengaruhi pemikiran dia, walaupun dia berjanji sampai terkeluar lidah nak jadi orang baik, susah kita nak percaya.

MOHD NASIR ABDULLAH
13 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 13/3/2023


2. Terpaksa henti jual hidangan Menu Rahmah kerana tak dapat sambutan 
Tangkap layar video tular oleh pemilik restoran Tong Kayu Kafe, Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, di Jalan Bukit Kecil di sini, mengenai jualan Menu Rahmah yang tidak mendapat sambutan di salah anggap oleh orang ramai. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TULAR

BAYAN LEPAS: Tindakan pemilik restoran Tong Kayu Kafe di sini, menghentikan jualan makanan Menu Rahmah adalah disebabkan hidangan itu tidak mendapat sambutan sejak ianya diperkenalkan bulan lalu.

Malah, kedudukan lokasinya yang dikatakan kurang sesuai juga menyebabkan pemilik restoran itu mengambil keputusan berkenaan, sekali gus menjadi tular di media sosial.

Pemilik restoran itu, Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, berkata, dia memperkenalkan hidangan Menu Rahmah nasi ayam kicap dan nasi ayam goreng kunyit yang berharga RM5 setiap satu hidangan sejak 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, berikutan tiada sambutan dia terpaksa berhenti menjual hidangan itu Khamis lalu.

"Keputusan saya bagi hentikan jualan Menu Rahmah ini kerana ia tidak dapat sambutan selain lokasinya yang tidak sesuai untuk diperkenalkan menu berkenaan.

"Jadi saya minta orang ramai supaya berhenti menyalahkan kerajaan yang sudah berusaha memperkenalkan kaedah itu bagi membantu rakyat," katanya mengulas video mengenai keputusannya bagi menghentikan jualan Menu Rahmah, tular selepas ia dimuatnaik di media sosial premis berkenaan.

Mohamad Fakhrullah berkata, hidangan berkenaan tidak pernah dijual sebelum ini dan dibuat khusus bagi Menu Rahmah malah sepanjang tempoh berkenaan tetapi beliau mendapati tidak sampai 100 bungkusan yang dijual, menyebabkan berlaku pembaziran.

"Punca ia tidak mendapat sambutan mungkin kerana faktor lokasi premis ini yang dikelilingi kawasan perumahan berkeluarga dan bukan dalam kalangan pekerja pejabat atau perindustrian.

"Kadar sewaan premis yang tinggi juga menyebabkan saya tidak mampu lagi menanggung kerugian berikutan jualan yang tidak mendapat sambutan itu," katanya.

Menerusi video tular berkenaan, Mohamad Fakhrullah menjelaskan mengenai pemberhentian jualan berkenaan namun disalah anggap oleh orang ramai.

Beliau berkata, menu yang tidak mendapat sambutan itu bukan bermakna tidak sedap tetapi beberapa hidangan lain yang dijual di restorannya juga mendapat sambutan menggalakkan.

Katanya, terdapat sebanyak 33 jenis hidangan lain berharga antara RM7 hingga RM19 setiap satu, mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penjualan melebihi 100 bungkus sehari. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimSebab apa? Bila perintah jadi ganas. & menu rahmah tak laku..

Kerana rakyat mula tolak kecelaruan pemerintahan.

Wednesday, March 15, 2023

PRN: Pas/Bersatu P.Pinang. Tanding 15 kerusi.

 

Muhammad Fauzi bagaimanapun berkata, baki 25 lagi kerusi DUN di negeri ini masih di peringkat perbincangan dengan Gerakan serta Bersatu. - Foto Facebook/Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff

1. PRN: Pas dan Bersatu P.Pinang capai persefahaman dalam soal pembahagian kerusi


KEPALA BATAS: Pas dan Bersatu Pulau Pinang setakat ini telah mencapai persefahaman dalam soal pembahagian 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang mempunyai lebih 50 peratus pengundi Melayu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff bagaimanapun berkata, baki 25 lagi kerusi DUN di negeri ini masih di peringkat perbincangan dengan Gerakan serta Bersatu dan ia akan dimuktamadkan sebelum pembubaran DUN Pulau Pinang.
"15 kerusi itu adalah untuk Pas dan Bersatu, berapa yang kami (Pas) akan bertanding itu kita akan umumkan nanti.
Apa yang kita bincangkan dan capai persefahaman ini juga telah diketahui pucuk pimpinan atasan, tiada masalah berhubung pembahagian kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Program Gelombang Hijau Pulau Pinang di Markas Pas Pongsu Seribu, di sini pada Sabtu malam.
Muhammad Fauzi berkata Pas juga bersedia memberi laluan kepada calon Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) untuk baki 25 lagi kerusi tersebut dan pihaknya percaya Gerakan serta Bersatu juga mempunyai cadangan mereka untuk kerusi-kerusi berkenaan.
Pas bersama Gerakan dan Bersatu juga membincangkan mengenai kerusi campuran dan juga kerusi strategik yang bakal ditumpukan dalam PRN akan datang ini.
Selain itu, katanya parti berkenaan juga telah mempunyai senarai calon yang akan bertanding pada PRN nanti dan ia merangkumi golongan muda dan tua termasuk muka baharu serta muslimat.
Katanya semua nama calon-calon Pas itu dikemukakan oleh kawasan masing-masing kepada Pas Pulau Pinang dan seterusnya keputusan akhir calon akan ditentukan Majlis Syura Ulamak Pas.-- BERNAMA

2. Pas, Bersatu Pulau Pinang tandingi 15 kerusi majoriti Melayu 
MUHAMAD Fauzi ketika sidang media pada program Gelombang Hijau Pulau Pinang di Markas Pas Pongsu Seribu di sini. FOTO Danial 
Kepala Batas: Pas dan Bersatu Pulau Pinang mencapai persefahaman untuk membahagikan sejumlah 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) negeri itu turut mengadakan perbincangan dalam mengenal pasti calon berwibawa.
"Kita sudah berbincang daripada pelbagai sudut termasuk membabitkan strategi dan Alhamdulillah mencapai kata sepakat dalam rundingan ini dan diketahui pimpinan teratas mengenai apa yang telah kita lakukan.
"Jadi usaha-usaha yang kita lakukan sekarang ini adalah untuk mengenal pasti (kerusi) dan kita sedang mengatur langkah strategik iaitu usaha menguasai di kawasan DUN yang menjadi sasaran kita pada PRN nanti.
"Kerusi yang mana kita akan umumkan kemudian apabila sampai masanya," katanya kepada pemberita pada Himpunan Gelombang Hijau Pulau Pinang di Kompleks Tarbiyah Pas negeri di Pongsu Seribu di sini, malam ini.
Muhammad Fauzi berkata, perbincangan turut diadakan membabitkan Gerakan Pulau Pinang membabitkan kerusi campuran yang mempunyai potensi cerah untuk dimenangi.
Beliau berkata, dalam soal itu, Pas negeri mempunyai bank calon dengan nama-nama individu yang diketengahkan untuk dihantar kepada Majlis Syura Ulamak Pas.
"Jumlah 40 kerusi DUN Pulau Pinang ditolak 15 kerusi Melayu adalah kerusi campuran jadi banyak lagi kerusi-kerusi yang dipertandingkan.
"Jadi kita akan bincang kerusi mana yang bersesuaian kerana kita juga mempunyai calon Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP)," katanya.
Beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menyaksikan Pas Pulau Pinang bertanding 21 kerusi dengan satu daripadanya iaitu DUN Penaga dimenangi Mohd Yusni Mat Piah.
"Dulu kita bertanding 21 kerusi kerana pada masa itu kita bersendirian. Tetapi oleh kerana (sekarang) kita berkawan, kita nak supaya kita ada semangat untuk bersama-sama membangunkan dan membela rakyat di Pulau Pinang," katanya.
Terdahulu beliau berkata, Himpunan Gelombang Hijau peringkat negeri dilihat menjadi momentum kebangkitan rakyat yang dilihat memberi sokongan padu kepada Pas serta PN Pulau Pinang dan akan terus digerakkan sehingga PRN. Mac 12, 2023 @ 12:02am

Tuesday, March 14, 2023

Bebaskan S'gor-N9.. & 'berpakaian telanjang' demi 2 emas.

 

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kelima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras. NSTP/Eizairi Shamsudin

1. Jika menang PRN, Selangor, Negeri Sembilan akan dipimpin oleh BERSATU

KUALA LUMPUR: Menteri Besar daripada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) akan mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan jika parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua negeri itu akan dipimpin oleh BERSATU.

"Yang lain-lain kita dah dengar sendiri tentang azam, tekad dan iltizam daripada ahli parti yang agak nyata dan jelas. BERSATU juga sudah bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran daripada mana-mana pihak sekali pun," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin, berkata kerusi yang ada di pihak PAS dan BERSATU akan dikekalkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali ada persefahaman untuk melakukan pertukaran.

Katanya, bagi kerusi yang tidak dimiliki sesiapa kecuali oleh parti pembangkang, ia akan dirundingkan.

"Siapa nak dapat kerusi berkenaan akan diputuskan dalam perbincangan nanti," katanya.


2. Hoe Yean tambah dua emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 

Aksi Hoe Yean ketika membantu kuartet 4x100 gaya bebas berganti-ganti lelaki Kuala Lumpur meraih emas. - Bernama

KUALA LUMPUR: Perenang negara Khiew Hoe Yean terus menampilkan prestasi cemerlang apabila menambah dua lagi koleksi emas peribadi Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 hari ini.
Hoe Yean, 20, memulakan aksi hari ini dengan meraih emas bagi acara 200 meter (m) kuak lentang lelaki dengan catatan masa 2 minit 03.97 saat (s) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu mengenepikan cabaran perenang Taiwan Liang Yun Wu di tempat kedua (2:04.72s) serta perenang Sarawak Hii Puong Wei di tempat ketiga (2:06.79s).
"Bagi saya catatan tadi adalah baik namun tidak dapat menyaingi rekod kebangsaan (2:00.80s) saya, namun saya tetap berpuas hati. Apa pun saya akan lakukan yang terbaik untuk baki acara yang akan dipertandingkan esok sebagai persiapan ke Sukan SEA 2023 Kemboja Mei ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Hoe Yean selepas itu membuktikan keunggulannya dengan membantu kuartet 4x100 gaya bebas berganti-ganti lelaki Kuala Lumpur bersama Muhammad Dhuha Zulfikry, Jayden Tan dan Muhammad Farhan Andi Maroef merangkul emas dengan mencatatkan masa 3:28:80s.
Kuartet renang dari Selangor memenangi tempat kedua (3:29.15s) sementara kuartet renang Pulau Pinang di tempat ketiga (3:36.61s).
Dalam pada itu, hasrat Hoe Yean untuk menambah lagi emas di kejohanan itu tidak kesampaian, selepas menamatkan saingan di tempat kedua bagi acara 200m gaya bebas lelaki dengan catatan 1:49.74s.
Emas acara itu diraih perenang Taiwan, Wang Kuan Hung (1:49.37s) dan gangsa diraih rakan sepasukan Hoe Yean, Jayden (1:51.85s).
Hoe Yean sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan acara 200m rampaian individu (IM) walaupun sekadar meraih pingat gangsa, serta meraih pingat emas menerusi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki bersama Muhammad Dhuha, Muhammad Farhan dan Jayden, selain meraih tempat keempat bagi acara 100m gaya bebas lelaki pada kejohanan sama.-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu HasyimBebaskan S'gor-N9.. & nyahkan 'berpakaian telanjang demi 2 emas'.
Ya, kita perlu membebaskan negara kita ke arah 'negara patuh syariah'. Bebaskan dari daki kesan penjajah jahannam yang merosakkan budaya hidup mulia kita. Tolak mengundi parti selain Islam.
Sekian. 

Pluralisme agama, Parti mana & iktiraf kahwin sejenis.

 

Dr Ahmed Al Tayeb

1. Normalisasi pluralisme agama, agenda musuh Islam

PADA 21 Februari 2023, Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) telah mengeluarkan kembali kenyataannya yang bertarikh 21 Februari 2021 bersama Liga Ulama Islam dan Liga Arab Maghreb ketika mengadakan persidangan yang bertajuk The Position of the Islamic Ummah on the Abrahamic Religion yang merumuskan bahawa Abraham Religion adalah satu ancaman terhadap akidah umat Islam.

Ia berikutan pada tanggal 16 Februari lalu UAE secara rasminya telah membuka Abraham Family House, iaitu satu komplek yang mengandungi sebuah masjid, gereja dan synagogue di Pulau Saadiyat, Abu Dhabi, UAE.

Akhbar utama negara haram Israel, The Jerusalem Post dalam ulasannya begitu bangga dengan perkembangan tersebut, menyatakan ia adalah simbol kejayaan Abraham Accord iaitu kejayaan menormalisasikan hubungan antara negara haram Israel dengan negara – negara Arab seperti UAE, Bahrain, Mesir dan Morocco di samping ia adalah satu langkah kehadapan untuk menyatukan tiga agama di rantau tersebut.

KUIS dalam kenyatannya menyeru para cendekiawan Islam, penuntut ilmu dan pendakwah untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap agama Islam dalam menghadapi cabaran bid’ah yang sesat di zaman ini dengan meningkatkan kesedaran serta memberi amaran tentang bahaya yang berlaku terhadap umat Islam.

Begitulah tegasnya kenyataan KUIS terhadap pencerobohan ke atas akidah Islam dengan doktrin Abraham Religion dan bahaya di sebalik normalisasi hubungan dengan negara haram Israel.

Hal yang demikian juga telah diberi amaran oleh ulama ketika agenda ini mula dilaksanakan pada tahun 2021. Mengimbas kembali ketika sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan The Egypt Family House pada November 2021, Dr. Ahmed Al Tayeb, Syeikh (Imam Besar) Al Azhar dengan tegas dan jelas menyuarakan kebimbangan dalam ucapannya di majlis tersebut berkenaan satu agama baharu iaitu Abraham Religion dengan menyifatkannya sebagai satu agama sesat.

Dr. Ahmed Al Tayeb kemudiannya menjelaskan dalam ucapannya terdapat perbezaan antara menghormati dan mengiktiraf satu-satu agama. Islam menghormati agama lain khususnya agama samawi akan tetapi tidak mengiktirafnya sebagai agama yang benar. Di sisi Islam, agama yang benar hanyalah Islam sebagaimana maksud firman Allah: “Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam” (Al-Imraan: 19)

Pendirian Dr. Ahmed Al Tayeb ini mendapat sokongan jitu dari masyarakat dunia Arab termasuk daripada golongan Kristian sambil menyatakan sokongan terhadap penolakan tersebut di media sosial termasuk dari golongan cendikiawan, orang kenamaan dan masyarakat awam.

Namun ramai dari kalangan masyarakat Arab ketika itu tertanya-tanya mengapakah Dr. Ahmed Al Tayeb mula menyuarakan perihal Abraham Religion. Adakah sedang berjalan agenda sulit atau terselindung untuk menyebarkan atau mengumumkan penubuhan agama baharu ini di kala situasi geopolitik sedang bergolak hebat di Asia Barat?

Abraham Religion adalah gabungan daripada tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi yang digabungkan dengan tujuan untuk menyatukan umat manusia di bawah satu agama dengan menyampai satu mesej untuk menyeru umat manusia ke arah penyatuan dan kedamaian.

Ia dilancarkan oleh UAE ketika menandatangani perjanjian normalisasi hubungan antara UAE dan negara haram Israel pada Ogos 2020 yang diusahakan oleh Donald Trump dan Jared Kushner yang dikenali sebagai Abraham Accord.

Dalam teks deklarasi perjanjian tersebut yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, dinyatakan bahawa “Kami menggalakkan usaha untuk menyokong dialog antara budaya dan agama untuk memajukan budaya keamanan antara tiga agama Abraham dan semua umat manusia“.

Secara zahirnya, teks deklarasi perjanjian tersebut mempunyai mesej terselindung berkenaan Abraham Religion yang akan diusahakan untuk menyatukan ketiga-tiga agama samawi ini di bawah satu agama.

Ramai yang beranggapan bahawa UAE adalah pelopor kepada Abraham Religion ini, selari dengan penubuhan Abrahamic Family House di Abu Dhabi ketika lawatan oleh Pope Francis pada awal 2019 sebelum ditandatangani perjanjian normalisasi dengan negara haram Israel.

Penubuhan Abrahamic Family House di Abu Dhabi, UAE adalah sama tujuannya dengan penubuhan Egypt Family House di Mesir, iaitu untuk mempromosi serta mewujudkan keamanan dan keharmonian di antara penganut berbilang agama di negara masing-masing.

Namun begitu, perlu difahami bahawa Abraham Religion adalah satu pendekatan yang mengandungi agenda besar yang tersirat yang dijalankan oleh rejim zionis Israel dan sekutunya dengan tujuan utamanya adalah untuk menyebarkan dan memperkukuhkan program penerimaan proses normalisasi, intergrasi sosiobudaya dan politik dalam kalangan negara-negara Dunia Islam terutamanya negara-negara Asia Barat dengan negara haram Israel.

Dengan mengetengahkan idea keamanan, keharmonian dan perpaduan kepada umat Islam, ia diharap dapat melembutkan hati dan memperdaya umat Islam terutamanya pemerintah negara-negara Dunia Islam untuk menerima perjanjian normalisasi yang mampu mengukuhkan kedudukan regim zionis Israel di Asia Barat dan seterusnya menguatkan keabsahan kewujudan negara haram Israel di samping terus melupakan perjuangan rakyat Palestin.

Oleh itu perlu ditegaskan sebagaimana kenyataan KUIS termasuk juga Syeikh Dr. Ahmed Al Tayeb, Abraham Religion adalah satu ancaman dan muslihat besar yang boleh menyesatkan akidah umat Islam. Agama baharu ini perlu ditolak dan diperjelaskan bahayanya kepada umum di samping bertujuan untuk memanipulasi umat Islam supaya menerima keberadaan zionis Yahudi samada di Palestin atau di negara-negara Dunia Islam yang lain.

Idea kebersamaan dan inovasi agama yang mampu membawa kepada meninggalkan agama Islam adalah satu bahaya yang besar kepada umat Islam. Sebagaimana yang kita lihat hari ini buku-buku, artikel, filem dan pelbagai lagi yang mempromosi dan mengetengahkan agenda kekufuran dan kebersamaan agama yang mampu merosakkan akidah dan iman umat Islam perlu dihalang dari terus merosakkan minda umat Islam.

Jika dibiarkan agenda pluralisme agama dalam pelbagai medium terutamanya media massa dan media sosial, ia dijangka akan mendatangkan bahaya terutamanya kepada anak muda yang ketika ini terdedah kepada idea kebebasan melampau dan hak asasi manusia tidak masuk akal yang jauh terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenar.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa musuh Islam tidak akan berhenti untuk menyesatkan umat Islam dengan apa cara sekalipun. Malangnya terdapat dalam kalangan umat Islam yang sanggup menjadi alat kepada musuh-musuh Islam semata-mata kerana kepentingan kuasa dan harta keduniaan.

Inilah sejarah yang akan berulang kali berlaku iaitu sejak dari zaman awal Islam dahulu sehinggalah dunia ini ditamatkan riwayatnya.

Semoga umat dan Dunia Islam senantiasa terpelihara dan berada di dalam lindungan Allah SWT.

Malaysia Sejahtera

YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 11/3/2023


2. Parti mana gagalkan negara dan halang kebangkitan Islam? 

KEPALA BATAS: Wasiat Raja-raja Melayu dan para pemimpin semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu telah gagal didukung serta diharapkan kepada kerajaan dan parti pemerintah sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, kecuali Perikatan Nasional (PN) yang bersungguh-sungguh menunaikan tujuh wasiat telah ditandatangani persetujuannya pada 5 Ogos 1957 iaitu sebelum negara mencapai Kemerdekaan.

Sedangkan menurutnya, tujuh wasiat tersebut merupakan asas kepada tunjang penubuhan negara ini serta jaminan keamanan yang berterusan selagi ianya dihayati dan dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia dan generasi pewarisnya.

ADUN Gunung Semanggol itu memberikan contoh Tanah Rizab Melayu yang semakin berkurangan hari ini, selain hak-hak istimewa Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kian terungkai di bawah barisan dan pakatan tersebut.

Beliau turut menyindir pihak berkenaan yang selalu menyanyikan lagu ‘Anak kecil main api’ tetapi hakikatnya mereka membakar dan memusnahkan harapan bangsa sepanjang memegang kuasa pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Perkara tersebut dikemuka dan dikupas beliau ketika menyampaikan ucapan pada program Gelombang Hijau Pulau Pinang yang di langsung kan di Kompleks PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini semalam.

“Kini tekanan demi tekanan (politik) diberikan dan khusus kepada jemaah PAS (antaranya) dengan halangan dari berceramah dan berkhutbah di masjid. 

“Tetapi itu tidak akan dapat menghalang kebangkitan Islam, bahkan menjadi lumrah dan liku-liku perjuangan menegakkan kebenaran,” ujar beliau.

Jelas Razman, pusingan kebangkitan Islam sedang mencapai kemuncak dan bakal menyempurnakan pusingan kitaran 100 tahun pada tahun hadapan iaitu sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924. – HARAKAHDAILY 12/3/2023



3. Kerajaan India bantah pengiktirafan perkahwinan sejenis  
Mahkamah Agung India di New Delhi. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Kerajaan India menentang pengiktirafan bagi perkahwinan sejenis, katanya dalam satu usul difailkan kepada Mahkamah Agung hari ini.

Ia turut menggesa mahkamah menolak cabaran terhadap rangka kerja undang-undang semasa yang dikemukakan oleh pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kementerian Undang-Undang percaya, walaupun terdapat pelbagai bentuk perhubungan dalam kalangan masyarakat, pengiktirafan undang-undang perkahwinan adalah untuk hubungan heteroseksual.

Malah, katanya, kerajaan mempunyai kepentingan yang sah untuk mengekalkannya, menurut notis fail yang dilihat oleh Reuters, namun belum didedahkan kepada awam.

"Hidup bersama sebagai pasangan dan mengadakan hubungan seksual dengan pasangan sejenis... tidak setanding dengan konsep unit keluarga India iaitu suami, isteri dan anak-anak," kata kementerian itu.

Tambahnya, mahkamah tidak boleh diminta mengubah keseluruhan dasar perundangan negara yang tertanam dalam norma agama dan masyarakat.

"Hidup bersama sebagai pasangan dan mengadakan hubungan seksual dengan pasangan sejenis... tidak setanding dengan konsep unit keluarga India iaitu suami, isteri dan anak-anak," kata kementerian itu.

Tambahnya, mahkamah tidak boleh diminta mengubah keseluruhan dasar perundangan negara yang tertanam dalam norma agama dan masyarakat.

Dalam keputusan bersejarah pada 2018, Mahkamah Tertinggi India menyahjenayah homoseksual dengan membatalkan larangan era penjajah terhadap seks membabitkan golongan gay.

Kes yang berlaku ketika ini dilihat sebagai perkembangan penting mengenai hak LGBT di negara itu.

Sekurang-kurangnya 15 rayuan, sebahagiannya oleh pasangan gay difailkan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, meminta mahkamah mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Malah, ia kini mencapai peringkat untuk berdepan undang-undang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Dalam usul difailkan hari ini, kerajaan berhujah keputusan pada 2018 tidak bermakna mengiktiraf hak asasi undang-undang untuk perkahwinan sejenis di bawah undang-undang negara.

Objektif sistem perundangan semasa mengenai perkahwinan 'terhad kepada pengiktirafan hubungan undang-undang perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita, sebagai suami dan isteri.

Kerajaan dalam hujahnya berkata, sebarang perubahan kepada struktur undang-undang harus menjadi domain Parlimen yang dipilih, bukan mahkamah.

Kes berkenaan ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Agung esok. - REUTER

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pluralisme agama, parti mana & iktiraf kahwin sejenis. 

Hanya Islam agama di sisi Allah, lain ditolak!





Monday, March 13, 2023

Guna Replika senjata terikut Islamofobia - Abdul Hadi

 

Abdul Hadi Awang. - Foto fail NSTP

1. Pihak kecam guna replika senjata, kostum terikut dengan Islamofobia - Abdul Hadi

AMPANG: PAS menyifatkan pihak yang mengecam penggunaan replika senjata dan kostum tentera Islam ketika perarakan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 Jumaat lalu sehingga mengundang polemik masyarakat seolah-olah terikut dengan Islamofobia.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa golongan terbabit juga sudah menggambarkan kedudukan Islam itu sebagai agama yang menakutkan.

"Apa yang mereka takut sangat pada Islam ini. Seolah-seolah Islamofobia dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah yang dilakukan.

"Orang Islam bawa pedang kayu pun takut, sedangkan musuh Islam guna senjata nuklear yang memusnahkan, yang diharamkan oleh Islam tak apa.

Umat Islam bawa pedang kayu tak boleh," katanya. 

Foto tular perarakan sekumpulan ahli Pemuda PAS sambil membawa replika pedang, lembing dan perisai di Setiu, Terengganu. - Foto tular

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir Majlis Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Hadi berkata, malangnya ada pihak yang terpengaruh dengan naratif ketakutan yang cuba digambarkan pihak tertentu itu.

"Malangnya ada orang yang terpengaruh seolah-olah Islam ini menakutkan. Kejayaan Islam bukan dengan senjata, tetapi adil, hikmah," katanya.

Penggunaan barangan replika pedang dan kostum pakaian tentera Islam berkait perarakan pada program HIMPIT 2023 Jumaat lalu mencetuskan polemik di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran perarakan bersama replika senjata dalam satu perhimpunan terbuka adalah tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan apabila tular di media sosial jelas ia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata, pihaknya merampas replika senjata yang digunakan ketika perarakan HIMPIT 2023 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan. (BH)


2. Hanya cosplay untuk mengimbau kemulian dan jihad zaman generasi Al Quran 

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Tak semena -mena medsos seperti menggelegak dengan isu himpunan anak-anak muda di Setiu Terengganu, isu diputar dengan galak termasuk oleh bekas ahli MSU PAS . Avatar PHBN semenjak jam 11.00 pagi membahan , membelasah  dan merendahkan wibawa anak-anak muda PAS Terengganu yang dilihat tidak madani ( izinkan saya untuk meludah perlahan¡). Asal muasal himpunan ini ialah Program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang telah diwujudkan sejak awal dekad 1990an, HIMPIT akhirnya menjadi proto program kepada HEMPAP, HEMPAS , HARAP dan lain-lain jenama himpunan Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dan wilayah Persekutuan.

Di zaman saya memimpin Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan, kami anjurkan himpunan Pemuda Wilayah yang kami namakan HARAP, namun terlalu jauh untuk menyaingi prohram HIMPIT anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu saat itu. Pemuda Terengganu lebih komited dan berkeringat bermandi pemuda kami yang kebanyakannya kelompok kelas menengah. Cuma zaman itu himpunan kami belum ada idea tentang " cosplay" , tema pakaian, gimik-gimik pelik untuk memeriahkan acara. Ramai pula kalangan kami,saat itu anak-anak muda "skema" ,namun sesekali bertempur dengan aparat keamanan semasa demonstrasi!  

Terasa sangat dungu hari ini membaca komen-komen pimpinan Pan terutamanya,seolah mereka tidak pernah hadir kehidupan dalam jemaah Islam PAS. Arogansi mereka sangat luar biasa sehingga memohon pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pemuda PAS. 

Meleret lagi dengan komen daripada Menteri Agama diatas penganjuran program himpunan tahunan pemuda PAS Terengganu yang kali ini diadakan di Kem Seri Bari, Setiu. Mengapa tidak responsif dengan cosplay yang jauh lebih barbarik? 

Tak patuh syariah, animae serta penonjolan zaman gelap Eropah, mengapa bersikap terpilih dalam merespon HIMPIT yang dianjurkan oleh Pemuda PAS ,himpunan yang mengumpul ribuan orang muda seperti ini memicu kedengkian dan kebimbangan kalian.

Sejak dimulakan 30 tahun dahulu dan terhenti seketika dimusim pandemik,HIMPIT  dimulai dengan perarakan melibatkan lapan kawasan kawasan dalam  negeri Terengganu, setiap kontinjen kawasan atau  parlimen berarak masuk   kelokasi  tapak program dengan tema dan replika masing-masing sebagai cerminan idea, kreativiti, keunikan dan semangat yang terpancar daripada kawasan masing-masing. Contohnya DPP Kawasan Besut daerah agrarian, menebar pesona dengan ledakan bom asap dengan tema perjuangan Palestin yang tak gentar dengan zionis dan sebarang musuh- musuh Islam.

Parlimen paling besar kemenangan PAS dalam PRU 15 ialah Marang ( lebih 41 k majoriti). Uniknya Dewan Pemuda PAS kawasan  Marang bertemakan kemuliaan jihad dan pengorbanan zaman ar Rasul dan jilul Quran. Anak muda Marang dengan muka kepongahan mengharungi medan jihad , bersimpongan laungan takbir membesarkan Allah,membawa replika pedang Dzulfaqqar berukuran 20 kaki seberat 40 kilogram dengan kelebaran dua kaki. Diarak diatas kenderaan pacuan masuk ke kawasan persendirian ( resort Kem Bari Setiu)

Menurut Ketua DPP Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi, pemakaian baju perang zaman Rasulullah SAW dan kegemilangan islam melengkapkan tema. Alatan yang dibuat daripada aluminium dan peralatan-peralatan kecil yang dibeli daripada kedai ECO Shop (RM2) . Manakala topi aluminium yang dibalut dengan serban hijau serta pedang daripada kayu berukuran 4 kaki seberat 400 gram. Ianya bukanlah bahan merbahaya yang cuba digemburkan oleh pembenci-pembenci PAS, kononnya cuba mencetus kerancuan berfikir tentang toleransi Islam dalam masyarakat berbilang kaum negara ini.

Tak salah untuk merasa membusung dada, berbangga dengan sejarah kegemilangan Islam, mengharungi kejerihan perang Badar, Uhud, Hunain, Tabuk, Fathul Makkah, Mut'ah, Ahzab dan puluhan perang yang lain.Pemakaian baju perisai kalis panah serta baju kulit dan busur serta tombak perisai lambang kehebatan pejuang Islam zaman generasi al Quran yang ditarbiah oleh ar Rasul SAW bukan melambangkan pemakaian pengganas sebagai cerminan Islamphobia diseluruh belahan dunia.

Kepada penganut Islamphobia, pembenci-pembenci PAS, isu cosplay berdasarkan pejuang Islam zaman ar Rasul tak perlu kajian jadikan isu besar negara sehingga melibatkan pihak polis. Sepatutnya kalian membina kekuatan sendiri bagi berhadapan kemaraan PAS/ PN dalam PRN yang akan berlangsung beberapa bulan lagi. Untuk adik-adik Dewan Pemuda semua, janganlah merasa lemah semangat dengan intimidasi, perlecehan, asakan pembuli siber. Teruskan merancang program untuk memenangi anak-anak muda seluruh negara termasuk program berorientasikan intelektual seperti bedah buku,acara baca buku, bicara tokoh, wacana - wacana ilmu kerana tak semua segmen masyarakat meminati program- program ringan dan himpuna mega. Jalan terus wahai anak muda !.

( penulis ialah AJK PAS Pusat, Mantan Ketua DPP Wilayah Persekutuan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails