Monday, March 20, 2023

Lagi, mabuk punya hal, di parlimen & 2 peguam kanan PAS..

 

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (Foto daripada Facebook Parlimen Malaysia) Ir Ts Khairil Nizam Khirud

1. Hilang nyawa, mata pencarian kerana pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin ingin tahu apakah langkah tegas kerajaan dalam menangani isu kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk yang menyebabkan pihak lain menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Beliau meminta Menteri Pengangkutan menjelaskan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Tuan Wa KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin ingin tahu apakah langkah tegas kerajaan dalam menangani isu kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk yang menyebabkan pihak lain menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Beliau m n Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pihak Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha untuk mencari penyelesaian kepada konflik d Myanmar yang telah dimulai oleh Kerajaan terdahulu.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah peranan Kementerian sehingga kini bagi memastikan Projek Kedah Aerotropolis diteruskan demi meningkatkan aktiviti ekonomi di Selatan Kedah.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hak rawatan OKU yang terlibat dalam masalah penagihan dadah. Dimaklumkan bahawa pusat pemulihan AADK tidak menerima OKU sebagai pesakit. Apakah Kerajaan akan mengambil tindakan untuk membina pusat pemulihan khusus untuk orang OKU.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapa anggaran jumlah rumah mampu milik yang diperlukan di Negeri Kelantan pada waktu ini; dan

(b) berapa anggaran jumlah rumah mampu milik di Negeri Kelantan yang sedang dibina oleh pihak Kementerian pada waktu ini.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan polisi pemasangan lampu jalan awam (lampu jalan kampung / mini tar) dan berapa lamakah tempoh kelulusan permohonan sehingga pemasangan dilakukan.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan :

(a) senarai kawasan hotspot yang telah dipasang sistem amaran awal bencana banjir seluruh negara sehingga tahun 2022; dan

(b) sejauh mana penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dapat mengurangkan risiko bencana banjir pada masa akan datang.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana komitmen Kementerian untuk menubuhkan Majlis Autisme Kebangsaan.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah Kerajaan PH-BN mempunyai perancangan untuk mewujudkan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT); dan

(b) adakah kajian sudah dilakukan ke arah itu.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai pegawai kesihatan yang mencukupi bagi merealisasikan cadangan membuka beberapa klinik kesihatan secara lebih masa bagi menangani masalah kesesakan hospital terutamanya di unit kecemasan.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah tegas Kerajaan dalam menangani isu kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk yang sering kali menyebabkan pihak lain pula yang menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan nyawa dan mata wang pencarian.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan akan menilai semula status Penang Technology Park menjadi hab pendidikan dan kesihatan memandangkan penduduk Bertam membantah projek tersebut di Kepala Batas kerana gagal memenuhi garis panduan Environment Impact Assesment, Social Impact Assesment dan Traffic Impact Assesment.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan perencanaan jangka panjang Kementerian untuk mengurangkan impak daripada bencana alam seperti banjir besar yang melanda penghujung tahun 2021.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah keperluan untuk mengadakan pilihan raya PBT dan adakah ia nya tidak mengakibatkan berlakunya pembaziran kepada Kerajaan.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kesihatan menyatakan status kemajuan terkini projek pembinaan blok baru dan naik taraf blok lama OPD Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu dan pembinaan klinik kesihatan (Jenis 7) dengan Kuarters Paya Datu, Kuala Terengganu.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah inisiatif pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir air pasang besar dalam pekan Kuala Kedah dan sekitarnya.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan Kerajaan untuk menaik taraf Balai Bomba dan Penyelamat di Lembah Klang terutamanya di daerah Kuala Langat yang sangat rancak membangun.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan pihak Kementerian untuk mengatasi kesesakan di hospital dan klinik kesihatan sedia ada.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan intipati Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (PCA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) yang ditandatangani pada 14 Disember 2022 serta bilakah ianya akan dijangka mula berkuat kuasa.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Kesihatan menyatakan perancangan bagi menambah baik fasiliti di hospital yang lama seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana komitmen Kerajaan dalam mengekang ancaman nelayan warga asing di perairan negara yang mengaut hasil laut secara haram. – HARAKAHDAILY 20/3/2023


2. Dua peguam kanan serah borang sertai PAS 


KUALA LUMPUR: Dua peguam kanan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, malam tadi.

Menurut Setiausaha Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Ahmad Lutfi Awang mereka ialah Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi Che Abu.

Sehubungan itu, beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, LUHAM mengalu-alukan penyertaan mereka berdua sebagai ahli PAS.

Berikut kenyataan Ahmad Lutfi.

LUHAM MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN DUA PEGUAM KANAN SEBAGAI AHLI PAS

Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat mengalu-alukan penyertaan 2 Peguam Kanan – Haji Yusfarizal bin Yussoff dan Mohd Faizi bin Che Abu sebagai ahli PAS.

Majlis ringkas penyerahan Borang Keahlian PAS kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah berlangsung di Masjid Tok Guru, Rusila, malam tadi.

Turut hadir menyaksikan penyerahan Borang Keahlian PAS tersebut ialah Naib Presiden PAS, YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Setiausaha Agung PAS YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi LUHAM, Hj Wan Rohimi bin Wan Daud.

Hj Yusfarizal dan Mohd Faizi adalah 2 Peguam Kanan yang tidak asing bagi LUHAM, kerana telah lama memberikan khidmat perundangan secara probono kepada PAS dan pimpinan PAS, antaranya melibatkan kes-kes berprofail tinggi yang telah dan sedang berlangsung seperti Kes Kristian Maklin Masiau -lwn- Abdul Hadi Awang (Mahkamah Persekutuan), YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man -lwn- YB Rafizi Ramli, YAB Mohd Sanusi bin Mohd Nor -lwn- Mahfuz Omar, YAB Anwar Ibrahim -lwn- YAB Mohd Sanusi Mohd Nor, YAB Anwar Ibrahim -lwn- Datuk Hj Amzad Hashim, dan kes YAB Anwar Ibrahim -lwn- Datuk Hj Awang Solahudin Hashim.

Pada masakini, bersama-sama dengan pasukan Peguam LUHAM Pusat, kedua-duanya sedang mengendalikan 6 Petisyen Pilihanraya yang difailkan BN/UMNO terhadap PAS/PN melibatkan kerusi Parlimen Marang-Kuala Terengganu-Kemaman-Gua Musang-Masjid Tanah-Putrajaya.

Hj Yusfarizal bin Yussoff telah beramal sebagai Peguambela & Peguamcara selama 20 tahun dan pada masakini adalah merupakan Managing Partner kepada firma guaman Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid.  Beliau juga merupakan Ahli Majlis Peguam selama 4 penggal, jurulatih advokasi bertauliah Majlis Peguam, pensyarah sambilan di UIA dan USIM dan penulis buku “Civil Litigation in Malaysia: A Practical Guide to Drafting Pleading”. Beliau telah terlibat dalam banyak kes berprofil tinggi seperti SIS Forum Malaysia v MAIS (mewakili MAIS),  mewakili peneroka Kemahang 3 dalam saman sivil ke atas FELDA dan juga mewakili Batu Kemas Sdn Bhd dalam saman kecuaian ke atas TNB yang mana Mahkamah mengaward gantirugi sebanyak RM35 juta.

Manakala Mohd Faizi bin Che Abu telah beramal sebagai Peguambela & Peguamcara selama 11 tahun dan merupakan Managing Partner firma guaman Tetuan Tengku Amalin & Faizi. Sebelum menjadi peguam, beliau pernah berkhidmat selama 9 tahun sebagai pegawai undang-undang Badan Kehakiman termasuk menjawat jawatan Majistret dan mantan Pegawai Khas kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tun Md Raus Sharif (mantan Ketua Hakim Negara). Antara kes berprofil tinggi dikendalikan beliau adalah bertindak sebagai Koroner dalam kes kematian artis Sujatha (2008) dan Raqeem Rizqi melibatkan pengubahan wang haram di Mahkamah Persekutuan.

LUHAM sangat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan keduanya sebagai Ahli PAS dan berharap akan dapat menyumbang dan memperkasakan lagi sayap perundangan PAS. – HARAKAHDAILY 19/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, mabuk punya hal, di parlimen & 2 peguam kanan PAS..

Ya, jom sama-sama perkasakan PAS. 

Jenayah lucah AS = Rasuah TPM M'sia? Padi 5X & Zahid tebu..

 

Pelakon filem lucah, Stormy Daniels, yang didakwa menerima wang daripada bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Foto AP

1. Trump mungkin didakwa kerana bayar pelakon lucah

NEW YORK: Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) semalam bertemu dengan Stormy Daniels bagi memutuskan sama ada akan mendakwa bekas presiden, Donald Trump, berhubung wang yang diberikan kepada bintang lucah itu, sebelum pilihan raya 2016.

Menurut peguamnya, jika peguam di Manhattan mendakwa Trump, beliau yang berusia 76 tahun itu akan menjadi presiden pertama didakwa kerana melakukan jenayah.

Tindakan itu juga akan menjejaskan usahanya untuk memenangi pencalonan parti Republikan untuk bertnading dalam pilihan raya presiden pada 2024.

Siasatan berkenaan tertumpu kepada bayaran sebanyak $130,000 (RM585,390) yang diberikan seminggu sebelum pilihan raya 2016, untuk menghalang Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford, mendedahkan mengenai hubungan sulitnya dengan Trump beberapa tahun sebelum itu. Trump bagaimanapun menafikan beliau mempunyai hubungan sulit dengan Daniels.

Peguam Daniels, Clark Brewster, dalam ciapan di Twitter, berkata anak guamnya itu bertemu dengan pendakwa raya selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat peguam daerah.

"Stormy menjawab persoalan yang diberikan dan bersetuju untuk menjadi saksi atau memberi kerjasama untuk siasatan lanjut sekiranya diperlukan," kata Brewster.

Daniels kemudian menciap kembali mesej peguamnya itu dengan mengucapkan terima kasih atas sokongannya 'dalam perjuangan untuk kebenaran dan keadilan'.

Trump turut diberi peluang untuk memberi keterangan oleh pasukan Peguam Daerah, Alvin Bragg, tetapi berkemungkinan akan menolak untuk berbuat demikian bagi mengelakkan dirinya ditampilkan sebagai orang bersalah.

Pakar berkata, peluang untuk memberikan keterangan itu adalah petanda bahawa Trump berkemungkinan akan didakwa.

Dalam catatannya di dalam pentas media sosial, Truth Social, Trump memaklumkan bahawa mengenai 'isu Daniels', dia 'bergantung kepada peguamnya untuk menyelesaikan peras ugut.. yang sudah lama berlaku' dan tidak memberi penjelasan sama ada dia mengaku bahawa pembayaran berkenaan dibuat.

Isnin lalu, bekas peguam Trump, Michael Cohen, turut memberikan keterangannya di hadapan sekumpulan juri di New York.

Difahamkan, bayaran kepada Daniels dibuat oleh Cohen, yang mendakwa ia kemudiannya sudah dibayar balik kepadanya.

Pembayaran itu boleh mengakibatkan pertuduhan salah laku yang berkaitan dengan pemalsuan rekod perniagaan.

Ia mungkin juga sebagai satu jenayah sekiranya perakaunan palsu dilakukan untuk menutup jenayah kedua, umpamanya pelanggaran kewangan ketika kempen, seperti mana dilaporkan oleh The New York Times. - AFP


2. Pastikan tanam padi lima kali diteruskan 


KUALA LUMPUR: Program penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) perlu diteruskan bagi meningkatkan pengeluaran beras negara.

Malah Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yakin negara tidak lagi perlu bergantung kepada beras import jika projek MADA dijalankan dengan baik.

“Sebelum ini, ketika saya diberi tanggungjawab mempengerusikan agensi ini, iaitu projek penanaman padi lima kali dua tahun, saya yakin projek ini amat wajar diteruskan oleh kementerian pada hari ini.

“Bagi meningkatkan hasil tahap sara diri (SSL) beras dan dalam kiraan jumlah kita dapat melaksanakan penanaman padi lima kali dua tahun sehingga dapat hasilkan lebih 120 peratus SSL negara.

“Kita yakin kalau projek ini dapat dijalankan dengan baik, kita tidak lagi perlu mengimport beras dari luar,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Tarmizi menyarankan kerajaan supaya fokus terhadap perkara ini kerana MADA telah memulakan langkah ini dengan keluasan yang sudah ditanam sebanyak 1,240 hektar.

“Namun, saya lihat peruntukan yang diberikan kepada MADA nampak tidak mencukupi untuk melaksanakan projek ini apabila hanya menerima RM30.5 juta pada tahun ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/3/2023


3. Zahid datang Kelantan sebagai TPM atau Presiden Umno? 

AGAK lucu membaca laporan laporan akhbar tengahari ini apabila media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang sekali lagi datang menanam tebu ditepi bibir di Kelantan. 

Situ ketawa sini tersenyum. Malahan ‘Pak Guard’ bank tadi pun menyebut, ‘Baso tok kabar ko Zahid ni? Ore taksey dah Umno, nyo mari jjanji belawok pulak. Kohong eh‘. Saya berlalu pergi sambil mengiyakan seloroh pakcik tadi. Benar Umno kini telah tinggal 26 kerusi sahaja. Belum sedarkah mereka? Masih guna skrip sama untuk tawan Kelantan?

Rakyat Kelantan telah lama tahu air di negeri ini bukan benda baharu, bukan isu yang muncul kini, tetapi sekian lama sejak zaman Umno memerintah sebelum 1990 lagi. Pembatalan projek BAKU, kezaliman kerajaan BN terdahulu yang menyebabkan ‘lost development years‘, sekatan projek pembangunan ke Kelantan yang ‘diakui’ dalam sidang DUN Kelantan serta pelbagai lagi polemik.

Pendek kata orang Kelantan kenal sudah sosok bernama ‘amnu‘. Bukan kenal sikit sikit, tetapi ke tulang hitam kita kenal ia. Justeru, bila Zahid datang berjanji hari ini dengan menyebut, ‘Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji Umno dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu Umno untuk sekali ini. Cuba beri peluang untuk Umno hanya untuk lima tahun sahaja’, rakyat sudah terbiasa.

Biasa lama dah dengan janji bulan bintang yang Umno laungkan dalam pertandingan merebut Kota Darulnaim. Zahid membayangkan perihal ‘wajibnya’ bekalan air diselesaikan sekiranya Umno menang PRN nanti. Eh Zahid, selesaikanlah dahulu masalah air di Pahang dan Melaka yang kamu tadbir itu. 

Pahang terbelit dengan isu air sama seperti negeri-negeri lainnya. Bahkan mereka meletakkan keazaman untuk cuba menyelesaikan masalah air dalam tempoh 5 tahun akan datang. Masalah utama di negeri tersebut adalah bekalan air yang kerap terganggu, paip pecah, tekanan rendah, banjir, kerosakan loji, gangguan di muka sauk ketika kemarau dan kapasiti tangki serta keperluan menaik taraf loji rawatan air. 

Itu belum lagi kita meneliti laporan media tahun lepas berkait kira-kira 200 penduduk dan peniaga di arked perniagaan di Pekan Awah yang berdepan krisis bekalan air bersih sejak 30 tahun kerana kapasiti air disalurkan tidak mencukupi. Kawasan Pekan Awah, dalam Daerah Maran mempunyai 1,400 akaun pengguna mendapat bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Seberang Temerloh.

Begitu juga di Melaka yang Umno memerintah. Gangguan bekalan air sering berlaku di Cheng Ria, Cheng Heights, Pokok Mangga, Taman Asean, Pulau Gadong, Taman Merdeka dan Taman Malim Jaya. Ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, beberapa bulan lalu oleh ADUN PH.

Bakri Jamaluddin (PN- Tangga Batu) juga pernah meminta Kerajaan BN Melaka supaya memberi perhatian serius terhadap masalah bekalan air di Kem Terendak dan Sungai Udang yang kian parah. Kem askar pun bermasalah wahai Zahid!

Lalu kalau Zahid berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika Umno menang PRN nanti, ia adalah satu janji muluk yang tiada asas. Negeri mereka tadbir sendiri masih bergelut dengan isu sama. Apa yang penting juga adalah kenapa berjanji sebegitu? Tuan Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan. Kenapa mahu bantu negeri ini hanya jika Umno menang? Kenapa tidak bantu sekarang?

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/3/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jenayah lucah AS = Rasuah TPM M'sia? Padi 5X & Zaid tebu..

AS, Trump mungkin didakwa kerana bayar pelakon lucah, TPM Malaysia kini sedang didakwa kerana rasuah. Semuanya jenayah  Begitu juga 'liwat'.

Sekian.

Rakyat tegur PMX, ini.. Puiiiii...

Komen Rakyat dalam blog ini..

25 comments:

1 Anonymous said...

Nak satu janji pun tak leh tunai..
Ari ni ke putarrrjaya esok harga MINYOK turun...
Sampai ke sudah tak turun...
Puiiiii...

2 Anonymous said...

Dia nak naik rating dalam parti. Caranya tibai individu dari parti lain dalam persidangan parti sendiri. Apa punya loklak. Konon hebat. Tapi caranya tidak bermoral. Menibai tu jadi trade mark. Lepas tu berpesta menyaman. Janji, gagal dilunas.

3 Anonymous said...

Dia macam kucing. Nampak alim depan orang. Belakang, selongkar lemari lauk. Serupa itu chinadoll.

4 Anonymous said...

Dolly kata orang agama tak pandai perintah. Apalah jahilnya kulop tu.

Kelantan bersih rasuah. Banding kes lcs. Dah tahu ada seleweng, ada bayar tapi kapal tak dak. Dolly ambik orang ni jadi kerajaan.

Dah lah menipu, buat muka alim. Dah lah fitnah orang agama, buat muka soleh. Dolly boleh jadi macam macam. Pandai bersolek.

5 Anonymous said...

Tunggu pm papar muka pemimpin politik yang cium tangan pak syed.

Tak dapat turun harga petrol pun tak apa. Janji dapat tengok muka pemimpin politik yang cium tangan pak syed.

Atau pak syed saman jer pekata tersebut.

6 Anonymous said...

PMX fitnah orang miskin buat demonstrasi.. dah fitnah dihina pulak orang miskin..

Sungguh kejam ....

https://youtu.be/XOP5OrDnn4o

Patut kau sebagai PM bantu orang miskin bukan fitnah orang miskin...!!

Rosak negara kalau dapek PM kaki fitnah ni..!! Bukan nak bantu orang miskin lagi difitnah orang miskin yang dan terlalu miskin... Kejamm sungguh

https://youtu.be/aN464av3f6g membujur lalu melintanggggg... Saya ulangggg..!! ( Psstt... China doll..!!!!)

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang rakyat miskin boleh diupah untuk mengadakan demonstrasi adalah “mengarut” dan hanya akan menimbulkan kemarahan golongan muda, kata Hamzah Zainuddin.

https://vt.tiktok.com/ZS8VUyYFT/ sapa kempen naik helicopter..!?

Ketua pembangkang itu berkata komen Anwar itu menghina rakyat miskin dan tidak sepatutnya dibuat.

“Kenapa mesti dia bawa hal orang miskin yang akan diupah. Saya rasa ini menjadi satu masalah besar dalam negara ini bila pemimpin yang mula berkecamuk fikirannya dengan membuat cerita yang bukan-bukan.

“Dia beranggapan orang miskin ini boleh diupah buat apa sahaja, diupah buat demonstrasi,” kata setiausaha agung Perikatan Nasional itu dalam video yang dimuat naik di media sosialnya.

Beliau berkata cara pemikiran Anwar tidak boleh diterima di negara ini.

Anwar memberitahu media beliau seluruh mengarahkan seluruh pasukan keselamatan berjaga-jaga kerana pihak yang berasa tercabar dan “terdesak” mungkin mengupah rakyat miskin untuk menimbulkan kekacauan.

Hamzah berkata Anwar sebaliknya perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dihadapi golongan miskin melalui bantuan kerajaan.

“Cari jalan lain untuk selesaikan masalah, bukan menuduh perkara yang bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan anak muda lagi marah.

“Dengan menuduh orang miskin boleh diupah buat demonstrasi jalanan juga boleh menyebabkan orang miskin lagi marah.

“Mereka sekarang makan pun susah, takkan nak suruh bagi upah macam tu (demonstrasi). Mereka sekarang ini nak cari rezeki, macam mana boleh bantu anak, bini dan keluarga,” katanya. – 19 Mac, 2023.

Rosak negara kalau dapek PM kaki fitnah ni..!! Bukan nak bantu orang miskin lagi difitnah orang miskin yang dan terlalu miskin... Kejamm sungguh

#ayatmiskindarizamanbelajardijajanya

7 Anonymous said...

Kah kah x de karangan panjang2 dah.

Siaplah semua kawan2 penyamun time pkp. Join cluster mahkamah

8 Anonymous said...

Kene sedar.

Ada 3 kumpulan penyamun.

1. Penyakau yg dah tak de keje sbb ditolak rakyat.

2. Penyakau terkezut kalah teruk dan selamat(sementara) akibat nasihat Agong buat perpaduan.

3.Penyakau zaman bn dlu tapi berselinap bersama kumpulan kunun perjuang Islam dan suci.

Ketiga2 penyakau ni dr bn juga.

Penyakau no.3 penyakau senyap PALING BAHAYA dan DSAI kena serang dlu.

Sbb orang muda dan seluruh dunia pun suka ISLAM sekarang. Tapi Islam yg dibawa penyakau no.3 dan parti Islam adalah Islam memundurkan dan rosak nama ISLAM itu sendiri. Kafir menjauhkan diri dari Islam.

Klau serang penyakau no. 2. Penyakau no.3 selamat(selindung bawah Islam) dan boleh menang pru nanti.


Penyakau no. 1 dah mula dihighlight libat Tun dan Tan Sri katanya. Tunggu masa.

Penyakau no. 2 tunggu giliran. Kes pun masih berjalan.

Semua penyakau akan didakwa klau cukup bukti. Dan klau pun terselamat (tak cukup bukti) dah tak boleh rasuah dalam KERAJAAN MADANI ini.

9 Anonymous said...

Penyakau yang masuk pembangkang tak selamat. Itu pun kalau ada. Penyakau yang sokong dolly selamat. Itu ada dalam kerajaan madani versi dolly. Dolly peduli apa kes trowong. Dolly peduli apa kes timbal, an. Dolly rompak royalti. Dolly rompak bantuan banjir. Dolly tibai jutawan melayu. Dolly takut takutkan rakyat dengan ulamak yang berpolitik. Dolly bangga dengan kerajaan yang perpaduan dengan penyakau. Beli kapal, duit bayar, kapal tak de.

10 Anonymous said...

Ada pulak lagu kerajaan madani. Dari bunk. Maksud bunk pun satunya ialah ranjang. Udah macam persamaan dolly. Serasi tu.

Pilihlah madani yang benar. Bukan versi liberal. Yang perpaduannya dengan hoi hoi ya hoi dan komunis dapig.

11 Anonymous said...

Dolly tak berani langsung dengan atok. Atok banyak sakau dulu. Atok sakau forex. Atok sakau perwaja. Atok sakau port kelang. Sampai jadi billunaire. Kata telus.

Sekarang kaki sakau pewaris atok ada dalam kerajaan perpaduan aka kerajaan madani, dolly buat muka selamba macam beriman. Ada campur tangan dakwa dakwi.

12 Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas. Nanti peruntukan pusat kepada negeri disalurkan ikut jadual.

Kerajaan dolly potong peruntukan pusat buat kelantan, trengganu dan kedah. Diambil bahagian itu untuk disalurkan ke pulau pinang, selangor, negeri 9. Sebahagian gubal wang haram.

Orang melayu dibiarkan kekal miskin. Orang melayu ditindas. Agama liberal menggasak Islam. Oleh ulamak sastera.

13 Anonymous said...

Taikun Melayu cerdik.

Minta duit....dia bagi.

Samada kepada parti. Macam pertuduhan mahkamah skrng.

Atau terus kpd rakyat susah. Macam DSAI lakukan.

Tapi masuk parti tu, orang yg minta berjawablah di mahkamah.

Ha ha ha

14 Anonymous said...

Ada walaun tanya....

Sekarang. Klau saja2 seseorang nak bagi duit hadiah kat orang atas sesuatu kerja....salah ke?

Aku jawab...bergantunglah kepada samada ada kepentingan atau tidak dan juga undang2 yg ada.

Walaun pun terdiam.

Kunun2 nak salahkan kerajaan sekaramg lah.

Ha ha ha

15 Anonymous said...

Itu semua cakap cakap kosong. Yang penting tidak rasuah dan tidak zholim.

Ada mamat tu dah digelar khinzir. Versi arab. Tak tahu sebab apa dapat gelaran tersohor. Makanan komunis dapig.

Bagi yang mahu membangun bersama Islam serta bebas dari komplot samun, rasuah, liberal, komunis, mabuk, jom bersama pas.

Biarlah mereka gelar ekstreme atau seumpamanya. Sebab mereka tak mahu Islam. Lalu mereka create islamofobia. Mereka serang jutawan melayu. Mereka serang ulamak.

Yang menyerang ulamak tu pun bukan ulamak pun. Mereka cuma liberal yang latar belakang pendidikan yang follow pendidikan barat. Bukan pondok atau sekolah ugama. Sekolah biasa jer. Termasuklah yang khinzir tu.

16 Anonymous said...

BROTHER ANWAR DAH PANDAI UGUT DENGAN KRIS..

Sebelum hunus kris helok cari jam omega dolu lah brother..!! Telo Omega pun susah nak jumpa Kat pasar skg ni

Kamu cuba rampas (kerajaan) silakan…. Tetapi, kami (ahli PKR) siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” katanya.

“Ini gelanggang saya, sebagai presiden PKR, empat bulan saya bersabar. Saya bicara cara teratur sebagai perdana menteri.

“Hari ini saya bicara sebagai presiden PKR, sebuah gerakan reformasi. Mahu ugut kita dengan perhimpunan, ugut bahawa kita takut bertindak kepada orang rasuah.

“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan.

Ucapan dasar di Kongres Khas PKR di Shah Alam hari ini, Anwar berkata, dia selaku presiden parti itu tidak akan berdiam diri dengan ancaman pembangkang untuk menumbangkan kerajaan perpaduan yang diterajuinya.

Kalau lalu membujur dan melintang Cinadoll macam mana dengan Kris bengkok itu pulak yer..!? Cer cite cer cite..

Kalau membujur lalu dan melintang Cinadoll lu fikir lah sindri... Kikikikiki..

#krisbengokomanatausopanwoiii

17 Anonymous said...

Gerakan Tanah Air (GTA) diterajui Tun Mahathir setelah melingkup wang deposit PRU 15 dulu bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini

Kah kah acah acah power Melayu' Islamik' baru lepas bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew... Pastikan Boboi tidak jadi calon mana mana PRU atau PRN.

Anak anak dia bukan Melayu' lebih pun julang plakad COMANGO LGBT Dan Gay kat Jln TAR..

Udah lupa ke anak beranak julang plakad Sksuality Merdeka LGBT Lisbo politik toksik bersama DAP@ Hanna Yeoh..

Berambossss la kau Tun jadi warga negara Lee Kwan Yew mana tahu anak Lee Kwan Yew jadi wakli Parti Melayu'.kat Pulau Batu Putih nanti... Silap ari bulan.mengenang jasa jadi barua DAP@ LeeKwanYew Pulau Batu Putih tukar nama pada Pulau Mahathir..

Berambossssss kauu

18 Anonymous said...

Kris tu senjata tajam dan menikam. Mana ada orang guna kris dah. Simboliknya ialah fitnah dan makamah. Kata kata adalah sama tajam dengan kris. Dan mahkamah itu membunuh.

19 Unknown said...

Cadangan harga brg setakat tubuh je badan2 berkenaan

20 Unknown said...

Move onlah. Pru 16 lawan balik

21 Anonymous said...

UMNO dah melingkup PRU 15 .. ahli Masih nak bergadoh.. Bodoh lah UMNO nih

Mesyuarat UMNO Bahagian Lahad Datu di Sabah hari ini dicemari dengan insiden pergaduhan yang melibatkan beberapa individu dipercayai penyokong calon-calon yang bertanding dalam pemilihan.

Kekecohan yang berlaku akibat insiden tersebut dapat disaksikan melalui rakaman video yang tular dalam media sosial.

22 Anonymous said...

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan tidak mencampuri urusan pendakwaan apabila diajukan soalan berkenaan skandal LCS. Skandal LCS sebelum ini mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan urusan tatakelola yang tidak telus.

43,000 engagement dikumpulkan di Facebook dengan Sinar Harian dan Astro Awani menerajui engagement terbanyak. Hanya 4,000 engagement didapati di Twitter. Kenyataan Perdana Menteri mendapat 95 peratus komen negatif di Facebook.

Netizen meragui kenyataan Perdana Menteri apabila rentetan janji-janji sebelum ini yang masih lagi belum dapat ditunaikan. Netizen juga menyatakan Perdana Menteri sangat sensitif dan sentiasa mahu menyaman seteru politik.

23 Anonymous said...

Ini cara Lee Kwan Yew Saman semua musuh nya sampai masuk penjara...

Barua LeeKwanYew@DAP saki Baki barua mereka ini perlu di lingkupkan PRN June 2023 ini secara total

24 Anonymous said...

Abu jahal dulu seorang sasterawan. Banyak tulis syair. Juga seorang yang pandai bercakap. Dapat pengaruhi ramai orang quraisy. Suka bercakap dan confident yang besar. Dan sangat menentang Islam. Banyak memfitnah Rasul dan Islam. Serta sangat jahil tentang kebenaran.

Hari ini kita ada seorang sosok yang punya karaktor yang hampir sama. Mungkir janji. Dan berpesta dengan saman.

25 Anonymous said...

Kelantan dah selesai bayar pinjaman projek bekalan air. Bukan macam kris. Pinjam tapi bayaran balik masuk poket. Habis tu, bila nak beres.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails