Guan Eng dipelawa lawat patung Buddha di KelantanKOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sedia menanggung kos pelancongan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng ke Kelantan bagi melihat sendiri bagaimana keharmonian kaum serta pelaksanaan amalan agama selain Islam di negeri itu.
Timbalan Ketua Pemuda DPPM, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, Kelantan yang diterajui PAS sejak 33 tahun lalu tidak pernah menganggu mahupun mengacau tempat ibadah orang bukan Islam termasuk agama Buddha.
Malah kata beliau tindakan parti yang membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum perlu dihentikan pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi untuk memastikan masalah tersebut tidak lagi kedengaran pada masa depan.
“Tiba-tiba hari ini Guan Eng membuat ugutan kepada rakyat Pulau Pinang, kononnya kalau Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri itu, semua tokong Buddha akan dirobohkan oleh PN.
“Guan Eng, mu tu sedar atau pun tidak atau baru keluar gua ke.. cuba mu mari Kelantan tengok tokong Buddha di Kelantan macam mana, jumpa penganut agama Buddha,” katanya pada Pentas Solidariti Anak Muda sempena Solidariti Anak Muda Solid 2023 di Padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) di sini semalam.
Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata lagi, keharmonian kaum dan amalan agama di negeri yang ditadbir oleh PAS tidak pernah diganggu meski pun PAS merupakan sebuah parti yang menjadi Islam sebagai teras perjuangannya.
Semalam sebuah portal berita tempatan memetik laporan bahasa Mandarin melaporkan Ahli Parlimen Bagan itu memberi amaran kepada pengundi di Pulau Pinang mengenai bahaya jika ‘gelombang hijau’ tidak disekat.
Beliau dilapor mendakwa jika tampuk pemerintahan negeri itu diambil PN akan mengakibatkan tokong Buddha akan dimusnahkan dan penganut agama tersebut akan berhadapan dengan pelbagai sekatan untuk mengamalkan agama.
Bagaimanapun pemimpin DAP terbabit hari ini menganggap laporan media tersebut sebagai silap petik.
Afnan juga berkata, Islam mengajarnya penganutnya supaya tidak menganggu ritual keagamaan yang diamalkan oleh agama selain Islam dan perkara itu sudah dibuktikan di Kelantan di bawah pemerintah PAS.
Menurutnya di Kelantan khususnya di jajahan Tumpat mempunyai tokong pelbagai bentuk duduk berdiri termasuk berbaring yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas patung Buddha di Myanmar.
“Cuba tengok tokong Buddha di Tumpat Kelantan dan pergi jumpa orang bukan islam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kita tidak langsung mengusik amalan agama dan tuhan mereka daripada dahulu lagi.
“Inilah ucapan yang paling rasis yang digunakn untuk memecah-belahkan kesatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia, tindakan 3R seperti itu perlu dihentikan dan tolak parti terbabit,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, patung Buddha di K'tan.. Tapi DAP ekstrem.
Mengapa DAP yang ekstrem?
(i) Menurut Sinar Harian 25 Oktober 2019, 3 Bukti DAP wajar diharamkan.
1. Tuan Ibrahim (PAS) mengemukakan bukti ucapan Steven Sim Chee Keong (DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan pada 14 September di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor.2. Beberapa pemimpin DAP didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.
3. Perintah larangan terhadap penerbitan buku komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' yang ditulis oleh aktivis DAP, Hew Kuan Yau dan pengantarnya ditulis oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.
Senarai '15 hujah DAP anti-Islam'
Ketua Pemuda PAS (waktu itu), Muhammad Khalil Abdul Hadi
DAP sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.
1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang.
2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.
3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.
4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.
5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan.
6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu.
7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat.
8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara.
9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor.
10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.
11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam.
12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam.
13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.
14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.
15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.
Kesimpulan:
Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.
Mereka cuba bongkar kes patung Buddha di Kelantan ingin menuduh PAS ekstrem, rupanya terdedah, sebenarnya DAPlah yang ekstrem totok.
Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!
INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
Bersambung..
Sekian. Wassalam.
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.