Wednesday, August 02, 2023

Konsert 'buka seluar'. Tapi M'sia K'tan terbaik.

 

Pihak penganjur turut terkena impak kesan tindakan penyayi itu apabila didenda sebanyak RM16,350 dan tidak dibenarkan menganjurkan konsert. - Gambar hiasan/Gempak

Penyanyi tak ada adab, buka seluar waktu buat persembahan, penganjur didenda.

SEBUAH festival muzik rock yang berlangsung di China menjadi kecoh selepas seorang penyanyi membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Shijiazhuang.
Menerusi video yang beredar dalam kalangan pengguna media sosial di China, vokalis kumpulan Violent Champagne telah membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Festival Rock Home Town pada hujung minggu lalu.

Penyanyi yang dikenali sebagai Ding bagaimanapun telah ditahan dan didenda pihak berkuasa kerana berkelakuan tidak senonoh dan biadab di tempat awam, lapor CNN.

Disifatkan sebagai tidak bermoral, pihak penganjur turut terkena impak apabila didenda sebanyak RM16,350 dan tidak dibenarkan menganjurkan konsert.Festival tersebut dipercayai akan dianjurkan selama tiga bulan.
Baru-baru ini turut kecoh apabila kumpulan The 1975 telah menimbulkan kontroversi di Malaysia apabila bersikap biadab dengan berciuman sesama jenis di atas pentas selain mengkritik kerajaan Malaysia kerana undang-undang berkaitan LGBT. -- Gempak 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konsert 'buka seluar'. Tapi M'sia K'tan terbaik.
Lihat ini pula..
(i) Jokowi 'layan' konsert Dewa 19 di Indonesia.
Jokowi turut mengikut rentak lagu popular kumpulan itu di tempat duduk manakala isterinya, Iriana juga dilihat menari dan melambai tangan. - Gambar/ Media sosial
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang sekian lama dikenali sebagai peminat kumpulan rock menyertai pengunjung menyaksikan persembahan secara langsung konsert Dewa 19 di pusat Konvensyen di Medan, Sumatera Utara, lapor Asia News Network (ANN).
Dalam rakaman video pendek yang diambil pemain keybord, Ahmad Dhani dari atas pentas, Jokowi dilihat sedang mengikut rentak lagu popular kumpulan itu di tempat duduk manakala isterinya, Iriana menari dan melambai tangan.
(ii) Tetapi Konsert gila Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV K'tan M'sia dibatalkan. Al-hamdulillah, K'tan M'sia adalah terbaik. 

Persembahan konsert itu dirancang turut disertai 100 orang pendikir barat, walaupun kerajaan Kelantan telah lama melarang penganjuran konsert rock selepas berlaku perubahan kepada pemerintahan Islam di Kelantan. 
Ianya berlaku pada tahun 1990, apabila diambil alih oleh pentadbitan Parti Islam se Malaysia (PAS) secara demokrasi. Maka gagallah pengkhianat-pengkhianat Islam yang mahu merosaakkan Islam dari dalam.
Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Monday, July 31, 2023

Ini, modal DAP pecah perpaduan? 'Gelombang Hijau' landa DAP.


Ini, modal DAP cuba hasut pecah perpaduan masyarakat. Namun 'Gelombang Hijau' terus landa DAP. 

Rakaman video yang tular dengan jumlah tontonan sebanyak 24.5 juta dan 1.2 juta tanda suka itu dipercayai berlaku di Indonesia. Video berdurasi dua minit dan 29 saat yang dimuat naik itu berjaya mencuri tumpuan netizen yang tersentuh hati melihat kelakuan baik kanak-kanak itu.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta kata-kata yang baik. "Allahuakbar, walaupun agama Kristian tetapi adik ini minat mendengar azan. Alhamdulillah syukur," kata @yakuza_reetakka.

"MasyaAllah, semoga Allah membimbing dia dan keluarganya," kata @xbunga."Jika Allah berkehendak tiada siapa yang dapat menghalangnya," kata @danial_fieq. "MasyaAllah, semoga menjadi anak yang berbakti dan patuh kepada keluargamu, kami semua menyayangimu," kata @rizkisetiawan1845.

Sementara itu, video berasingan di akaun yang sama memaparkan rakaman video wanita itu menyuap makanan kepada anak lelakinya sambil membuka laungan azan. Menerusi kapsyen yang ditulis, katanya dia tidak kisah membuka laungan azan, yang penting anaknya mempunyai selera untuk makan.


Naratif ‘gelombang hijau’ DAP

PAS telah mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan ini menjadi kebimbangan DAP. Gusarnya DAP jika Islam berkuasa.

Maka diterbitkan istilah ‘gelombang hijau’ dengan tujuan songsang.

DAP cuba menimbulkan ketakutan terhadap ‘gelombang hijau’ dengan memburukkan PAS. Namun, wajah buruk DAP yang terzahir.

Hujah yang diketengahkan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa tindak-tanduk DAP kini kian melampau telah terbukti.

Serangan dan fitnah terhadap PAS dibuat melalui berbagai saluran media bagi mencipta persepsi dalam kalangan pengundi bukan Islam.

Isu pengharaman arak dan judi di negeri PAS membuatkan DAP tidak senang duduk.

Adakah DAP ini tidak belajar apa-apa daripada kerjasama yang pernah terjalin dengan PAS dalam Pakatan Rakyat?

PAS bahkan pernah berdialog bersama pemimpin besar DAP bagi menjelaskan kekeliruan mengenai Islam, seperti menyiram air ke daun keladi. Perjuangan PAS melalui lunas demokrasi ini juga yang disalahkan.

Itulah sikap DAP. Menegakkan Islam dianggap satu kesalahan yang menakutkan tanpa mereka cuba mengkaji Islam.

Sedangkan sejarah membuktikan bagaimana orang bukan Islam hidup aman dan damai di negara-negara Islam ketika Islam memerintah dunia, bukannya ekstrem seperti yang DAP gambarkan.

YB Dr. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia
Adun Bota, 11 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 11/7/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, modal DAP pecah perpaduan? 'Gelombang Hijau' landa DAP. 

Lihat ini juga..

(i) Jumlah pelaburan Selangor merosot suku pertama 2023 


Selangor merosot kepada kedudukan ketiga berkaitan jumlah pelaburan bagi tiga bulan pertama tahun ini. Kedudukan itu berdasar perangkaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kemerosotan pelaburan menyebabkan ramai anak muda kehilangan pekerjaan.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam tempoh tersebut Wilayah Persekutuan mencatat jumlah pelaburan tertinggi iaitu RM22 bilion dan diikuti Johor RM11 bilion. “Belum pernah Selangor jatuh ke kedudukan seperti itu, namun ia berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada Program Jelajah Selangor Baharu Kita Bangkit! Selayang di Simpang 4 Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara malam tadi.

(ii) Harga barang naik, apa respons kerajaan? 


Ini, sedutan dari WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia 11 Julai 2023 

Apabila ringgit jatuh teruk, pasaran saham merudum dan harga barang melonjak naik apa kerajaan respons?  

“Ringgit jatuh bukan kerana saya.” – PM 

“Ringgit jatuh jangan hanya salahkan kerajaan.” – Menteri Ekonomi. 

“Nujum pak belalang ke nak ramal harga barang naik” – Menteri Komunikasi.

Sekian.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.

Kerana ini, modal DAP untuk pecahkan perpaduan rakyat. Namun 'Gelombang Hijau' terus melanda DAP yang khianat kepada negara itu.

Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Pendatang boleh berhubungan seks di pantai.. Tapi rakyat sendiri 'kebuluran'.

 

Ilustrasi Pantai Batu Bolong di Desa Canggu, Bali (Agus Eka)


Pendatang boleh berhubungan seks di pantai Bali.

Badung: Viral di media sosial, potongan video adegan tak senonoh yang dilakukan pasangan pelancong di pantai. Lokasinya diduga di Canggu, Bali.

Adegan pasangan warga negara asing (WNA) di pinggir pantai itu beredar di media sosial secara berantai. Video adegan hubungan badan itu terakam secara amatir melalui handphone yang diambil oleh warga di sekitar lokasi.

Sedang viral di media sosial, potongan video adegan tak senonoh yang dilakukan pasangan pelancong di pantai. Lokasinya diduga di Canggu, Bali.

Ketua Perhubungan Awam Polis Badung, Iptu I Ketut Sudana, mengakui polis sedang menyiasat kesahihan video tersebut. Beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Kuta Utara, Kompol I Made Pramasetia, untuk menyiasat kesahihan video tersebut.

"Malah video ini sudah diperiksa di Polis Daerah Bali. Jadi kami masih mengesahkan sama ada di Canggu. Masih sedikit bukti dan tanda. Kami akan update perkembangannya nanti," kata Sudana, Khamis (27/7) petang.

Dalam video itu, lelaki itu boleh dilihat hanya memakai baju lengan panjang biru laut, dan wanita memakai gaun merah jambu. Mereka bersetubuh di atas pasir pantai tanpa mengira pengunjung lain.

Beberapa orang pelancong kelihatan berjalan di sepanjang pantai dan sekali pandang melihat dua pelancong asing itu sibuk bermesra. Menurut Setiausaha Kampung Canggu Wayan Martha Wijaya Kusuma, lokasi video itu tidak dapat disahkan.

“Kami baru mengetahui maklumat ini dan kami akan membuat susulan segera,” kata Wayan Martha ringkas.

Kes ini menambah senarai panjang perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh orang kulit putih di Bali. Sebelum ini, pasangan warga asing turut ditangkap mengucup bibir dengan ghairah di Kuil Lempuyang sehingga orang asli terpaksa melakukan upacara pembersihan di destinasi keramat ini.

Begitu kira-kira beritanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pendatang boleh berhubungan seks di pantai.. Tapi rakyat sendiri 'kebuluran'.

Lihat komen-komen ini..

(i) TPM beri rasuah, PMX tak buat apa, biarkan rakyat kebulur..


Ramai yang menanti apakah tindakan SPRM terhadap ucapan YAB TPM di Terengganu. Ia merupakan ucapan yang sangat jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.

Tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi BN-PH jelas merupakan satu bentuk rasuah menjelang pilihan raya negeri.

Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam pelbagai diplatform media sosial di atas ucapan tersebut, nampaknya SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ia jauh berbeza dengan tindakan segera SPRM yang mengeluarkan kenyataan terhadap tindakan pihak pembangkang. Rujuk: TUAN IBRAHIM TUAN MAN T/Presiden PAS

 

(ii) Jangan biarkan rakyat kebuluran di bawah PMX..

Borang keahlian PAS semakin mendapat sambutan macam ‘pisang goreng panas’ selepas BN dan PH bergabung dalam k'jaan madani. T/Presiden PAS, Tuan Ibrahim berkata, ahli Umno di peringkat akar umbi tidak mahu menanggung beban yang terpaksa dipikul akibat pembohongan pemimpin utama mereka.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Ayam tebuk leher ada sijil halal.. PMX lepas tangan takut DAP?


Pemeriksan dilakukan pegawai JAIS bersama MPKL di bahagian jualan ayam pasar raya di Banting.

Pasar raya ayam tebuk leher disahkan tiada sijil halal


SHAH ALAM – Sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting dekat sini diperiksa susulan penularan ayam tebuk yang didakwa mempunyai sijil halal, semalam.

Pemeriksaan itu dilakukan Seksyen Penguatkuasaan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Katanya, premis itu juga didapati melakukan penyalahgunaan logo halal Malaysia kerana mempamerkan logo tanpa memiliki SPHM yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ketika ini terdapat sembilan skim pensijilan halal yang ditawarkan oleh Jakim termasuk skim produk makanan dan minuman, premis makanan, kosmetik, farmaseutikal, barang gunaan, logistik, rumah sembelihan, pengilangan kontrak dan peranti perubatan.

Justeru, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barang keperluan harian dengan mengutamakan produk-produk yang mendapat pensijilan halal.

“Sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, bolehlah membuat semakan terus melalui portal halal Jakim.

“Aduan juga boleh dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal JAIS di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212 sekiranya terdapat sebarang penyelewengan status halal dan penyalahgunaan logo halal,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial berhubung ayam tebuk leher yang dijual di sebuah pasar raya yang dikatakan mempunyai sijil halal sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai. -KOSMO! ONLINE


Komen Weblog Ibnu HasyimAyam tebuk leher ada sijil halal.. PMX lepas tangan takut DAP?

Komen rakyat..

(i) PMX perolok bangsa/agama sendiri kerana mahu mengambil hati pihak lain. 

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, sikap demikian hanya mengguris hati orang Melayu-Islam yang akhirnya menunjukkan penolakan kepada beliau dan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Anwar berterusan secara berulang kali menyindir imej kopiah, jubah dan serban dengan kecaman kononnya dengki kepada kerajaan, mengambil gaji tanpa kerja dan mencuri dalam ucapan-ucapannya di pentas politik PH-BN.

Presiden PKR itu bahkan sebelum ini pernah menempelak orang Melayu dengan peringatan supaya tidak merasa angkuh hingga meminggirkan serta tidak meraikan kaum minoriti rakyat yang lain.


(ii) Jadikan PRN referendum rakyat tolak k'jaan madani. 

“Dapat dilihat ini bukan gelombang hijau, tapi ini gelombang rakyat yang bersuara secara natural menolak kerajaan PH-BN yang tidak melaksanakan janji semasa Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.”

Demikian kata Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, yang di mana sahaja beliau pergi khasnya di Negeri Sembilan semasa proses culaan pengundi, majoriti rakyat menyatakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan PH-BN yang tidak komited membantu rakyat.

Rumusan Ringkas

Perkara-perkara di atas membuktikan bahawa PMX M'sia, 'lepas tangan' dalam menangani masalah rakyat. Adakah beliau takut kepada kuasa monopoli DAP/PH/madani Lim Guan Eng?

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Saturday, July 29, 2023

Gelombang penduduk Cina menakutkan? Komen MB Perlis..

 

Barisan calon PERIKATAN NASIONAL di Pulau Pinang yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos ini.

Gelombang sokongan penduduk Cina Pulau Pinang terhadap PN -MB Perlis.

PADANG BESAR: “Saya hadir di sana (Pulau Pinang) dan jumpa sebahagian penduduk Cina kebanyakan mereka bersama dengan PN. Itu yang diluahkan kepada saya di kedai kopi dan di tempat awam semuanya berhasrat begitu.” 

Demikian kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika ditemui di Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau juga telah hadir di Kedah malam tadi pada majlis pengisytiharan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dan melihat secara atas talian program serupa di Pulau Pinang dan Selangor

“Saya lihat gelombang rakyat belum reda malah semakin meningkat dan saya yakin apa yang dilihat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, PN akan menang di enam negeri yang terbabit dengan PRN 2023,” tegasnya sambil menambah, beliau yakin PN akan membuat kejutan di Pulau Pinang dan Selangor.

“Pulau Pinang pun ada gelombang kebangkitan anak muda dan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kelebihan kepada PN,” ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, pergolakan yang berlaku membabitkan parti komponen PH-BN itu akan memberi kelebihan kepada PN.

Tambah beliau, gelombang di Negeri Sembilan dilihat berlaku secara senyap seperti di Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lepas.

“Negeri Sembilan ni macam Perlis, senyap sahaja lepas itu akan berlaku perubahan. Selangor pula mengalami gelombang hebat insya-Allah akan berlaku perubahan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang penduduk Cina menakutkan? Komen MB Perlis..

Lihat ini..

(i) Rakyat bimbang harga barangan asas naik lagi. 


MB Perlis, Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa kerajaan PH-BN perlu memberi keutamaan kepada isu tersebut kerana ia boleh menjejaskan kehidupan rakyat terutamanya golongan miskin.

“Buat masa sekarang kita perlu tingkatkan ekonomi rakyat dan mengawal harga barang terutamanya keperluan harian,” kata beliau.

(ii) Serangan politik Sanusi bangkitkan gelombang rakyat 


Kesan serangan musuh politik terhadap Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara tidak langsung mengundang gelombang rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, 
“Namun, penyokong dan pendukung menjadi benteng pertahanan supaya PN tidak goyah diserang musuh,”. 

Katanya pada majlis pengumuman calon PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, malam tadi.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails