Muhammad Sanusi ditemani isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh dan ibu bapa beliau pada sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KSOMO!
Sanusi buka lembaran baharu hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
Beliau juga berharap segala urusan dilakukan mengikut prosedur kerajaan, dengan tidak menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk ‘menghukum’ rakyat negeri ini.
“Saya sudah bersedia untuk lembaran baharu. Kalau mereka (kerajaan Pusat) bersedia, Alhamdulillah tetapi kalau mereka masih menyimpan di dalam hati, tak tahu lah.
“Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan, urusan kena ikut prosedur kerajaan lah. Hal-hal hati mana boleh bawa masuk dalam itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.
Beliau berkata, kepimpinan Kerajaan Persekutuan perlu memberikan tumpuan yang sama kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.
“Tak kan pilihan rakyat nak dimarah pula kan, menghukum rakyat Kedah kerana rakyat pilih PN, mana boleh macam itu, ini demokrasi.
“Duduk dalam politik berpuluh-puluh tahun dah tapi demokrasi tak faham, tak boleh begitu, kena faham demokrasi. Rakyat buat pilihan kemudian kita hukum dia, kena ingat dosa pahala sama,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Buka lembaran baru dengan K/Persekutuan -Sanusi.
Lihat juga komen ini..
(i) Sanusi azam khidmat terbaik, dan peringat Pusat tak hukum rakyat.
Beliau terdahulu sebelum itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pagi tadi.
Ditanya mengenai pendekatannya kepada Kerajaan Persekutuan, Sanusi berkata beliau bersedia untuk lembaran baru dan berharap pihak tersebut juga sedemikian dalam hal-hal pemerintahan kerajaan.
“Kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tak tahulah. Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan. Urusan ikut prosedur kerajaanlah. Hal-hal hati mana boleh bawa dalam itu. Kena simpan peti.“Kesan kepada saya pun tak tahu. Bagi pihak saya tak adalah. Bagi depa pihak depa saya tak tahu. Tak akanlah pilihan rakyat nak dimarah pula. Menghukum rakyat Kedah kerana rakyat Kedah pilih PN? Mana boleh macam itu. Ni demokrasi.
Bahkan, PAS Kedah ingin mengulangi ketegasan yang sama kepada para ADUN supaya tidak menjadikan jawatan sebagai tiket untuk mendapat habuan duniawi. Tidak ada pembelaan akan diberikan kepada mana-mana wakil rakyat mahupun sesiapa yang bersekongkol melanggar undang-undang.
Sekian, harap maklum.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.