Sunday, October 08, 2023

Israel tembak sekolah Palestin = DAP/madani lanyak sekolah agama S'gor.

 

Tentera Israel mengiringi murid Palestin menuju ke kelas pada hari pertama tahun baru akademik di sekolah mereka di kampung al-Tuwani pada 19 Ogos 2022. (FOTO: AFP)

Tentera Israel lepaskan tembakan di sekolah Palestin

NABLUS: Kesemua kelas di sebuah sekolah di perkampungan Burqa, barat laut bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki telah ditutup, pada Isnin (2 Okt), waktu tempatan, selepas tentera Israel melepaskan tembakan di sekolah itu sehari sebelumnya.

Dalam kejadian tersebut, tentera Israel yang menyerbu sekolah itu, melepaskan tembakan hidup dan gas pemedih mata, menyebabkan seorang kanak-kanak cedera dan berpuluh-puluh yang menderita akibat terhidu asap.

Pemangku gabenor Nablus, Ghassan Daghlas berkata, keputusan menutup sekolah itu adalah untuk menjaga keselamatan pelajar berikutan pencerobohan Israel, lapor Middle East Eye.

Menurut media tempatan, tentera Israel juga menghalang guru-guru daripada mengakses 27 sekolah di Masafer Yatta, yang terletak di selatan bandar Hebron, Tebing Barat.

Tentera Israel meletakkan sekatan untuk menyekat jalan raya serta kiub simen besar, menghalang akses ke sekolah dan juga menghalang orang ramai daripada keluar dari kawasan itu.

Pasukan bersenjata Israel dengan ganas menyerang wanita warga emas Palestin yang berjalan melalui Kota Lama Baitulmaqdis pada 1 Okt 2023. (FOTO: Saudi Gazette)

Laporan dalam media tempatan juga berkata, serbuan dan langkah menyekat akses ke sekolah-sekolah itu adalah sebahagian daripada pencarian tentera Israel terhadap pelaku serangan tembakan yang dilaporkan yang merosakkan rumah peneroka di Hebron.

Serbuan di Kota Lama

Serbuan ke atas sekolah dan penutupan jalan dibuat pada hari yang sama ketika tentera Israel menyerbu bahagian Kota Lama Baitulmaqdis.

Video yang dikongsi dalam talian menunjukkan pasukan bersenjata dengan ganas memukul dan menyerang wanita warga emas Palestin yang berjalan melalui Kota Lama.

Tentera Israel mengiringi penyembah Yahudi memasuki Kota Lama Baitulmaqdis pada 1 Okt 2023. (FOTO: Asharq Al-Awsat)

Serangan itu bertepatan dengan hari raya Yahudi Sukkot, yang menyaksikan keselamatan diperketatkan untuk membuka jalan kepada penyembah Yahudi melakukan ritual di Kota Lama.

Ratusan peneroka laknat Israel turut menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa pada hari Ahad (1 Okt) dan Isnin (2 Okt).

Tentera Israel menguatkuasakan sekatan ke atas kemasukan jemaah ke masjid berkenaan dan menyerang dengan ganas rakyat Palestin yang cuba memasuki tapak tersebut. – HARAKAHDAILY 3/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel tembak sekolah Palestin = DAP/madani lanyak sekolah agama S'gor.

Lihat juga komen ini..

(i) Isu sekolah agama S'gor, NGO tuntut Melayu-Islam waspada.

Kamarulzaman dan Nazilah dalam sidang media NGO Islam-Melayu Seru Tubuh Kerajaan Ummah Tanpa DAP di Negeri Sembilan dan Selangor di Hotel Tenera, Bangi, Selangor pada hari ini, 14 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

Di Bangi, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan menyuarakan rasa bimbang terhadap isu amaran penutupan sekolah agama di negeri Selangor yang dibuat oleh pimpinan bukan Islam.

Pengerusi Sekretariat NGO ISLAM Selangor, Datuk Nazilah Idris berkata, kira-kira 200 sekolah agama di Selangor didakwa mendapat surat amaran untuk keluar dari premis perniagaan.

“Ini kerana kita membenarkan menteri DAP dari Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini sangat membahayakan agama dan bangsa Islam jika kita tidak bertindak sekarang,” antara kata beliau.

Sementara itu, Dr. Kamarulzaman turut berkongsi pandangan yang sama, yang mana kuasa orang bukan Islam dan Melayu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap isu ini.

“Kalau ikutkan akhir Disember ini, jika tidak mengikut syarat JAIS yang baru, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor) yang kita pun tahu dikuasai oleh siapa, cuba menyekat dan mengeluarkan satu Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang baru sehingga diarahkan tutup kalau tidak memenuhi SOP tersebut. Ini menyebabkan warga sekolah agama dan 40,000 pelajar (terkesan),” antara saringan dari kata-kata beliau.

(ii) Kini terbaru, harga jualan sayur k'jaan DAP-madani yang bodoh tadbir negara, jatuh hingga separuh dari kos pengeluaran. Oktober 7, 2023 @ 9:01am.

Foto fail BERNAMA

Di KL, harga sayuran yang dijual di peringkat pekebun kepada pemborong atau orang tengah jatuh sehingga separuh daripada kos pengeluaran sayuran. 

Sebagai contoh, kos pengeluaran bagi sekilogram kubis adalah RM1 dan harga yang dijual kepada pemborong atau orang tengah hanya 50 sen sekilogram. Kebanyakan sayur kini dijual dengan harga yang rendah kerana penawaran sayur lebih tinggi berbanding permintaan.

Namun, petani terpaksa juga jual untuk tambah pendapatan. Macam kubis, kalau kita nak tanam kubis sekilogram kos pengeluaran dia adalah RM1. Ini termasuk benih, baja dan racun.

Mengapa begitu bodoh sangat tadbiran k'jaan DAP-madani yang takde hati perut ini? Tolak saja mereka, tunggu apa lagi!

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim. 

Kerana Mahu Islam, rakyat tolak konsert hiburan..

 


10 orang penonton sekalipun, konsert akan diteruskan

Kuala Lumpur: "Terus terang saya akui jualan tiket untuk Konsert Rock Kapak setakat ini hanya terjual tidak sampai 100 keping walaupun tarikhnya sudah dekat iaitu 7 Oktober ini.

-ADVERTISEMENT-

"Bagaimanapun saya tak putus asa untuk teruskan konsert ini. Harga tiket RM85 pun tak akan diturunkan semata-mata untuk tarik peminat. Walau hanya 10 orang menonton persembahan akan diteruskan," kata Hatta penyanyi kumpulan rock Junction.

Hatta adalah penganjur konsert yang bakal berlangsung di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur menerusi syarikatnya Attah Music dan Boss Production.

Tiga kumpulan rock legenda iaitu Junction, Meditasi dan Desire yang pernah mewarnai zaman kegemilangan muzik rock negara sekitar 1990-an digandingkan dalam konsert di lokasi yang memuatkan 1000 penonton ini.

Menurutnya, kelesuan jualan tiket mungkin berpunca daripada persaingan dengan konsert lain.

"Kita tengok banyak konsert diadakan dan saya tahu pasaran akan tepu di Kuala Lumpur. Kita perlu ada badan yang memantau konsert yang berlangsung agar jaraknya tak terlalu dekat.

"Kesannya ada yang gagal dapat sambutan dan sebahagian konsert dua tiga kali diturunkan harga tiket dan ada yang turun separuh harga.

"Ada juga yang akhirnya masuk percuma. Tapi saya nak tegaskan di sini macam mana pun walau 10 orang pun yang datang, kita tetap dengan tiket RM85," katanya pada sidang media berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurutnya, mereka tak akan sesekali memberi masuk percuma atau turunkan harga tiket.

"Memang takkan turunkan. Biarlah 10 orang atau seorang pun datang. Itulah harga kita. Jika ada yang berkata ada mulut yang perlu disuap, situasinya juga sama dengan kami.

"Kami ada keluarga nak diberi makan. Kawan-kawan saya ini pun lama tiada show. Kami buat sendiri promosi dan mungkin ada kelemahan. Dengan bajet yang ketat memang agak susah nak bergerak.

"Apa yang kita ada, kami gunakan media sosial untuk buat promosi. Apapun seperti saya kata, faktor banyak konsert lain turut beri kesan," katanya yang positif sambutan baik akan diterima pada saat akhir.

Peminat yang datang menyaksikan konsert pada malam itu juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah antaranya gitar elektrik, gitar akustik, jaket kulit selain pelbagai barangan lain.

Disiarkan pada: September 23, 2023 @ 2:46pm


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana Mahu Islam, rakyat tolak konsert hiburan..

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, perkembangan menarik berlaku, kerana mahu Islam, rakyat tolak konsert hiburan..

DESIRE siap sedia dengan persembahan terbaik.


Tiga kumpulan rock legenda iaitu Junction, Meditasi dan Desire yang pernah mewarnai zaman kegemilangan muzik rock negara sekitar 1990-an, bakal kembali menemui peminatnya menerusi Konsert Rock Kapak pada 7 Oktober ini.

-ADVERTISEMENT-

Konsert yang akan diadakan di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur itu dianjurkan Boss Production dan Attah Music.

Hatta Junction berkata konsert yang dijangka bermula pada jam 8 malam itu bakal menyajikan lagu popular daripada tiga kumpulan berkenaan.

Katanya, penampilan ketiga-tiga kumpulan menerusi konsert itu juga turut bertujuan memenuhi permintaan peminat muzik rock.

"Ramai peminat tanya, bila nak buat konsert, tidak dapat konsert besar, mini konsert pun okey, berbulan juga memikirkan sebab untuk mengadakan konsert banyak perbelanjaan diperlukan.


(ii) Al-hamdulillah lagi, gelombang sokongan Melayu potensi kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Pelangai.

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG
23 September 2023 | 7 Rabiulawal 1445H

Ringkasnya..

1. Rakyat Pahang menolak Pakatan Harapan (PH) melainkan undi daripada bukan Melayu. Ianya terbukti di semua DUN yang majoritinya adalah Melayu sama ada di kawasan bandar, pinggir bandar dan kampung, persaingan yang hanya melibatkan PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan Barisan Nasional (BN) tidak seperti di kawasan pantai barat dan selatan.

Ini jelas terbukti dalam PRU15, di mana 17 DUN yang majoritinya Melayu, dimenangi oleh PN iaitu di DUN Cheka, Tahan, Pulau Tawar, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Sungai Lembing, Lepar, Pancing, Pulau Manis, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jengka, Lancang, Kuala Semantan serta Bukit Ibam dan kemerosotan undi yang ketara di DUN yang dimenangi oleh UMNO.

Manakala DUN yang majoritinya bukan Melayu kekal dikuasai PH.

Pencapaian ini membuktikan sejak PRU 15 hingga sekarang Melayu kekal memilih PN. Dibuktikan lagi pada keputusan PRN 6 negeri, jelas PN berjaya mengekalkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu serta Kedah dan menguasai lebih kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

2. Rakyat dapat melihat bahawa kerjasama UMNO-DAP hanyalah menguntungkan pimpinan atasan atau golongan yang jelas melanggar undang-undang.

3. Sehingga pada hari ini masih tiada katalis atau daya penarik dalam kerjasama UMNO DAP. Yang jelas ianya lebih kepada cita-cita dan kehendak presiden semata-mata untuk bersama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Dengan terbuktinya gelombang kebangkitan Melayu pada PRU 15 dan PRN 6 Negeri, PAS Pahang yakin undi Melayu akan menjadi signifikan kepada kemenangan PN di PRK Pelangai.

(Rujuk: YB UST ROSLI ABDUL JABAR, PESURUHJAYA PAS PAHANG ADUN TANJUNG LUMPUR)

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Saturday, October 07, 2023

Miskin: 'Gaji lebih RM2,000' bukan kaya. Ini sebenarnya.

 


‘Gaji lebih RM2,000 bukan kaya’

KUALA LUMPUR: Kemiskinan dalam kalangan penduduk sesebuah negara tidak boleh ditakrifkan dengan hanya merujuk kepada angka gaji atau pendapatan bulanan semata-mata.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Islamik, Dato’ Abdul Manap Abdul Wahab berkata, nilai mata wang sendiri juga memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang itu benar benar menghadapi kemiskinan atau sebaliknya.

“Buktinya jika kita melihat ibu dan bapa  kita dulu hanya mempunyai gaji dalam lingkungan RM200 tetapi masih boleh membeli macam-macam barangan keperluan berbanding dengan sekarang.

“Namun, bila kita lihat sekarang walaupun gaji mempunyai lebih daripada RM2,000 tapi masih tidak mencukupi kerana inflasi itu sendiri,” katanya dalam program Menoktahkan Kemiskinan Realiti Atau Khayalan anjuran Pusat Kajian Pembangunan  Ungku Aziz di Universiti Malaya, di sini, semalam.

Turut hadir ialah pakar ekonomi Islam bebas Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Nazari Ismail; Pengarah Eksekutif J-PAL Southeast Asia, Lina Marliani; CEO Arba Foundation Azlan Shah Nabees Khan; dan  Pengarah Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz Prof. Dr. Suhaiza Hanim Mohamad Zailani.

Abdul Manan (kanan), Mohd Nazari (dua dari kanan), Lina Marliani (dua dari kiri) dan Suhaiza Hanim dalam program Menoktahkan Kemiskinan Realiti Atau Khayalan anjuran Pusat Kajian Pembangunan  Ungku Aziz di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 5 Okt 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY)

Menurut Mohd Nazari pula, ramai orang menyatakan definisi kemiskinan hanya sekadar bergantung kepada angka pendapatan semata-mata.

“Ramai orang berfikir sesiapa yang mempunyai gaji melebihi RM2,000 maka dikatakan kaya tetapi lupa bahawa kawasan yang didiami juga memainkan peranan sama ada pendapatannya cukup atau tidak,” katanya.

Tambah beliau, gaji sebegitu boleh dikatakan mencukupi apabila seseorang itu tinggal di luar bandar manakala yang duduk di bandar berada dalam keadaan sebaliknya.

“Terdapat beberapa kajian kes yang mana sekalipun sesiapa yang menetap di kawasan bandar yang mempunyai gaji melebihi RM2,000 masih bermasalah dalam memenuhi keperluan kos asas kehidupan.

“Jadi, ini membuktikan takrif kemiskinan tidak boleh hanya berasaskan pendapatan seperti gaji semata-mata,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Miskin:'Gaji lebih RM2,000' bukan kaya. Ini sebenarnya.

Lihat juga komen ini..

(i) Apa erti kaya dan hukum Islam mengenainya? 


Erti kekayaan.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa).
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)
Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.

]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[

]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051[

Secara jelasnya berdasarkan hadith di atas, pengajaran yang boleh diambil mengenai erti kekayaan menurut persepsi Islam ialah:

1. Kekayaan menurut Islam secara hakikatnya bukan mengenai jumlah kuantiti atau berapa banyak harta tersebut. Jika erti kekayaan diukur berdasarkan secara demikian, maka, manusia yang dilimpahi kekayaan tidak akan pernah puas lalu sentiasa cuba untuk menambah hartanya.

2. Kekayaan sebenar menurut Islam adalah kekayaan jiwa (hati dan minda). Kekayaan jiwa yang utuh akan membuatkan manusia rasa bersyukur, rasa cukup dengan nikmat yang diterima (qona’ah), rasa redha dan rasa tidak tamak dalam mencari harta.

3. Islam sangat menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi bukan dengan tujuan memperlihatkan jumlah atau bentuk kekayaan tersebut. Islam menekankan tentang fungsi kekayaan tersebut dan bagaimana kita menggunakannya di jalan yang betul.

4. Nilai kekayaan yang diukur melalui kekayaan jiwa jelas menunjukkan Islam tidak meletakkan ukuran nilai material tetapi meletakkan ukuran nilai keimanan dan ketaqwaan di dalam konsep kekayaan harta.

Hukum kekayaan

Hukum-hukum kekayaan menurut agama Islam berubah-ubah berdasarkan situasi dan sudut perlakuan individu itu sendiri terhadap kekayaannya.

Antara hukum-hukum kekayaan adalah seperti berikut:

→ Wajib : Jika seseorang itu melakukan usaha dan memperolehi pendapatan (kekayaan) demi memenuhi keperluan diri dan keluarga serta mengelakkan dirinya daripada sifat meminta-minta.

→ Sunnah : Jika seseorang itu melakukan usaha untuk memberikan nafkah tambahan atau dengan tujuan digunakan kekayaan itu bagi melapangkan orang-orang fakir, menyambung silaturrahim atau memberi hadiah pada kerabat saudara.

→ Mubah (diperbolehkan) : Jika untuk memberikan tambahan dari keperluan atau dengan tujuan berhias dan menikmati kekayaan tersebut.

→ Makruh : Jika tujuan mengumpulkan kekayaan itu hanya kerana untuk bermegah-megahan, sombong, riak, bersenang-senang hingga melampaui batas walaupun dicari dengan cara yang halal.

→ Haram : Jika kekayaan dicari dengan cara yang tidak halal (haram) seperti suap, riba, curi, aniaya dan lain-lain.

Cara Kekayaan diperolehi.

Harta kekayaan boleh didapati dengan beberapa cara, antaranya:

→ Jual beli (perniagaan) → Wakaf → Wasiat → Warisan → Hibah → Luqatah (harta yang ditemui tanpa pemilik) → Bekerja → Dan cara-cara lain yang dibenarkan oleh Islam.

Kesimpulannya, Islam menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan. Kekayaan menurut Islam berkait rapat seperti sama pentingnya untuk mencari ilmu. Apabila kekayaan digunakan di jalan yang betul, ini menunjukkan kekayaan jiwa seseorang. Inilah hakikat sebenar erti kekayaan!

Islam juga menekankan tentang batas, fungsi dan kegunaan harta kekayaan tersebut melalui hukum-hukum yang bukan hanya bagi tujuan sendiri, malah bagi tujuan kegunaan orang lain yang memerlukan.


(ii) Menurut perkembangan terkini, adalah wajar sangat kerajaan negeri Pahang ditukar atau digantikan menurut proses demokrasi, demi kebangkitan Islam di negara ini.

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin

Di Bentong, walaupun berperanan sebagai pembangkang yang efektif namun PERIKATAN NASIONAL sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri seperti di Pahang.

Namun, menurut Ahli Parlimen Jerantut, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin, semua usaha dan tindakan yang dilakukan adalah dengan saluran dan kaedah yang dibenarkan demokrasi.

“Dan kita akan berusaha seboleh mungkin dengan apa jua cara yang dibenarkan oleh saluran demokrasi untuk menggantikan kerajaan yang ada sekarang ini di peringkat negeri Pahang, insya-Allah.

Begitu kira-kira suntingan ringkas amanat beliau.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim. 

Friday, October 06, 2023

M'sia/Indo, perkokohkan! Apa kaitan demontrasi Riau?

 

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

Penduduk Pulau Rempang, di Riau Indonesia dalam demontrasi lawan kezaliman kapitalis ke atas rakyat..(foto: Benar News Indonesia)

Perkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia

MARANG: PAS menyarankan agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia diperkukuhkan dalam mendepani pertembungan kuasa antara China dan Amerika Syarikat (AS) di rantau ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Malaysia perlu mengadakan hubungan lebih akrab dengan negara-negara jiran  khususnya negara-negara Islam bagi mengimbangi pengaruh kuasa-kuasa besar yang sangat mengimpikan penguasaan di rantau ini khususnya Selat Melaka yang menjadi laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia di samping hasil buminya yang kaya.

“Tidak ada campurtangan asing dalam politik negara adalah prinsip tetap yang mesti dipertahankan,“ tegasnya.

Justeru katanya, titik persamaan yang paling ketara antara Malaysia dan Indonesia ialah agama, bangsa dan budaya.

“Negara Islam terbesar di ASEAN ialah Malaysia dan Indonesia, hubungan kedua-duanya perlu diperkukuhkan tanpa perlu menjemput kuasa luar menangani masalah serantau,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentang kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Malaysia dan Indonesia Dalam Konteks Pertembungan Antara AS dengan China di Majlis Daurah Kitab di Masjid Rusila di sini hari ini.

Oleh kerana itulah, ujarnya hubungan yang sedia ada antara kedua-dua negara itu perlu diperkukuhkan lagi dalam semua aspek seperti aktiviti agama, budaya dan ilmu pengetahuan melalui NGO, pusat-pusat pengajian dan lain-lain lagi.

“Kita (Malaysia dan Indonesia) adalah serumpun dari segi agama, bahasa, kaum, adat resam dan budaya lebih kurang sama antara satu sama lain,” jelasnya yang juga Exco Kerajaan Terengganu.

Justeru katanya, Malaysia dan Indonesia hendaklah meletakkan keutamaan bergantung dengan kekuatan sendiri dalam semua aspek tanpa bergantung kepada kuasa asing.

Dalam masa yang sama, tambahnya Malaysia juga perlu mengambil pendekatan meramaikan kawan bukannya lawan dengan terus menjaga keharmonian dengan negara-negara jiran yang bukan Islam.

“Negara bukan Islam itu termasuk Kemboja, Thailand dan Laos,” tambahnya lagi.

Program daurah yang diadakan itu bertujuan untuk membudayakan majlis ilmu bagi menambah tsaqafah dan kefahaman masyarakat khususnya anak muda terhadap agama Islam dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa umat Islam. – HARAKAHDAILY 18/9/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasym: M'sia/Indo, perkokohkan! Apa kaitan demontrasi Riau?

Lihat juga komen ini..

(i) Demonstrasi besar-besaran gegarkan wilayah Riau di Indonesia. 

Masyarakat Melayu dalam protes di Pulau Rempang. (FOTO: DetikSumut)

Di Rempang, Indonesia, demonstrasi besar-besaran telah menggegarkan wilayah Riau di Indonesia ketika penduduk Pulau Rempang membantah rancangan kerajaan untuk mengusir beribu-ribu orang bagi memberi laluan kepada kilang kaca milik China bernilai berbilion dolar dan pembangunan ‘Eco-City’ di situ.

Pertikaian mengenai pengusiran penduduk  semakin hangat selama berbulan-bulan, selepas kerajaan mengumumkan bahawa 7,500 penduduk Rempang perlu berpindah ke pedalaman, kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari kediaman mereka kini di  pantai mereka, lapor Al Jazeera. 

Penduduk di Pulan Rempang selama ini meraih rezeki daripada laut, yang sudah lama menjadi kawasan penempatan mereka. (FOTO: Cilacap Update Pikiran Rakyat)

Ramai dari kalangan mereka yang menyara hidup hasil rezeki daripada khazanah laut, dengan menjual ikan, ketam, udang dan makanan laut lain.

Walaupun rancangan untuk membangunkan Rempang telah diusahakan selama hampir 20 tahun, penduduk tempatan memberitahu Al Jazeera bahawa mereka hanya dimaklumkan pada awal September tahun ini bahawa mereka perlu berpindah dari kampung mereka sebelum akhir bulan.

Pemangkin protes adalah rancangan untuk membina kilang kaca China untuk memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat untuk panel solar.

Loji itu telah dijadikan sebagai pusat hab ekonomi yang digelar Rempang Eco-City – projek bersama antara Pihak Berkuasa Zon Bebas Indonesia Batam (BP Batam) dan syarikat tempatan, PT Makmur Elok Graha (MEG), yang bekerjasama dalam perkongsian. dengan Xinyi Glass China, pembuat kaca dan panel solar terbesar di dunia.

Xinyi telah menjanjikan kira-kira AS$11.6 bilion kepada kilang pembuatan kaca dan panel solar, yang diunjurkan menjadi yang kedua terbesar seumpamanya di dunia.

(ii) Apakah hal di Indonesia itu hampir sama dengan kes ini di Kedah? Mari lihat kisah nasib pasangan daif ini pula.. 

Mardhiyyah (kiri) menziarahi pasangan daif di Kuala Kedah, Kedah pada hari ini, 18 Sept 2023.

Di Kuala Kedah, kisah pasangan daif yang tular di media sosial telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari.

Beliau bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Kebun Pinang, Che Hawa Madon serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pegawai Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turun meninjau untuk melihat keadaan sebenar pasangan suami isteri terbabit. 

Mardhiyyah berkata, pasangan berkenaan bukanlah anak tempatan kampung terbabit sebaliknya, suami berasal dari Changloon sementara isterinya dari Perak.

“Sebelum ini, mereka tinggal di rumah anak perempuan (telah berkahwin) di sebelah pondok yang didiaminya sekarang,” jelasnya, di sini, hari ini. 

Menantu pasangan tersebut terpaksa mendirikan pondok untuk didiami  mertuanya memandangkan ibunya yang pernah diserang penyakit angin ahmar dan tidak tahan dengan panas. 

Menurut beliau lagi, pondok yang didiami pasangan suami isteri itu sangat daif dan tidak mempunyai keperluan asas seperti bilik air dan lain-lain. 

Dalam tinjauan itu, LZNK akan berusaha mencari rumah sewa dengan kelengkapan untuk pasangan suami isteri terbabit selain bantuan katil dan lain-lain berkaitan. 

“Saya mengharapkan mereka ini mendapat rumah baharu dengan kadar segera kerana keadaan kesihatan mereka terutama si isteri agar uzur, mata pun tak berapa nampak dan pernah diserang angin ahmar sebanyak dua kali,” ujarnya.

Terdahulu, kisah pasangan ini tular di media sosial dan mengharapkan agar bantuan diberikan segera untuk menampung keperluan hidup mereka yang agak daif. 

Sementara itu, setiausaha MKK Kampung Kebun Pinang, Maznah Hamid berkata, pihaknya bersama Muslimat PAS Cawangan telah beberapa kali ziarah serta menyampaikan sumbangan keperluan kepada pasangan berkenaan. 

Namun begitu, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membaiki pondok kediaman terbabit memandangkan ia dibina di tanah milik orang lain. 

Begitu, kira-kiranya. Sama-sama kes kesusahan rakyat, bezanya cuma di Malaysia, PAS/PN adalah juara pembela rakyat. Jom sokong terus!

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Ini, wajah 'perompak' wang royalti T'ganu..

 


Royalti: Sikap serba boleh yang menjahanamkan


KITA tidak menjangkakan sebarang kemarahan daripada penyokong PH-BN berkaitan dengan pembayaran Wang Royalti Terengganu yang dirompak Umno-BN, 23 tahun lalu, kaedahnya hampir sama, diteruskan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) sekarang. Ya, hampir sama kerana Terengganu pada tahun 2000, menerima pertama kalinya Wang Royalti daripada PETRONAS sebanyak RM400 juta. Dan itulah juga bayaran yang terakhir. 

Kemudian, dengan madah yang penuh berhelah, Umno Terengganu mengusulkan kepada Tun Mahathir untuk menarik kembali bayaran itu, sehingga dikatakan oleh Tun, Umno Terengganu ‘so stupid’ merujuk kepada bodoh dan jahatnya rancangan itu. Selebihnya adalah sejarah yang kita semua maklum. 

Bagi penyokong dan ahli PH-BN, perkataan adil adalah perlu ditafsirkan semula dari sebelah mereka sekarang. Buatlah apa sahaja, semua dikira betul, jika PMX yang melakukannya walaupun sama dengan kelakuan Umno. Sewaktu dahulu, dengan kes yang sama, mereka menentang dan berikrar bagi memberikan hak kepada negeri pengeluar minyak royalti yang berpatutan. Tetapi tidak lagi kini. 

Dendam mereka sebenarnya adalah kepada rakyat Terengganu. Menyalurkan wang itu kepada badan lain, adalah menyalahi prinsip federalism dan menghina pilihan rakyat. Kenapa di Sarawak dan Sabah tidak pula diperlakukan demikian? Kerana kerusi sokongan kepada kerajaan mereka yang hampir rebah ini, ada di sana. Itu sahaja.

Dalam Parlimen dikatakan kepada pembangkang, datang berbincang untuk diberikan peruntukan, jika tidak, tiada akan diberikan sebarang peruntukan. Begitulah syaratnya. Dan apabila Menteri Besar Terengganu dengan penuh diplomatik, datang menghulurkan salam sebagai salah sebuah Negeri Persekutuan, layanannya sama sahaja. Masih tidak memberikan hak yang sepenuhnya kepada Terengganu.

Sikap orang beriman adalah membantu saudaranya yang memerlukan pertolongan dengan sesungguhnya hati. Apa lagi jika perkara itu adalah hak saudaranya, wajib ditunaikan tanpa berlengah. Manakala sikap orang munafik di dalam surah at-Taubah dijelaskan sebagai membantu dalam perkara mungkar dan mencegah dalam perkara makruf. Dan mereka akan saling bergembira dengan setiap kezaliman yang dilakukan kumpulan mereka. 

Al-Quran adalah mukjizat, hanya sahaja kita yang mesti sentiasa membeleknya bagi mencari mutiara atau rahsia yang Allah beritahu. Oleh itu ulamak adalah manusia yang paling mengetahui akan kehendak al-Quran kerana sentiasa menjadikan al-Quran panduan. Bukannya puak liberal yang serba boleh. Jadi syaitanpun dia, jadi malaikatpun boleh.

Kepada Allah, kita rakyat Terengganu dan Kelantan berserah atas kezaliman ini.

*Untuk rekod, jumlah Wang Royalti tahun 2000 ialah sekitar RM800 juta dan Petronas membayar RM400 juta iaitu 50 peratus. Manakala tahun 2023 dianggarkan sekitar RM1.4 bilion dan sehingga kini, Terengganu hanya diberikan RM405 juta iaitu hanya kira-kira 30 peratus. 20 peratus lebih rendah daripada zaman Umno yang jahat dan zalim dahulu. 

MOHD NASIR ABDULLAH
3 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 3/10/2023 


Komen Weblog Ibnu HasyimIni, wajah 'perompak' wang royalti T'ganu..

Sila lihat komen ini..

(i) Majoriti rakyat X puas hati ekonomi semasa negara. Keputusan kajian juga menunjukkan  4 dari 5 responden berpendapat kerajaan sekarang tidak akan kekal. Malah 3 dari 4 responden mengharapkan berlaku pertukaran kerajaan sebelum keadaan semakin meruncing.



KL, Sebanyak 81 peratus rakyat negara ini yang tidak berpuas hati dengan suasana ekonomi pada masa ini.

Menurut akaun media sosial Facebook, OK Media, dalam satu kajian soal selidik yang dilakukan terhadap 5,000 responden yang diadakan dari 1 hingga 30 Sept 2023 mengenai pandangan mereka terhadap suasana ekonomi negara pada masa ini, selepas 10 bulan berada di bawah kerajaan baharu.

Majoriti responden tersebut ialah berbangsa Melayu (95%) diikuti dengan Cina (1%) dan India (1%) yang mana kebanyakannya menetap di negeri Selangor sebanyak 36.3 peratus berbanding dengan negeri-negeri lain. 

Kebanyakan responden berumur  lingkungan antara 30 hingga 39 tahun (39%) dan diikuti dengan 40 hingga 49 tahun (32%); manakala hanya 17 peratus sahaja responden yang menjawab berumur 50 tahun ke atas serta 12 peratus dalam kalangan berumur 18 hingga 29 tahun. 


Begitulah kira-kira ringkasn suntingan dari keputusan kajian tersebut.




(ii) Masalah ekonomi negara X akan selesai selagi sistem kewangan tidak berubah.

Barisan penceramah dan peserta Program Menoktahkan Kemiskinan Realiti Atau Khayalan anjuran Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada hari ini, 5 Okt 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY)

Di KL, pakar ekonomi Islam bebas Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Nazari Ismail berkata, sistem kewangan negara ini telah menyebabkan pelbagai masalah berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga negara-negara antarabangsa.

“Apabila kita melihat sendiri Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai ekonomi yang besar tetapi masih ramai rakyat menghadapi pelbagai masalah kos sara hidup; dan (masalah) ini juga berlaku di Malaysia,” katanya. 

Menurutnya, sistem ekonomi negara ini yang berlandaskan hutang berasaskan keuntungan menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi; dan kos sara hidup rakyat semakin meningkat.

“Maka, sistem kewangan perlu diubah lagi dan kita tidak mempunyai pilihan lain,” katanya dalam program Menoktahkan Kemiskinan Realiti Atau Khayalan anjuran Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz di Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Mohd Nazari (kiri) dan Abdul Manap.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails