Wednesday, October 25, 2023

PAS/PN lalui era menang.. Tawan Pusat & 'kepala bapak' PP.

 


Presiden beri panduan penting untuk lalui era kemenangan 

SHAH ALAM: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata bahawa ucapan dasar dan muktamar serta perbahasan telah diadakan adalah muhasabah supaya kepimpinan dan parti beristiqamah. 

“Tidak tergelincir daripada dasar perjuangan dan sampai ke hala tuju yang diredhai oleh Allah S.W.T terus berjuang selaju-laju, walak dan taat tanpa membantah. Teguh beristiqamah ke hala tuju membujur lalu melintang patah.

“Tema ucapan dasar kita ‘Adil, Prihatin dan Berkebajikan. Tujuannya untuk mengisi kemenangan setelah kita mencapai kemenangan di empat negeri menjadi parti yang paling banyak di peringkat Parlimen.

“Yang boleh bersama memerintah bila-bila masa sahaja insya-Allah. Tema ini bukan sekadar slogan untuk diucap, tetapi untuk dilaksanakan. Dicadangkan supaya tema ini menjadi tema kepada empat buah negeri yang diperintah oleh PAS.

“Tujuannya untuk menegakkan syiar Islam, secara amali dan praktikal, bukan retorik kosmetik. Hiasan-hiasan sahaja,” ujarnya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Tuan Guru mengupas mengenai kuasa pemerintahan yang mendirikan perintah solat, zakat, kebajikan dan mencegah mungkar di mana tindakan di atas dunia itu juga adalah berwawasankan akhirat.

“Kita PAS (pernah) dirasakan dengan kezaliman-kezaliman yang banyak. Menjadi mangsa kezaliman sepanjang perjuangan. Kita mangsa, penindasan dipinggirkan dan sebagainya. Ini mendidik kita bila jadi kita jadi kerajaan kita jangan buat zalim pada orang.

“Ini sangat penting. Jangan belas dendam. Ini yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W, kita sabar. Kita anggap itu pendidikan dalam perjuangan kita. Jangan jadi macam PH (Pakatan Harapan). Membawa naratif memutar belitkan kezaliman. Tak nampak dia zalim padahal dia buat zalim,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh cabaran setelah mendapat kemenangan sebagaimana Nabi SAW membahagikan harta rampasan dan menghadapi rungutan para Sahabat RA yang tidak berpuas hati dengan Baginda.

Tuan Guru juga membawakan pengajaran daripada perpecahan kalangan Sahabat RA hingga menimbulkan mazhab dan perpecahan umat termasuk kejahilan hingga Islam diperangi mudah oleh musuh.

Akibatnya bentang beliau, terjadilah ketidakadilan ke atas manusia kerana ada yang melampaui batas hingga berbunuhan sebagaimana terjadi di Palestin ketika ini sebelum berlaku jihad kebangkitan.

Mengupas mengenai konsep parti menguasai kerajaan, beliau menjelaskan bahawa perkara itu sebenarnya sudah ada dalam Perlembagaan PAS iaitu Fasa 48D berkenaan polisi dan pendirian PAS.

“PAS sudah membuat keputusan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu. Dianggotai oleh pimpinan PAS Pusat yang ada kebolehan khusus dalam Dewan Harian dan dijemput tokoh-tokoh yang kita pilih untuk memandu kerajaan negeri,” jelasnya.

Tuan Guru turut menyeru semua ahli parti memainkan peranan termasuk di Cawangan juga mesti membantu kerajaan dan mengingatkan sekiranya terdapat kelemahan jangan menumpang untuk menjatuhkan.

Beliau mengupas hadis Nabi SAW mengenai perbuatan gopoh menebuk kapal yang dinaiki kerana mahu cepat mengambil air lalu menyebabkan seluruh penumpang kapal itu menerima akibatnya.

Tuan Guru juga memperihalkan cabaran ke atas agama Islam di negara ini yang pernah dan masih cuba digugat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara di mana menuntut PAS menanganinya. – HARAKAHDAILY 22/10/2023 

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS/PN lalui era menang.. Tawan Pusat & 'kepala bapak' PP.        

Lihat juga komen ini..

(i) Al-hamdulillah, PN berpotensi menang K'jaan Pusat dan beberapa negeri lagi, insya Allah!

Di Shah Alam, PAS yakin berpotensi besar memenangi Perak, Pahang, Selangor dan tidak mustahil juga Negeri Sembilan pada PRU akan datang berdasarkan gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Namun peringat beliau, gelombang rakyat tersebut perlu diurus dengan PAS membina kekuatan terutama organisasi iaitu memperkukuh dan memperkasakan penubuhan PAS Cawangan serta pertambahan keahlian.


(ii) Tahniah PAS P.Pinang. Semoga rampas P.Pinang dari DAP jadi kenyataan. Tiada 'kapala bapak' DAP itu, bererti riwayat keangkuhan DAP masakini akan berakhir.


PAS perlu ‘blueprint’ ambil alih Kerajaan P Pinang, menurut Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan.

Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Sunday, October 22, 2023

Ini gerak bantu Gaza.. Namun PAS/PN tetap pertahan syariah, tolak k/perpaduan.

 


Gerakan bantuan kepada penduduk Gaza diserang Israel

KAMI, Aid4Palestine, adalah sebuah gerakan bantuan kemanusiaan yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang sedang mengalami kesusahan akibat serangan Israel yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kami mengecam tindakan Israel yang melanggar hak asasi manusia dan hukum antarabangsa dengan mengebom dan menyerang penduduk Gaza tanpa belas kasihan.

Menurut laporan berita Al Jazeera, angka kematian rakyat Gaza akibat serangan udara Israel yang berterusan sejak 7 Oktober 2023 telah mencapai 3,021 orang, manakala 11,325 orang lain cedera. Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan Israel juga telah merosakkan lebih daripada 18,000 rumah dan infrastruktur penting seperti hospital, sekolah, masjid dan loji air dan elektrik.

Situasi kemanusiaan di Gaza semakin kritikal dengan kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan air bersih.

Lebih 423,000 penduduk Gaza terpaksa lari ke tempat yang lebih selamat. Keadaan di Gaza semakin buruk dengan bekalan air, makanan, elektrik, ubat-ubatan dan bahan bakar yang tidak mencukupi.

Kami mengalu-alukan sokongan pihak antarabangsa yang telah menyuarakan kebimbangan dan kemarahan mereka terhadap kezaliman Israel.

Kami menghargai usaha-usaha negara-negara seperti Malaysia, China, Iran, Turki, Qatar dan lain-lain yang sedang mengatur bantuan kemanusiaan dan menyokong usul gencatan senjata di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua NGO dan seluruh rakyat Malaysia yang telah menyertai kempen #Aid4Palestine untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin.

Kami menyeru semua pihak yang prihatin untuk terus memberikan sokongan moral dan material kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka.

Kami juga menyeru Israel untuk segera menghentikan semua serangan dan pengepungan terhadap Gaza dan menghormati hak-hak rakyat Palestin untuk hidup dalam keamanan dan kemerdekaan.

Kami berharap agar konflik ini dapat diselesaikan secara adil dan berterusan dengan mengambil kira aspirasi dan kepentingan kedua-dua belah pihak.

Aid4Palestine menyatakan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari pencerobohan Israel.

Kami mengecam tindakan Israel yang melanggar hak asasi manusia dan mengancam kedamaian dunia dengan menyerang dan merampas tanah suci umat Islam.

Kami menyeru kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan usaha diplomatik dan bantuan kemanusiaan bagi menyelesaikan konflik ini secara adil dan berterusan.

Kami juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersatu padu dalam menyuarakan solidariti dan simpati kepada rakyat Palestin.

Kami percaya bahawa rakyat Palestin berhak mendapat kebebasan, keadilan dan kesejahteraan seperti mana rakyat lain di dunia.

Kami berdoa agar Allah SWT melindungi dan memberkati rakyat Palestin dalam perjuangan mereka yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, Aid4Palestine digerakkan semaksima mungkin untuk membantu rakyat Palestin yang di zalimi.

Aid4Palestine adalah cetusan daripada YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertujuan menggerakkan sebuah gabungan yang terdiri dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Perikatan Nasional dan lebih 150 badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Kami berazam bersama-sama mengumpulkan dana dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang menderita akibat serangan Israel.

Aid4Palestine telah menghantar sumbangan rakyat Malaysia, kepada penduduk Gaza sejak Mei 2021.

Sumbangan tersebut meliputi keperluan asas, pembiayaan sewa kediaman, dan pembelian ambulans sebagai klinik bergerak. Sehingga tarikh ini sudah sebanyak RM21 juta telah disalurkan kepada mangsa peperangan di Gaza dan Tebing Barat Palestin.

Sumbangan awal terbaharu adalah dengan menyalurkan bantuan kecemasan segera sebanyak RM100,000. Dana tersebut telah pun disalurkan kepada rakayat Gaza melalui wakil Aid4Palestine di sana.

Kami mengharapkan dengan sentimen dan komitmen dari seluruh rakyat Malaysia, terus menghulurkan bantuan kecemasan ini.

Dengan ini mengumumkan pelantikan dua duta muhibbah yang akan membantu dalam usaha sumbangan dana dan bantuan kemanusiaan. Mereka ialah Nadir Al Nuri, seorang aktivis Palestin yang berkhidmat di Gaza, dan Syeikh Ikrimah Sabri, seorang ulama terkemuka dan dai Masjidil Aqsa.

Saudara Nadir Al Nuri telah lama terlibat dalam kerja-kerja sukarela dan kebajikan di Gaza, salah satu kawasan yang paling menderita akibat penindasan Israel.

Beliau telah menyediakan bantuan perubatan, makanan, air bersih dan pendidikan kepada rakyat Gaza yang memerlukan. Beliau juga telah menyampaikan ceramah dan bengkel tentang hak asasi manusia, keamanan dan pembangunan berteraskan Islam.

Syeikh Ikrimah Sabri pula merupakan seorang ulama yang dihormati dan disegani oleh umat Islam di seluruh dunia. Beliau merupakan dai Masjidil Aqsa, masjid ketiga paling suci dalam Islam, yang terletak di Baitulmuqaddis.

Beliau juga merupakan bekas Mufti Agung Palestin dan Presiden Majlis Ulama Palestin. Beliau telah banyak menyumbang kepada penyebaran ilmu agama, pembelaan hak rakyat Palestin dan perjuangan membebaskan tanah suci dari cengkaman Israel.

Kami juga ingin menyeru kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Malaysia untuk menggembleng usaha bagi melicinkan bantuan kemanusiaan yang sedang dijalankan oleh sekretariat Aid4Palestine.

Kami memerlukan kerjasama dan sokongan dari pihak berkuasa untuk memastikan bahawa kutipan dana kemanusiaan ini, kami dapat sampai ke tangan rakyat Palestin dengan cepat dan selamat.

Kami juga memerlukan sokongan pintar dari pihak berkuasa untuk mempermudahkan urusan yang akan dilaksanakan oleh sekretariat Aid4Palestine seperti hubungan erat dengan jabatan kerajaan atau entiti di bawah kerajaan terutamanya sesi kempen yang diadakan.

YB USTAZ DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Aid4Palestine
Bertarikh: 18 Oktober 2023

Tel Hotline: 017-5001144
No Akaun: 5644-9050-4393 | Maybank Islamic | Sejagat Relief PERTUBUHAN KEMANUSIAAN DAN BANTUAN BENCANA SEJAGAT MALAYSIA – HARAKAHDAILY 18/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini gerak bantu Gaza.. Namun PAS/PN tetap pertahan syariah, tolak k/perpaduan. 

Lihat komen ini..

(i) Memang Israel/AS pengganas bom hospital, biadap! 

Gambar yang disiarkan dalam laporan laman web Foggymedia.in pada 12 Okt 2023 yang dikatakan merujuk kepada penyediaan bom MK-84 Israel yang dilengkapi dengan Kit Senjata Serangan Langsung Bersama (JDAM) dilakukan Angkatan Tentera Israel (IDF) untuk 'operasi penting'. (FOTO: Foggymedia.in/@OSINTdefender)

Di Semenanjung Gaza, bom yang dijatuhkan di Hospital Al-Ahli Baptist adalah MK-84 Amerika, yang hanya boleh digunakan oleh pesawat yang tidak dimiliki oleh Hamas. Jurucakap kementerian kesihatan Gaza berkata, serangan udara Israel pada Selasa (17 Okt) telah mengorbankan sekurang-kurangnya 500 nyawa di hospital tersebut, tetapi Israel mendakwa Hamas yang menyebabkan letupan itu.

Memang bangsa pengganas kurang ajar!

Tapi di Madrid, pemangku Menteri Hak Sosial Sepanyol meminta kerajaannya menangguhkan hubungan diplomatik dengan Israel susulan ‘pembunuhan beramai-ramai yang dirancang’ terhadap rakyat Palestin. 

Kenyataan Ione Belarra itu dibuat pada Rabu (18 Okt), waktu tempatan, sebelum mesyuarat peringkat tertinggi yang berlangsung di Madrid sebagai sebahagian daripada jawatan presiden EU Sepanyol. 


(ii) Al-hamdulillah. Begitu tegasnya PAS, Dewan Ulamaknya telah meluluskan usul pertahan undang-undang syariah dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat petang ini..


Di Shah Alam,Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat petang ini meluluskan usul mempertahan serta memperkasakan undang-undang syariah dan Mahkamah Syariah dengan sebulat suara.

Usul itu mendesak semua pihak mengiktiraf martabat dan kedudukan mahkamah syariah, membantah pihak yang mencabar keabsahan Undang-Undang Jenayah Syariah, tidak bersetuju tafsiran undang-undang dalam kes Iki Putra.

Selain itu turut mencadangkan pasukan peguam pakar ditubuh untuk menawarkan khidmat guaman bagi membela kes-kes berkaitan cabaran terhadap undang-undang syariah.

(iii) Al-hamdulillah lagi, begitu tegasnya PAS, menafi akan jadi sebahagian K/Perpaduan.


SAYA merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh NST bertarikh 19 Oktober 2023 yang bertajuk “Pas Muktamar: ‘Party will be part of unity govt’ (Parti (PAS) akan menjadi sebahagian dari K/Perpaduan”.

Di awal pelaporan berita, dinyatakan ‘PAS has expressed its confidence in being part of the federal government, after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s reported invitation to the Islamist party’.

Pelaporan berita ini sangat jauh dari konteks ucapan saya dalam perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia semalam.

Saya ingin menegaskan bahawa, PAS menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

PAS menolak pelawaan menjadi komponen Kerajaan MADANI dengan asas istiqamah bersetia kawan serta tidak akan mengkhianati janji kepada pengundi PAS-PN dan tidak akan bergabung dengan DAP dan Anwar Ibrahim pasca PRU-15.

Keputusan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri jelas bahawa rakyat bersama PAS dan PN. Saya menyeru agar etika kewartawanan terus dipelihara agar setiap berita itu dilaporkan dengan telus dan tepat. (Rujuk YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN T/Presiden PAS – HARAKAHDAILY 19/10/2023)

Harap maklum.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Friday, October 20, 2023

Antara perang Israel/Perang M'sia. Apa sikap kita?

 


Rejim Zionis Israel adalah penjenayah perang

MERUJUK kepada serangan ganas rejim Zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di Semenanjung Gaza, PAS mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Seluruh dunia perlu membuka mata melihat wanita, kanak-kanak, pesakit dan orang tua dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan.

Umat Islam tidak boleh lagi hanya menyaksikan kekejaman yang berlaku tiap-tiap hari terhadap saudara kita.

Para pemimpin dan rakyat seluruh dunia mesti bangkit dengan semangat jihad bagi mempertahankan bumi Palestin.

Media digesa bersikap bebas dan berani menyiarkan berita kezaliman Zionis Israel yang merampas tanah Palestin.

Kerajaan Malaysia juga digesa mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa Israel di atas jenayah perang terhadap Palestin.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Rabi’ al-Akhirah 1445H / 18 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 18/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara perang Israel/Perang M'sia. Apa sikap kita?

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, di KL Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi memberi perhatian terhadap kartel dalam menentukan harga barangan keperluan asas rakyat. 

Beliau meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah pelan komprehensif bagi jangka pendek dan jangka panjang kementerian dalam memerangi kartel yang berkuasa besar dalam menentukan harga barangan keperluan asas rakyat.

Beliau yang juga Presiden PAS mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Pada beliau perlu di 'Perangi kartel berkuasa besar tentukan harga barang'.


(ii) Ini, k'jaan X tahu urus negara. 


Di Shah Alam, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama 11 bulan pemerintahan Madani jelas terzahir kelemahan tatakelola mereka dalam memimpin negara.

Katanya, satu demi satu kelemahan, kecelaruan, kelesuan, ketidakupayaan, kebobrokan dan hipokrasi mereka terserlah.

Menurutnya, pemerintahan yang bercirikan kleptokrasi, kakistokrasi, dihantui dengan isu integriti, pengurusan pentadbiran yang cacamerba dan tidak cekap.

Beliau menambah, kerajaan sedia ada juga jelas gagal menterjemahkan manifesto mereka dalam hala tuju dan dasar-dasar negara.

“Mereka hanya sekadar mampu berteori dan sangat defensif, tanpa tindakan yang segera dan tuntas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-64 di IDCC di sini, malam ini.

Ahmad Fadhli berkata, konsep keadilan yang dilaungkan oleh Kerajaan Madani amat mengelirukan dan terbukti hanya retorik semata-mata.

Tambahnya, pelantikan seorang pemimpin dalam jawatan tertinggi pentadbiran negara yang mempunyai rekod 47 pertubuhan yang membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membuktikan kerajaan campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional sanggup menggadaikan prinsip demi kuasa.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Al-hamdulillah, 4 negeri PN bentuk Koridor Hijau. Jom sama!

 


Empat negeri ditadbir PN bentuk Koridor Hijau

KOTA BHARU: Empat negeri yang ditadbir PERIKATAN NASIONAL (PN) akan membentuk gabungan yang dinamakan Koridor Hijau pada peta Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menjadikan syariat Islam asas pemerintahan negeri.

Katanya, pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) dirintis sejak lebih 30 tahun lalu berjaya meletakkan Kelantan sebagai model kerajaan yang berintegriti dan telus.

“Kini Kelantan bersama–sama Terengganu, Kedah dan Perlis untuk membentuk Koridor Hijau yang meletakkan pemahaman dasar Islam dalam agenda pentadbiran.

“Serta memastikan cara hidup Islam diperkukuh melalui pelaksanaan dasar, penggubalan undang-undang Islam, pembangunan akhlak dan sahsiah kepimpinan dan rakyat.

“Seterusnya menggerakkan pembangunan negeri yang dinamik berdasar pembangunan seimbang dan meningkat jati diri Islam bagi mencapai Kelantan Maju Rakyat Sejahtera,” katanya pada Majlis Amanat Khas Menteri Besar di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Mohd Nassuruddin juga berkata, rakyat Kelantan menghargai jasa dan idea kepimpinan dahulu yang berjaya mewujudkan asas bagi membentuk sebuah negeri makmur dan sejahtera.

Menurutnya, dasar MBI menjadi pegangan bagi setiap lapisan rakyat untuk terus mempertahankan kerajaan negeri walaupun banyak cabaran datang.

“Oleh yang demikian, rakyat Kelantan sangat menghargai jasa kepimpinan terdahulu sejak pengenalan dasar ini pada era pentadbiran almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ia terus diperkukuhkan pada era Merakyat Membangun Bersama Islam pimpinan pentadbiran Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang mengecapi pelbagai kejayaan demi kesejahteraan rakyat Kelantan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, 4 negeri PN bentuk Koridor Hijau. Jom sama!

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, namun perjuangan PAS/PN tetap masih mendunia. PASRelief ajak masyarakat bantu mangsa gempa di Maghribi. 

Ini susulan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Maghribi pada Jumaat menggemparkan seluruh dunia.

Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant.

Angka kematian telah mencecah 2,000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 2,000 orang cedera dan kritikal.

Kekuatan gempa yang terjadi menyebabkan ramai orang awam mula memenuhi jalanan dan tidur di luar kerana tidak berani lagi untuk tinggal di rumah masing-masing.

Gempa ini adalah paling dahsyat di Maghribi untuk selama beberapa dekad. Raja Maghribi Mohamed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung negara untuk mangsa gempa bumi yang terlibat.

“PASRelief mengajak dan menyeru seluruh masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama kita menyumbang bagi membantu mereka di sana,” ujar PASRelief menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-morocco-pasrelief atau akaun Maybank: 564070612333 – PASRelief. – HARAKAHDAILY 10/9/2023

(ii) Al-hamdulillah lagi, dalam negara PAS terus membangan bersama Islam. Contohnya, Tour Gateh D’Tranung akan jadi acara tahunan.

Di Kuala Terengganu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishammudin Abdul Karim, konsep sebenarnya bukan sahaja Gateh tetapi ia juga untuk mempromosikan stalk tourism negeri ini.

“Kita membawa mesej songket dalam pakaian jersi kita dan saya dapat maklum balas daripada penunggang masing-masing cukup teruja dengan persekitaran yang berlaku di negeri Terengganu ini.

“Jadi saya harap tahun depan lebih meriah dan kita akan buat yang lagi terbaiklah, insya-Allah,” katanya.

Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2023 yang berlangsung pada pada 3 Setember hingga semalam mengetengahkan elemen songket pada lima jersi kemenangan bagi memartabatkan seni warisan tradisional Melayu Terengganu.

Lima kategori yang dipertandingkan pada kejohanan Tour Gateh D’Tranung kini memasuki edisi kedua pada tahun ini.

Lima kategori tersebut ialah Elit, Raja Pecut, Raja Bukit, Kelab Tempatan dan Bawah 21 Tahun di mana akan melalui lima peringkat perlumbaan sejauh 650 kilometer bermula dari Taman Tamadun Islam dan berakhir di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pertandingan itu disertai 27 pasukan antaranya sembilan kelab tempatan, 10 pasukan Sukan Malaysia (Sukma) dan lapan pasukan elit antarabangsa dari Eropah, Qatar, Singapura dan Indonesia.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Thursday, October 19, 2023

PAS boleh sertai K/Perpaduan -Anwar. Al-hamdulillah DAPmadani?


Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup. - Foto BH

PAS boleh menyertai Kerajaan Perpaduan - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau pernah menjemput PAS menganggotai Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, PAS sebaliknya bertindak menolak tawarannya ketika itu.

Namun begitu, beliau memberi 'jaminan' tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan jika ia wujud pada masa akan datang.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengesahkan perkara itu ketika ditemu bual Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian semalam.

"Mengenai sama ada kita bersedia untuk membabitkan diri dengan mereka (PAS), sudah tentu kita lakukan bahkan kita mesti.

"Dan saya telah menghantar (jemputan kepada mereka). Ya saya terbuka dengan idea itu sejak awal lagi.

"Lagipun, ini Kerajaan Perpaduan dan kita lakukan yang terbaik demi untuk negara kita," katanya.

Mengenai syarat ditetapkan untuk PAS menyertai Kerajaan Persekutuan, Anwar berkata syarat yang menjadi dasar utama ialah parti itu perlu menerima Malaysia sebuah negara berbilang agama dan setiap rakyatnya mempunyai tempat, meskipun Islam ialah agama Persekutuan.

Ditanya apa reaksi PAS terhadap syarat terbabit, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada penolakan jelas atau maklum balas positif.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup rapat.

"Saya tidak mahu menghalang (PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan). Sudah tentu ia bergantung kepada syarat dasar utama ini mesti diterima," katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS boleh sertai K/Perpaduan -Anwar. Al-hamdulillah DAPmadani?

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillh, PM DAP madani Anwar terima panggilan telefon Ketua Hamas, nyata komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin.

Gambar fail menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Ismail Haniyeh ketika kedua-dua mereka mengadakan pertemuan sebelum ini. - Gambar Facebook ANWAR Ibrahim

Di KL, PM Anwar terima panggilan telefon Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, beliau menyokong untuk menghentikan segera pengeboman Israel di Gaza serta penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir. 
"Isael perlu meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, serta-merta gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mengejar resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.
"Adalah penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini," katanya pada Selasa.
I had a phone conversation with Hamas Head of Political Bureau, Ismail Haniyeh yesterday to express Malaysia's unwavering support for the Palestinian people.
Given the dire situation in Gaza, I strongly advocate for the immediate cessation of bombardment and the establishment of a humanitarian corridor in Rafah.
It is also imperative for Israel to abandon their adherence to the politics of dispossession, immediately ceasefire with Hamas and genuinely pursue a peaceful resolution to end the ongoing conflict.
It is crucial and paramount to prioritize the well-being and safety of all individuals affected by this crisis.
In this spirit, we are committed to delivering humanitarian aid, particularly in the form of food and medicine to alleviate the suffering of those in need.

(ii) Apapun, yang pentng PAS/PN tetap bersama rakyat dan membangun bersama Islam. Contohnya lihat ini, projek pertama di Malaysia.. 
"X-to-Reef ubah paip minyak Petronas jadi tukun"

Di Marang, Program X-to-Reef yang pertama di Malaysia memanfaatkan paip minyak milik Petronas yang hendak dilupuskan diubahsuai sebagai tukun bagi membiak hidupan marin. 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata teknologi yang digunakan itu mengambil pengalaman Nippon Steel-Kobelco (NSK) Jepun yang sudah lama membuat tukun khususnya untuk spesis hidupan marin sotong dan udang kara.
“Jadi dengan adanya inisiatif X-to-Reef kita melangkah selangkah lagi ke hadapan dalam siri program memperkayakan sumber perikanan,” katanya.
Hasilnya menurut beliau lagi, peratusan peningkatan bagi penangkapan hidupan laut menunjukkan peningkatan 9.9 peratus berbanding tahun lepas dan peningkatan 70 peratus disumbang oleh nelayan zon A dan B. 
“Saya juga mendapat maklum balas harga ikan sudah turun, ikan Selayang 3 kilogram RM10 sekarang. Ini suatu yang tidak pernah berlaku untuk satu tempoh yang agak lama dalam konteks Terengganu,” katanya. (Untuk maklumat penuh rujuk– 'X-to-Reef ubah paip minyak Petronas jadi tukun' HARAKAHDAILY 17/10/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails