Tular wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis
GEORGETOWN: "Memang insiden itu berlaku di masjid ini beberapa hari lalu, namun saya harap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri.
"Laporan polis sudah dibuat dan waris wanita itu juga sudah menghubungi saya. Jadi semua tindakan kami serah kepada polis," kata Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi, Ismail Din.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa rakaman video yang tular di laman sosial, memaparkan seorang wanita masuk ke ruang solat lelaki Masjid Jamek Ar-Rahman dan bertanyakan soalan dianggap kurang sopan.
Menerusi hantaran yang tular itu, wanita terbabit dikatakan bertanya 'siapakah bilal dan imam yang sedang menyalak seperti anjing, membaca selawat dan bacaan al-Quran itu? Bacaannya seperti syaitan bersuara sumbang, menyalak seperti anjing gila'.
Menurut Ismail, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, 12 Mac lalu itu, wanita berkenaan dengan berpakaian tidak menutup aurat terdahulu memberitahu seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.
"Wanita berkenaan datang sendirian dan kebetulan ketika itu kebanyakan jemaah melakukan solat sunat witir serta hampir selesai.
"Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan hal berkenaan namun apabila insiden itu tular di media sosial, pengurusan masjid terpaksa membuat laporan polis bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Ismail berkata, ini adalah kali ketiga wanita itu meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan suara bacaan bilal dan imam Masjid Jamek Ar-Rahman.
Sebelum ini, beliau berbuat demikian menerusi surat yang dihantar kepada siak masjid.
Katanya, wanita terbabit mendakwa laungan azan Subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur.
"Tiada laporan polis dibuat ketika itu dan kami sudah pun memastikan penggunaan pembesar suara tidak mengganggu kejiranan.
"Namun ketika hari kejadian, kami dapati wanita terbabit seakan-akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental. Kerana itulah laporan polis tidak dibuat sehinggalah ia tular di media sosial, barulah laporan dibuat," katanya.
Menurut Ismail, beliau turut dihubungi kakak kepada wanita itu dan mendakwa adiknya memang mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental selepas pulang dari luar negara.
"Wanita itu mendakwa adiknya sebelum ini seorang yang taat kepada agama dan sering menaja individu bagi menunaikan umrah.
"Dia kemudian menetap di London sebelum mengalami gangguan kesihatan mental sebaik pulang ke tanah air.
"Bagi kejadian ini, saya berharap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri dan bertenang serta serahkan kepada polis.
"Kami juga tiada tindakan susulan, cuma merancang mahu mengadakan majlis pertemuan supaya dia boleh membuat permohonan maaf dan merapatkan kembali ukhwah kedua-dua pihak.
"Kami faham dia 'sakit' dan tidak mahu ia berlarutan, cuma biar sahaja pihak berkuasa jalankan tindakan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
"Laporan dibuat pada 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, di sini.
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang wanita yang masuk ke ruang solat lelaki Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, Georgetown. - Foto ihsan video tular
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini berlaku di negara umat Islam M'sia.. & Komen Fadhil Shaari keTPM
Komen Ahmad Fadhil Shaari..
Selamat Berpuasa, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi..
Akhirnya ia terlaksana selepas PRU15. Sudah tentu hujah yang biasa didengar ialah kerana ia titah Yang Dipertuan Agong agar BN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan persekutuan. Ya, semata-mata patuh kepada titah sahaja.
Andaikan ia benar, soalannya adakah kerana Titah juga BN sanggup bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan negeri di Perak walaupun ada alternatif yang lain untuk membentuk kerajaan dominasi Melayu Muslim? Adakah kerana titah juga BN sanggup bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan di Pahang walaupun ada alternatif lain untuk membentuk kerajaan dominasi Melalyu Muslim? Jika kerana titah, titah yang mana? Atau titah siapa?
Dan, apabila Datuk Seri Zahid menyatakan harapan agar kerjasama ini kekal sehingga PRU16, dengan maksud di dalam pilihanraya akan datang, BN akan terus bekerjasama dengan PH menentang Perikatan Nasional satu lawan satu, adakah ia juga kerana titah? Tidakkah itu dengan sendirinya bermaksud selepas PRU16 nanti BN akan terus bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan (jika pun menang)?
Janganlah pergunakan kalimah titah sampai begitu sekali. Panjang lagi jawapan boleh diberikan, tetapi lebih baik setakat ini sahaja sekadar respon. Jika tidak dimulakan oleh Datuk Seri Zahid, tiada keperluan untuk menjawab sebenarnya. Kerana semua orang sudah tahu duduk letak isu sebenar.
Buat masa sekarang, jika Datuk Seri terus istiqamah untuk bersama PH, saya ucapkan selamat berjaya.
Selamat berpuasa.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat
17 Mac 2024 – HARAKAHDAILY 17/3/2024
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.