Wednesday, December 04, 2024

Ini, MB Kedah jawab KDN. Terkilas ikan di air, jala pun tiba!

 

1. Sanusi vs Saifudin isu REE.

Video

2. DS Muhammad Sanusi Md Nor – Menteri Besar Kedah 16 August 2023   

Biodata Menteri Besar Kedah – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dipilih sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua selepas parti Perikatan Nasional di bawah pimpinan beliau diberi mandat memenangi 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) 12 Ogos yang lalu.

Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 14 Ogos 2023.

Majlis Angkat Sumpah

Majlis istiadat dimulai dengan pembacaan Perisytiharan Pelantikan Menteri_Besar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali sebelum Menteri Besar Kedah melafazkan sumpah jawatan.

Majlis disusuli dengan istiadat menandatangani Buku Sumpah Jawatan sebagai Menteri_Besar serta disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah.

Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata MB Kedah ke-15 ini.

NAMA : MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Tempat Lahir : Sik, Kedah
Umur : 49 tahun
Pendidikan Tinggi : Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Sains Malaysia
DUN : N24 Jeneri (PAS)

KERJAYA

  • 1997 – 1998 : Pegawai PSS TLDM KD Sri Pinang
  • 1998 – 2022 : Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • 2002 -2 2004 : Setiausaha Eksekutif Institut Pengembelengan & Pembangunan Komuniti (IMPAK)
  • 2004 – 2008 : Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd
  • 2008 – 2013 : Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah ke-10 (Tan Sri Azizan Abdul Razak)
  • 2010 – 2013 : Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Darul Aman
  • 17 Mei 2020 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14
  • 8 Jun 20202 : Dikurniakan Laksamana Pertama (Kehormat) PSS TLDM
  • 14 Ogos 2023 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 (penggal kedua)

POLITIK

  • 1998 – 1999 : Exco Pemuda PAS Pulau Pinang
  • 1999 – 2001 : Bendahari PAS Kawasan Sik
  • 2001 – 2005 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
  • 2007 – 2009 : Bendahari Pemuda PAS Kedah
  • 2009 – 2011 : Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia
  • 2009 – 2013 : Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah
  • 2009 – 2015 : Ketua Penerangan PAS Kedah
  • 2015 hingga kini : Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
  • 2015 hingga kini : AJK Kerja PAS Pusat
  • 2017 -2019 AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
  • 2019 – 2021 : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat
  • 5 Jan 2021 : Pengerusi Parti Perikatan Nasional Kedah

Sumber: BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i). Ini Kediaman rasmi MB Kedah turut terjejas banjir   

Kediaman MB Kedah terletak kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Anak Bukit telah mula dimasuki air pada awal pagi Jumaat. Foto Zukifli Yahaya

ALOR SETAR - Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon, di sini turut terjejas akibat banjir yang melanda beberapa daerah termasuk Alor Setar.

Kediaman rasmi tersebut yang terletak kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Anak Bukit telah mula dimasuki air pada awal pagi Jumaat.

Menurut Pegawai Khas Media Menteri Besar, Helmi Khalid, air dari sungai tersebut terlebih dahulu memasuki kuarters kediaman kakitangan yang terletak berdekatan.

"Paras air terus meningkat hingga memasuki ruang tamu, dapur, dan ruang makan kediaman rasmi. Paras air di dapur telah mencecah 0.5 meter. 

"Setakat ini, banjir tidak menjejaskan surau, Dewan Melur, dan Dewan Seri Mentaloon yang terletak di pekarangan kediaman rasmi," katanya pada Jumaat.

Helmi berkata, Muhammad Sanusi Md. Nor bersama keluarganya masih kekal menginap di kediaman rasmi dua tingkat tersebut. 

Tambahnya, kejadian kediaman rasmi MB Kedah ini dinaiki air bukan kali pertama berlaku.

"Kejadian ini pernah berlaku pada banjir besar tahun 2010. Banjir pada September lalu juga menyebabkan air masuk ke kediaman rasmi tapi keadaan banjir kali ini lebih teruk," ujarnya. 

Sementara itu, di kawasan sekitar Seri Mentaloon, terdapat penduduk meletakkan kenderaan di tepi jalan utama berikutan banjir yang melanda kawasan itu.

Di beberapa kawasan lain termasuk Anak Bukit, air sungai turut melimpah ke jalan utama menyebabkan hanya dua daripada empat lorong boleh digunakan oleh kenderaan ringan. (Suntingan IH)


(ii). Mangsa banjir tak sangka rumahnya dicuci MB Kedah December 3, 2024 

SIK: Keprihatinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada masalah rakyat dan menyantuni setiap hal ehwal mereka memang tidak dapat dinafikan sesiapa pun.

Pemimpin berjiwa rakyat seperti ini sememangnya sukar ditemui, apatah lagi sanggup turun ke lapangan, berselut bersama para sukarelawan membantu mangsa banjir.Semalam, ADUN Jeneri itu hadir […] (Sila rujuk Harakah Daily).


(iii). ‘Maafkan kami atas apa yang terkurang’ 

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim memohon maaf kepada mangsa banjir kiranya ada yang terkurang dalam memberikan khidmat kepada mereka.

“Maafkan kami atas apa yang terkurang dalam memberikan khidmat kepada rakyat di musim bencana ini. Musibah dari Allah,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebooknya, hari […] (Sila rujuk Harakah Daily).

Sekian, bersambung insya Allah.

.....

Monday, December 02, 2024

Amaran bahaya poitik M'sia. & AS/Israel mula merudum.

 

Gambaran golongan Oligarki dalam mengawal majoriti rakyat sesebuah negara. Sumber:JurnalPost

1.  Golongan oligarki (maha kaya 1%) melobi politikus. -Paling sikit bayar cukai berbanding rakyat marhaen. November 30, 2024

ISTILAH golongan kaya semakin kaya manakala yang miskin semakin miskin telah menjadi suatu perkara yang biasa berlaku bukan sahaja dalam negara ini tetapi juga di negara-negara lain.

Perkara sebegini merupakan sesuatu yang tidak sihat memandangkan berlakunya proses perpindahan kekayaan besar-besaran daripada rakyat biasa kepada golongan kayangan.Golongan kayangan ini biasanya terdiri […] (Sila rujuk Harakah Daily) 


BRICS Bukan Satu Jaminan July 7, 2024

MALAYSIA sedang mempertimbangkan untuk menyertai BRICS, sebuah kesatuan yang berpotensi besar mengurangkan kebergantungan dunia kepada Amerika Syarikat. 

BRICS yang awalnya terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, kini disertai oleh Iran, Mesir, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Ethiopia.Kesatuan ekonomi ini dijangka menyumbang 50 peratus kepada Keluaran […] (Sila rujuk Harakah Daily) 


2. Tentang rasuah! Madani tak holistik -Presiden PAS

HOLISTIK diambil daripada kata ‘whole’ (menyeluruh) atau daripada pandangan ‘holism’ (daripada bahasa Yunani, holos, yang bererti semua, keseluruhan, total) digunakan dalam segala aspek.

Ibn Khaldun menegaskan bahawa fitrah semua manusia itu bermadani. Hanya dua jenis madani, iaitu antara Islam atau jahiliah. Malaysia juga bersifat madani sejak zaman dahulu kala didiami manusia, zaman Islam, zaman penjajah, dan zaman selepas kemerdekaan yang mewarisi madani penjajah.

Dalam aspek mengatasi rasuah yang hangat diperkatakan, bolehlah dikatakan tindakan Kerajaan Reformasi Pakatan Harapan Madani yang berdegar-degar menangani rasuah tidak holistik memeranginya, kerana tidak bersifat menyeluruh daripada akar umbi dan hanya terhadap penerima rasuah yang terpilih sahaja. Di samping itu, mereka membebaskan pemberi rasuah yang memberikan kerjasama dan para brokernya yang berkeliaran, tetapi bertindak terhadap segelintir penerima rasuah.

Tindakan tersebut laksana menghapuskan penyakit wabak denggi dengan bertindak terhadap mangsa jangkitan, namun membiarkan nyamuk Aedes membiak dan membiarkan kalangan pengotor yang menjadi angkara tempat pembiakan nyamuk.

Rasuah merupakan salah satu penyakit madani jahiliah sepanjang zaman, bukan Malaysia sahaja satu-satunya kononnya kerajaan madani seperti yang diperbodohkan, kerana madani ialah tabii manusia mengikut fitrahnya.

(Sila ikuti selanjutnya dari tulisan asal 'Menentang rasuah konsep Madani yang tidak holistik' November 25, 2024 HarakahDaily) 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: & AS/Israel mula merudum, ini amaran kepada politik M'sia..

Penjajahan AS/Israel ke atas Palestin, al-hamdulillah kini ekonomi mereka terus merudum..

Pekerja Palestin membersihkan sebuah pasar lama di Hebron, Tebing Barat yang ditakluki pada 17 September 2022. - AFP

TEL AVIV – Perniagaan-perniagaan Israel mengalami kerugian besar, kesan daripada keputusan untuk menggantung permit kerja pekerja Palestin sejak perang ke atas Gaza bermula pada 7 Oktober lalu, lapor laman berita Al Mayadeen kelmarin.

Memetik laporan akhbar The Wall Street Journal, Rejim Zionis mendakwa langkah melaksanakan sekatan ke atas para pekerja Palestin itu diperkenalkan sebagai satu cara untuk menjaga keselamatan Israel.

“Suatu hari, anda bangun daripada tidur dan mendapati satu pertiga daripada pekerja anda telah tiada,” kata pemilik sebuah syarikat hartanah, Nir Yanushevsky kepada penulis artikel tersebut, Omar Abdul Baqui.

Tambah laporan berkenaan, perang Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat mempunyai implikasi ekonomi yang ketara, di mana keputusan untuk menyekat lebih 100,000 pekerja Palestin daripada memasuki wilayah yang dijajah Israel telah menjejaskan pasaran buruh Rejim Zionis.

Pengerahan kira-kira 400,000 askar simpanan Rejim Zionis dan penempatan semula kira-kira 250,000 penduduk Israel kerana bimbang terhadap keselamatan juga telah mengganggu rutin pekerjaan.

“Ketiadaan pekerja telah menyebabkan ekonomi Israel terus rugi sebanyak AS$3.6 bilion (RM16.76 bilion) menjelang pertengahan November lalu. Ini sekali gus memberi kesan kepada beberapa sektor perniagaan yang mengalami kerugian serius termasuk industri teknologi.

“Peperangan ini diramal membawa kepada penutupan kira-kira 30,000 perniagaan kecil dan sederhana Israel,” kata laporan The Wall Street Journal.

Ujarnya lagi, ekonomi Tebing Barat telah mengalami kemerosotan besar iaitu sebanyak 37 peratus dalam pengeluaran, seterusnya mengakibatkan kerugian bulanan sebanyak AS$500 juta (RM2.3 bilion) .

Secara ringkasnya, penggantungan permit kerja Palestin telah menyumbang kepada krisis ekonomi di Tebing Barat serta menyebabkan kehilangan kira-kira 208,000 pekerjaan.

Ini mengukuhkan fakta bahawa komoditi dagangan utama sebenarnya datang daripada penjajahan tentera Israel.

Dalam masa sama, berikutan perbelanjaan berulang-alik dan rampasan tanah, taraf hidup penduduk di Tebing Barat secara amnya merosot disebabkan kekangan pembangunan ekonomi dan kenaikan harga barang.

Sementara itu, menurut laporan laman berita Middle East Eye, kira-kira 500 syarikat multinasional melabur dalam sektor teknologi Israel termasuk Microsoft, IBM, Intel, Google dan Nvidia.

Syarikat-syarikat itu dilihat mungkin akan mempertimbangkan semula hasrat untuk meneruskan pelaburan mereka di wilayah yang tidak stabil seperti Israel.

Dari segi kos ketika perang, terdapat kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung. 

Perbelanjaan langsung merujuk kepada kerugian tunai yang ditanggungnya setiap hari.

Ini termasuk (namun tidak terhad kepada) kos harian senjata, peluru, alatan dan bekalan; gaji askar dan pasukan simpanan; kerosakan, susut nilai, dan penyelenggaraan jentera tentera seperti kereta kebal, kenderaan dan pesawat.

Bagi perbelanjaan tidak langsung, perang telah menjejaskan beberapa sektor ekonomi secara negatif seperti industri dan teknologi, pelancongan, dan tenaga buruh. – AGENSI

Akhirnya, sebagai penutup, inilah doa kita pembela kebenaran, keadilan dan kemanusiaan..

Jahannam AS/Israel laknatullah dan barua-baruanya!

....

Saturday, November 30, 2024

Al-hamdulillah, PAS mesra rakyat. Relawan tarik kereta..

 

1. Sukarelawan tarik kereta tenggelam di Tangga Bradley November 27, 2024

KUALA KRAI: Gabungan Sukarelawan Kuala Krai bekerja keras menarik keluar dua kereta penduduk yang hampir ditenggelami banjir di Jeti Tangga Bradley (Krai) pagi tadi.

Dua kereta terbabit dipercayai milik penduduk yang tinggal di kampung seberang Kuala Krai.ADUN Guchil, Hilmi Abdullah berkata, gotong royong menarik keluar kereta terbabit disertai Skuad Bantu […] Al-hamdulillah!

2. PAS ini parti ‘free size’ October 16, 2020

ADA orang kata PAS ini parti tak tetap pendirian. Hipokrit dan macam-macam tuduhan dilemparkan, hanya kerana pendirian PAS dilihat sering berubah-ubah. Terutamanya dalam memilih rakan sekutu politik.

Saya nak beritahu mereka bahawa PAS ini bukan tidak ada pendirian. Tapi PAS ini parti free size. Size apa pun PAS boleh pakai. Dari sebesar-besar size  sampailah sekecil-kecil size. Syaratnya satu sahaja demi Islam. Kalau payah faham saya buat satu contoh.

Kepada orang yang tak faham Islam mereka akan kata orang Islam ini tak tetap pendirian. Sebab mereka lihat adakalanya orang Islam itu dibolehkan makan lembu. Tapi ada masa diharamkan makan lembu. Adakala haram makan babi tapi tiba-tiba di masa lain pula dibenarkan makan babi. Kamu tahu tak?… Waktu dibenarkan makan lembu itu kerana ianya disembelih oleh orang Islam. Waktu diharamkan makan lembu itu pula kerana ia disembelih oleh tok sami. 

Jadi di sini bukan lembu itu subjek hukumnya tapi subjek hukumnya ialah siapa yang menyembelihnya. Manakala babi pula diharamkan memakannya walaupun disembelih oleh tok imam. Tapi bila keadaan kelaparan sudah dharurah yang mengancam nyawa maka dibolehkan memakannya. Jadi di sini bukan soal penyembelihnya atau bukan soal babi itu. Tapi soal keadaan si pemakan itu sendiri. 

Kembali kepada PAS. PAS boleh bersama siapa sahaja asalkan mereka menerima Islam atau sekurang-kurangnya tidak memusuhi Islam. Walaupun mereka bukan-Islam. PAS tidak bersedia bersama orang yang anti Islam atau merugikan Islam walaupun mereka itu orang Islam. Jadi bila PAS bersama dengan mana-mana pihak bukan soal pihak itu tapi ialah soal sikap mereka terhadap Islam. 

Ini berbeza dengan PAN. Ketika DAP lunak dengan Islam dalam PR dahulu mereka terima DAP. Tapi bila PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana perubahan sikap DAP yang anti Islam, mereka tetap follow DAP. Begitu juga ada penyokong Anwar yang follow Anwar ketika Anwar memimpin ABIM dan menentang Umno dia ikut sama maki Umno. Bila Anwar masuk Umno dia masuk Umno. Bila Anwar dikeluarkan dari Umno dan menubuhkan PKR dia ikut Anwar. Bila Anwar puji PAS ketika dalam PR dia ikut puji PAS. 

Bila Anwar mengambil sikap bersama dengan DAP dan maki PAS, dia turut maki PAS. Jadi size mereka ialah size Anwar. Mereka tak boleh dah pakai size lain. Sebab itu kalau Anwar baca Quran mereka tepuk tangan dan kalau Anwar menari pun mereka akan tepuk tangan. 

Atas sikap mementingkan Islam makanya PAS melupakan perseteruan dengan Umno dalam tempoh 60 tahun lebih. Kerana demi mengukuhkan Islam dan umat serta menyekat penguasaan politik DAP serta parti-parti mesra DAP ke atas negara ini. Atas asas yang sama PAS boleh menerima BERSATU yang keluar dari PH, kumpulan mesra DAP.

PAS bukan tak tetap pendirian… tapi PAS free size. Asalkan size itu ialah Islam.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/10/2020


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ini bukti, 'PAS parti berkebajikan pilihan rakyat'.

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se Malaysia(PAS) adalah sebuah parti yang bertunjangkan siasah, dakwah dan tarbiyah menerusi kerja-kerja kebajikannya sehingga menjadikannya pilihan rakyat tanpa mengira agama. Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr. Rosni Adam menjelaskan PAS adalah parti yang mesra rakyat dengan kerja-kerja kebajikan.

“Bagaimana kita nak usahakan agar Muslimat PAS boleh menjadi agen dakwah menerusi kerja-kerja kebajikan, supaya kita mudah diterima oleh rakyat Malaysia. Dengan ini, mereka bukan saja dapat mengenali PAS malahan menjadi penyokong dan pendokong kepada mata rantai perjuangan PAS. 

Merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Rosni bercakap demikian sebagai ahli panel dalam slot bual bicara ‘Talk Show, We Love We Care’ Di Himpunan Fatimah Az-Zahra (Himpunan Kebajikan Muslimat PAS Terengganu) di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada 2 Ogos 2024 baru-baru ini.

Himpunan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim turut dihadiri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keperihatinan Sosial Muslimat Terengganu, Zuraida Md Noor dan lebih 400 orang muslimat dari seluruh Terengganu. 

Dalam majlis tersebut juga turut disampaikan Anugerah Tokoh Kebajikan kepada sepuluh orang tokoh Muslimat kawasan–kawasan serta tokoh Kebajikan Muslimat Negeri dan Muslimat Muda.  

Sementara itu, ahli panel kedua, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Uyun Abdul Malik berkata menerusi Agenda Berkebajikan terbuka ruang yang luas kepada muslimat menyantuni masyarakat dengan lebih dekat, dapat ziarah rumah ke rumah dan seterusnya mengikat hati-hati mereka.

“Kebajikan sangat luas bukan hanya ziarah semata-mata, bukan sekadar memberi sumbangan sahaja, kita juga perlu menekankan untuk pembangunan terutamanya ekonomi.

“Membantu mereka yang terlibat dengan industri kecil menerusi bantuan mesin atau sebagainya samada bila kita menjadi kerajaan atau tidak, kerja-kerja kebajikan mesti diteruskan,” ujarnya lagi.

Di dalam ucapan aluannya, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata kebajikan dalam Islam tertegak di atas dua paksi.

” Tertegaknya hubungan kita dengan Allah, dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

“Paksi yang kedua, iaitu hubungan sesama manusia, hubungan sesama Islam, sesama jemaah Islam yang merangkumi adab-adabnya, dan juga hubungan dengan masyarakat bukan Islam,” jelasnya lagi ketika dihubungi hari ini.

Jom sokong PAS, parti kerana agama, bukan seperti parti-parti sekular lain.. Insya Allah akan bersambung.

....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails